Click Me Plzzzz

Thursday, November 29, 2012

Movie Jepun yang Ingat Akan Mati


Departures/Okuribito

click here for a full imdb review



Vintage: 2008
Director: Yojiro Takita
Writer: Kundo Koyama
Main casts: Masahiro Motoki, Ryoko Hirosue 
and Tsutomu Yamazaki 
Tagline: The Gift of Last Memories 


Synopsis:
Daigo Kobayashi is a devoted cellist in an orchestra that has just been dissolved and now finds himself without a job. Daigo decides to move back to his old hometown with his wife to look for work and start over. He answers a classified ad entitled "Departures" thinking it is an advertisement for a travel agency only to discover that the job is actually for a "Nokanshi" or "encoffineer," a funeral professional who prepares deceased bodies for burial and entry into the next life. While his wife and others despise the job, Daigo takes a certain pride in his work and begins to perfect the art of "Nokanshi," acting as a gentle gatekeeper between life and death, between the departed and the family of the departed. The film follows his profound and sometimes comical journey with death as he uncovers the wonder, joy and meaning of life and living.  
- Written by Regent Releasing  


*My personal review?

Personally this movie has made me cry (bukan senang aku nak nangis), and I find that this movie has a very deep message of humanity (makna yang makan dalam/buat orang sentap hatta insaf). I'd give this movie a rating of 8.5/10, based on plot, acting, cinematography and dialogue. A definite MUST WATCH.

Departures - Movie Trailer


Walaupon movie ini tidak berkaitan dengan Islam, dan melibatkan pengurusan mayat/jenazah yang terang-terang bukan secara Islam, aku fikir ianya masih sesuai bagi orang yang suka kata "Mati nanti, kubur lain-lain...sukahati aku lah nak _______ (fill in the blank)", yang mana orang macam ini biasanya tidak mahu ingat akan mati, dan menganggap kehebatan dan keseronokan di dunia adalah segala-galanya.

Movie ini mengangkat darjat orang yang kerjanya mengurus mayat (non-muslim), yang mana kekadang mayat itu berada dalam keadaan elok, separa reput, reput, bersepah bersepai (mangsa kemalangan), memusyikilkan dan sebagainya, membuatkan ramai yang tidak sanggup untuk memikul tanggungjawab seorang pengurus mayat profesional yang rata-rata dipandang jelek oleh sebahagian masyarakat Jepun. Ianya seperti satu pekerjaan yang dipandang "Dah tak ada keja lain dah ke yang kau nak buat?! Dah buang tebiat?! Kenapa kau nak buat keja tu?! Eeee, bini/mak/bapak/keluarga kau tahu ke kau buat keja gila ni?!". Movie ini juga menitikberatkan akan pentingnya hubungan baik sesama manusia (jiran, keluarga, sanak saudara, rakan taulan), sebab bila kau mati nanti, kau akan perlukan orang untuk uruskan mayat kau, dan semestinya kau nak dikenang sebagai orang yang baik, dan bukan sebagai orang yang jahat. Kalau tak ada orang yang terlatih untuk sanggup menguruskan mayat (dalam apa jua keadaan sekalipun), kau tahu ke macam mana nak uruskan mayat ahli keluarga kau dengan elok nanti? Mayat diri kau sendiri nanti pulak macam mana? Nak dalam keadaan terurus dengan elok ke, buruk? Pendek kata, the whole morale of the story: manusia perlukan satu sama lain, hidup dalam satu masyarakat...keharmonian, toleransi dan kefahaman akan tangungjawab dan peranan masing-masing itu penting.

Movie ini adalah antara movie yang aku beli DVDnya (sebab kebetulan terjumpa kat supermarket). A worthy buy. Sekian dulu entry kali ini, mana yang baik sila amik buat teladan, mana yang buruk sila jangan kata aku suruh ikut juga ^^


Mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)


Sunday, November 25, 2012

Naruto vs Rock Lee for REAL??! majikayo...


Salam ceria pagi Ahad buat semua readers ku yang sempoi dan ohsem sekalian, diharapkan kalian sedang sihat dan baik-baik saja di sana ^^

Tengok pada gaya tajuk entry kali ini, entry ini adalah berkenaan ANIME, iaitu Animasi Jepun. Adakah anda familiar dengan terma 'COSPLAY'? ^^

Cosplay (costume + play = cosplay), ialah satu aktiviti popular di kalangan peminat-peminat ANIME (Japanese animation), fiction movies (Japanese and non-Japanese product) atau online games, yang mana para peminat yang agak fanatik (otaku) ini akan cuba untuk menggayakan watak-watak fiksyen yang mereka suka itu dengan sebaik mungkin. Biasanya mereka ini akan cuba sedaya upaya untuk meniru gaya, pakaian dan peralatan khas (senjata, mainan, objek magis...etc) yang merujuk kepada watak animasi atau cerita fiksyen kegemaran mereka, lalu bertanding dalam mana-mana pertandingan cosplay yang dianjurkan oleh badan-badan penggiat seni visual tertentu.



Cosplay telah dianggap sebagai suatu seni (seperti fashion design) apabila ianya menjadi semakin popular dengan memperlihatkan kegigihan serta bakat para cosplayers (professional/amateur) membuat dan mengenakan set pakaian dan peralatan buatan mereka sendiri, serta melakonkan watak-watak animasi/fiksyen yang mereka sanjungi itu dalam pertandingan cosplay. Cosplay juga telah menjadi sebuah industri apabila terdapat beberapa organisasi membuat dan menjual barang-barang serta pakaian watak-watak anime/game yang popular bagi tujuan cosplay events.


