Click Me Plzzzz

Saturday, September 8, 2012

Spesis 'MLMT' yang Patutnya Sudah Pupus (Part III) - finale

Update serta sambungan bagi Spesis 'MLMT' yang Patutnya Sudah Pupus - Part III (finale) sudah tiba utk bacaan serta telahan umum para blogizen dan komenter tempatan yang dihormati skalian... XD

Now a little recap from Part II, Mr.F adalah seorang MLMT (mulut longkang muka tongkang) tempatan, yang  mana selepas satu perbualan bengong dlm kereta sewa semasa ekspedisi menguji peralatan canggih utk kepentingan organisasi itu, Mr.F ini mula berkira-kira utk kenakan aku kaw2 bila ada peluang emasnya nnt. Bring it on Mr.F, bring it ON!! XD

Cat Fight!! LoL XD

Beberapa hari selepas insiden perbualan bengong tersebut, ex-bos department aku telah berhasrat mengadakan sebuah jamuan kesyukuran di rumahnya pada satu malam Jumaat, yang mana semua staff organisasi, rakan taulan serta pelajar2 praktikal yg diambil department juga dijemput hadir menjamu selera.
Jamuan dimulakan pada jam 8pm, dan mula menjadi meriah suasananya dgn gelak ketawa dan perbualan mesra sekitar jam 8.45pm, walaupun tidak begitu ramai staff yg dpt melapangkan masa utk menghadirkan diri pada mlm itu, seperti Mr.J dan Mr.H (refer Part II).

Sedang aku dan Ms.N rancak berbual dgn pelajar2 praktikal department di meja makan sambil mendengar ex-bos department bercerita mengenangkan kisah mudanya, tiba-tiba out of the blue, aku merasakan kehadiran satu 'rietsu' atau 'aura' yg sgt jelas jilakanya. Antena 'rietsu' detector aku telah picked up satu signal yg sgt serabut dan evil, yg mana beberapa saat selepas itu satu suara kedengaran meminta perhatian semua org memandang ke arah pintu ruang tamu yg terbuka, "Assalamualaikom!". Yaaa...Mr.F sudah datang membawa isterinya bersama bayinya yg berumur bawah 1 tahun. "Oih, ramai jugak no mai mlm nih?" sambungnya utk blend in with the croud, dan duduk skali di meja makan panjang setelah dijemput oleh tuan rumah.

