Click Me Plzzzz

Sunday, September 16, 2012

Food Fight is FUN!! Oh Really???

'Food Fight', atau dalam bahasa Melayunya 'gaduh makanan', di sini BUKAN bermakna bergaduh untuk merebut bekalan makanan, atau mencatu makanan disebabkan oleh kekurangan bekalan makanan, atau memboikot mana-mana produk makanan secara spesifik.


Budaya barat ini, melibatkan aktiviti membazir makanan yang melampau, iaitu membaling makanan yang masih elok untuk dimakan, kepada pihak lawan dengan tujuan 'berperang' olok-olok, dan dianggap seronok dan 'exciting or fun' gitu, apabila target mengena dan dikotori dengan 'ammo' makanan. Scene gaduh makanan biasanya dapat dilihat dalam filem-filem barat, yang mana selalunya melibatkan para pelajar nakal yang ingin menimbulkan kekacauan di kafetaria atau kantin sekolah, akan mula upacara 'food fight' ini dengan membaling makanan yang separa basah seperti cream pie, spaghetti, pudding, cake dan lain-lain, ke arah sesiapa saja secara rambang. Keadaan akan kemudiannya menjadi kucar kacir dan havoc apabila ada seorang rakan lain yang nakal, menjerit lalu mengumumkan "FOOD FIGHT!!!" dan terus tunduk bersembunyi di sebalik kerusi atau meja. Semua pelajar kemudiannya akan bertindak mengikut arahan pelajar nakal tersebut dan mula membaling makanan secara rambang ke arah sesiapa saja yang berada di situ.


Budaya ketahian apakah ini? Siapakah tokoh 'food fight' yang mula-mula terfikir untuk membaling makanan dengan tujuan untuk berperang olok-olok ini? Who came up with this shit? My guess is 'mat salleh' yang kaya dengan makanan la kot, sbb scene gaduh makanan ini tidak pernah timbul dalam mana-mana filem Asia, Afrika mahupon Arab, ataupon Hindi. Kalau tiba-tiba ada direktor filem tempatan yang ingin buat scene food fight, aku pasti akan mengutuknya. Setakat ini aku belum come across mana-mana filem tempatan atau non-american yang buat aksi gaduh makanan, kalau ada di antara kalian yang pernah tengok, tak tau la pulak. Kalau ada pon, mesti sebab sudah terpengaruh dengan budaya barat yang ultra sucks ini.

La Tomatina festival, Spain - pesta budaya baling tomato ranum

Setiap kali kalau aku tengok ada scene 'food fight', aku akan mencebik kemenyampahan. Setiap kali aku nampak ada pembaziran makanan yang disengajakan, aku rasa geram semacam. Scene 'food fight' ini selalu timbul dalam filem-filem barat (khususnya american) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah atau kolej yang nakal dan ingin menjadi 'popular' melalui kekecohan dan party liar. Sungguhpun bahan-bahan makanan yang digunakan untuk scene itu dikatakan hanyalah sebagai 'props', makanan tetap makanan. Bahan-bahan makanan seperti tepung, air, buah-buahan, roti dan macam-macam lagi, tetap digunakan sebagai 'props' yang sesuai oleh kerana ianya tidak membahayakan kesihatan para pelakon. Agaknya apa perasaan mereka yang susah nak dapat makanan (mangsa peperangan, negara bermasalah dan kebuluran) kalau diorang tengok gelagat budak-budak bertuah tu main baling makanan, guling-guling dalam makanan dan pijak makanan? Aku tak salahkan diorng kalau dorng rasa nak bakor je manusia-manusia bertuah tu dan makan je daging diorang...pasti bnyk lemak.

Ada sekali tu aku tengok rancangan tempatan, Master Chef Selebriti, first ke second episode ntah (cari kat youtube tak jumpa sudah, copyright issues). Ada satu scene yang berjaya membuat aku mencebik meluat, dan mengeluarkan kata-kata berikut "Laaa tengok tu?? Perlu ka nak buat gimik lambak dan sepahkan bawang-bawang besar Holland atas lantai mcm tu?? Sampai ada yg pijak bawang tu woi, semua kalut terpa nak amik yang elok kat atas saja...bengap ka apa depa ni??". Tu kira elok lagi bahasa kutukan yang aku pakai. Kalau aku tengok scene yang kekononnya chef tu hebat la sangat, gi buat sindrom mengamuk dan hempaskan pinggan berisi makanan yang dikatakannya 'sampah' ke lantai, kengkawan aku boleh tak percaya aku mampu mengeluarkan kata-kata yang begitu kesat dan 'makan dalam' dikala memaki chef yang bajet bagus tersebut. Makanan perlu dihormati, bukan untuk dibuat main tanpa mendatangkan apa-apa faedah, atau dijadikan bahan untuk melepaskan amarah yang dikandung super-ego seseorang yang melangit mcm sial.

Makanan yang terlalu masin, manis, masam atau pedas masih boleh dibaiki rasanya dan tidak perlu dihina lantas dibuang, melainkan ianya telah contaminated, kotor, memudaratkan kesihatan atau dah tak boleh nak diselamatkan lagi, barulah dibuang dengan berhemah. Kalau ada makanan elok lagi enak yang berlebihan, eloklah disedekahkan kat jiran, atau disimpan dalam peti sejuk saja untuk dipanaskan esok hari. Kalau tak dapat dielakkan jugak pembaziran makanan, eloklah dibuang di tempat yang mana ada haiwan atau hidupan boleh memanfaatkannya, seperti kucing, burung, anjing, musang dan lain-lain hamba Allah yang ada berhampiran. Dapat jugak pahala kan, kira orait la tu. Ikan busuk kalau buang atas tanah, akhirnya jadi baja yang boleh dimanfaatkan oleh tumbuhan, setelah diproses oleh bakteria. Kalau ikan tu dibuang dalam keadaan dibiarkan mereput dan membusuk saja di dlm beg plastik, itu namanya membazir dan mencemarkan alam. Ignorance is not a bliss, it's literally a sin.