Kegigihan dan minat yang mendalam ini telah mendorong kepada terhasilnya video awesome oleh beberapa otaku anime Naruto yang hardcore (kipas susah mati/die hard fan) seperti di bawah ini. Kegigihan mat-mat salleh ini melakonkan watak Naruto dan Rock Lee sambil bertutur dalam nihongo memang sangat awesome, sesuai ditonton sambil makan popcorn di hujung2 minggu yang macam ini. Now THIS is another level of real cosplaying, dan bukan lagi hanya memakai pakaian karektor yang ntah binatang/makhluk apa dan menyeksi saja melebih-lebih dengan pakaian yang super revealing and nonsensical, dan hanya bergambar dangan aksi/poses yang erotic dan super lame ass. 

- Naruto VS Rock Lee - Live Action -


 Now THIS is REAL TALENT

Cosplay mempunyai 'pros and cons' yang tersendiri, bergantung kepada tahap ketaksuban seseorang otaku itu. Ketaksuban yang melampau memang boleh membawa padah, dalam apa jua hal/bidang sekalipun. Seseorang itu harus berpijak di bumi nyata dan tidak membiarkan dirinya menjadi taksub dalam sesuatu perkara, sehingga melanggar segala batasan serta larangan agama. Berhibur biarlah berpada-pada, cukuplah sekadar berhibur bila ada kelapangan masa ^^ 

- Level Otaku yang Minor/Picisan -

 
- Level Otaku yang Intermediate/Sederhana -


- Level Otaku yang Agak Serious dan Bahaya -


- Level Otaku yang Merbahaya/Boleh Membunuh (literally) -



 - Level Otaku yang Super Kronik/Disturbing -

owh hell no...

Sekian dulu perkongsian ku kali ini, seperti biasa, mana yang baik silalah amik buat teladan, mana yang buruk tu pandai-pandailah korang untuk tidak mengikutinya ^^

Jya Mata ne Koneko-tachi chan~ (=^w^=)


Thursday, November 22, 2012

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Entry Kegemaran


Salam semua readers ku yang sempoi dan kewl sekalian ^^


Prince of Noob, yang merupakan seorang blogger mamat IT, dengan berbesar hatinya telah menganjurkan sebuah peraduan Contest Gila #2 sempena menyambut kegemilangan hits blognya Buasir Otak yang telah mencapai sebanyak 1 juta views baru-baru ini. Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama yang berupa sebijik pendrive 16Gb, atau hadiah saguhati (sebanyak 5 tempat) yang berupa pendrive 8Gb. Cute kan hadiah-hadiah dia? XD Contest ends on 1st Dis.2012, Saturday, 11.59pm.

Ok ok,


Sebenarnya ada beberapa entry noob yang lain yang aku turut tersuka dan terlayan, namun begitu yang ini aku rasa paling membawa makna...kenapa? Sebab apa suka? Sebab...,

"Kat entry yang itu baru aku sedar yang aku sebenarnya dikategorikan sebagai seorang komenter tegar yang suka bikin panas kat buasir otak, sampai noob letak picture deviantArt aku dan link deviantArt aku kat situ, yang mana secara langsung telah mempopularkan blog picisan aku ini, disamping meramaikan dan meluaskan circle kenalan alam cyber locals aku yang terdiri daripada mereka-mereka yang kewl dan share the same interest seperti Hime S, dilla, nazha anua, le Len Inouie, berserk, zack, beruk the hell, biskut dan lain-lain. Aku mula kenal dan follow sama itu Hime S specifically via entry yang itu lah, yang lain-lain tu pula aku kenal kat entry-entry noob yang lain semasa bertukar-tukar pendapat yang bikin panas" ^^   

To my haters over there, I am sorry if I have offended you uols without any prior realization...to my supporters, thanks for your support and concern, dan juga kerana selalu menemani aku merapu kat blog picisan aku ini...LoL! XD

Anda semua sebenarnya menjadi sumber inspirasi untuk aku berkarya secara suka-suka dan mula menconteng buku sketch aku kembali, disamping mengoreng guitar kapok aku di kala aku tak ada idea ^^

Hontoni Arigatou na Minna san! Jya Matta ne~ (=^w^=)


Wednesday, November 21, 2012

Entry khas menjawab request komenter - lipan


Salam Rabu semua, diharapkan kalian sedang sihat-sihat dan ceria saja di sana, sama ada anda sedang belajar, bekerja mahupun bercuti, di mana saja anda berada ^^,

Entry kali ini pendek saja, khas untuk menjawab request salah seorang komenter (walaupon anon - dik beruk the hell is that you?) di dalam entry sebelum ini yang bertajuk 'Misteri Nusantara Alam Haiwan'.

Berikut adalah paparan perbualan yang telah mendorong kepada terhasilnya entry kali ini ^^


Maka dengan ini, terimalah gambar lipan bara besar yang telah ku bunuh sekitar tujuh tahun lepas di dalam bilik sewa kediamanku semasa zaman student uni dahulu, untuk tatapan anda....maaf gambarnya berkualiti rendah, masa tu digicam murah saja, flash tak power (atau mungkin aku lupa nak auto-on flash masa tu, maklumlah baru lepas bergelut dengan lipan bapak besar sorang2 pukul 2-3 pagi...cuak blom abis lagi masa tu) maka blurry abis kualitinya, digicam zaman student tahun 2005...

dorsal view
ventral view
Aku tak dapat nak pastikan secara tepat spesis lipan ini apa, mungkin rakan aku yang study BioD (singkatan bagi course biodiversity) dapat menentukannya sekali pandang, yang aku tau habitat dia kawasan berpasir, dan haiwan ini seekor pemangsa yang amat berbisa...cabang sengat dia gila besar, kalo kena perghhh memang parah gila la jawabnya, alhamdulillah aku terselamat ^^

Sekian dulu entry kali ini, diharapkan kalian tak terbawak-bawak imej lipan ni sampai masuk mimpi lah ya...kalau ada sapa sapa yang dapat nightmare dikejar lipan gergasi malam ni atau waktu tidur siang ka apa, aku cakap sorry awal awal la na...hahah ("^3^)...


Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)
(nihongo: ok jumpa lagi anak2 kucing sekalian) <-- bagi yang belum tahu apa maksud phrase yang selalu aku guna ini ^^


Saturday, November 17, 2012

Misteri Nusantara Alam Haiwan

Salam ceria Sabtu buat semua, diharapkan kalian sedang ceria sambil bersantai dipagi Sabtu yang indah lagi permai ini (sambil menaip, sempat pula aku mengusha dedaun pelepah nyior yang sedang berjoget ditiup angin, oh sungguh nyaman pagi Sabtu aku ini, aku bersyukur) ^^

Kali ini aku terpanggil untuk bercerita pasal haiwan pula (dah bosan bercerita pasal ragam manusia, kita masuk topik haiwan pula). Ada pengalaman separa ngeri, pelik dan kelakar yang ingin aku kongsikan bersama kalian, yang mana ianya melibatkan seekor haiwan liar yang penuh misteri (sebenarnya aku ada beberapa cerita pelik lagi kelakar pasal alam haiwan ni, tapi untuk entry ni aku story pasal 1 kes saja dulu) ^^

Ok, sebelum aku mula story pasal pengalaman pelik aku dengan haiwan liar tu, aku nak citer pasal tempat aku sewa masa aku study dulu sikit (lebih kurang 7 tahun yang lalu), sebab kejadian itu berlaku kat situ, iaitu kat bilik sewa sebuah rumah ala-ala homestay murahan (6 bilik berasingan lengkap dengan 1 tandas bagi setiap bilik, dan 1 bilik pantry umum untuk dikongsi semua penyewa), yang terletak di tepi pantai, tetapi dikelilingi dengan semak samun yang agak tebal. Aku menyewa kat salah sebuah bilik di situ untuk aku duduk seorang, RM100/month (lepas aku grad jer tempat tu dah convert jadi homestay yang agak cekik darah, setelah tuan rumah itu renovate tempat itu kasi selesa sikit, pasang ekon dan shower heater bagai, bayaran per bilik pon dah bertukar ke taraf chalet...fuh nasib baik sempat aku blah dulu baru dorang tukar). Security tempat itu agak loose, yang mana kawasan ruang legar open outdoor space berpasir kat luar bilik tu selalu kena ceroboh dek pencuri tanpa disedari oleh tuan rumah yang duduk kat depan tu jer, so pandai pandai la kitorang para penyewa ni menyimpan basikal/motosikal masing-masing kat dalam bilik sendiri dan selak/mangga solex pintu bilik elok elok, always be on guard. Jangan harapkan pintu utama tempat itu walaupun ianya nampak kukuh dan boleh diselak, kerana pencuri ni bukan masuk ikot situ pon, dia akan masuk ikot tembok yang mengadap arah pantai, ataupun dengan memanjat bumbung saja. Walaupun tuan rumah dah ambil inisiatif untuk ‘menanam/memacak serpihan-serpihan besar kaca tajam’ kat atas tembok simen tu untuk mengelakkan pencuri dari masuk dalam kawasan tempat tu, puak-puak pencuri tegar ni tetap boleh masuk (nak seribu daya kan, macam-macam teknik boleh apply). Sekali dorang dah masuk ruang legar tempat tu, mana-mana bilik yang ditinggalkan buat sementara (students pergi field trip atau balik kampung pada ketika itu) akan dipecahkan oleh puak pencuri durjana dan dirompak habis-habisan. Sepanjang 2 tahun aku stay kat situ dulu tu alhamdulillah lah, bilik aku dan diri aku selamat. Aku cuma pernah hilang sepasang selipar saja, sebab aku tinggalkan kat luar bilik (selipar murah dah pakai banyak kali pon nak kebas...apakahhh???). Ok, anda sudah mendapat gambaran tempat tu macam mana dulu kan? So barulah aku nak bukak citer pasal haiwan liar yang sebenar-benarnya haiwan, dan bukannya manusia yang berperangai lebih teruk dari haiwan. 

Pada suatu awal pagi yang hening, sedang aku tengah tidur setelah hampir semalaman penat study untuk test (paper ape ntah aku pon dah lupa), tiba-tiba aku dikejutkan oleh sesuatu yang sejuk dan lembap, menempek kat atas kelopak mata kanan aku. Tanpa membuka mata (ada hikmah), secara reflex tangan aku terus memegang benda sejuk dan lembap itu lalu membuangnya ke lantai. Aku pun membuka mata aku yang sangat mengantuk itu dan terlihat seekor katak pisang berwarna hijau+coklat, sedang memerhatikan aku dari jarak lebih kurang 1.5 meter dari katil.

