Click Me Plzzzz

Sunday, November 4, 2012

O-bento ga suki desu ka?

Salam semua, and a good, peaceful, sunny Sunday afternoon to all ^^
Alamak kepulan-kepulan awan mendung sudah datang, baju sudah amik dari ampaian so okeh, selamat ^^

O-bento...suka ka? (ecceh...skali pandang macam bunyi nak sama saja nihongo dengan BM lorat utagha...selalu jugak aku notis benda ni, omoushiroi no? ^^)

So what is a Bento? Bento atau O-bento, ialah makanan yang telah dipek kemas sebagai bekal dalam sebuah bekas/tupperware khas yang kecil lagi comel bermacam-macam bentuk, jenis dan warna, dan ini adalah satu budaya Jepun. In English it is referred to as a 'boxed lunch'.


Apa yang membuatkan budaya bento ini lebih menarik ialah makanan yang dipek kemas sebagai sebuah bento biasanya dipastikan seimbang dari segi nutrisi (carbs, protein, fiber, vitamins and minerals) dan kuantitinya elok-elok sahaja (nampak macam sedikit kerana bekas bento biasanya kecil dan comel saja, tetapi sebenarnya kuantitinya bersesuaian dan kenyang saja selepas menghabiskannya...it depends on what you put in it, not how much). Bento juga selalunya dipek dengan padat dan memenuhi kesemua ruang yang ada, dengan susunan yang efficient, kemas, berseni dan tersusun rapi (sapa-sapa yang ada masa lebih dan passion dalam seni bento ni biasanya suka letak tema macam-macam, seperti summer bento, winter bento, spring bento, beach bento, vegetarian bento dan lain-lain).

Jadi apa yang selalunya diletakkan ke dalam sebuah bento? Antara item-item makanan yang popular termasuklah nasi putih, onigiri (nasi kepal jepun dengan macam2 jenis inti), sayur rebus/kukus (broccoli, asparagus, carrot, baby carrot, cherry tomato, tomato, cabbage, snow peas..etc), sausages (fried/boiled mini sausages yang diukir seperti sotong kurita 4 kaki), tamagoyaki (telur dadar gulung), ayam goreng, nugget ayam, buah-buahan (usagi ringo - epal yang dipotong supaya kelihatan seperti seekor arnab comel, oranges, strawberries, grapes, kiwi..etc), dan manisan (chocolate, candy, sweets..etc). Amalan pemakanan yang sihat, seimbang lagi bersih dan halal (bagi muslims benda ini amat penting) dapat diterapkan dan dipupuk melalui penyediaan bento, selain menjimatkan wang ringgit dan dapat mengeratkan hubungan mesra sesama keluarga dan pasangan suami isteri yang bahagia (kalau aku yang dapat bento, hati aku pon cair kowt hahahhaha~) ^^

one of my homemade office bentos, can view more here ^^ 

Bento tidak semestinya mengambil masa yang lama untuk disediakan, ia bergantung pada strategi penyediaan makanan dan penyimpanan makanan yang berkesan. Nasi goreng/mee goreng pon boleh buat bento. Ada peti sejuk, semuanya beres...malam tu dah boleh buat bento ringkas siap siap, masukkan ke dalam peti sejuk, esok sebelum pegi keja/sekolah/uni, keluarkan saja dari peti sejuk dan masukkan ke dalam bag, bila tiba masa lunch, bento dah hilang sejuknya dan elok untuk dimakan...tiada lagi alasan untuk membazir duit dan masa berjam-jam keluar lunch masa lunch break kat kopitiam/kfc/mcd/husky/kedai mamak yang belum tentu lagi sihat, seimbang dan bersih penyediaannya itu ^^

one of my homemade weekend picnic bentos ^^

Rajin buat bento juga dapat mengasah bakat seseorang itu dalam seni culinary, good cooking sense dan juga mengawal paras blood glucose/cholesterol disamping mengurangkan stress seseorang, supaya tidak hanya tertumpu pada kerja kerja kerja dan kerja sahaja, atau belajar belajar belajar dan belajar lagi. Apa yang penting ialah strategi pengurusan masa dan kebolehan untuk prioritize apa yang penting dalam hidup anda, mengikut kemampuan fizikal, mental dan spiritual diri kita sendiri ^^

one of my homemade office bentos ^^

Okeh, apa yang baik sila amik buat ikutan dan teladan, mana yang rasa rasa buruk tu tak perlu la rasa nak ikut~

Owh yesssh hari sudah cerah dan ceria kembali, boleh keluar main badminton nanti dengan kucing ku hahaha XD...Jya matane koneko-tachi chan~ (=^w^=)


111 comments:

  1. DeeDee Plain83...

    Aiyark... manyak sedap aaa... kecut liur gua tengok... mana mau dapat aaa.... kat Malaysia budaya bekal dah mampos... terkojol.... budaya mangkuk tingkat pon sipi-sipi jer lagi nak mampos....

