Click Me Plzzzz

Wednesday, August 29, 2012

Adab Mengunjung Jenazah

Sepanjang hidup anda, mesti anda pernah pergi mengunjung jenazah bukan? Semestinya ketika itu anda berasa lebih dekat dan ingat dengan mati, dan lebih takut pada Allah s.w.t hatta insaf walaupun seketika bukan? Sepatutnya begitulah...(mode ayat skema)


Aku ni tidaklah alim mana, tapi aku tau dan 'aware' akan adab2 mengunjung jenazah ni, perlu hormat pada si arwah dan juga keluarga si arwah, sambil2 menyedekahkan bacaan al-Fatihah dan Yasin, serta wang ikhlas semampu mana yg kita boleh kpd keluarga si arwah. Kita juga perlu menjaga tingkah-laku dan tutur kata (gheti bawak dighi), serta volume suara ketika berada di kalangan ahli keluarga arwah yg sedang dlm kesedihan. 'Common sense' la kan, 'common sense' utk tidak membuat perangai x senonoh ketika mengunjung. Aku nak kongsi satu kisah menjengkelkan, yg pernah terjadi pada keluarga aku (paling affected nya aku la masa tu).

Tahun 2006, 'chaq'@atok lelaki belah mak aku, telah meninggal dunia dan jenazahnya ketika itu masih berada di rumah atok aku setelah siap dimandikan dan dikafankan. Masa tu aku baru lepas grad n convo. Sedara mara dan cucu-cucu datang utk melihat arwah chaq aku buat kali terakhir, sebelum arwah dikebumikan di tanah perkuburan Arau. Sebak dan insaf aku waktu tu, smbil membaca al-Fatihah dan berdoa agar roh chaq aku dirahmati Allah s.w.t. Tiba-tiba di dlm rumah atok aku tu, aku notice ada 3 orang makcik2 berbadan gempal n renek (umur lingkungan 40-50'an) yg tidak aku kenali, berpakaian agak ceria, dan berkelakuan tak kena tempat, berjalan2 seperti 'sight-seeing' pulak dlm rumah tu. Sorang tu 'lead' lg 2 org kat belakang dia, smbil bercakap2 agak kuat berkenaan ahli keluarga dan sanak saudara arwah. Kiranya mcm si makcik 'leader' ni kenal semua ahli keluarga arwah dan bertindak sbg 'host' yg tak diundang, utk menceritakan siapa anak siapa, siapa cucu siapa dan siapa kawin sama siapa, kepada 2 org makcik yg mengekorinya itu. Aku cuma buat tak heran dan abaikan kewujudan mereka di situ, asalkan dorng tak mai kecoh kat aku.

Gambar hiasan: Mami Jarum


Tetapi, takdir mmg menguji kesabaran aku, apabila makcik kepoh tu mai menyibuk jugak dekat aku yg sdg berdiri sebelah kakak2 aku, tidak berapa jauh dari jenazah arwah chaq aku. Makcik itu pon membuka mulut longkangnya, utk 'introduce' kakak2 aku kpd 2 org pengikutnya, sbg sepasang anak2 kembar kepada mak aku, yg mana mak aku adalah anak kpd arwah. Lepas tu makcik tu alihkan pandangan kpd aku pulak, dengan dahi berkerut tanda tidak kenal, dia bertanya kakak aku smbil menjeling "Ni sapa dia?", kakak aku pon ckp "Ni adik kami yg kecik skali, kami semua 3 beradik". Makcik ni pon sgt tak berpuas hati seolah-olah tidak dpt menerima kenyataan akan statement kakak aku tu (agaknya malu kot kat dayang2 dia 2 org tu sbb dia tak 'aware' akan kewujudan aku dlm keluarga arwah, pstu x tau nk cover line mcm mana, yelah td hebat sgt kan tau pasal semua org). Makcik tu pon memandang aku atas bwh, dan kembali bertentang mata dgn aku, dan berkata "Sapa dia ni? Lain ja..betoi ka adik hampa ni? Ka pungut tepi jalan dulu?". Aku terus menyirap rasa mcm nak lempang ja makcik renek gempal kat dpn aku tu, kasi bisu terus, tp aku masih waras dan boleh kawal amarah aku, lalu aku cuma tunjuk perasaan geram sikit saja, dgn berkata "NTAH LAAAAH" dgn nada suara n volume yg agak garang dan 'rebellious'. Tekujat jugak makcik tu, mcm tikus mondok melompat dlm perangkap gayanya, pstu jeling tajam dan terus beredar ke sudut lain pulak, diikuti oleh 2 org makcik2 yg melantiknya menjadi 'family tree guide' bg keluarga arwah itu. Makcik2 yg membontoti makcik sangap tu beredar dgn muke serba salah dan tersipu2 smbil tersenyum kesal depan aku. Kakak2 aku cuma diam dan buat2 tak tau.