Ex.Bos: Awat mai lambat ni F? Ingatkan tak mai teruih tadi... haha mai mai, jemput makan...
Mr.F: Uiish org dah jemput kita msti kna mai..saya ada hal skit tadi, nak tggu org rumah siap lagi..(alasan paling klise kesukaan ramai) 
Ex.Bos: Owh tak pa saja tanya ja, ni anak ni? Comeinyaaa...(smbil mengusap pipi bayi Mr.F yg sedang didukung oleh bininya)
Bini Mr.F: ...(tersenyum wanita yg agak putih, sedikit tembam dan 'chinese look' itu tidak berkata apa2, cuma sekadar senyum dan sengih saja)
Pelajar praktikal 1: Eiii tomeinyee die...meh sini kat akak meh meh (sorang pelajar praktikal yg mmg jenis pantang tengok budak kecik, dtg menerkam anak Mr.F dan merampasnya dari dakapan ibunya)
Mr.F: Oihh depa pon mai jugak no? (menegur aku dan Ms.N dgn gayanya tersendiri)
Aku: ...(sekadar senyum, dan terus berbual dgn pelajar2 praktikal yg duduk depan aku smbil minum air sirap dan makan kuih)
Ms.N: ....(juga sekadar senyum)
Pelajar praktikal 1: Alalalaa comelnyer baby ni, hmmm teringin saye nak kawin cpt2, nak baby~ (masih tidak bosan membuli bayi tersebut yg sudah mengantuk dikala malam yg semakin lewat itu)
Mr.F: Haaa dengaq tu? Hampa bila lagi? Makin tua ni...(perli dia pada aku dan Ms.N)
Ms.N: InsyaAllah tahun depan saya kawin (balasnya dgn sekuntum senyuman)
Aku: ...(buat dek saje smbil terus berbual dgn pelajar2 praktikal)
Mr.F: Tu hat dok sembang tu, haritu kata suka kat laki orang kan? (jeng jeng jeng...)
Aku: ...Eik? Bila masa pulak? En.F bermimpi di siang hari kot...(hohoo main kasar sudah)
Mr.F: Laa...hari tu tu, yg dlm kereta time kita pi testing alat tuh? Bukan hang kata syok kat laki orang ka? (mula daaah skim MLMT dia, sesi balas dendam in session)
Pelajar praktikal 2: Eh eh?? Eh?! Betul ke cik? Betul kew?? (tanya seorang pelajar praktikal perempuan yg dari tadi menyepi saja mendengar segala perbualan yg ada, tiba2 bersuara dgn penuh perasaan ingin tahu, mengajukan soalan2 itu pada aku, yg ketika itu sdg khusyuk mencari idea utk membalas tembakan verbal rambang si MLMT durjana)
Ms.N: ....(terkesima cuba menghadam situasi semasa)
Aku: Mana ada...sah hang berkhayal smata2 ni...(balas rilek aku pada Mr.F, smbil tidak mengendahkan pelajar praktikal yang tiba2 'hidup' dikejutkan oleh gosip liar murahan itu)
Mr.F: Dak aih! Betoi aku dengaq hang kata lagu tuu...hang minat kat laki orang...(mmg sah meminta aku hentam dasat punya ni, bersedia lah)
Ex.Bos: ...(terbeliak dan ternganga memerhati suasana jamuannya yg tetiba bertukar awkward)
Bini Mr.F: ...(diam smbil merenung tajam muka aku) 
Semua para hadirin: ...(diam serentak mendengar apa aku nak balas)
Aku: Hang isap syabu ni, kan? Hari tu aku nmpak, hang bawak keluaq something dari poket hang...mcm peket serbuk, hang gulung2 boh dlm kertas paihtu isap kan? Paihtu hang simpan dlm topi...kan? kan? Syabu tu kan? (kahkahkah...kalo ada yg betoi bendoi pi caya ni mampoih hang, status gosip ni dusta liar sama dgn apa yg hang cuba buat smua org percaya td, cuma yg ni level ganas up skit, silap2 polis boleh serbu geledah opis hang nnt kahkahkah)
Semua para hadirin: .....(terdiam...terkesima...kalo ada cengkerik dlm rumah tu, konpem bleh dengar bunyi 'kreek kreek'..)
Mr.F: ....(terdiam habis modal, buat muka sedikit gelabah control)
Bini Mr.F: ...(merenung tajam muka aku)
Ex.Bos: .....ah, ahahaa! Dasat depa ni melawak no, mcm2 la depa ni aihh...(cuba mengembalikan suasana normal sebuah majlis jamuan)
Aku: Haha...(sengih dan minum air sirap, smbil berfikir 'tak ada pulak org nak sibuk gi tanya F betoi ka tak dia isap syabu ek? hairan2..hahaha')
Pelajar praktikal 2: ...(kembali masuk ke dlm zon pemerhati yg menyepikan diri)
Aku: Saya minta diri dulu puan, dah agak lewat ni...(aku minta diri kat tuan rumah, setelah melihat jam menunjukkan 10.15pm)
Ex.Bos: Laa nak balik dah ka? Dok dluu...(ajak2 ayam yg mcm ajak2 yg sungguh)
Pelajar praktikal 3: Cik, duduk dlu...minum2 n sembang lagi...
Aku: Ya la sat lagi saya balik...(mengambil hati tuan rumah)
Ex.Bos: Anak sedara saya dlu kna gigit ngan kucing, mmg bisa sungguh dia kna injection takmau luka tu melarat...(sambung cerita psl gigitan haiwan la pulak)
Mr.F: Binatang ni bisa sungguh...mmg kena injection punya la, bnyak kuman! Kotoq pulak tu...
Aku: Haa ckp psl kuman kat mulut binatang kan, ce ce teka, antara mulut anjing ngan mulut orang, mana lebih bnyk bacteria? Ni kajian saintifik nih! (saja aku menyibuk utk kasi sedikit pencerahan n berkongsi ilmu apa yg aku pernah tengok kat rancangan sains di tv, tanpa ada niat nak kenakan sapa2)
Ex.Bos: Uihh...mulut anjing lg bersih no?? (menunjuk minat)
Aku: Ada satu kajian ni, dia buat guna method bacterial streaking, kat agar plate utk culture bacteria. Satu Petri dish agar tu dia pi calit ayaq lioq anjing, satu lagi calit boh ayaq lioq orang. Paihtu, dia biaq beberapa hari bagi chance bacteria tumbuh...(tekun aku eksplen)
Mr.F: Huihh pakai kaedah saintifik no...
Aku: Paihtu, piring Petri yg ada ayaq lioq anjing tu bersih sungguh...tak dak apa2 yg tumbuh. Yang orang punya tu penuh bacteria naik, bermacam2 kaler ada...
Ex.Bos: Ohh sbb tu la kalo anjing ka kucing ka luka, depa jilat luka bagi baik cpt...ubat semula jadi depa la ni no?
Aku: Yaaa...binatang saja Allah bg cmtu, orang tak...hahahaah
Pelajar2 praktikal yg masih x balik: Hehehehe....
Ms.N: Hehehe....
Mr.F: Allah bagi depa semula jadi mcm tu no..baguih la no...
Aku: Ok la puan, saya balik dlu la kot, esok ada bnda nak setel...(jam menunjukkan almost 11pm)
Ex.Bos: Baik baik...terima kasih la sudi mai jamuan ni naa...
Aku: Sama-sama puan...terima kasih jugak sbb jemput, balik duluu....(maka aku pon balik naik keta sorang2 drive balik rumah, nasib baik aku ni jenis biasa drive lewat2 mlm, tak rabun mlm yg teruk)
Pelajar2 praktikal yg x reti2 nak balik lg: Drive baik2 cik, jumpa esokkk~ 

