Click Me Plzzzz

Sunday, September 2, 2012

Spesis 'MLMT' yang Patutnya Sudah Pupus (Part I)

Pernahkah anda berjumpa dgn seseorang, atau beberapa orang sepanjang hidup anda, yang mana boleh membuatkan anda rasa...

"Omaigad! Danger alert danger alert! Ada makhluk MLMT (as in 'Mulut Longkang Muka Tongkang') telah dikesan! Daaamn dah la mulut mcm longkang, muka pon tongkang, FAILED! Kalo mulut berhemah ok lagi saham dia aku rasa".


Jenis manusia MLMT yg sgt irritating, destructive dan ridiculous ini, malangnya, makin berkembang biak dgn agak tidak terkawal tanpa kawalan biologikal, yang mana membawa kemudaratan yg lebih dasyat dan kronik (dlm erti kata lain 'bala besar'), kepada telinga dan penglihatan manusia lain yg sekiranya turut mencari rezeki di tempat kerja yang sama dgn jenis MLMT ini. Jenis ini juga biasanya sering di'pangkah' dan dielak oleh rakan2 sekerjanya yang pernah terkena dgn skim nokharomnya yg seolah2 mcm tiada penghujungnya itu. Jenis 'peribadinya seburuk mukanya' ini, memang mampu membuatkan sesiapa sahaja (termasuk golongan manusia paling '+ve' dan optimis sekalipon), terpanggil utk mengutuknya dgn rapat, dek kerana kegeraman yg membuak-buak seperti lava di dlm sebuah gunung berapi hidup. Jenis ini lebih bahaya sekiranya berjaya menggondol perhatian bos dgn skill 'bodek/kipas bontot'nya yg hebat, dan seterusnya menjadi peneman gossip setia kepada bos anda.


Bercakap pasal 'peribadi seburuk muka', kalau si mulut longkang ni at least mukanya lawa/hensem, saham dia akn jatuh hanya bila dia start buka mulut utk meluahkan segala isi destructive yg bertujuan memusnahkan reputasi baik seseorang. Kalau dia tutup mulut, saham dia masih boleh maintain kerana Tuhan bagi rupanya sejuk mata memandang. Akan tetapi, apabila dia buka saja mulutnya, semua org akan mula memangkahnya, hatta melabelnya 'mulut longkang', dan seterusnya sahamnya akan jatuh menjunam. Lain pula ceritanya bagi si 'mulut longkang muka tongkang', belum pun lagi buka mulut sahamnya sudah terancam, maka ini telah mengklasifikasikan hierarki sosial golongan MLMT ini sebagai 'worst of the worst', apabila mereka membuka 'pie hole' mereka yg mcm nokhalal...lebih2 lagi apabila terlibat dlm mengapi-apikan sesuatu pergaduhan atau menyokong pembulian yg sadis melampau, yg mana mereka ini biasanya dari kecik-kecik lagi sudah mula menunjukkan sifat ini...


Ok, kat sini aku nak kongsi sikit kisah aku kat tmpat kerja lama aku, yg merupakan sbuah organisasi yg spara gomen spara badan berkanun. Sbb apa aku boleh ambil ketupusan utk blah dari tmpat tu walaupon jawatan aku kat situ adalah 'tetap', dan membuatkan ex-bos department aku sakit dada dan smua org kat organisasi itu tekejut besar, boleh refer kepada post entry aku yg bertema Ketam oh Ketam. Aku tak mampu nak paksa diri jadi seorang hipokrit tegar yg boleh terus continue makan gaji di tempat kerja yang aku dah rasa sangat corrupted, terdesak, failed, dan tidak sanggup utk aku menaikkan martabatnya lagi. Lain department lain dunia kat tmpat tu, tak semua tau cerita satu sama lain, melainkan ada yg buat sesi lepas perasaan ke email rasmi 'to all users', atau memberontak dlm staff meeting yg penuh drama. Bila aku kna ke outstation, aku rasa geli utk membawa namanya dan menyatakan kepada pihak2 dari organisasi lain yg aku dtg mewakili 'organisasi X' yg sudah merubah warnanya itu, membuatkan aku jatuh sakit dan fedup.Ya, aku sgt mementingkan keIKHLASan dlm apa saja bnda yg aku usahakan, lebih2 lagi jika ianya menjadi periuk nasik aku...Salah ka? Tak boleh ka? Tak betoi? Tidak semua boleh hadam perinsip ini dgn baik, terutamanya golongan yg banyak hutang serta tanggungan (scr tak sengaja), atau golongan yg tamakkan dunia dan tak berapa pandai nak bersyukur, pentingkan status sosial, atau yg berpegang teguh pada perinsip songsang 'niat menghalalkan semua cara'.

Anggaplah manusia MLMT yg aku nak highlight di sini sbg 'Mr.F' (F for Farktard), yg merupakan seorang lelaki melayu, berumur awal 30'an (tp nmpak mcm 40'an), berbini 1 dan beranak 1 pd ketika dia attempt membuat 'dajei' kat aku. Dia bukanlah staf yg dtg dari satu department dgn aku, tp selalu dijemput oleh bos department utk terlibat dgn department aku.

Bersambung ke Spesis 'MLMT' yang Patutnya Sudah Pupus (Part II), di mana cerita Mr.F bakal dihighlight dan dikupas!...tungguuu hahahaha~ XD


3 comments:

  1. spesis macamni memang tak akan pupus plain,akan terus membiak dan membiak kerana spesis ni hidup diatas kemusnahan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. melainkan kalo datangnya satu wabak epidemik yg hanya target DNA golongan MLMT ini sahaja zack...hahahaa..

      Delete
    2. sukar nak cari wabak yang mampu melawan virus golongan mlmt ni hihihih.terus je tanam dalam tanah..pupuslah nanti hihih

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...