Bila difikirkan balik, logic ape rupa aku berbeza dgn kakak2 aku, dorng kembar seiras (mstilah serupa), dan aku pulak 9 tahun muda dari kakak2 aku, dan aku lebih mirip ayah aku mnkala kakak2 aku lebih ikut mak aku, so apa nak hairan sgt, smpai terkeluar statement 'pungut tepi jalan'? Mungkin dlm keluarga dia, adik-beradik, anak2 n cucu cicit semua style muka photostat or klon2 belaka? 

Mcm ini?

Atau pon mcm ini?
Dan perkara ni terjadi sewaktu mengunjung jenazah, di mana 'outsider' dtg buat kacau menyakitkan hati cucu2 si arwah, di dalam rumah arwah semasa arwah masih lagi berada terbujur di ruang tamu rumah itu? Inilah yang dikatakan kategori "MAKIN TUA MAKIN BODOH, MAKIN JAHIL". Kalau la aku jenis baran tak bleh control diri, maunya aku halau makcik sangap tu keluar dan suruh berambos, tak reti hormat orang mati pegi balik la, BERAMBOS. Tak reti langsung adab mengunjung jenazah, langsung tak ingat mati, tak insaf2 dari bergossip dan jadi radio/internet bergerak tak kena tempat, baik BERAMBOS saja, PI BALIK...tua2 dok buat perangai tak senonoh, huduh nak mampos sedar tak?!

Dia tak fikir, mcm mana perasaan dia bila dia sndri mati nanti, terbujur atas lantai dibaluti kain kafan smbil roh dia berlegar2 melihat sanak saudara di sekeliling membaca Yasin, pstu ada pulak makcik sangap mana ntah gi buat 'tour' dlm rumah dia smbil mengutuk cucu2 dia nnt..apa rasa dia? BEST KOT? GLAMOR?? Balasan Tuhan itu pasti tiba, seelokknya bertaubat nasuhalah sebelum terlambat. Aku sentiasa berdoa kpd Allah s.w.t agar aku tidak jadi makin bodoh, tak sedar diri dan ignorant as I age. As I grow older, I wish to be wiser, more lovable n graceful.

Hormatilah jenazah dan keluarga arwah. Ingat Allah, ingat mati. Sekian.


Thursday, August 16, 2012

A song I sing to my cats

I hereby present my latest vocal + guitar cover of the song: 'Sora mo toberu hazu - Sayonara Ponytail'.

 

I dedicate this song to my cats: the ones I've had, met, fed and simply made friends with at certain points of my life.

So here's some crazy news, yesterday I've received an exclusive invitation from ArtistProList.com, a music talent organization from the US (I was like, uhuh'...uh...SERIOUSLY??? Woooot!!). It seems like they have selected me as one of the finalists for the 3rd season! The invitation reads: "The 3rd season of ArtistProList.com International MUSIC TALENT CONTEST is counting down... Finalist selections are this week! The Winner will have a chance to be seen by thousands of Music Industry Fans, Professionals and peers".


Then I figure, yeah it's tempting to participate and all, and this is actually the first time that my guitar+vocal song covers have caught the attention of an official music organization that is connected to real music recording companies...but then I've decided that I'm not into real showbiz n stuff, n music is just one of my hobbies, an activity which I do for fun while cheering anonymous people who like to listen to my music. I like the fact that my music can make some people happy, n it makes me happy too. Thank you ProList, for recognizing my music. I won't be participating though, since the possibility of being an official music artist who makes public appearances, singing in front of crowds, is just too surreal n overwhelming. I'm just not cut out for all that glamor ^^


Monday, August 13, 2012

Ketam oh Ketam

Cerita ini mengisahkan tentang sebuah organisasi ketam merah, dimana tempatnya terdiri drp ketam-ketam yg gaya jalannya serong, tapi sgt suka ketawakan keketam merah lain yg juga berjalan serong, atau boleh juga dikatakan berjalan mengiring. Salah satu visi tmpat itu berbunyi, "Keketam merah sekalian haruslah sentiasa berjalan lurus, kerana berjalan serong itu adalah satu perbuatan keji. Majulah anak ketam merah, usaha taqwa mulia". 