Lebih kurang macam ni la rupa dia, pic ni amik dari google saja

Oih? Katak pisang??”, aku bercakap sendirian, separa terkejut dan masih mengantuk gila. Nasib baik katak tu tak kencing atas mata aku tadi, kalau tidak...perghhh, parahhh. Hari tu tak ada kelas siang so aku memang bercadang nak sambung tidur, kasi rehat ini otak sekejap, nanti nak sambung study balik. Katak itu terus memerhatikan aku, aku mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan katak yang tersesat itu lalu terus menarik selimut dan sambung tidur, dengan mangambil posisi tidur mengiring membelakangkan katak itu. Tak sampai seminit, katak sesat tu kacau aku lagi...kali ni dia lompat atas pinggul aku. Cisss memang nak kena ini katak durjana, mengacau aku nak tidur...dah la mengantuk gila! Aku terus menepis katak itu dengan laju dan sekali lagi dia mendarat kat atas lantai. Aku bangkit duduk atas katil dan bagi ‘death stare’ sama katak itu, sebagai satu bentuk ugutan yang membawa maksud: “Jangan kacau aku nak tidoq la katak bengap, hang nak mampoih ka?”, dan terus tarik selimut balik...aku memang mengantuk tahap dewa dan tak ada tenaga lagi nak perang dengan katak tu sambil halau dia keluar, aku mengambil keputusan untuk tangguhkan niat aku itu setelah aku ‘recharge energy’ aku balik, dengan harapan dia tak kacau aku dah dan pergi la melompat kat tempat lain pulak sementara aku nak tidur ni. Tak sampai 2 minit, katak itu telah...melompat kat atas aku lagiii, buat kali ke-3 berturut-turut!! Apakahhh??! “For real??! Maji de korra kanben shite kure yoo tenme!!” (merapu aku dalam nihongo sesorang, yang membawa maksud: Biar betul kau ni give me a break la you jerk/freak!!)...aku pun terus naik bengang dan memaksa diri aku untuk bangun dan berperang dengan katak itu untuk menghalaunya keluar dari bilik aku once and for all (dah macam Mr.Bean aku rasa diri aku waktu itu). Katak pisang itu memberontak, dia mula melompat dengan menggila dengan mengambil jarak yang jauh untuk setiap satu lompatannya, macam tak logik saja aku tengok kebolehan dia melompat (dari lantai ke tingkap, melekat kat tingkap, dari tingkap ke meja, dari meja ke rak buku...epic). Aku dapat agak dia masuk dari mana, mesti dari lubang udara dinding kat atas ruang tingkap bilik sewa aku tu, yang mana kat sebelah luar sana adalah semak samun. “Pi balik semak samun laaa!”, aku berkata sambil menghalaunya dengan sebatang penyapu, setelah aku membuka pintu bilik aku luas-luas dengan harapan dia melompat keluar. Lompat punya lompat, katak pisang itu landing kat depan pintu, masih di dalam bilik sambil dia membelakangkan pintu, melihat aku seolah-olah nak bagitau aku yang dia tak nak keluar. Aku berdiri kat depan dia, lebih kurang jarak 4 meter, ready memegang penyapu seperti sebatang baseball bat. Ntah kenapa disaat itu aku dapat merasakan suatu aura dari katak tu yang dia akan melompat ke arah aku, meluru seperti sebiji bola lisut ke arah aku tanda protes tak nak keluar. Gilaaa...memang betul pun firasat aku yang terdetik dikala itu, dia terus melompat straight kat aku...aku pun perati arah dan momentum lompatan dia bebetul (siyes aku ingat lagi detik tu) dan terus menghayunkan penyapu itu sebijik macam nak memukul bola lisut, dan...berjayaaaaa!!...katak itu terus terpelanting keluar dari bilik aku...yoshaaa watashi no kaaatsu!! (nihongo: yezzaaa victory is mine!!). Terus lepas tu cepat-cepat aku pergi tutup pintu bilik aku semula. 

Hah leganya boleh sambung tidur balik...owh dreamland here I come...tengah aku ready nak sambung tidur balik, aku terdengar bebudak perempuan yang menyewa kat bilik sebelah aku tu pulak terjerit-jerit, “Katak!! Katak!! Eeeee!!”,  lepas tu suara sorang lagi, “Baldi! Cepat cekup katak tu guna baldi!! Buang dia kat luar!!”, dan sorang lagi, “Eeee, kau la buat!! Cepat laa eeeek!!”. Hahahahhahahahaaa....tergelak aku sorang-sorang sebelum aku terlelap dan masuk dreamland...LoL!! XD 

Begitulah kisah aku dan seekor katak pisang yang perv dan penuh misteri. Aku pernah story kisah ni kat beberapa member aku dulu, dan salah sorang dari mereka cakap, “Itu mungkin bukan seekor katak yang betul...itu mungkin makhluk jadian, tempat ko stay tu keras kan? Makhluk misteri ni memang boleh merupa jadi hidupan lain, biasanya animals la”, lalu aku jawab, “Ya, mungkin juga...yang aku penah dengar, ular....huh macam-macam ada woo, misteri nusantaraaa”, dan sorang lagi tambah, “Jangan biarkan hidup anda diselubungi....misteriii”. Hampeh... XD 

Okies, seperti biasa mana yang baik silalah amik buat pengajaran, mana yang buruk jangan dok ikut~

Jya matane koneko-tachi chan~ (=^w^=) 

Sunday, November 11, 2012

Berdakwah biarlah berhemah dan aman caranya


Assalamualaikum, dan salam ceria Ahad buat semua ^^

Ok kali ni aku nak sentuh pasal kaedah-kaedah berdakwah sikit, tapi aku bukanlah nak berdakwah (aku tak rasa aku pandai bab-bab ni pon, tapi aku nak kongsi sesuatu yang menarik, tak salah kowt?) ^^

Korang tau kan aku kaki DeviantART? Hahaha bukan aku nak kata deviantart tu baik sangat, tapi ada insan hebat yang menggunakan deviantart itu sebagai saluran menarik untuk berdakwah secara berhemah, kreatif dan aman. Insan itu ialah encik Nayzak, seorang pak arab yang bagi aku sangat pandai berkarya dan melukis sambil menarik minat ramai orang dari merata ceruk dunia untuk mengenali Islam. Beliau selalu menekankan yang Islam itu indah, penuh belas kasihan dan amat mementingkan keamanan. I personally respect him very much, dan selalu la jugak aku view dan komen artworks beliau. Banyak jugak la aku belajar dari pakcik Nayzak ni. Aku rasa Cik Lin kita juga familiar kot dengan Nayzak punya artwork, sebab aku ada notice salah satu dari artworks Nayzak digunakan untuk menghias blog page Cik Lin, alhamdulillah...mesti bangga pak cik Nayzak ni ramai jugak yang suka artworks dia ^^ 

