Click Me Plzzzz

Tuesday, October 2, 2012

Nak berniaga, buat cara nak berniaga...


Ok, post kali ni still bukan another anime review (diharapkan yg menunggu anime review dari aku tu jangan tension ngan aku hatta meng-unfollow aku pulak, next post pasti aku akan letak my 'personal anime review #2'...aku janji bebeh ^^).

Kelmarin dulu aku tertidur awal, pastu terbangun awal pagi (pagi buta kelam). Alang-alang terbangun awal, aku mengambil keputusan untuk keluar ke markit (pasar basah) selepas selesai menunaikan semayang subuh. Dah agak lama aku tidak mencuri masa berkunjung ke markit untuk membeli ikan dan sayur segar, so aku pun angkut sampah rumah (kat markit ada tong sampah besar, boleh dihumban kat situ), masukkan ke dalam boot keta, stat enjin dan terus menuju ke markit. Awal pagi jalan tak ramai orang, mmg perfect timing untuk ke pasar dan run a few errands. Barang-barang basah kat markit lain dan berbeza sangat dari yang dapat dibeli kat supermarket, in terms of freshness and taste. 

Sampai di kawasan markit, aku pun pergi buang sampah dan terus berjalan masuk bangunan terbuka yang dijadikan markit itu. Ada macam-macam fresh ingredients menarik, sotong, ikan, sawi, ayam, keli hidup, tempe, telur puyuh dan banyak lagi, cuma daging lembu saja tak ada hari tu. Aku nak beli sikit sotong dan ikan kembung, so aku pun pergi kat sorang makcik cina ni, yang mana hasil tangkapan laut yang dia jual tu paling menggamit hati. Aku bukan 'bias' bangsa ka apa, tapi bab jaga hati customer aku memang tabik/salute spring sama itu orang cina. Aku tak perlu minta perhatian dari penjual untuk diberi perhatian sebagai pelanggan. Sambil sibuk berjalan kiri kanan kaunter melayan karenah pelanggan-pelanggan dia yg lain, makcik cina itu acknowledge kehadiran aku dan bercakap memandang aku sambil tersenyum "Mau ikan? Ikan tenggiri ada, sotong besar ada sotong kecik ada , udang ada...ikan kembung sekilo 3 ringgit". "Nak ikan kembung sekilo", aku cakap sambil menghulur sepinggan besar ikan kembung saiz sederhananya yang segar untuk dia bungkuskan. "Ok, 3 ringgit, lagi mau apa?" tidak lekang senyuman di bibir. Aku tengok sotong dia ada 2 jenis, sotong cumit (kecil dan tirus) dan sotong katak (besar dan bulat sedikit).


Sesotong yang aku beli. Yang besar tu sotong katak, yang kecik sikit dan common tu sotong cumit. Bagi aku, rasa isi sotong katak lebih sedap dari sotong cumit, tapi masih inferior kalau nak dibandingkan dengan sotong kurita. Sotong kurita juga diketahui sebagai cephalopod paling bijak, dan bagi aku paling sedap. Adakah makin bijak sesuatu sotong itu maka makin sedap rasa isinya? Mungkin ada kaitan dan berkorelasi positif...

"Nak sotong kecik setengah kilo", aku cakap sambil memandang sotong cumit. "Sekilo 12 ringgit kalo stengah kilo 6 ringgit", cakap makcik cina tu smbil menimbang stengah kilo sotong cumit untuk aku, pastu aku menambah "Okeh, sotong besar ni saya nak 1 ekor", sambil memilih seekor sotong katak bersaiz sederhana besar (approximately 17cm in length n 8cm in width, not including tentacles). "Sotong besar ni mahai sikit", cakap makcik tu sambil menimbang sotong katak pilihan aku. Aku jawab "Sotong yang ni pandai, tak makan candat". Makcik cina tu terkejut dan cakap "Oh? Ya ka? Mana tau?". Aku jawab "Saya penah pi candat sotong kat laut, yang ni memang pandai tak mo makan candat punya, tak boleh tangkap". "Oooh, macam tu ka?", tanya makcik cina itu lagi. "Yang kecik ni bodo sikit, senang tangkap", aku tambah lagi bersahaja, lepas tu makcik tu laju saja terus ketawa besar "HAHAHAHA!", menarik perhatian orang sekeliling melihat ke arah aku dan makcik cina itu. Aku senyum saja dan terus keluarkan duit untuk bayar, dalam hati aku (aiyoo gelak besar la pulak makcik ni). Lepas aku bayar makcik cina tu cakap "Okay tengkiu aaa, tengkiuk tengkiuk", dan aku pon beredar ke tempat sayur pulak. Customer service/care makcik cina tadi aku bagi skor 'A'.