    ReplyDelete
    Replies
    1. te'hee bro C++, mana mau dapat? mintak ler wife terchinta anda buatkan bento...ayat bro kan best2 belaka...kehehehee~ XD

      Delete
  2. watashi mo onigiri suki desu.. onigiri ichi desu!

    p/s bekas makanan pedobear detected

    ReplyDelete
    Replies
    1. saru ni nani mo agenai yo~ ^^

      pandabear and pedobear...ada beza okkk ^^

      Delete
    2. nani mo agenai arimasen..*btul kah? basic jepun dah berkarat..T_T.hentam sajala..dopebear la yg paling high..

      Delete
    3. dah letak 'agenai' tak perlu lagi 'arimasen' ^^
      agenai = tak akan bagi, agemasu = akan bagi, so 'saru ni nani mo agenai' = kepada beruk apa2 pon tak akan diberi ^^

      aishhh sejak bila pulak ku jadi nihongo sensei nih??? rasa mcm tak brapa nak layak ja...hahaha ~("^3^)~

      Delete
    4. conpius dgn mo tu.. bukan sepatutnya wo atau o kah? hahah..hentam saja lah..japanese ftw

      Delete
    5. mo = pon, wo = lebih kepada merujuk kepada sesuatu atau nak mintak sesuatu, mcm 'bento o kudasai' = nak bento plz...

      Delete
  3. nyumy nyumy..itada kimasu^^ (betul ke tak) hehe, akak plain slalu buat bhasa jpnese, i yg silent reader ne langsung tak paham..nxt tym translate la teruz kak, dpt gak blajar ckit2 -mamat kb bru9-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahah ok la tu, jangan utada hikaru suda ^^

      alaa kalo sis translate terus tak challenging la minda para pembaca, haha...tak pe mana yg tak pasti apa meaning dia tu jgn segan silu tanya sis terus kat ruangan komen ya, sis new blogger yg baik lagi peramah dan tak sombong ni msti jawab punya~ ^^

      tengok, sis berjaya membuat sorang 'silent' reader keluar berkomunikasi dgn sis, gara2 sis saje tak translate terus...humuhumuhumu~

      Delete
    2. dijangka ada yg muntah hijau baca reply komen ni kang lalu akan butthurt smcm...hahahaha XD

      Delete
  4. Wahh nampak menarik dan berkhasiat. Dah lama dah teringin sangat nak buat. Tapi MALAS lebih. Huhu.

    Nak tanya, nasi kepal tu guna nasi apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee alaa buat yang simple2 jer dulu, lepas tu kalo mood rajin datang try la something new and more interesting, challenge yourself to see how far your creativity can go...yg penting amalkan pemakanan yg seimbang utk kebaikan badan anda ^^

      nasi kepal (onigiri) seeloknya guna beras jepun (kat mid valley KL ada, kalo tempat lain not sure...kena cari Asian shop), kalo beras malaysia biasa pon boleh, dengan syarat lebihkan sikit air masa nak menanak nasi tu, supaya boleh dikepal dengan kemas...search vids kat youtube on how to make onigiri and tamagoyaki, it takes practice to make nice onigiri and tamagoyaki ^^

      Delete
    2. kalau guna beras msia jadi nasi impit..hahahaha..mana lah dapat kak woi..

      Delete
    3. dik woi, banyk onigiri sis buat guna beras malaysia jer, cantik n sedap jer...what matters is the skill, skill...omae wa nani mo shiranai kusei ni...

      Delete
    4. beras pulut kurang kanji maybe a better idea..:P

      Delete
    5. iie, mazui desu ^^ tastes horrible ^^

      Delete
    6. sore omae ni tabun ii desu, demo jitsu wa dame desu...cho mazui...

      Delete
    7. well you started it, you asked for it you got it ^^
      ok i'm gonna catch some zzz myself, jya oyasumi ^^

      Delete
    8. okeh..hiiihi..adakah ini termasuk tanda2 bontot panas..hihihi

      Delete
    9. nope not at all..sorry tak dapat nak entertain palahotak dik lagi right now yer i'm really sleepy now..kbai ^^

      Delete
  5. wah,macam tu bila kita kawin ABANG akan mendapat khasiat yang diperlukan untuk cergas pada waktu bekerja dan AKTIF di waktu malam kerna bakal isteri ABANG akan selalu buat bento untuk bekal makanan setiap hari.

    Terima kasih Mama.

    wekekekekeke xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow tetiba zack the legend mai dan komen kembali di blog picisanku...haha trimas trimas XD

      weh sedih ah aku blogspot hates meh now...komen2 aku skang smua terjun masuk spam box kat blog org lain yg aku slalu visit...perlukah aku tukar id? atau komen sbg anon...cisss aku meluat nak menjerumuskan diri dlm dunia anon..omaigad (-_-")

      Delete
    2. cuba tukar nama cth thehellwiththeblogsopttoday(-_-")83..

      -sbb dah selalu sgt komen tu lah pasal system kasi spam..

      Delete
    3. butthurrrr jg si zack...dah komen smula..tak puas hati lah tue

      Delete
    4. LoL that is...a bad idea la dik...dame da yo sore (T^T)...

      Delete
    5. namaiki na omae wa...heta kusso na...mo yamero yo sonna koto..