One of Nayzak's artworks, large view here

Macam teknologi, deviantart juga ada baik dan ada buruknya. Teknologi internet yang menjadikan dunia ini tanpa sempadan boleh jadi penawar dan boleh jadi racun, macam api juga, kecil-kecil jadi kawan besar sangat jadi lawan pula, habis rumah boleh terbakar kalau tidak dapat dikawal. Pendek kata, satu persamaan antara teknologi, deviantart dan api ialah, ketiga-tiganya boleh jadi pisau bilah dua mata (betul kot perumpamaan ni...aku tibai saja nih), kalau digunakan untuk tujuan kebaikan, baik la jadinya...dan sebaliknya. Kedua-dua benda baik dan buruknya datang dari tidak lain tidak bukan, MANUSIA sendiri. So sapa-sapa yang suka kata "dunia ini tidak adil, islam itu ganas", sebenarnya dia sepatutnya kata "manusia ini tidak adil, manusia itu ganas"...kerana yang maha adil lagi saksama itu hanyalah Allah Taala, yang menjadikan segala-galanya bersebab dan ada hikmahnya tersendiri. Manusia telah dikurniakanNya akal dan fikiran yang sempurna, yang boleh digunakan untuk meningkatkan iman bagi melawan pelbagai jenis nafsu, dan juga pelbagai jenis penyakit hati seperti riak, tamak, dengki dan lain-lain. Syaitan tidak rehat dan amik cuti, puak-puak dia memang rajin bekerja.

Credits to Mr Nayzak on DeviantART

Aku ni bukanlah seorang ustazah atau agamawan yang mana mereka itu semuanya 'dalam' ilmu agamanya, maka tak layaklah aku nak berdakwah dengan menggunakan segala ayat Al-Quran dan hadis bagai (sebab aku tak terra pon), tapi sebagai hamba Allah Taala aku ada juga rasa tanggungjawab untuk menyebarkan kebaikan walaupun sebesar atom, dan untuk terus menerus menuntut ilmu akhirat dan juga dunia, untuk kebaikan semua. Aku sedar yang aku ni bukan baik sangat pon, maka perlulah berusaha dengan lebih gigih dalam mengejar keredhaanNya. Semoga suatu hari nanti bila ajal aku tiba, aku dapat mati dalam iman dan mampu nak jawab, "Allah Taala itu tuhanku dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruhNya" bila disoal oleh mungkar dan nakir sebaik sahaja aku masuk ke alam barzakh nanti. Aku juga sedar bahawa para agamawan itu lagi besar dugaan dan cabaran mereka, mereka juga manusia yang bukan bersifat maksum. Bagi aku, para pendakwah yang berkesan perlu ada sifat rendah diri, dan tidak perlulah ada perasaan 'Aku lebih Islam dari kau, kau dan kau', kerana itu dah termasuk salah satu penyakit hati, iaitu 'riak'.

Aku ada je pengalaman pahit dengan spesis 'riak' yang camni masa study dulu, memang perit jadi bahan umpatan dan cemuhan minah tu (iyelah aku kan main guitar, tapi assignment aku ada hati pulak dia nak mintak tiru...apakahh??), aku nak sembahyang dalam bilik hostel aku sendiri pon tak tenteram sebab dia dok perati setiap gerak geri aku solat...sebab alasan dia, dia roomate aku so kalau dia yang 'jauh lebih Islam dari aku' ni tak 'make sure' solat dan bacaan Al-Fatihah aku betul lagi tepat segala sebutannya (macam ler aku tak lulus ujian ilmu Fardu-ain masa skolah dulu - dia buat aku rasa macam tu), dia akan berdosa besar sebab aku dah jadi 'tanggungan' dia...ada ka camtu? Tak paham aku dengan minah bertudung labuh yang 'sangat bagus' ilmu agamanya itu. Jangan la korang salah paham pulak, aku bukan anti orang bertudung labuh ka apa, aku ramai jer kawan-kawan bertudung labuh yang baik hati dan peramah lagi berhemah...cuma yang sorang ni jer seakan-akan jadi nila yang tumpah dalam susu kerbau seperiuk besar.