Yang muncung mcm tgh bercakap tu bukan mulut dia. Tu adalah organ propulsi jet yang digunakan untuk bergerak sambil sembur air, dan juga menyembur keluar dakwat bila perlu masa dia hidup dulu. Mulut dia pulak berupa paruh tajam (beak) yang berada terbenam kat atas dikelilingi tentacles.

Aim aku seterusnya adalah beberapa jenis sayur-sayuran segar. Aku pergi kat tempat sayur yang dijaga oleh sepasang makcik dan pakcik melayu (barangkali suami isteri). Dua orang tersebut sibuk menimbang sayur dan bahan-bahan lain sambil membelakangkan kaunter sayur-sayuran mereka. Aku pon terus ambil sebuah bakul plastik kecil yang disediakan mereka untuk kegunaan pembeli bagi memilih sayuran sebelum menyerahkannya semula kepada mereka untuk ditimbang. Sesudah aku memilih, aku melihat makcik dan pakcik itu masih lagi sibuk menimbang barang-barang lain dan masih tidak mengendahkan pelanggannya. Aku menunggu saja sambil melihat pasangan itu meneruskan kerja mereka. Setelah lebih kurang 10 saat aku tercegat di depan kaunter sayuran dan mula rasa awkward berdiri di hadapan penimbang kaunter, aku mengambil keputusan untuk membawa sebakul sayuran pilihan aku itu ke tempat makcik dan pakcik itu sibuk menimbang di sebalik sana. Makcik itu boleh buat-buat tak nampak aku dengan riak expresi wajah yang separa annoyed, dan terus tidak mengendahkan aku. Pakcik tu pulak, terus sambung kerja mengangkat dan menyusun barang-barang lain di tepi aku. Mula lah aku rasa seperti nak belah dan tinggalkan saja sayur-sayuran itu, cancel terus niat nak beli setelah 10 saat lagi masa aku terbuang menunggu respon penjual yang tak suka pada pembeli itu. Belom sempat aku berbuat demikian, makcik itu memandang aku sepintas lalu dan terus memanggil seorang kenalannya (mungkin saudaranya), "Dinnn, tolong mai timbang hat dia ni sat!". Seorang lelaki berbaju merah datang dalam keadaan separa bergegas dan mengambil bakul berisi sayuran aku itu untuk ditimbang bagi menentukan harga total yang perlu aku bayar. Setelah selesai menimbang dalam keadaan separa tergesa-gesa, Din yang nampak seperti seorang yang agak lurus itu pon menghulurkan sebeg plastik sayuran aku dan berkata, "Semua 7 ringgit kak". Aku pon keluarkan RM7 dan beri pada Din, kemudian aku ambil sayur aku dan beredar keluar dari markit. Dalam tengah berjalan menuju ke kereta aku sempat berfikir, "Awat aku rasa macam bersalah ja ni, macam aku ni mengacau ja makcik dan pakcik sayoq tadi? Konpius...aku salah ka depa yang salah? Aku tak suka gila ngan perasaan tak best macam ni".


Sayur-sayuran depa dah cantik dan segar, cuma adab meniaga ja kurenggg...tak paham aku. Aku bagi markah customer service/care makcik dan pakcik melayu tu, 'D'. Seandainya aku blah saja tanpa membeli sayur depa tadi tu, maka depa akan aku beri 'F'.


23 comments:

  1. Aku kalau beli barang ikut jumpa je,mahal ke,kena tipu ke,layanan cam haram ke,layanan cam syurga ke janji aku dapat barang tu dan terus cepat2 belah dari kawasan tu coz aku jenis tak suka tempat orang ramai,bersesak2 dan menunggu2.