Ok ini random and off-topic. Malam semalam aku gi beli bebarang dapor skit sesorang kat C-mart (habit aku gi kuar beli barang sorang-sorang, bukan aku anti-sosial ka apa tapi nak cepat, beli dan belah...hahaa), antara groceries yang aku beli ialah bawang-bawang merah yang dah mula bercambah. Saja aku gi pilih bawang merah yang dah ada keluar daun (ada tujuan aku). Pastu macam biasa aku gi kasi kat orang yang bertugas untuk menimbang tu, hari ni ada staff baru yang timbang, mulut kecoh skit. Pacik tu buat terkejut tengok bebawang pilihan aku tu, dan tanya, "Dik, awat yang pi amik hat dah tumbuh ni??", aku pon jawab, "Nak balik tanam kat rumah", pastu dia terkebil-kebil, dan berkata "Ohh nak balik tanaaaam", sambil tersengih. Yang lain kat belakang pacik tu tengok aku semacam. Selama ni aku kasi bawang yang dah bercambah untuk ditimbang, tak penah disoal apa-apa...hahaha, kan bagus kalau ramai buat perangai suka menanam bawang mcm aku, tak dak la dorang staff tu susah-susah kena kemas dan 'buang' semua bawang yang dah tak boleh dibuat masak tu. Tapi kalau ada antara dorang yang rajin balik tanam, ok la jugak...bawak balik bawang free untuk ditanam, hahaha. Daun bawang fresh sedap woo...buat ikayaki sodap, masuk dalam instant noodle ramen style pon sodappp (^w^)

Fyi, bawang besar Holland paling sesuai dan sedap buat onion rings, macam yang aku bikin eksperimen kat sini...hahaa saja mau kongsi info...best served with tartar sauce or mayonaise biasa plus chilli sauce~

Pesanan penaja klise macam biasa, mana yang baik sila amik buat pengajaran, mana yang buruk sila jangan ikut...trololol (=^w^=)

8 comments:

  1. food fight memang budaya bodoh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah sapa la yg mulakan bnda ni rite..sakit mata siot..

      Delete
  2. Aku lom pnah lgi msk pakai daun bwg fresh,nati la aku try

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee sila la try..there's an extra asian feel to it ^^

      Delete
  3. sebenarnya,walaupun Umat Melayu tak buat FOOD FIGHTING ni..Umat Melayu tetap suka membazir makanan!

    Lihat lah di kenduri2,jamuan2,di restoren,hotel2 dan semua tempat yang ada makanan pasti ada Umat Melayu ni suka membazir makanan..hmmm kasihan melihat makanan yang dibazirkan.

    Kita lihat Budaya masyarakat Korea dan jepun..mereka sangat menghargai makanan dan pasti akan menghabiskan makanan mereka..budaya mereka itu berasal dari nenek moyang mereka sering hidup dalam kondisi makanan yang kurang..sampai sekarang budaya seperti itu tetap diamalkan kerana menghargai kesusahan nenek moyang yang sukar dapat makan walaupun mereka sekarang adalah orang kaya.(Tradisi makan dalam kuantiti yg sedikit juga dipraktikkan sampai sekarang kerana nenek moyang mereka makan dalam kuantiti sedikit demi menjimat makanan).

    dan kembali kepada intipati trit,budaya pembaziran makanan terutamanya oleh Bangsa kulit putih ni sebenarnya mendapat kecaman dari bangsa mereka sendiri kerana tidak sensitif dengan keperitan dan kesusahan manusia lain yang tak dapat makan..sebab itulah gamaknya Tuhan turun bala kat amerika sekarang.

    sape tak sakit hati barang makanan dijadikan bahan permainan dikala ada manusia lain yang sedang bergelut dengan kelaparan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah btol tu..sikit2 jamuan, apa2 function pon msti ada makan2 lpas tu, meeting2 paling bodo pon pstu wajib kna ada jamuan, kalo x order makanan bos marah...pstu x abis then resultnya membazir.

      Satu hal lagi kalo kat tmpat makan buffet (all you can eat buffet), stengah2 org tu hentam amik mcm x penah makan sminggu, last2 perut dah penuh ditinggalkan bnyk lebihan dia mcm tu je..cam haram..patut hantar gi kat afrika je, kasi puak zulu ajar memburu hahhaha...

      Delete
    2. Aku dulu banyak pengalaman bekerja di bahagian penyediaan makanan ni..dan aku tahu betapa membazirnya Manusia2 di Malaysia ni.

      Ko sebut Buffe kan,Buffe tu lah yg selalu berlaku pembaziran makanan..ko dah sebut tentang pembaziran yg orang yg ambik buffe..ko tengok pembaziran orang yg duk buat buffe tu..selalunya hotel..kalau tak habis,walaupun tidak disentuh dan ofcoz boleh dimakan kan? dorang akan buang kesemuanya!

      Kau kira dalam setahun..PERGH! pembaziran haiwan2 ternakkan,sayur dan buah2han,makanan laut...fuhhh!!!

      Delete
    3. Arghhh!! Geramnyer aku bacaaa...pikirkan haiwan2 ternakan dan ikan2 yg ditangkap dari laut/sungai/tasik mati 'dibunuh' utk dibuang dan dibazirkan oleh manusia yg x sedar diuntung! Cisss bila la manusia nak sedar akan bnda yg dianggap remeh dan kurang signifikasi ini..

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...