      Delete
    6. phuik! malas lah nak fikir apa ke binatangannya komen sis

      Delete
    7. yoshhha watashi no kaaatsu~ humuhumuhumu ^^

      Delete
    8. iie..arimasen! watashi ga banzai banzai banzai (-_-)zzz

      Delete
    9. tau tak sis kenapa kena spam komen sis..bkn sbb selalu komen je tau tapi selalu komen tapi tak dibalas olh org lain..tu lah pasal ...Facepalm skrg jg sis..hihihi

      Delete
    10. stoppu stoppu...mo akiramete yo saru-chan, watashi mo ima nanka nemui ni natta jya oyasumi...zzzzzzzz

      Delete
    11. hai hai banzai banzai...zzzzzzzzzzz

      Delete
  6. beruk the hell aku rasa seorang mat gian yg terlepas dari sangkar tanjung rambutan. otak byk masalah kronik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kurang kasih sayang ja tue...kawaiso ne ^^

      Delete
    2. kawaii...aaaaaawuuuu :P..

      anon..cemburu sgt lah tue

      Delete
    3. kawaiso = kasihan ^^

      cmno ni dik? kata gi kelas amik nihongo I..sis tak gi kelas pon tau apa makna kawaiso, achaner tu dik..achaner? ^^

      Delete
    4. tau lah...hihih..kan diakhiri dgn :P dan bukannya :)..itu bermaksud hampir2 kpd sarcasm.. :P

      Delete
    5. hihihi..topeng org utan ni pun satu cover up yg bagus.. :)

      Delete
    6. selesai..dan jgn lupa berdoa akan 4 perkara sblum memberi salam.. :)..ada buat sis?

      Delete
    7. alhamdulillah...
      ...butthurt much? ^^

      Delete
    8. takan terlebih butthurt tak sempat nak berdoa dlm takhiyat akhir..mcm2 lah sis ni..bukan apa sis, dulu2 kita tak diajar berdoa sebelum salam, malah diutamakan doa selepas salam..tapi yg lebih afdal adlh yg sebelum salam.. :)..lagi pun doanya ringkas dan padat..ni doa nya

      Allahumma inni a'uzubika min 'azabi jahannam,
      wa min 'azabil qabri,
      wa min fitnatil mahya wal mamat
      wa min syarri fitnatil masihiddajjal.
      [Wahai Allah, aku memohon perlindunganmu dari seksa jahannam (neraka)
      dan dari seksa qubur,
      dan dari fitnah hidup dan mati,
      dan dari kejahatan fitnah dajjal]

      sekadar perkongsian :)

      Delete
    9. masyaAllah sejuk perut mak adik mengandungkan dan melahirkan adik...alhamdulillah...

      ustazah Lin/Guwa ada apa2 nak tambah? ^^

      Delete
    10. alhamdulillah...ya mari mari~ ^^

      Delete
    11. assalammualaikum.. ada yang seru nama gua ke? *minta kepastian. ^_^ kalau takde takpe..nak komen lah jugak.dok mencari cik plain tak timbul2.

      patutlah tak nampak cik plain83 hari ni di blog2 yang always visit.. sihat tak?
      ..best tengok makanan-makanan kat atas tu.tapi tak tahu nak berbahasa jepang.mohonlah ajar serba sikit.

      Moga Allah swt permudahkan urusannya.. Jangan disebabkan manusia, hati kita longlai menghadapi realiti.. Allahu Musta'aan~ :)

      btw baca-baca komen kat atas ni rasa terhibur gak lah..dapat melihat realiti dari sudut hati..

      hehehe. korang ni mcm2.-(thwtwt & cik plain83)

      Delete
    12. hehee w'slm cik lin, saje je nak tambah ilmu agama, tu yg seru nama cik lin tue ^^

      alhamdulillah saya sihat dah, hari tu kena food poisoning+gastric 3 hari, ilang 3 kilo (salah makan makanan beli kat luar) ^^

      tu lah saya pon terhibur je baca komen2 dorang ni, ciptaan Allah Taala ni mcm2 ada, rajin berkomunikasi luas pengetahuan ^^

      Delete
  7. pakcik saya pandai buat sushi..dia tak pandai masak benda lain,tapi bab sushi2 ni,rajin dia buat.Time family picnic aritu,penuh tupperware dia sediakan.walaupun tak berape kemas bentuk sushi tu,tapi boleh tahan rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. konbanwa berz-kun, kyo o-shigoto de isogashiikatta? (selamat ptg berz, arini ada bz ngan keja?) ^^

      wau hebat la pck berz tu, dia ada official license utk buat sushi ka atau dia mmg suka buat sushi? ^^

      sushi mmg sangat sedap (especially unagi sushi n onigiri) tp bila dah tersebar ceta psl status halal dia yg sangat diragui (mirin/rice wine punya pasal), dah tak beli kat kedai/super market dah...buat sendiri saja, gulung guna sushi mat ^^

      Delete
    2. bro berserk, bila harga rumah akan turun..burst?