    After that dah sampai rumah baru aku pikir semua tu..madsud aku mencaci kalau benda tak sedap,bahan tak fresh,kena tipu bla,bla,bla...hahahha after blacklist lah terus kih3.

    Opinion aku..BLACKLIST KAN SAHAJA kedai sayur yg layanan dia cam haram tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sayur2 makcik n pakcik tu sangat menggoda hatiku, mmg paling bnyk n fresh kat situ ketika tu. Sayang skali tuannya hampeh..

      Aku pon cemuih bersesak2 tmpat org ramai, sbb tu aku kluaq awai pagi separa kelam lg utk beli sayur n ikan segar kat markit. Punya la aku anti tmpat sesak org ramai, bulan posa yg lepas aku tak jejak kaki langsung kat pasar ramadhan hahhahaha...

      Delete
  2. quite similar with my experience.saya gi pasar malam.plan asal nak gi cari buah-buahan sikit.nak topup yg kat rumah punya.so,singgah kat one of gerai buah kat situ.ade anak prmpuan (dah mcm umur 20 lbh),mak dia dengan ayah dia (tgh dok baring kat kerusi yg boleh dilipat).1 or 2 minutes after that,saya amik buah dalam bakul yg dipilih dan letak kat depan bdak prmpuan tu.dia smbil tengah potong kuku,siap jeling kat sya kejap..tapi tak bungkus buah tu jugak.so,saya terpacak je depan diorang..memang sumpah awkward giler masa tu.last2,saya cakap "kak,terima kasih ye bagi buah free..saya tunggu tadi ingatkan kena bayar"..trus mak dia nak marah anak dia "abe tu nak bli,buleh wat tak nmpok"..ceh,makcik tadi pun tak layan saya jugak..harapkan pkcik,lagi la..terbungkang tido.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohohohhh dayummm...sedih benar pengalaman mu itu..tapi masih tak sesedih pengalaman beta membeli track pants di sebuah supermarket dulu. Penah skali time student la, kluar dgn kosmates gi satu supermarket ni, ada satu salesgirl muda bahagian pakaian ni bleh marah n sound beta dgn biadap sialnya sbb 'sepah2kan' track pants (angkat dan letak je tak dak la sepah pon, kalo sepah2 skalipon customer tak salah, mmg keja salesgirl tu pon kena lipat balik dan susun pants yg mmg dorang tindan2 atas rak/meja tu). Bila keadaan jd makin menjengkelkan my kosmate sound dia balik elok2, tanye psl apa, dia tuding jari kat beta n ckp 'dio ni sepoh2 kaing, pot pet pot pet (x ingat dialog sebenar, tp kuang hajau gila, tahan diri je dr lempang mek tu kasi bisu tros). Sape suh management bangang sungguh tak reti 'hang' kat hanger saja so that customers senang nak cari size/jenis pants ikut category? Penyusunan barang2 pon mcm shit..bahlol punya management department, didik/briefing salesgirls pasal customer care pon haram tak buat agaknya, n yes that retarded salesgirl is a malay, bertudung lagi tp perangai mcm ass..what da fish btol, bnda tu dah nak dekat 8 taon berlalu tp kalo ingat balik mmg bleh hangin...

      Delete
    2. haha..ramai je salesgirl behave like that.dulu time blaja kat UMT,slalu g Hock Kit Seng (kawasan gong badak).Suka tgk gelagat salesgirl kat situ.Customer mesti akan tercari-cari diorang.diorang akan duduk kat port favourite diorang,sambil bergosip.kalau boleh,don't even dare tunjuk muka kat customer.bila kita tengah pilih baju,just look at the salesgirl..diorang akan lari menyorok.hahaha.bila nak otter seluar,diorang akan main game passing."kak,dia nak potong suar","la,akak dop tahu,mu la buat","saya pun dop tahu,sitiiii,mari sini jap"..dari jauh siti menjerit "saya sibukkk".hahaha..at first,memang bengang dengan situasi camtu..tapi disebabkan terlalu bengang..sampai ketawa bila tgk diorang pemalas mengalahkan siamang.

