Click Me Plzzzz

Monday, August 13, 2012

Ketam oh Ketam

Cerita ini mengisahkan tentang sebuah organisasi ketam merah, dimana tempatnya terdiri drp ketam-ketam yg gaya jalannya serong, tapi sgt suka ketawakan keketam merah lain yg juga berjalan serong, atau boleh juga dikatakan berjalan mengiring. Salah satu visi tmpat itu berbunyi, "Keketam merah sekalian haruslah sentiasa berjalan lurus, kerana berjalan serong itu adalah satu perbuatan keji. Majulah anak ketam merah, usaha taqwa mulia". 


     Pada suatu hari, organisasi ini menerima seorang pekerja baru, iaitu si ketam merah muda yg berjalan dengan lurus penuh bergaya, tidak pernah kelihatan berjalan serong walau skali. Keketam senior (tua) yg lain agak tak puas hati sbb tak dpt nak buli dan gelakkan si ketam merah yg baru 'join' ini, kerana belum timbul peluang utk membusukkannya. 





      Pada satu pagi, seekor ketam merah senior berhasrat  mencari pasal dgn si muda, dgn harapan si ketam muda ini akan tersasul dan berjalan serong. Si ketam senior bertindak menahan kakinya di hadapan laluan si ketam muda ini, supaya ianya mengelak dari terjatuh dan tersembam, dgn berjalan serong. Akan tetapi, plan 'genius' si senior utk melihat si junior berjalan serong telah 'backfired', apabila si ketam muda itu tiba-tiba melompat tinggi dan mendarat di belakang si tua dgn penuh 'style'. Melompat adalah bukan suatu kesalahan mengikut akta organisasi keketam merah ini, malah ianya adalah sesuatu yg menakjubkan. Apabila cerita ketam muda ini bukan sahaja boleh 'maintain' berjalan lurus, malah boleh melompat skali, maka makin membuak-buaklah kesakitan hati keketam senior ini, oleh kerana keupayaan utk seekor ketam merah melompat, belum lagi direkod di dlm mana-mana kajian. 

 
     Suatu hari, ketam muda yg berbakat melompat ini jatuh sakit disebabkan oleh stress terlalu bnyk tugasan diberi, kerja-kerja si keketam senior pon terpaksa dibuatnya, serta kerja-kerja diluar tugasan hakikinya pon perlu diselesaikan secepat mungkin (mungkin sbb dia ini terlalu berbakat dan 'single', maka menjadi mangsa longgokan tugasan kerana dianggap tidak mempunyai tanggungjwb lain selain kerja). Jadi, utk hari itu, dia tidak mampu berjalan lurus spt biasa, dan dia pon berjalan serong. Apabila terdapat segerombolan keketam senior terlihat si ketam muda ini berjalan serong buat pertama kalinya, mereka bukan setakat mengetawakan dia, malah memaki hamun, dan mengutuk si ketam merah malang ini dgn cerita-cerita yg ditokok-tambah sesedap rasa utk memuaskan nafsu hasad dengki mereka yg terpendam selama ini terhadap spesis mereka sendiri.  

 
    Rupa-rupanya telah berlaku kejadian serupa ini pada keketam muda merah yg lain dimana mereka telah pun keluar dari organisasi ini utk mencari rezeki di tempat lain. Ketam muda merah ini sensitive, lurus dan berjiwa seni, belum pernah menerima ‘treatment’ yg begitu maha kejam, di tempat kerjanya yg pertama. Namun begitu, si ketam muda ini masih belum mahu mengalah. Sudah 3 tahun ketam muda ini berkhidmat dgn organisasi ini, dan sedang memegang tanggungjawab penting utk pembangunan organisasi,  maka dikuatkan semangat dan kudratnya utk terus berusaha, sehinggalah kesihatan ketam ini tidaklah bertambah baik, malah semakin merosot, tiada mendapat simpati dan terus dikecam. Warna 'carapace' ketam muda ini yg dahulunya merah terang dan berkilau, bertukar menjadi pudar dan lemah. Begitu kuat sekali pengaruh ketam-ketam merah senior yg berhati busuk di organisasi ketam merah ini. Ketam ini pon akhirnya mengalah, dan keluar dari organisasi tersebut, keluar untuk mencari rezeki halal dan mencuba nasib di tempat yg lain pula. Tinggallah organisasi tersebut yg terdiri drp kelompok-kelompok ketam  merah yang penuh dgn perasaan hasad dengki, gila kuasa dan taksub dgn semangat kaum ketam merah, dimana terma ‘persaingan sihat’ tidak wujud dalam kamus hidup mereka yg berjiwa diskriminasi dan prejudis. Organisasi yang takut akan saingan dunia realiti ini tidak mungkin menerima kemasukan ketam kuning, ketam hitam atau ketam putih skalipon, dan juga keketam merah yg boleh memberi saingan sengit pada mereka sendiri. Hiduplah mereka dalam keadaan syok sendiri dan kepura-puraan, dibelenggu dgn masalah budget kewangan yg saban hari makin kritikal. Begitulah kisah organisasi ketam merah yang mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
      Idea cerita ini diilhamkan oleh kisah "Apek si penjual ketam", yg sedikit sebanyak berbunyik spt berikut:  

        Pada suatu pagi, di sebuah pasar basah kampung nelayan berhampiran dgn paya bakau, kelihatan seorang apek menjual ketam hidup di dalam 2 buah bakul. Satu bakul bertutup rapi, manakala yg satu lagi dibiar terbuka, tanpa sebarang penutup. 