Satu senja tu dia telah kena 'sampuk' dalam surau lepas solat maghrib (ironic isn't it?), pastu dia lari masuk dalam bilik hostel dalam keadaan bertelekung dan duduk menggeletar atas katil dia (iyelah baru lepas solat kan). Aku waktu tu ada kat dalam bilik, duduk kat meja study...baru lepas solat kat bilik (tenteramnya aku solat tanpa ada mata judgemental dok perhatikan aku). Aku pon tengok saja gelagat dia dengan mata separa terbeliak, hairan dengan apa yang telah berlaku. Nak tanya, kang dia jerit kat aku pulak, iyalah bukannya dia baik dengan aku pon, aku kan jahat, tak layak nak tegur dia...hohoho. Pastu tetiba datanglah berlari salah sorang 'dayang' group 'dakwah' dia yang paling setia, merangkap teman gossip dan tempat dia mengadu domba segala hal (belum lagi dia bawak mai dayang2 yang lain untuk memenuhi ruang bilik yang sempit itu hatta menggunakan katil aku tanpa mendapat kebenaran aku, lalu membuatkan aku kena tidur kat meja study - pernah berlaku satu lewat malam tu, depa ingat aku tak balik bilik dan tidur bilik kawan aku so slamba je zzzz atas katil aku). Dayang setia dia tu pon tanya la dia dengan nada panik, "Eh kak, ape jadi tadi kat dalam surau??!", lalu dia pon jawab lebih kurang macam ni la, "Uh uh...akak kena sampuk la tadi, macam kena rasuk...mase akak tengah baca doa tu, tetibe akak dengar satu suara tanye akak, 'kau suka memerintah atau diperintah? aku lebih suka memerintah', lepas tu akak sendiri cakap ayat tu...eee takutnye akakkk, eee uhuk uhuk". Aku cuma mampu mendengar dari meja study dengan riak muka yang control abis, actually aku rasa macam kelakar situasi tu...rilek rilek hahaha. Lepas perasaan cuak minah tu reda sikit lepas puas dipujuk oleh dayang dia tu, dia pon cakap kat aku dengan nada blagak seperti biasa, "Plain, aku tidur bilik kawan aku malam ni", lalu aku jawab, "Ok". Dalam hati aku gumbiraaa gillaaa wiihihihihih aman idop aku malam tu bilik itu ana sorang yang punya...bleh buat recording guitar kahkahkah. Masa tu bilik tu kitorang 2 orang je duduk lepas lagi 2 orang roomate kitorang gi belah lepas dapat bilik kosong yang lain (actually lagi 2 orang tu belah sebab dop tahhe nge dio jugok, walopon set2 tu satu negeri nge dio...hohoho). Kalau tidak lagi horror jadinya bilik tu dah la kecik, katil double decker 2 bijik kiri kanan utk 4 orang duduk...zaman aku dulu macam tu la, sekarang hostel uni dah mewah dan luas sikit dah rasanya, zaman berubah. Hmmm...adakah aku sedang mengumpat/membuat ketupat? Aku tak dedahkan identiti dia sapa, aku cuma nak berkongsi pengalaman aku yang agak tak best, dan nak bagi tau yang orang seperti itu wujud, so...tak pa la kowt? ^^

Bayangkan la selama setahun aku 'kena paksa' duduk hostel (2 semester pertama), tak boleh sewa kat luar selagi tak masuk sem 3...syarat uni punya pasal idop aku agak tensen kena bertahan dengan perangai minah tu. Selalu aku lepak dan tidur kat bilik kawan-kawan aku kat blok lain sebab nak cari ketenteraman jiwa dan bincang pasal study dengan kawan-kawan yang boleh buat geng. Antara dorang kawan-kawan aku tu ada je yang bertudung labuh, tapi tak extremist macam minah sorang tu. Aku tahu ada hikmah disebalik segala kejadian, ada hikmah kenapa aku ditakdirkanNya menjadi roomate minah extreem tu, kalau orang lain yang jadi roomate dia mungkin ada jugak yang end up makan darah atau kena hempuk kat meja study, atau kena sampuk/rasuk pada skala yang lebih besar. LoL...apa-apa pun aku jadikan itu sebagai satu pengajaran dan pengalaman buat diriku yang picisan ini, mana yang baik dan jernih tu aku amik, mana yang buruk lagi keruh tu aku CUBA untuk buang. Benda tu dah hampir 9 tahun berlalu, so adakah aku sudah memaafkan minah tu sekarang? Jawapannya, tidak. Salah satu kelemahan besar aku ialah, sukar gila untuk memaafkan mereka yang pernah buat dajei kat aku. Aku tak suka berdendam-dendam ni, sangat tak best, tapi soal hati dan perasaan ni memang di luar kawalan aku. Aku jenis visual learner so memori aku graphic, dan juga audio learner tahap intermediate..aku memang ingat hampir segala image reaksi muka, intonasi suara, dan gaya seseorang yang memang menjengkelkan tahap cipan (bukan bro C++@cipan tapir tenuk ya). Mimpi-mimpi aku selalunya vivid, jelas macam reality, colorful dan selalunya aku boleh ingat mimpi aku balik, walaupun mimpi-mimpi lama. Citer-citer dalam mimpi ada juga yang bersambung-sambung, continuous macam drama TV, iyalah mimpi hanya sekadar mainan tidur, otak manusia tidak rehat walaupun kita tidur. Sikit masa lagi boleh kot aku forgive minah tu...mungkin, hanya Allah Taala saja yang tahu. InsyaAllah ^^ 

Life goes on, people come people go...live your life to the fullest. Life is a breeze when you learn to appreciate the small pleasures in life. Okeh aku nak pi buat ais kacang la pulak, tetiba rasa nak makan ais kacang buatan sendiri hujung-hujung minggu ceria macam nih. Berbaloi betui aku beli snow cone maker/manual hand ice shaver kat ebay neh...murah lagi conveniant, wiihihihih~ ^^

Matane koneko-tachi chan, mana yang baik amik buat teladan, mana yang buruk tu jangan la pi ikut ne~ Jya ima watashi wa ais kacang o tsukuru yo, bye bye~ (=^w^=)



Wednesday, November 7, 2012

Segmen highlight komenter #1 - kategori separa anon

For best viewing and full download, visit here

Agak-agaknya kalian dapat guess tak siapalah 4 jejaka separa anon yang ada di dalam gambar kat atas tu? XD

Some clues: 

#1 Sorang tu takde la rajin sangat jenguk blog dan komen kat sini, tapi oleh kerana aku selalu komen kat blog dia, maka aku telah mula dikenali dan diketahui kewujudanku kat dunia blog ni, dan seterusnya dapat kenal-kenal dengan bloggers dan komenters yang lain....tengkiu~ ^^

Sekarang aku lay low dulu dan kena jadi silent reader/stop komen kat blog dia sat, sebab dah selalu komen maka secara otomatis komen-komen ku dianggap spam dan dihumban ke dalam spam inbox dia...huhuu hidoi ne, kanben shite kure oo~ (-_-")