      Delete
    3. kikikiii...la berserk, ntah2 kita pnah berselisih kat umt dlu tp x kenal hahahaaa...fyi kejadian salesgirl yg buat 'siamang' kat beta tu berlaku kat tingkat 3 hock kit seng laaa...hahahaha XD

      the world seems so small sometimes it freaks me out..dayumm hahaha XD

      Delete
    4. indahnye kat UMT dulu,petang2 dapat gi pantai..hujung minggu lak gi memancing kat muara blakang UMT.terbaik lah.paling best kat library tingkat 2..siap ada background pantai..mana nak dapat kat tempat lain suasana camtu.kan?hehe

      Delete
    5. skang ni dengaq cita bnyk bangunan baru dah naik, ada stengah2 bangunan lama yg nostalgia lagi berhantu tu dah demolished, siap ada swimming pool besar lg tu baru buat...huihhh time kita ada dlu x nak buat, dah ciao baru sebok nak buat hahaa...muara bakau gate blakang tu ada pokok nipah, slalu gak geram nengok buah nipah terjojol tp x bleh nak amik hahaha oh nostalgia btol...

      petang2 kalo rajin kayuh basikal amik angin, sambil teleng kepala nengok pantai yg dihempas ombak...atau kluaq ngan member2 gi makan ais kacang ngan kepok, sotong goreng celop tepung atau ikan kembung fresh goreng celup tepung kat tepi pantai...perghh da best laa XD

      library baru tu mmg style..eh eh ang ingat x bangunan library lama yg kat belakang tu? ..yg kat blakang dewan sukan tu?..ada parking lot kecik bertar kat tepi library lama tu, moto n beskal je park situ. Pstu ada satu pokok mempelam besar ni kat hujung parking lot tu, kat bawah dia tar parking la. Ada sapa ntah kreatif abis pi guna cat putih, lakar bentuk orang terbaring (ala2 crime scene lokasi mayat gitu) betoi2 kat bawah pokok tu, pehtu dilukih plak bentuk buah mempelam kat tepi kepala 'mayat' tu...wuahahahah!! XD

      Delete
    6. ha,yg swimming pool tu saya ada tgk gmbar kat internet.memang besar giler.junior pun cakap camtu.dulu masa sem 1,saya guna basikal jugak.kwn2 pun naik basikal..pastu lalu ikut 'jalan biawak' blakang hostel tu.start sem 2 dah dapat motor.that time dah 'up' sikit..tak layan dah abc & kopok lekor kat kawasan pantai tok jembal.kitorang nak kopok lekor,gi kg losong..nak makan abc,g batu buruk.hehe.but,so sad..saya dengar dari kawan dan baca kat paper..hakisan truk kat pnti tok jembal tu.jadi bahaya pulak tempat tu.

      yang pasal pokok nipah kat muara blakang tu,ada pengalaman yg tak dapat dilupakan.that time saya dan kwn2 gi mncing tengah malam.tengah dok syok2 mancing,kwn saya tersuluh kat kawasan lumpur depan kitorang.that time kitorang terkejut giler,ada ular sawa besar nak mampos..I dare to say that saiz dia mau besar peha org dewasa.kitorng masa tu dah tak fikir pe dah..lari lintang-pukang.traumaaaa..

      Delete
    7. kahkahkah ulaq sawa paya bakau tuuu..besaq peha org dewasa gemuk ka peha org dewasa kurus?? hahaha XD

      ohhh kat batu burok sa-(eh janggal lak bahasakan diri pakai 'saya', rasa skema smcm)..beta gemar pegi A&W kat situ utk beli curly fries n float drink masa tu...kalo nak cari mocha crush drink kaw2 pegi kat kedai bun tepi pasaraya sri manja je ^^

      kedai buku kat ujung blok sri manja tu mmg port komik n cd anime yg best masa tu, lg 1 port komik yg mmg best kedai dia buruk n kecik je, tak jauh dari lokasi hostel..jalan beberapa tapak je dah jumpa kedai runcit ol-skool tu, walopun semak n berabuk tp segala komik ada, yg femes mahupon yg kurang femes, dasat la pacik kedai tu hahaa...skang ni masih ada atau x, ntah la...