    
        Sedang apek itu duduk mencakung di belakang barang  jualannya, datanglah seorang pelanggan yg berhasrat utk membeli ketam bakau segar. "Uncle, aku mau beli ketam 1 kilo", ujar pelanggan tersebut, dan bertanya lagi, "Uncle, pasai apa yg ni ada penutup, yg tu biaq tenganga? Mana yg elok?". Apek itu melihat anak muda melayu di hadapannya dan bertanya, "Mau ketam melayu ka ketam cina?". Anak muda itu terdiam barang 10 saat, dan berkata "Saya mau angkat itu ketam bakau hidup 1 kilo. Ketam bakau ada melayu ada cina ka?". Dengan muka slambe apek membalas, "Ada ada..dalam bakul depan aku ni, satu bakul ketam melayu, lg satu ketam cina". Anak muda itu mula rasa lain mcm, dan bertanya lagi, "Mana satu hat melayu, mana satu hat cina?". Apek pon jawab, "Hat ada penutup ni ketam cina, hat ternganga tu ketam melayu, sebab apa hang tau? Ketam cina ni dia pandai kasi kawan dia panjat naik ataih satu sama lain, lama2 depa buleh keluaq lari. Kena tutup. Hat ketam melayu ni, depa pakat tarik satu sama lain tak bagi keluaq lari, sbb tu aku x payah susah2 nak pi tutup". Anak muda itu pon naik berang dan terus pergi dari situ tanpa membeli seekor ketam bakau pon dari apek tersebut.


         Kalau aku la yg jd pelanggan tu, aku gelak jer, n maybe aku akn tnya "Kalo ketam kacuk mcm mna pulak uncle?" hahaha...x yah nak emo meroyan bagai. Apek ni buat lawak pedas jer. Aku tetap akn beli ketam bakau dia tu, ketam tu x salah pon. Hasrat aku nk makan ketam tu tetap tercapai LoL!...



9 comments:

  1. hai mr krab... nampak rakan baik saya spongebob tak? yg span muka menggerutu warna kuning pakai seluar kotak tu... done follow here -

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow noob thanks for the support..baru nk stat kenal2 dunia blog neh ^^

      Delete
  2. Aku pun mmg aware sgt2 perangai org melayu ni... nama pun ME'LAYU', mane la tak asik layu dan lemau je... kalo org tanye aku bangsa pe, aku jwb "Bugis", tp sayang dlm pape register Bugis takde dlm pilihan... huhu... terpaksa gk pilih Melayu... huuu :( malu kan dgn perangai org Melayu tipikal ni... smpi bila2 la Melayu takkan maju dgn ada org camni... pdhal dlm Islam Tuhan tak suruh pun cmtu... haiiii, sedih, sedih! :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki..reality malays mmg tak wujud '1 Malaysia'..slogan alam maya, teori yg x bisa dpt dipraktik slagi phd (perasaan hasad dengki) ada..sad ain't it?

      Delete
    2. aku mix...belah mak ada chinese, indian n malay..belah apak ada jawa, arabic n malay...aku jd bubur ashyura..kahkahkah

      Delete
    3. Kepala hotak,kalau nak bangga jadi Bugis balik indon atau lebih tepat dekat sulawesi..Melayu ni madsud dia "Pengembara Gunung".. dalam Nusantara ni,Hanya Bahasa Melayu jadi Bahasa lingua Franca,Bahasa bugis ada?bahasa jawa ada? tak ada geng!

      Lagi satu,Melayu tu nama Bangsa..bukan etnik..Aku paling benci kalau ada orang nak melecehkan Nama Bangsa Aku.

      Kepada sesiapa yang duk bangga etnik dia,sedarlah hakikat..Tanpa MELAYU korang tak kemana.

      Delete
    4. pungkok hang zack!! kahkahkah kidding2..chill man, chill...aku tabik pengetahuan sejarah melayu misteri nusantara hang (hang cikgu sejarah ka? hahaha). Baguih la hang ada semangat patriotik jati diri yg tinggi..tapi apa aku nk point out kat entry blog picisan aku ni ialah, mmg kenyataan tipikal yg x dpt dinafikan mana2 organisasi yg hanya terdiri drp keketam merah semata2, SPESIFIK kpd yg mmg terang2 refuse utk bercampur ngn bangsa lain, akan cenderung utk jadi mcm keadaan yg diceritakan dlm entry ini. Islam x suruh gado2 sama lain2 bangsa mahupon etnik, dia suruh smuanya berkawan saja. Jgn cpt melatah zack, hang org pandai sejarah kna rilek, jgn cpt emo zack..LoLz

      Delete
    5. bukan,aku sensitif dengan orang yang duk bangga dengan etnik sendiri ni.(kira lari topik lah heheh),hidup kat Malaysia sebab nama Melayu tu lah..cer cer cer kalau Malaysia ni tak mengiktiraf golongan Melayu anak dagang ni..macam aku tak apalah..Melayu jati kah3.

      Aku ni ilmu tak tinggi mana,SPM pun tak lepas..tapi aku ni gemar membaca..so aku boleh layan semua topic..tak kiralah apa subjek pun..hhaha..ko sebut je..heheh



      Delete
    6. ececeyyy spm x lepaih konon piiirrrah'na betoi...stylo no hang cover...hahahah

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...