Malam tu bila aku nak tidur around 2am, aku rasa tak boleh tidur...demam seram sejuk tiba2 yg mmg tidak masuk akal. Aku tarik selimut, pejam mata, cuba tidur....masih tak boleh lelap, sejuk. Aku pakai shirt 2 lapis...ok skit...aku tarik selimut lagi satu lapis...boleh jugak lelap setelah lebih kurang sejam paksa diri tidoq, esok mau keja. Kalo aku tidur kurang dari 2 jam, aku boleh bawak keta melelong...lalalaaa~

~gegege no ge...minna de utao, gegege no ge~

Keesokan paginya aku bangun dgn badan rasa lemah gila, sakit2 n lenguh2 semacam. Aku gagahi diri pegi ke opis n attend satu meeting yg mana bebudak praktikal tu pon join skali. Aku pon menyapa salah sorang budak praktikal tu dan bertanya "Ada kamu rasa apa2 yg pelik tak lepas balik dari jamuan smlm?", budak itu jawab "Tak de pon cik, saya balik ok je", tapi lain pulak jawapan sorang budak Sabahan ni "Saya pulak nmpak something kat luar tingkap masa saya gi basuh tangan kat sinki rumah puan smlm, mcm bnda putih, ada 2 org". Aku pon jawab "Eii kamu biar betol??". Budak itu ckp "Ya cik, betulll...dah lewat masa tu, tp mcm biasa saya akan diam je, tak nak tarik perhatian bnda tu". Sorang lagi pelajar praktikal tanya aku "Nape cik? Apsal cik tanye? Cik ade rase ape2 ke smlm?". Aku pon balas la "Ada la rasa seram sejuk smlm, saye tido pakai 2 lapis shirt dan 2 lapis selimut...ada la something wrong somewhere tu". Pastu bebudak tu buat muka separa cuak n risau...kahkahkahkah. Aku rasa si MLMT maybe kena kacau lagi teruk mlm tu, lagi kesian kalo baby dia yg kena. Budak-budak kecik tak elok dibawak keluar lewat2 mlm. Ex-bos department aku penah cerita yang laman rumah dia mmg agak 'keras' (bukan disebabkan bnyk batu, simen dan konkrit), dan kadang2 mmg ada kelibat bnda2 yg memusyikilkan. Mr.F pon lepas tu tak cari pasal sama aku lagi dah, tapi masih continue cari pasal dgn orang lain...kahkahkah ^^