      Delete
    8. besar peha org dewasa bersaiz medium.hahaha.oh,kedai pkcik tu.tu saya panggil pkcik lelap.keja dia dok terlelap je.hahaha.pkcik tu ada lagi.kedai dia maintain.best pkcik tu.kalau kita gi kedai tu time kul 11 mlm cmtu,dia dah start lelap.org siap boleh amik barang pastu blah tak bayar.hahaha.saya suka jerit "pkcik!" pastu tepuk meja kaunter.We can see dia menggelabah.."hah,hah..mende?..mende?".pastu ckap kat pkcik tu "berat nanang pkcik ni"..

      Delete
    9. oh ya, ada a few times tu pi menapak ke kedai tu wktu mlm kul 9 or 10 lebih, pacik tu mcm tgh mengantuk kat kaunter tp x dak la terlelap tros, n slalunya dia x sorang2 kat kedai, ada org lain (wife dia kot) dok jaga kedai skali...agaknya utk prevent kes manusia2 yg suka amik brg free tu kot..ciss teruk btol org yg suka mkn hasil curi, x kenal haram halal..

      Delete
  3. plain,saya taktau nak luahkan kat sape bende ni.I just got some bad,critical news today.saya ada kawan dari kecik di kwasan perumahan saya.lepas kitorang abis SPM,dia berjaya gi amik medic kat Republic Czech.saya & jiran2 lain dah anggap dia macam family sendiri.kitorang doakan dia & sentiasa harap dia success.Now,5 tahun dah dia tak balik langsung Malaysia.family dia cakap dia balik lambat lagi sebab dia trus amik doktor pakar.hari ni,family dia told us..the true story.actually,dia gagal..dah 3 tahun dibuang Universiti.dia takut nak balik Malaysia.Now,the problem is..MARA hantar surat tuntutan RM100K at his father atas tajaan yg MARA bagi.more worse,bapak dia takde duit sebanyak tu sbb dah nak bersara dan dah gunakan semua duit untuk beli rumah baru.Sekarang,bapak dia kena gadaikan rumah atau tanah kat kmpung diorang.Fuh,saya dengar berita tu pun dah jadi pening.saya harap kawan saya kat sana tu tak buat benda bukan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh parah tu...tp mmg standard ah study obesea makan RM100k. Kos sains apa2 pon (not just medic) mmg bleh mencecah RM100k or more kalo ke obesea. Baca sparuh komen ang td ingatkn kes your dad jd penjamin bdk tu dlu, so kne contribute bayar skali tuntutan mara ke atas bdk tu..kalo cmtu lg berita buruk n parah. Tp yalah, kesian la parents bdk tu skang meronta2 cari duit..terbang cmtu saja smpai 100k tanpa hasil, sedih gila...apa2 pon jgn gi mintak kat along sudah, n kwn mu tu, patut usaha cr kerja kat sana (as a waiter at some restaurant, or a sales person at some mall, jgn buat bnda haram sudah) n hantar duit bulan2 kat parents utk byr hutang mara tu..

      Delete
    2. dia cakap maybe awal tahun depan dia balik Malaysia.ha,bersiap sedia la..sbb family dia tau dari sumber tertentu yg dia spend so much money dari tajaan tu untuk melancong kat luar negara dengan kawan2 dia.enough said,he's dead.nak nasihat pun dah terlambat.

      Delete
    3. haha..'maybe' tu...blom tentu lg balik, haishh bertuah punya bdk la..ada ja dgr a few cases mcm kwn mu tu, slalu gak dengar kes bdk2 lupa diri n hanyut kat obeseas ni, baik laki maupon pompuan..yg berjaya tu tahniah la. My cousin study medic kat Moscow for 6 years, now she's a doctor in training at hosp. Kangar, bhg pediatric. Mak pak dia set alim2 n strict gila, so nak buat hal pon pikir 5-6 kali dlu la kan hahahaha...