      Delete
    3. saya tak boleh nak cakap secara tepat waktunya.

      tapi saya cuba sampaikan berdasarkan pemerhatian saya.harga rumah dalam lingkungan 200k-400k merupakan lingkungan harga yg paling tinggi permintaannya.walaupun dalam hukum permintaan mengatakan bahawa jika permintaan meningkat,harga turut meningkat..tapi dalam kes harga rumah pada masa kini,pemaju tidak boleh meningkatkan harga rumah hanya kerana permintaannya meningkat.kerana sekarang timbul isu dari rakyat yg mengatakan bahawa harga rumah terlalu tinggi dan melambung seperti tidak terkawal.Jadi,harga rumah lingkungan 200k-400k tak akan berubah.Manakala,harga rumah yg melebihi 500k-RM juta akan menghadapi senario yg berbeza.Kerana lingkungan harga itulah yg menjadi sasaran pengguna.Maka pemaju akan menurukan harga rumah dlm lingkungan tersebut mungkin sekitar 20-30 peratus (hanya anggaran). Jadi harga rumah sebagai contoh RM 800k,mungkin akan menjadi sekitar 600k-700k.Begitu juga kes bagi rumah kondo yg berharga mencecah RM juta.
      Kerana apa harga rumah naik?kerana syarat bagi orang asing untuk memiliki rumah di Malaysia agak longgar.Orang asing yg dimaksudkan adalah pekerja asing kategori profesional. Seimbang dengan peningkatan pelaburan syarikat asing yg masuk ke dalam malaysia,maka semakin meningkat jumlah kemasukan pekerja asing untuk menguruskan syarikat yg bertapak di dalam negara kita.Pemaju mengambil kesempatan membina rumah kos tinggi (terutamanya kondo) kerana tahu warga asing tersebut mampu membeli walaupan pada harga mahal.Itulah logiknya disitu.Kerana jika harga rumah ditentukan berdasarkan taraf hidup rakyat sendiri,harga rumah mampu milik maksimum sekitar 300k-400k.
      Tapi sekarang pemaju akan lebih fokus kepada pembinaan rumah yg berharga 200k-400k kerana tahu timbulnya isu harga rumah terlalu mahal jika terus membina rumah yg berharga RM 500k ke atas.Namun,hehe..ada namunnya,senario dalam ekonomi tidak semudah itu..sebab?sbb pemaju akan mengambil inisiatif untuk sedaya upaya tidak menurunkan harga.eh?tadi kata mereka akan turunkan harga?sekarang cakap tak turun pulak.mana satu ni?.jawapannya..pemaju akan memberikan "value-added" kepada rumah2 yg mereka bina supaya mempunyai alasan untuk tidak menurunkan harga.Contoh,selitkan unsur teknologi yg lebih canggih dalam ruang rumah.Seperti penggera keselamatan yg sudah siap dipasang,mungkin juga aircond atau bagi faedah2 kemudahan lain secara percuma (seperti penyelenggaran percuma)untuk jangka masa tertentu.
      Harus difahami bahawa pasaran tidak dapat dikawal melainkan hanya ada satu syarikat pemonopoli yg menentukan harga atau oligopoli dimana beberapa pengeluar utama bersepakat menetapkan harga atau kerajaan campurtangan dalam mewujudkan dasar kepada pengeluar. Selagi tiada ketiga-tiga itu,pasaran akan mengalir dan berubah mengikut keadaan ekonomi domestik atau mungkin juga antarabangsa.

      Ok cukup,jawapan secara kasarnya pulak..ala,ni kan nak pilihanraya..nnt ada la pihak tu turunkan harga rumah..takpun beri memperuntukan untuk bina lebih banyak rumah mampu milik kepada rakyat..harus diingat,bila dekat pilihanraya,semuanya tidak mustahil.hehe.

      Delete
    4. (0A0)....*tepuk tangan beserta standing ovation pada incik berserk*

      kalau ada teknologi teleportasi objek instant via the internet, sekarang juga ku teleport sebijik bento pada incik berserk...

      Delete
    5. hehe..ha,lupa pulak nak jawab soalan cik plain.pkcik saya masak suka2 je.anak2 dia suka makan sushi.saya suka onigiri..ada telur salmon sikit je pun takpe.yg penting nori,shoyu dan wasabi mesti lebih.ha,cepat kenyang..

      Delete
    6. owh i like onigiri too (suka buat onigiri dan juga ngappp onigiri unagi/tuna/salmon roe/tobiko)...nori msti ada extra dan shoyu pon ada...wasabi, bahaya kalo bnyak2 rasa mcm lidah kena tikam pstu mata berair hahhahahah XD

      Delete
    7. bila dia punya sengat naik ke idung tu yg 'syok'..ada sensation..mcm kena brain freeze masa minum slurpee.menyakitkan,tapi rasa nak kena lagi.haha.wah,kira mmg dah slalu buat sendiri la you ni..kat mana mudah nak dapat bahan2?