Dengan ini TAMAT sudah season bagi 'Spesis MLMT yang Patutnya Sudah Pupus'. Kalo ada yang baik amik iktibar, yg buruk jangan ikuttt....hahahhaaha XD


24 comments:

  1. Saiko aa pacik tu..aku x pnah lagi la jupe org camtu..then ko berenti keje situ sbb apa?sbb org tua tu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekeke..kalo psl pacik tu je x dak hal pon bg aku, kecik punya hal..saje aku nk kongsi citer psl spesis MLMT yg patutnye sudah pupus nih kikiki ^^

      Aku ciao sbb budaya kerja tmpat tu sndri da bertukar rupa since middle 2010, n it keeps getting worse n intolerable (damn complicated), so aku blah je mcm beberapa staff yg lain yg turut fedup. Aku siyes x dpt bygkan diri aku keje kat situ smpai umo 60..LoLz. Keje x ikhlas membawa gaji n rezeki yg x berkat, x best idop cmtu ^^

      Delete
    2. x de corporate lifestyle...mcm perkampungan yg diketuai ketua kampung ja?

      aiya..aku pernah keje kt company chinese, japanese, x pernah dgr benda2 mcm ni.
      company tak boleh 100% kemelayuan la aku rasa, dia hilang competitve spirit.

      klu nk ckp agama, semua company non-malay yg aku join x de masalah nak practice agama (solat),

      tapi chinese office politic mindset lebih kejam daripada citer ni. kene make sure keje tip top baru org x berani belasah kau.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. kau mungkin tak pernah dgr istilah "kill with a borrowed knife" dan mcm2 chinese idiom dan 33 strategy yg keluar dalam isu manage staff....chinese office politic lagi dahsyat style.

      nevertheless, keje ngn non-malays, keje kene tip top, baru org x berani pancung livelihood kau.

      kalau pandai cakap tak pandai keje, bos akan simpan kesilapan kau (mcm dr. m buat kt political adversaries dia), dan pancung kau one day guna semua kesilapan kau.

      daya survival malay dlm bekerja lebih tinggi kalau malay tak ramai dlm satu office.

      kalau jenis guna office politic utk survive pun, try duduk company bukan melayu. main politic dia lagi sukar. seriously.

      Delete
    5. biasa la bro... masing2 bangsa/community ada taboo, stigma dan challenge masing2... apa yg aku cerita ni is just the very tip of the iceberg of what my previous workplace is like, kenot judge everything just based on this story meh... nak kata kampung sgt, tak la jugak, ada jugak a few staff kat situ grad overseas, cuma management tempat tu mmg agak hancus la, and yes 98% meleis so, yeah... lol

      before i joined this place, aku slalu geng dgn chinese n indians, so bila masuk tempat ni yg majoritinya meleis ni aku jd agak takbleh nak accept la mindset depa nie, cara pancung memancung depa ni agak primitif skit, dok lama2 situ aku takut berjangkit pulak perangai tu hahahah, better ciao and work elsewhere ^^

      Delete
    6. aku pun silap. aku baru terperasan word "pelajar praktikal department", that means ini cerita di academic institution. x sama dgn profit-based institution.

