Click Me Plzzzz

Thursday, December 6, 2012

Jom try buat nih - Korokke


Salam ceria readers skalian, kali ni aku buat entry pasal makanan lah pulak, bagi yang minat memasak tu atau simply curious untuk tahu benda ni rasa macam mana, boleh lah anda mencuba recipe nih ^^

Croquette (French) atau Korokke (Japanese) adalah sejenis makanan bergoreng (deep fried food) yang agak popular dijual di gerai-gerai makanan sebagai 'snack food' atau 'street food' di negara Jepun, selain takoyaki dan tenpayaki. Dalam anime pon agak selalu sebut pasal korokke ni, contohnya anime Beelzebub ^^

korokke versi aku ^^

 Bahan-bahan:
* kuantiti adalah dalam bentuk nisbah, mana yang tak ditulis tu maksudnya secukup rasa

- ubi kentang (potong 8 bahagian), *1
- lobak merah (potong dadu), *1
- daging lembu kisar, *1/2
- bawang besar (potong 8 bahagian), *1/2
- daun bawang (hiris halus), *1/3
- serbuk lada putih 
- stok ayam/lembu, *1/4
- gula
- bijan 
- telur ayam (pukul sehingga sebati)
- serbuk roti
- tepung beras
- minyak kelapa sawit 

Info: Minyak kelapa sawit adalah pilihan minyak masak yang paling bagus untuk 'deep frying'. Ini adalah kerana keupayaan semulajadi minyak ini untuk tahan suhu tinggi (withstand extreme heat) dengan baik, yang mana takat meruap (smoke point) minyak ini adalah pada 437 darjah F. Menurut kajian, kelebihan dan kebaikan yang ada pada minyak sawit adalah hampir sama dengan minyak zaitun. Minyak zaitun biasanya tidak digunakan bagi tujuan 'deep frying' disebabkan oleh harganya yang mahal, oleh itu minyak sawit yang jauh lebih murah (dan mempunyai kebaikan nutrisi yang hampir menandingi minyak zaitun) ini lebih popular digunakan untuk 'deep frying', di mana kuantiti yang banyak perlu digunakan untuk menyediakan satu jenis masakan, pada satu-satu masa. Dengan mempunyai takat meruap (smoke point) yang tinggi, minyak sawit dapat bertahan lebih lama di atas api (very heat resistant and stable - resistant to oxidation and free-radical formation) jika dibandingkan dengan minyak jagung, soya, biji bunga matahari, dan lain-lain sumber tanaman. Ini menjadikan minyak sawit lebih sihat dan selamat untuk kesihatan jantung dan badan kita.

Benefits of palm oil: www.americanpalmoil.com/publications.pdf


Baik, seterusnya kita usha macam mana nak buat korokke Jepun yang sedap dan sering disebut-sebut dalam kebanyakan anime ni ^^

1. Rebus potongan2 kentang, lobak merah dan bawang besar selama lebih kurang 10 minit, kemudian masukkan daging kisar untuk direbus sekali sehingga ubi kentang dan lobak empuk.

2. Toskan/tapis hasil rebusan tadi, masukkan ke dalam sebuah mangkuk adunan yang besar. Lenyekkan hasil rebusan tadi (secara manual dengan menggunakan mashing tool atau guna pengisar elektrik), masukkan hirisan daun bawang, gula, bijan, stok ayam/lembu dan serbuk lada putih, adun dengan tangan sehingga sebati. *sedikit serbuk kari boleh dimasukkan pada masa ini jika ingin membuat curry korokke

3. Seperti membuat bergedil, bentukkan hasil adunan menjadi bulatan2 bersaiz muat2 tapak tangan yang mempunyai ketebalan lebih kurang 1.5cm.

4. Salutkan permukaan adunan dengan tepung beras, kemudian salutkan adunan dengan sebatian telur ayam, dan seterusnya salutkan permukaan adunan dengan serbuk roti sehingga sekata.

5. Panaskan minyak sawit pada api sederhana kecil, dan masukkan korokke ke dalam minyak dengan berhati-hati. Pastikan paras minyak adalah mencukupi untuk menutup kesemua permukaan korokke sepanjang menggoreng, alihkan setiap korokke bagi tujuan pemanasan yang sekata pada setiap permukaan. 