      Delete
    8. wah bro berserk hebat2...nice info..satu lagi bro, bagaimana pendapat bro ttg Backed Mortgage securities (BMS)?..bkn ini kah merupakan faktor kpd krisis kewangan yg melanda USA pd 2008 sampai skrg dsbkan bubble dlm property..apabila krisis itu berlaku, byk rumah dilelong dan penurunan harga rumah disesetengah kawasan.. Sy ambil contoh ini sbb senario sama berlaku di Malaysia skrg dgn merujuk keadaan USA pd 2006 sebelum bubble tu burst..so saya rasa lah tak lama lagi (2-3thn) burst akan berlaku jika harga tak dikawal..Satu lagi bro BMS berlaku tak d Msia? saya kurang pasti tapi kerana prinsip pasaran saham adlh terbuka, dimana2 pun ada BMS kan cuma tahap keseriusannya je yg berbeza..

      satu lagi berkenaan dgn speculation, developer2 rumah dan pembeli yg kaya beli dulu, tunggu harga naik lepas tu jual balik saje je buat speculation. Yg developer tu lagi best, rumah blm lagi pacak cakap semua sdh habis dijual..sakit ati..dsbbkan itu juga rakyat jelata gundah gulana dan berebut-rebut nak beli rumah takut nanti harga naik lagi..kenapalah pihak berkuasa tak ambil tindakan..satu lagi saya ada sorg kawan yg dah kerja dgn sebuah sykt contractor yg besar, dia ckp wakil dari majlis perbandaran minta rasuah terang2, yg tak boleh blah tu dia berkopiah (melayu) perut boroi..jilaka betul..saya malu betul sbb kawan sy tu Cina..sbb ni jg lah msia tak maju2..kalau org atasan dah ambik rasuah, org bawahan pun ikut sama..

      ok berbalik pada harga rumah..ttg pendatang asing tu memang betul lah bro berserk...saya rasa bukan stakat yg kaya je bro tapi yg bawahan tahap cleaner, buruh kasar, agent pembantu rumah pun sama jg..sbb saya tengok mereka ni mampu sewa rumah teres 2 tgkt sbb dlm satu rumah tu ada 4-5 family yg duduk..jadi owner rumah kasi sewa lpas tu beli lagi rumah, penyumbang kpd harga rumah jg..

      developer plak senang je...dia bagi tau je material utk buat rumah cthny simen, besi, foundation, workforce dll dah naik so, naik lah harga rumah walaupun tak da value-added..yg value-added bro ckp tu pun satu hal lagi..

      satu lagi bro oligopoli yg bro maksudkan tu sma dgn cartel or merger kan? benda tu tak boleh bukan? dibenarkan tak d Msia?..tapi kalau mereka buat underground meeting pun manalah org nak tau..manusia o manusia ...huhuhuh

      Delete
    9. saya lupa plak ttg politik...saya yakin semua cakap politik lebih2 time nak pilihanraya semua tak leh pakai..paling2 pun yg politicians buat adalh bagi budget kasi sikit hati senang sama rakyat..tungggu recession jelah kalau nak harga rumah turun..sbb demand akan kurang, interest rate pun kurang..sekarang bukan setakat developer, kerajaan dan speculator je perlu dipersalahkan, tapi rakyat jg sbb nak sgt kat rumah shgga demand pun melebihi supply..duduk rumah mak lagi bagus..

      Delete
    10. hmmm...dik beruk tak dapat bento...sbb penulisan agak berterabur (brapa banyak satu lagi bro..satu lagi bro..dan satu lagi...la issue yg dik beruk cuba nak utarakan tue)...

      eh baru sis tau yg orang utan yg tak nak bekerja ni amik kisah psl rumah, ingatkan duduk dlm hutan simpan sepilok selama ni ^^

      Delete
    11. oh berz-kun, bahan2 tu biasanya beli di big malls kat penang or alor star bila turun sana...last time beli kat queensbay mall bahagian sebelah cold storage dia ^^

      kalo turun kl lg senang nak dpt, mid valley mall msti ada punya ^^

      Delete
    12. T_T..sampai hati sis..
      minitis air mata dikalung kasihan pada kamu...memilih kata-kata berselindung kan yg ternyata..huhuh

      P/s membawa jati yg lara pergi dsbkan tak dapt makan onigiri beras msia..

      Delete
    13. hmmm tetiba rasa nak makan onigiri tuna ngan tamagoyaki la pulok...nak gi buat ah...tata, matane namaiki saru-chan ^^

      Delete
    14. lol sis..sy dh kena mcm sis jg lah d blog noob hahahaha..komen dah masuk spam juga..malangnya nasib..maka dgn ini sy quit dr blog noob...bye2 noob..ape yang penting kerjaaaaaaaasama wandepet..

      p/s..cucu minta tumpang lalu

      Delete
    15. bagus student ni..bnyk soalan serius2 yg dia tnye.student saya tak mcm ni pun.bila saya cerita sikit..diorang "ha?yeke?".

      saya cuba jawab sekadar yg saya tahu..