#2 Sorang lagi tu hebat dalam bidang ekonomi, dan mengajar subject itu di sebuah universiti tempatan. Antara ke4-4 jejaka ni, komenter yang ni kelihatan paling baik hati. Agak rajin juga beliau komen kat sini dan berkongsi pengalaman study dan kerja beliau, arigatou ne~ ^^

#3 Sorang lagi tu pulak suka cari pasal dan mengutuk/memaki sapa-sapa saja sesuka hati beliau, aku juga tidak terkecuali...kekekeke, tapi aku tau dalam hati dia ada taman...hahahaha! XD
Musuhnya yang paling tegar ialah tak lain tak bukan pasukan anon. Beliau adalah antara komenter terawal yang mula suka komen kat sini, macih no~ ^^

#4 Last but not least, sorang student civil engineering, berasal dari borneo, dan mempunyai krisis identiti yang agak kronik kerana menyangka dirinya seekor beruk. Hobinya ialah trolling, atau dalam erti kata lain membuat kacau dalam ruangan komen blog/youtube/FB. Telah dinyatakan beliau bahawa kini aktiviti kesukaannya itu telah reda dan beliau sudah mula rasa excessive trolling is a waste of time. Syabas aku ucapkan. Beliau adalah komenter tegar blogku yg terkini...welcome to my blog ^^


Rupa paras jejaka2 dalam lukisan ni bukanlah rupa sebenar mereka in reality. Aku langsung tidak ada idea pon macam mana rupa sebenar mereka, ini cuma lah sekadar anggaran kasar semata-mata. Tetiba rasa nak praktis melukis, so aku jadikan saja mereka yang separa anon ni target praktis aku....te'hee~ XD
For best viewing (untuk zoom besar2 dan download full view kalo nak), jemput ke deviantart aku ne~ ^^  

Sekian dulu entry kali ini, nanti aku buat lagi 'segmen highlight komenter'...dijangka versi wanita pulak kot, so rajin-rajin la komen dan jenguk blog picisan ku ini kalau nak dihighlight dalam bentuk lukisan karikatur picisan ^^

Jya matane koneko-tachi chan~ (=^w^=) <-- binatang ni seekor kucing takde telinga, sepupu doraemon dan pikachu ^^

Sunday, November 4, 2012

O-bento ga suki desu ka?

Salam semua, and a good, peaceful, sunny Sunday afternoon to all ^^
Alamak kepulan-kepulan awan mendung sudah datang, baju sudah amik dari ampaian so okeh, selamat ^^

O-bento...suka ka? (ecceh...skali pandang macam bunyi nak sama saja nihongo dengan BM lorat utagha...selalu jugak aku notis benda ni, omoushiroi no? ^^)

So what is a Bento? Bento atau O-bento, ialah makanan yang telah dipek kemas sebagai bekal dalam sebuah bekas/tupperware khas yang kecil lagi comel bermacam-macam bentuk, jenis dan warna, dan ini adalah satu budaya Jepun. In English it is referred to as a 'boxed lunch'.


Apa yang membuatkan budaya bento ini lebih menarik ialah makanan yang dipek kemas sebagai sebuah bento biasanya dipastikan seimbang dari segi nutrisi (carbs, protein, fiber, vitamins and minerals) dan kuantitinya elok-elok sahaja (nampak macam sedikit kerana bekas bento biasanya kecil dan comel saja, tetapi sebenarnya kuantitinya bersesuaian dan kenyang saja selepas menghabiskannya...it depends on what you put in it, not how much). Bento juga selalunya dipek dengan padat dan memenuhi kesemua ruang yang ada, dengan susunan yang efficient, kemas, berseni dan tersusun rapi (sapa-sapa yang ada masa lebih dan passion dalam seni bento ni biasanya suka letak tema macam-macam, seperti summer bento, winter bento, spring bento, beach bento, vegetarian bento dan lain-lain).

Jadi apa yang selalunya diletakkan ke dalam sebuah bento? Antara item-item makanan yang popular termasuklah nasi putih, onigiri (nasi kepal jepun dengan macam2 jenis inti), sayur rebus/kukus (broccoli, asparagus, carrot, baby carrot, cherry tomato, tomato, cabbage, snow peas..etc), sausages (fried/boiled mini sausages yang diukir seperti sotong kurita 4 kaki), tamagoyaki (telur dadar gulung), ayam goreng, nugget ayam, buah-buahan (usagi ringo - epal yang dipotong supaya kelihatan seperti seekor arnab comel, oranges, strawberries, grapes, kiwi..etc), dan manisan (chocolate, candy, sweets..etc). Amalan pemakanan yang sihat, seimbang lagi bersih dan halal (bagi muslims benda ini amat penting) dapat diterapkan dan dipupuk melalui penyediaan bento, selain menjimatkan wang ringgit dan dapat mengeratkan hubungan mesra sesama keluarga dan pasangan suami isteri yang bahagia (kalau aku yang dapat bento, hati aku pon cair kowt hahahhaha~) ^^

one of my homemade office bentos, can view more here ^^ 

Bento tidak semestinya mengambil masa yang lama untuk disediakan, ia bergantung pada strategi penyediaan makanan dan penyimpanan makanan yang berkesan. Nasi goreng/mee goreng pon boleh buat bento. Ada peti sejuk, semuanya beres...malam tu dah boleh buat bento ringkas siap siap, masukkan ke dalam peti sejuk, esok sebelum pegi keja/sekolah/uni, keluarkan saja dari peti sejuk dan masukkan ke dalam bag, bila tiba masa lunch, bento dah hilang sejuknya dan elok untuk dimakan...tiada lagi alasan untuk membazir duit dan masa berjam-jam keluar lunch masa lunch break kat kopitiam/kfc/mcd/husky/kedai mamak yang belum tentu lagi sihat, seimbang dan bersih penyediaannya itu ^^