     Pada suatu hari, organisasi ini menerima seorang pekerja baru, iaitu si ketam merah muda yg berjalan dengan lurus penuh bergaya, tidak pernah kelihatan berjalan serong walau skali. Keketam senior (tua) yg lain agak tak puas hati sbb tak dpt nak buli dan gelakkan si ketam merah yg baru 'join' ini, kerana belum timbul peluang utk membusukkannya. 





      Pada satu pagi, seekor ketam merah senior berhasrat  mencari pasal dgn si muda, dgn harapan si ketam muda ini akan tersasul dan berjalan serong. Si ketam senior bertindak menahan kakinya di hadapan laluan si ketam muda ini, supaya ianya mengelak dari terjatuh dan tersembam, dgn berjalan serong. Akan tetapi, plan 'genius' si senior utk melihat si junior berjalan serong telah 'backfired', apabila si ketam muda itu tiba-tiba melompat tinggi dan mendarat di belakang si tua dgn penuh 'style'. Melompat adalah bukan suatu kesalahan mengikut akta organisasi keketam merah ini, malah ianya adalah sesuatu yg menakjubkan. Apabila cerita ketam muda ini bukan sahaja boleh 'maintain' berjalan lurus, malah boleh melompat skali, maka makin membuak-buaklah kesakitan hati keketam senior ini, oleh kerana keupayaan utk seekor ketam merah melompat, belum lagi direkod di dlm mana-mana kajian. 

 
     Suatu hari, ketam muda yg berbakat melompat ini jatuh sakit disebabkan oleh stress terlalu bnyk tugasan diberi, kerja-kerja si keketam senior pon terpaksa dibuatnya, serta kerja-kerja diluar tugasan hakikinya pon perlu diselesaikan secepat mungkin (mungkin sbb dia ini terlalu berbakat dan 'single', maka menjadi mangsa longgokan tugasan kerana dianggap tidak mempunyai tanggungjwb lain selain kerja). Jadi, utk hari itu, dia tidak mampu berjalan lurus spt biasa, dan dia pon berjalan serong. Apabila terdapat segerombolan keketam senior terlihat si ketam muda ini berjalan serong buat pertama kalinya, mereka bukan setakat mengetawakan dia, malah memaki hamun, dan mengutuk si ketam merah malang ini dgn cerita-cerita yg ditokok-tambah sesedap rasa utk memuaskan nafsu hasad dengki mereka yg terpendam selama ini terhadap spesis mereka sendiri.  

 
    Rupa-rupanya telah berlaku kejadian serupa ini pada keketam muda merah yg lain dimana mereka telah pun keluar dari organisasi ini utk mencari rezeki di tempat lain. Ketam muda merah ini sensitive, lurus dan berjiwa seni, belum pernah menerima ‘treatment’ yg begitu maha kejam, di tempat kerjanya yg pertama. Namun begitu, si ketam muda ini masih belum mahu mengalah. Sudah 3 tahun ketam muda ini berkhidmat dgn organisasi ini, dan sedang memegang tanggungjawab penting utk pembangunan organisasi,  maka dikuatkan semangat dan kudratnya utk terus berusaha, sehinggalah kesihatan ketam ini tidaklah bertambah baik, malah semakin merosot, tiada mendapat simpati dan terus dikecam. Warna 'carapace' ketam muda ini yg dahulunya merah terang dan berkilau, bertukar menjadi pudar dan lemah. Begitu kuat sekali pengaruh ketam-ketam merah senior yg berhati busuk di organisasi ketam merah ini. Ketam ini pon akhirnya mengalah, dan keluar dari organisasi tersebut, keluar untuk mencari rezeki halal dan mencuba nasib di tempat yg lain pula. Tinggallah organisasi tersebut yg terdiri drp kelompok-kelompok ketam  merah yang penuh dgn perasaan hasad dengki, gila kuasa dan taksub dgn semangat kaum ketam merah, dimana terma ‘persaingan sihat’ tidak wujud dalam kamus hidup mereka yg berjiwa diskriminasi dan prejudis. Organisasi yang takut akan saingan dunia realiti ini tidak mungkin menerima kemasukan ketam kuning, ketam hitam atau ketam putih skalipon, dan juga keketam merah yg boleh memberi saingan sengit pada mereka sendiri. Hiduplah mereka dalam keadaan syok sendiri dan kepura-puraan, dibelenggu dgn masalah budget kewangan yg saban hari makin kritikal. Begitulah kisah organisasi ketam merah yang mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
      Idea cerita ini diilhamkan oleh kisah "Apek si penjual ketam", yg sedikit sebanyak berbunyik spt berikut:  

        Pada suatu pagi, di sebuah pasar basah kampung nelayan berhampiran dgn paya bakau, kelihatan seorang apek menjual ketam hidup di dalam 2 buah bakul. Satu bakul bertutup rapi, manakala yg satu lagi dibiar terbuka, tanpa sebarang penutup. 