6. Keluarkan dari minyak panas apabila korokke kelihatan kuning keemasan. Korokke anda sudah siap, boleh dimakan bersama sos cili atau tomato~ ^^ 





*Selamat Mencuba, Ganbatte Minna*

Sekian dulu untuk entry kali ini, next time aku tunjukkan recipe untuk buat benda lain pulak. Mata ne Koneko-tachi chan~ (=^w^=)


44 comments:

  1. dem...nampak sedap....... tenx plain, nati aku try~

    ReplyDelete
  2. Macam bergedel je..But pergh ia nampak sangat meliurkan!

    Resepi yang mudah..

    Aku nak try..tapi mana nak cari serbuk roti?kalau guna roti gardenia leh tak?

    goreng roti tu after that crunch kan dia?leh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mcm bergedil cuma bezanya yg ni coat dgn breadcrumbs ^^

      breadcrumbs biasanya ada juai kat mana2 supermarket, kalo nak substitute dgn roti goreng crunch sendiri tu, not advisable sbb dia akan sangat serap minyap, pstu msti cepat rentung tak tahan suhu minyak panas..breadcrumbs yg manufactured khas mmg dah diproses utk kurangkan efek serap minyak, dan tak mudah rentung dalam minyak panas ^^

      Delete
    2. ada jual ke kejadahnya serbuk roti ni?aku tak tahu benda ni..

      coz sepanjang aku gi pasaraya tak pernah lak jumpa serbuk roti ni.

      jenama apa ko pakai?nak cari kat section mana kalau nak beli kat pasaraya,kat tesco ada jual kan?

      Delete
    3. hahah dah ang tak amik tau pasal memasak sgt mmg la ang tak tau..biasa la tu, slalu aku pi kat pasaraya cikai ja pon ada jual bnda ni, paling koman yg kaler oren..dia ada beberapa brand, pilih ja mana2..tesco msti la ada, cer cari area tepung n spices ^^

      Delete
  3. Mak aih.. gile sodap visualnya!
    tenx plain..
    sure aku xkan try masak..sehingga sampai moodnya jer! :p
    Aku paling rajin masak megi jer buat masa sekarang.

    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..smua pics kat atas tu aku punya korokke (bangga gila hahah..padahal sonang jo, bdk2 skolah rendah pon bleh wat) XP

      meggi jgn makan slalu Len, skali skala je x pa la..baik makan nasik atau roti wholegrain lagi sihat ^^

      Delete
    2. Lol.. dulu makanan ruji aku meggi. Dah keje upgrade mekdi. Terus jadi gemox! Haha.. dah jadi 'hate'ly lemax.

      Hehehe... haruslah bangga dapat buat sendiri kan..

      Zack, aku bagi ko gemuk dengan domino hari2 sampai lemak naik pi jari ko baru susah nak tekan keypad baru ko tau. Sumpahan lemak.Hahaha

      Delete
  4. terima kasih cik plain. boleh cuba nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try jgn tak try, pakai minyak kelapa sawit tau ^^

      Delete
  5. perghhhhhh.. makanan ke tu? tak payah cakap banyak la.. delivery please!!! muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahaha dey pizza malas masok dapor! hahaa XD

      Delete
    2. bukan malas.. tapi aku tgk air tangan ko mcm best je.. x sama dgn air tangan aku :p yummmy.. x sampai pun weh.. ko dah deliver ke belum? bukan beranak ye.. :p

      Delete
    3. hahah owh alasan yg sangat berlapik lagi berdiplomasi xp

      owh aku tak bukak bisnes special korokke delivery lah pizza, ko yang sepatutnya bukak special pizza delivery XD

      Delete
    4. unfortunately.. pizza bukanlah makanan kegemaran aku.. so x de harapan la ko.. muahaha

      Delete
    5. owh ya ko suke makan kek chocolate moist yg manis lagi berkrim dan berlemak padu...ekekeke XP

      Delete
    6. Tengok kuih Plain83 buat
      rasa macam terliur dah
      Weh Plain83 delivar la cepat
      Pakai Pos Express pon boleh dah

      Wakakaka..