one of my homemade weekend picnic bentos ^^

Rajin buat bento juga dapat mengasah bakat seseorang itu dalam seni culinary, good cooking sense dan juga mengawal paras blood glucose/cholesterol disamping mengurangkan stress seseorang, supaya tidak hanya tertumpu pada kerja kerja kerja dan kerja sahaja, atau belajar belajar belajar dan belajar lagi. Apa yang penting ialah strategi pengurusan masa dan kebolehan untuk prioritize apa yang penting dalam hidup anda, mengikut kemampuan fizikal, mental dan spiritual diri kita sendiri ^^

one of my homemade office bentos ^^

Okeh, apa yang baik sila amik buat ikutan dan teladan, mana yang rasa rasa buruk tu tak perlu la rasa nak ikut~

Owh yesssh hari sudah cerah dan ceria kembali, boleh keluar main badminton nanti dengan kucing ku hahaha XD...Jya matane koneko-tachi chan~ (=^w^=)


Thursday, November 1, 2012

Music Band/Artist J-Pop/Rock yang Aku Rasa Paling Kakkoi

Antara music bands/artists J-Pop/Rock/Alternative yang aku rasa sangat cool lagi awesome, yang mana lagu-lagu mereka sangat menceriakan mp3/cd player keretaku dan juga playlist mp3 laptop/netbook/android phone aku termasuklah.....

#1 Asian Kung-Fu Generation (band)

My all time fav dari zaman study sampai lah sekarang...bagi aku band ini boleh dikatakan evergreen. Banyak lagu band ni terpilih untuk mewarnai pelbagai jenis anime, termasuklah naruto, bleach, tekkonkinkreet, the tatami galaxy dan lain-lain. Most of their songs keep me moving forward and stop me from dwelling in the past. This band won my heart, pertama dalam carta hati ku...forever!!! XD

Healing power: 9.5/10
More band info here

 AKFG - After Dark (bleach opening theme no.7)


#2 Flow (band)

Band ini juga awesome dan telah banyak menyumbangkan lagu-lagu mereka dalam banyak anime, antaranya naruto, beelzebub, heroman dan lain-lain. Kebanyakan lagu dalam band ini lebih menuju kepada punk rock, yang kemudiannya diselang-selikan dengan pop dan alternatif rock. Silalah layari youtube untuk checkout lagu-lagu dari band ini ^^

Healing power: 8.5/10
More band info here



#3 Aqua Timez (band) 

Band ini agak popular dan memang awesome dengan vocal lead singernya yang unique lagi nyaring, tapi tidak sumbang. Antara anime-anime yang feature lagu dorang termasuklah naruto, bleach dan brave story (animovie).

Healing power: 8.5/10
More band info here



#4 Home Made Kazoku (band)

Band ini lebih kepada pop-rap dan santai. Lagu-lagu yang dorang ni bawa memang style lepak dan chill abis, boleh dihayati dalam opening/ending themes bagi anime naruto shippuuden, bleach dan eureka 7. You can find their songs on youtube ^^


Healing power: 8/10
More band info here




#5 Uverworld (band)

Band Pop/RnB ini agak super awesome juga dan telah banyak menyumbangkan lagu-lagu mereka dalam anime-anime yang best seperti ao no exorcist, bleach, blood +, gundam dan lain-lain. Silalah checkout lagu-lagu mereka yang memang bersepah di youtube ^^

Healing power: 8/10
More band info here



#6 Suneohair

Solo music artist pop/ballad yang cool ni tak berapa popular tapi beliau telah banyak menyumbangkan lagu-lagu beliau dalam beberapa anime, seperti arakawa under the bridge, honey & clover dan suki tte ii na yo. Lagu akai coat (in arakawa under the bridge) paling sempoi, boleh search kat youtube ^^


Healing power: 8.5/10
More artist info here




#7 Seamo

Seamo memang terserlah ke-awesome-an pop rapping dia dalam japanese music industry, dan telah banyak menyumbangkan lagu-lagu beliau dalam anime, seperti naruto shippuuden, kaidan restaurant, tokyo marble chocolate, itazura na kiss dan lain-lain anime.

 Healing power: 9/10
                                                      More artist info here


#8 Aluto (duo)

Duo band ini teramatlah unique dan 'jiwang', yang mana sorang tu main guitar dan sorang lagi main biola. Lagu ballad dorang, 'michi-to you all' telah dapat feature dalam anime naruto shippuuden sebagai salah satu ending theme.

Healing power: 7.5/10
More duo band info here



#9 Radwimps (band)

Band J-rock/alternative ni awesome tapi belum lagi dapat song feature dalam mana-mana anime. Aku dapat pendedahan pasal band ni dari salah sorang member nihon-jin aku, Tanda-san. Boleh search lagu-lagu radwimps kat youtube ^^

Healing power: 8/10
More band info here



#10 Galileo Galilei (band)

Band J-pop/folk ini juga awesome dan sempoi. Lagu-lagu dorang telah mewarnai anime anohana, gundam age dan ookiku furikabutte (oofuri). Sila search band ini di youtube, especially lagu aoi shiori (blue bookmark) ^^

Healing power: 7.5/10
                                                      More band info here


Port untuk download anime soundtrack/theme songs yang best adalah semestinya di gendou.com


Last but not least, enjoy la cover picisan aku (home made jer, tak der studio...guitar tab/chord sendiri cari/ear tabbed) - beginning theme for the anime AnoHana, lagu Aoi Shiori, from Galileo Galilei ^^

video


Jya matane koneko-tachi chan~ (=^w^=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...