      1) Mortgage-backed securities..ok,first..kita beli rumah.kita buat pinjaman bank.katakan bank aym.Bank akan masukkan duit dalam akaun kita.So,sekarang kita akan ada mortgage atau dlm B.Malaysianya.."gadai janji".sama seperti loan lain,kita akan bayar bulan2 ikut perjanjian dalam tempoh masa yg dipersetujui.Mortgage boleh dikatakan sama seperti bond,boleh dijual beli dan dibuat pelaburan.Siapa yg menjual?bank ayam tu yg akan jual kepada mana2 company.dengan itu,bank akan dapat duit dan boleh bagi loan kat org lain pula.ok,bank sudah dapat habuannya.company yg beli tu pulak akan kumpulkan mortgage yg mereka bli(mengikut ciri2 persamaan antara mortgage contohnya kadar faedah) dan sedia untuk menjualnya kepada pelabur di pasaran terbuka..pelabur beli dan company dapat duit..maka lebih banyak mortgage boleh dibeli oleh company dari bank selepas itu.akhirnya,mortgage kita masuk ke pasaran saham seperti apa yg awak cakap.
      Memang krisis yg bermula pada tahun 2007 tu berpunca dari pengapungan dalam nilai .Tapi keadaan bertambah makin teruk kerana beberapa faktor seperti peningkatan harga petroleum dan makanan serta hutang kerajaan yg tinggi.
      Sebenarnya ianya disebabkan dasar yg diambil kerajaan itu sendiri. Kerajaan ambil tindakan kononnya mahu membela rakyat,dengan salah satu caranya adalah memberikan peluang kepada org yg tak berkemampuan membeli rumah sebelum ni,menjadi mampu untuk membeli rumah. Contohnya seperti peminjam yg ada masalah kredit. kemudian turut menawarkan downpayment yg rendah kepada individu atau terus kepada zero downpayment.dalam kes negara kita,ada dasar yg seumpama itu..seperti kelebihan yg diberikan kepada graduan untuk memiliki rumah sendiri. Jadi,sudah tentu risiko yg ditanggung bank akan bertambah kerana memberikan pinjaman kepada individu yg belum tentu mampu bayar semula pinjaman seperti yg ditetapkan.
      Secara ringkasnya,jika jumlah loan yg berisiko ini terus meningkat (hutang ragu) dan melebihi paras tertentu, ini turut meningkatkan jumlah hutang lapok.bank akan rugi.jadi siapa yg akan bayar balik kerugian itu?adakah kerajaan?jawapannya tidak.rakyat yg akan membayar melalui cukai dimana berlakunya peningkatan cukai.
      Jadi,kesimpulannya..jika dasar kerajaan terus mengekalkan kadar bunga yg rendah, bayaran pinjaman perumahan juga dikenakan kadar yg rendah,maka harga rumah akan terus meningkat kerana proses yg disebut diatas akan terus berlaku.Jadi,betul apa yg awak cakap..pada masa depan,mungkin harga rumah akan melonjak lebih tinggi selagi kerajaan tak ambil tindakan.
      Berkenaan dengan samada MBS tu diamalkan di Malaysia,awk boleh baca artikel MORTGAGE-BACKED SECURITIES MARKETS: EXPERIENCE OF MALAYSIA.Itulah yg digunakan saya dulu untuk fahami sedikit sebanyak berkenaan financial housing di Malaysia.
      Seterusnya berkaitan dengan pasaran oligopoli.Situasinya sama. Cartel merupakan salah satu teori bagi oligopoli.Cartel ini terjadi bila pengeluar dlm pasaran oligopoli bergabung dan bertindak macam hanya ada 1 pengeluar saja dalam industri tersebut.Merger pulak bila
      pengeluar bersatu dan berkongsi faktor pengeluaran,teknologi,modal dan pasaran yg sama. Tujuannya sama,iaitu menguasai pasaran dengan lebih kuat.Cartel boleh dibentuk,tapi ada banyak risiko. Masalah paling selalu didengar ialah free rider,masalah pembuatan dasar,dan pengeluar akan terperangkap dalam "dilema banduan" dimana segala tindakan,bergantung kepada firma dalam industri yg sama.Ianya tak dibenarkan di Malaysia. kita ada KPDNKK yg memantau harga barangan pengguna di pasaran. Tak kiralah samada monopoli atau oligopoli,perletakan harga haruslah bertepatan dan tidak melampau-lampau.

      Jawapan kasarnya pulak,kalau ada pihak kerajaan sendiri yg join sekaki makan untung jual barang harga mahal..hmm,abis la.

      (kesian kat plain,jadi sesi soal jawab kat blog dia.sorry ye plain..)

      Delete
    16. hehe.saya cuma pernah pegi queensbay mall sekali.Mid Valley?sebenarnya saya ada phobia sikit kat sana.ada pengalaman masa kecik.parent bawak gi sana.saya terpisah dari diorang.Mid valley tu besar sangt..saya lari-lari cari diorang,tak jumpa2 jumpa.sampaikan dah menangis teruk sbb jalan keluar dari tempat tu pun tak jumpa sbb panic sngt.last2 saya dengar ayah saya menjerit dari jauh panggil saya (dengan muka marah).Time kuar saya sempat toleh belakang tgk mid valley dan bersumpah "aku tak akan masuk dah dalam tu".tu la sejarahnye.hehehe