      Delete
    7. eh anon ni pun, babap krg.. plain dia deliver ke aku sorg je hokey~~ tak ler, aku tak suka sgt choc moist, aku lg suke tiramisu :) makan kek tiramisu tak yah potong2, ambik sudu then masuk mulut terus... perghh nikmat!

      Delete
    8. Kek Tiramisu kegeraman Puan Za
      Ambik sudu terus ke mulut die
      Jeles ke Za?
      Ala dia wat banyak, tong tong le.

      :P

      Delete
    9. hahah weyyy aku x run bisnes korokke delivery ler...aku kasi recipe utk korang try jer XD

      btw babap tu apa pizza?

      huh nmpaknya nak kne release entry baru plak nih, kang x pasal2 ada yg order suh deliver korokke lagi...LoL XD

      Delete
    10. Owh tak run bisnes korokke delivery ka
      Camtu kita serbu rumah plain83 ja la

      Delete
    11. babap tu pukul laju2.. muahaha.. "Jeles ke Za?" jeles apanya.. ha arini 10Dec, omg, nak tiramisu lagi satuuuuu..
      betul tu, jom kite serang rumah plain.. make sure buat byk2 tau.. perut aku ni bukannya kecil.. setakat 2,3 ketul tu, utk kat celah gigi aku je..

      Delete
    12. maner la tak gemuk :P

      Delete
    13. mane gemuk?? mane3? x nampak pun!

      Delete
    14. hihih nak serbu rumah konon..hati2 kawasan rumah aku banyak perangkap samar XD

      owh tiramisu..lama dah aku tak pekena tiramisu..nnt nak beli lah, tp jarang sgt nak jumpa yg bebetul sedap, slalunya rasa keciwa saja bila aku makan, so mmg aku tak akan jadi beli bila tingat rasa 'hampa' itu..benda manis2 ni slalunya tak sedaplah bagi aku ("-_-)

      Delete
    15. ala perangkap itu semua, akan ku tangkas semata-mata kerana makanan itu!

      samalah.. semalam makan tiramisu.. tak sesedap yang aku makan dulu. keciwa :(

      Delete
    16. Jangan Risau Plain83 aku sudah upan Anbu untuk explore rumah ko dari jerangkap samar :P

      Delete
  6. nampak mcm sedap jer.. hujung minggu ni nak try la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. douzo douzo ^^
      doumo arigatou follow skali ^^

      Delete
    2. Douitashimashite.. Takut nnt time nak buat ✘ igt blog ape.. So better I follow.. ƪ(˘⌣˘)┐weeeeeƪ(˘⌣˘)ʃweeeee┌(˘⌣˘)ʃ

      Delete
  7. salam kak anisss...nak orderrrr...nak orderrr..*gedik mode* wakaka..beruntung laa yg dpt jd isteri akak nntii..wink..mcm2 kebolehan yg ada..mudah2an cepat2 dpt jodohh..aminn^^




    -en.mamat,kb bru9-

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyoyoo dik non kb, tohmahan apakahhh ini??? ("-_-)
      akak ni wanita ler...heh x pe x nak cayer sudah ^^
      order? sorry nek lori, akak x buat bisnes korokke delivery (pantun 2 kerat) XD

      Delete
  8. Aku ingat kuih Dorayaki tadi

    ReplyDelete
  9. sekali imbas macam nugget... hahahha... baiklah nanti aku cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba jgn x cuba, mem kecik ko msti suka (aiseh terpantun 2 kerat lagi) XD

      Delete
  10. Saya musti cuba resepi ini
    kudos untuk Plain83

    ReplyDelete
  11. hehe..mksud saye beruntung la jejaka yg dpt akak nnti...ngeeee ^^ mcm2 jenis masakan saye tengok kat DA akak tewwww...kekeke



    -en.mamat, kb bru9-

    ReplyDelete
  12. laparrrr tngok gmbarr....haha

    nampak mavelles gilosss..

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...