      aku line construction, understood that performance di profit based institution is quite measurable, but performance di academic line ni mmg totally based on evaluation. (even though semua bidang pun evaluation based is the main way)

      ada a few friends keje academic line. one of the requirement utk lecturer yg ada master ialah mereka kene upgrade to PHD within certain time limit.

      worst story I heard ialah tak diberi peluang utk naik-kan ke PHD to by other seniors or head dept. kene potong, saja bagi kawan tu rot to death dkt teaching position, ajar bebudak je...

      one of the reason for brain-drain di uni2 malaysia dan non-malays kurang minat nak join academic line.

      kawan aku, indian guy, ( he himself Ir. in electrical), dpt PHD je terus cabut migrate. dia citer kt aku yg dia x berani join uni di malaysia pasal ni la.

      sorry panjang lebar, sbb boleh relate dgn citer ko.

      Delete
    7. haha yaaa ini baru ada kaitan dgn story aku... lg 1 benda aku nak tambah, big error dlm local univs skrg ni ialah "students are clients", higher education becomes a business, and the univs become mere factories to produce graduates... after that what happens? i think you can get the bigger picture ^^

      Delete
    8. summary pasal factory tu aku pernah tulis.

      http://beyondthispunkt.tumblr.com/post/52242794937/pork-farm

      saja share. <--muka x malu

      Delete
    9. lol that is one heck of a long long suicide note written by a horse :p

      Delete
    10. thanx. da dpt idea nak tulis. cuma x de storyline. idea tanpa storyline jadik esei je.

      kau bagi keyword which is "factory"..idea tu.

      no wonder our people is too rigid, mudah sentap2 dan close minded. benda bukan2 bila kait dgn agama terus "like".

      mcm screws yg dihasilkan oleh kilang manufacturing., screw, paku. itu la kita. small mind. tak boleh fikir luar dari pada view sebijik screw.

      thanx again, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. thanx for the idea and revelation.

      Delete
    11. well, experience is the best teacher, and from experience one can make genuine conclusions ^^

      thanks for visiting my humble blog dan kasi komen sebijik dua kat post yg lama... hahah, selamat bersahur ^^

      Delete
  2. suruh pakcik psaiko tu buat tarian psy style

    ReplyDelete
  3. kenapa dah macam misteri nusantara plak?? wakakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kisah benar/dokumentari mmg slalunya ada unsur2 misteri nusantara, tiada oksi moron yg klise spt dlm novel2 ciptaan manusia yg suka berangan-angan wahkakakaa XD

      Delete
    2. Aku berharapkan tipikal klise bila endingnya iaitu ko akhirnya dapat bersama dengan Mr F dan happy ending ever forever kah3.. xD

      Waikikikikikikikik xD

      Delete
    3. ya zack, aku tau itu yg ko harapkan warghkahkahkah XD

      Delete
    4. I want Happy ending story bukan story berbelit psiko sakit otak nak paham wakakakaka!

      tambah2 ada unsur2 genre seram,buat komedi cinta takpe gak :p

      Delete
    5. malangnya zack, real life mmg hakikatnya terdiri drp story mory yg berbelit, psiko n sakit otak nak paham XD

      x pa, nnt aku kongsi story yg ada sedikit happiness di dlmnya, aku juga bisa punya story yg happy, tp x melibatkan cinta la..LoLz ^^

      Delete
    6. Yeah! Right attitude! macam tu lah muaheheheeh :p

      Sebenarnya dalam hidup kita memerlukan sedikit "KEPALSUAN+PENAFIAN" dalam menjalankan hidup. ^_^

      Delete
    7. atau, atau...kePOYOan! kahkahkah XD

      Delete
  4. kenapa macam sama je pattern ayat zack dan plain83 ni?ada jodoh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk anon sudah dtg menonjolkan diri di blog picisan ku!! or..berserk...is that youuu??XD

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...