      Delete
    17. huehehe tak der masalah pon berz, teruskan teruskan..i feed on knowledge (makan popcorn)..i mmg tak terer bab2 ekonomi (masa study dlu, subjek FPE - fakulti pengurusan ekonomi, i mmg kureng...kalo subjek FST - fakulti sains n teknologi, i laju jer) ^^

      berz, pakata you buat blog juga...guarantee i follow you, n komen on your every post, kalo you letak iklan, i msti klik punye..promise~ :>

      Delete
    18. ekekeke berz...pengalaman anda itu boleh dijadikan sebuah komik pendek yg berkesan...nnt ada masa lebih i buat..te'hee XD

      Delete
  8. thanks bro..haha tersilap plk part BMS (MBS sepatutnya)..

    p/s: sori gak sis sbb sy menyibuk dblog sis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik beruk bleh ckp 'sori'? wow.. ;p

      Delete
    2. dik, gi troll sini juga, issue berkaitan benda yg dik nak tau juga:

      http://www.taufiking.com/2012/07/perbankan-islam-menjual-imej-agama-islam.html?showComment=1352188730107#c5496512937868827294

      http://www.taufiking.com/2012/07/perbankan-islam-menjual-imej-agama-islam.html?showComment=1352188730107#c5496512937868827294

      Delete
    3. aik...apsal ku terpaste 2 entry yg sama? sblom publish nmpak lain? haishh blogspot do you really hate meh? (-_-)

      http://www.taufiking.com/2012/11/bunga-berhala-dan-perbankan-islam.html

      Delete
    4. owh thanks sis..sy pernah komen pasal ni di blog2 (secara teknikal skit lah)..so nak kongsi jg lah..ni sy copy komen sy dr blog noob..hhiih

      "walaupun dah basi aku nak komen jg..PON, apa yg ninja cakap tu betui..panel syariah dlm bank islam tu 2x5 dgn banker2 conventional..kalau kau loan guna perbankan Islam riba dia lagi tinggi, tapi mesti dia tak nak tulis riba sebaliknya dia akan cakap tu keuntungan jual beli atau at least admin fee..aku quote kata2 Maulana Imran "Islamic banking scheme for lending in Murabaha is riba (usury)through the back door and it is more despicable than the actual riba" lebih kurang cam tu walaupun aku tak berapa ingat the exact words..

      Secara teknikal nya macam ni, katakan
      A= peminjam
      B= bank
      c= penjual (org yg jual barang yg kita nak sprti rumah dll)
      D= pihak perantaraan dalam murabaha

      secara konvensional kita tau yg kita (A) pinjam dari bank (B) dgn interest untuk dapat barang dari (c).Bank akan bayar penuh harga jualan tanpa interest kepada (c)dan kita pula akan berhutang dgn bank (harga jualan + interest)

      Tapi dalam murabaha Bank akan cari pembeli dulu untuk barangan dari (C) katakan pembeli ini adalah (D) dan pembeli ini akan menjual balik kepada kita (A). (D) berkemungkinan besar adalah Investor atau wakil bank atau bank itu sendiri. Kononnya ini adalah dikira jual beli tapi senario sekarang (A) terpaksa membayar lebih kepada (D)untuk mendapatkan barangan tersebut...

      so..mengapa kita nak pilih perbankan islam kalau kita terpaksa bayar lebih bulan2 compare dgn perbankan konvensional..hmmmp pelik bukan kalau islam itu lebih menindas daripada riba????

      lagipun kita meminjam dan bukannya membeli dgn harga yg tinggi semata2 nak dapatkan sesuatu barang..kalau kita ada cash tentu kita boleh bayar dgn harga jualan terus dari (C) dgn harga yg jauh lebih murah..therefore we have to go back to basic yang meminjam dalam islam itu tidak melibatkan pertambahan nilai dgn pertambahan masa!

      jadi renung2 lah noob..kalau boleh noob kalau ko stuju dgn apa yg aku tuliskan, sama2lah kita memberi pengetahuan dgn yg lain...kalau boleh buatlah entri2 di masa akan datang yg mampu mendidik generasi kita untuk memahami isu2 sperti ini..(ikhlas dari beruk perosak hehehehe)

      Delete
    5. owh ya sis..kalau dah sembang tahap serius + ilmiah bukan lah dkira troll lagi sis woi.. :P

      Delete
    6. auuww pandainyieeee dik beruk~ wah wah tepuk tangan~ ;p

      laaa dulu ckp mmg dik ni kaki troller sejati dan bukan seorang yg ada masalah mental/peribadi, bila sis sebut 'troll' awatnya nak butthurt plak ni? yare yare taihen da ne omae wa :p

      Delete
    7. tambahan: so kenapa murabaha ni lebih mahal?

      1. untuk mecari buyer D, bank akan kenakan certain fees
      (admin fee) kpd A
      2. D sebagai org ketiga mesti nak kan keuntungan yg lebih
      (kalau tidak baik dia pilih cara lain cth melabur dalam
      conventional bank)
      3. Alasan yg biasa diberi olh banker islamic plk yg mereka
      masih cuba menurunkan harga jual beli tetapi pembeli jg
      kena berkerjasama dlm hal ini dgn membayar lebih (tp ni
      tampak mustahil kerana kalau harga tu turun pasti D akan
      lari)

      masalah sekarang sistem Murabaha ni je..scheme2 yg lain dlm islamic banking tu taklah teruk sangat pun..tapi kegunaan bank yg paling utama kan untuk peminjaman duit, so Murabaha ni jadi isu utama..