      Delete
  4. actually,blog u ni boleh dikatakan masih suci.I really hope u can maintain this situation.saya takut la nak masuk blog yg sometimes kita ziarah tu.saya pening kepala bila terdedah with too much curse words.tak kira la apa kita tulis,the feedback that we will be get..must be really cruel.Sometimes feedback takde kena mengena dengan comment kita.saya harap awk dapat la kekalkan keharmonian dalam blog awak ni.its kind of chillax when awk cerita pasal anime,pasal kisah lucu yg terjadi..and then org komen based on minat dan pengalaman.My advice,don't ever talk about politics.So much we know that how dirty,putrescent with virus,and gross our politics..just like alcohol.once we go in or take it..we will go far away from islamic,relationship and behaviour.My mentor,Prof Dr Fauzi jani the,one of the important person who is often referred for the political and economic situation..always said,"there is no good or bad person in politics.Everyone is bad..the different that will make they win or lose is how they handle and cover up their mistakes and dirty jobs"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khehehe rajin no ang mai lepak sini..hehe macih2 terharu teman Xp

      No worries la bersrk i'm no political fag to talk abt politics in ma blog, my main purpose is to share my hobby, passion n my experience pahit n manis throughout my life, yg baik amik jd teladan yg buruk jgn ikut, ckup sekadar kenal spy dpt dielakkan di masa hadapan bnda yg buruk tu ^^
      Ckp psl politik, kat tempat kerja also ada politik kerja yg kotor, sbb kita hidup bermasyarakat, mcm2 perangai n akhlak ada, x dpt nak avoid puak2 tu. Kita mmg tak boleh tak nak amik port langsung psl politik, kna jugak amik tau serba sikit, just don't get too involved in it, or in other words, jd 'taksub'.

      In the 'prestigious' academic world/profession also, there are dirty politics involved. Mula2 masuk kerja mmg innocent abis n beranggapan semua baik2 belaka, n ingat dunia academic ni 'bersih', but once you've been teaching for several years at a certain IPTA, you'll soon realize that ppl are naturally hideously cruel, naturally. My advice to you also, maintain your current innocence and mentality, don't get influenced by those 'lupa diri, tamak n dengki' ppl at your workplace. Also, 3 years from now when you've achieved n accomplished quite a lot n earned some significant respect in the academic world, jgn lupa diri n never ever bersubahat utk jatuhkan sesiapa, balasan pasti ada bg mereka. Don't loose yourself in the fast-track of your career, don't let those cruel ppl run your life like they own it, ingat Allah s.w.t at all times. Buat hal sendiri sudah, kerja biar ikhlas n pekakkan telinga kat mana2 suara sumbang yg suka tengok org lain jatuh, n jgn join utk jatuhkan sesiapa, okeh? ^^

      Delete
    2. hehe..okeh.saya sentiasa amalkan sikap anak kampung.its true, ppl are naturally hideously cruel..sometimes,handle kucing yang garang dan tak manje pun lagi senang.by the way,I'm a cat person.(tetibe masuk bab kucing).dah lama nak bela neko.tp tak jumpa yg sesua.last2 jumpa petshop kat area KL.singgah jap.for the first time,saya jumpe neko yg berjaya menambat hati saya.saya gi kat dia,hulur tangan,then dia dtg and 'high five'.dah start excited sikit.test lagi skali,dia high five lagi.confirm..thats my cat.tnya harga..tauke tu cakap "itu kucing bagus punya maaa..RM700.terkejut jugak dengr.mahalnya!.tapi takpe,gi bank..cucuk duit.skrang dah besar dah sikit..hobi dia tgk tv.bile on je tv,dia fokus kat tv je.nak ajar dia baca newspaper pulak,tp dia asyik tepuk2 kertas tu.kalau lewat bagi makan,dia dtg dok depan saya,bunyi 'meow' pastu toleh arah dapur (ade laci tempat simpan makanan dia).tapi sekarang dah tak layan saya sangat..dah ada kawan baru (kucing jiran sebelah)..petang2 je ada meeting kat pagar rumah.ape la agenda neko2 tu..bincang pasal bajet 2013 ke?.tapi ok jugak,boleh la saya surf internet.kalau sebelum ni,dia dtg dok atas laptop terus.kononnya dia ada FB.haha

      Delete
    3. your cat got FB maaa...my cats added your cat in their FB frenz list last 2 weeks, yg tak dak FBnya tuan dia yg kuno n outdated ni wahkakakakaaa XD

      Delete
  5. sayang,aku dah jawab persoalan sayang di blog aku...hehehe

    ReplyDelete
  6. Good way of explaining, and pleasant article to
    obtain information about my presentation focus, which i am going to deliver
    in academy.

    my web-site; how to lose ass fat

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...