    
        Sedang apek itu duduk mencakung di belakang barang  jualannya, datanglah seorang pelanggan yg berhasrat utk membeli ketam bakau segar. "Uncle, aku mau beli ketam 1 kilo", ujar pelanggan tersebut, dan bertanya lagi, "Uncle, pasai apa yg ni ada penutup, yg tu biaq tenganga? Mana yg elok?". Apek itu melihat anak muda melayu di hadapannya dan bertanya, "Mau ketam melayu ka ketam cina?". Anak muda itu terdiam barang 10 saat, dan berkata "Saya mau angkat itu ketam bakau hidup 1 kilo. Ketam bakau ada melayu ada cina ka?". Dengan muka slambe apek membalas, "Ada ada..dalam bakul depan aku ni, satu bakul ketam melayu, lg satu ketam cina". Anak muda itu mula rasa lain mcm, dan bertanya lagi, "Mana satu hat melayu, mana satu hat cina?". Apek pon jawab, "Hat ada penutup ni ketam cina, hat ternganga tu ketam melayu, sebab apa hang tau? Ketam cina ni dia pandai kasi kawan dia panjat naik ataih satu sama lain, lama2 depa buleh keluaq lari. Kena tutup. Hat ketam melayu ni, depa pakat tarik satu sama lain tak bagi keluaq lari, sbb tu aku x payah susah2 nak pi tutup". Anak muda itu pon naik berang dan terus pergi dari situ tanpa membeli seekor ketam bakau pon dari apek tersebut.


         Kalau aku la yg jd pelanggan tu, aku gelak jer, n maybe aku akn tnya "Kalo ketam kacuk mcm mna pulak uncle?" hahaha...x yah nak emo meroyan bagai. Apek ni buat lawak pedas jer. Aku tetap akn beli ketam bakau dia tu, ketam tu x salah pon. Hasrat aku nk makan ketam tu tetap tercapai LoL!...



Thursday, August 2, 2012

My first entry : Testing 123

Assalamualaikum, Good day to all n Salam buat semua bloggers sekalian alam.
 
Kelihatan penulisan blog sekarang yang menjadi tempat utk meluahkan perasaan, telah menjadi satu trend golongan muda, kurang muda dan juga yang telah berusia. Ini membuatkan aku (yang tergolong dalam golongan lewat 20an, kurang muda la tu kot yek?) juga turut berasa ingin berkongsi cerita serta pengalaman2 pelik yang pernah aku lalui selama aku hidup ini, pengalaman dari bangku sekolah, university, kerja dan juga freelancing. Boleh dikatakan, agak banyak jugaklah pengalaman pelik lagi paranormal, and very unlikely to happen di mana kemungkinannya mempunyai kebarangkalian yg amat kecil, yang pernah aku lalui. 

Gambar sekadar hiasan, bukan disaksikan sendiri.

Tapi aku tetap sedar, setiap perkara yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t yang maha esa lagi maha mengetahui. Allah s.w.t tidak akan memberi sesuatu ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya, melainkan itu adalah suatu pembalasan atas kejahatan yg telah dilakukan. Jadi apabila diuji tu, janganlah kita mengeluh lantas menyalahkan takdir, sebaliknya kita harus bersyukur kerana Allah s.w.t ingat pada kita. Tapi, janganlah pulak kita pandai2 pegi cakap, orang yg ditimpa musibah itu adalah org yg penah/suka buat jahat, maka padanlah muka dia... Siapalah kita untuk mengadili insan yg lain. Hanya Allah s.w.t saja yg tahu, sesuatu musibah itu adalah suatu bentuk ujian atau pembalasan ke atas hambaNya. 

Sekian dulu entry pertama aku ini, akan aku update dgn pengalaman2 pelik yg pernah aku lalui (yg mana aku ingat lah ye), sama ada ianya menyeramkan, kelakar, pelik (plain weird), ridiculous, annoying, inspiring, atau menggembirakan, sepanjang perjalanan hidup aku. Sekian dulu yek, Selamat Berpuasa buat muslimin dan muslimat sekalian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...