      Delete
    8. loh..cukup cukup sudah..troll tu kena cari port baru kalau nak buat..cari org yg sesuai d troll jd..tu cite 2-3 tahun dulu lah sis..cukup lah sdh byk masa d buang..

      Delete
  9. kalau ada kesempatan nanti sy nak tanya bro ttg benda lain plak cth ttg Islamic banking, free market dll..sy suka jg ttg ekonomi ni..tp belajar semi-formal je..sbb saya major dlm civil engineering, so ilmu ekonomi tu kurang le...

    ReplyDelete
  10. gila dahsyat semua pasal jepun ko tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah tak de lah semua nazha...skit2 jew :>

      Delete
    2. bagus cik plain83 nih, ke arah hidup sihat dan menjimatkan....

      Delete
    3. macih biskut-chan ^^

      kesihatan kita perlu dijaga...tak bleh nak amik mudah bab pemakanan ni, kena berjaga2 sebelum terlambat...kesihatan ni anytime dia boleh give-up camtu jer tanpa sebarang early warning...seriau woo ^^

      Delete
  11. owwwh komen dah nak dekat seratus...nak kena update entry baru ni...hohohoo~ ^^

    nak kena kasi IMPACT baek punya pasni...*plotting something evil* XD

    ReplyDelete
  12. dik, seriously...selesa noh lepak sini? LoL..you very much remind me of one of my 'oh so cheeky' male students (he was the best student in his batch, graduated last 2 years, now doing his master's deg.)..sukati tok nek dia melepak in my opis berjam2 tanpa rasa kekok, baring2 atas karpet opis sambil baca my nat.geo magazines smbil buat assignment dia, smbil tanya apa2 soalan yg patut berkaitan my subjects, hari2 mesti without fail datang jenguk my opis, n he's from sabah...almost all lecturers like him (teachers' pet)...sis tanya dia, "don't you hv friends to chill out with? nak chill out sini jugak yer?", then he said, "miss sini best, tumpang aircond..muahahaha",...damn history is repeating itself in my blog...now that's creepy (*A*")


    lagi 2 orang kawan baik dia, suka lepak2 in my opis juga kekadang...on my 27th birthday satu petang tu, dorang serbu my opis bawak kfc bucket, drinks and cake...pstu bagi chocolate bars besar gedabak...owh my ex-students were so full of surprises, left me speechless...but hey i'm rather strict with grading, tak pernah biased ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik beruk 24 kan? yeah he's around your age...LoL things just got creepier XD

      Delete
    2. oh ini dilema seorang pensyarah ya? tak mau biased tapi kengkadang termakan hati budi...

      maka utk senangkan kerja cik plain.... bagi jelah markah kat semua pelajar full mark.. inilah kasih sayang yang sebenar!

      Delete
    3. LoLz dik biskut, mana der termakan budi...sis balas dgn kuih raya la bila abis cuti raya...bawak satu bekas besar kuih raya ke opis, dorang datang dorang makan ler kuih muih yg ada ^^

      markah dan pencapaian tetap bergantung pada usaha/effort dan intelectual masing2, tiada jalan pintas ya kanak2 sekalian~ ^^

      Delete
    4. nanti anda dilihat sebagai pensyarah yang kedekut, malah mungkin dipanggil sebagai dictator

      Delete
    5. hehee...kalo jd mcm tu pon, that won't bother me at all ^^

      I play things fair and square ^^

      Delete
  13. Salam,

    1. Saya pembaca senyap tapi hari ni nak bersuara.

    2. Terima kasih atas perkongsian Cik Plain mengenai O-bento. Sungguh menarik.! (bagi saya y xbelajar d jepun dn kurang tahu mngenai budaya jepun.)

    3. Mesti xberapa best kan lau simpan bento y kita buat siap lam peti ais.Maksd saya mgkin makanan rsa kurang segar. Ke Cik Plain ada cadangan lain utk selesaikn masalah ni?

    -Bolbol Hayran

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, konbanwa bolbol ^^

      1. sila sila bersuara ^^

      2. sama2, saya juga x pernah belajar di jepun, cuma ada beberapa kawan2 internet nihon-jin, dan saudara mara yang belajar/menetap di jepun ^^

      3. owh mmg makanan yg disimpan dlm fridge semalaman kurang best jika dibandingkan dgn makanan panas2 yg baru lepas dimasak, tapi ianya masih dikira ok setelah beberapa jam tersimpan dlm bag kerja/sekolah/study sepanjang menuggu masa lunch tiba, kesejukan makanan itu akan beransur2 hilang. sesetengah tempat kerja (biasanya swasta) menyediakan ruang pantry utk kegunaan staff, selain water heater, mini microwave disediakan utk staff reheat bekal makanan/bento yg dibawa...ada bento box yg jenis boleh masuk microwave ^^

      Delete
  14. kawaii desu!

    rajin awak buat bentou comey2~ :)

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...