Click Me Plzzzz

Saturday, January 12, 2013

Telan Je Jangan Hancurkan

Salam ceria Sabtu buat semua readersku yang baik-baik sekalian ^^

Apa khabar? Harap semua sedang sihat-sihat saja di sana, kalau ada yang tengah sakit dan terpaksa telan ubat tu, hah eloklah baca entry ni sat... kali ni nak cerita pasal kesihatan pulak ^^

Mula-mula skali nak habaq, aku ni bukanlah pakar kesihatan, tapi aku ni agak suka jugaklah amik tau pasal hal ehwal kesihatan badan manusia ni, lebih-lebih lagi benda yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan perempuanlah, sebab ya lah aku ni berjantina perempuan. Tapi entry ni tak akan berkisar tentang khususnya kesihatan perempuan, entry ni nak cerita pasal cara/tabiat pemakanan ubat pil/tablet yang betul dan yang salah. 

gambar ni rembat dari pakcik google (picture obtained via google image search)

Pada yang sudah tau, baguslah dah tau... bagi yang belum tau, meh sini ceq nak cerita skit. Ubat-ubatan yang berbentuk pil atau tablet ni semua orang kenal (sebab semua orang pernah sakit dan telan ubat kan?), saiz dia ada yang besar gedabak (macam boleh tercekik ja rasa kan? gerun tengok weh takut telan tak lepas), ada yang bersaiz sederhana, dan ada yang kecik/haluih saja, sebab masing-masing dibuat mengikut standard dosage yang ditetapkan. Yang besar gedabak tu, biasanya orang yang takut nak telan akan cenderung untuk hancurkan pakai sudu atau pisau kan? Ok, ubat pil/tablet ni ada yang boleh dihancurkan, dan ada yang tidak boleh dihancurkan sama skali (kena telan dia seadanya). Ada juga yang perlu dikulum macam makan gula-gula (ubat sakit tekak) yang mana ubat ni leper macam syiling 20sen (yang ni sapa pi telan memang tak baik la sakit tekak dia.. lol).

So apa yang membezakan ubat pil/tablet yang boleh dihancurkan dengan yang tidak boleh dihancurkan? Kalau hancurkan jugak apa kesannya? Boleh mati ka?

Ok camni, ada beza dia dari segi rupa pil tersebut. Pil/tablet yang tidak boleh dihancurkan sebelum ditelan akan ditandakan dengan huruf DA (delayed absorption), DR (delayed release), EC (enteric coated), ER (enteric release), GC (granules within capsules), SR (slow release) dan SSR (sustained release), yang masing-masingnya membawa maksud 'pelepasan berkadaran', yang mana tujuan ubat ini adalah untuk diserap secara perlahan-lahan oleh sistem badan kita, atau dah sampai ke usus saja baru ia pecah dan diserap (EC dan ER) setelah melepasi perut. Ubat jenis ini memang kena telan terus dalam keadaan asalnya, jangan pi pandai-pandai hancurkan atau belah kepada 2 sekalipun... have confidence in yourself and swallow the pill whole, kerongkong anda dah memang cukup besar untuk menelan pil itu, yang boleh tersangkut tu sebab salah diri sendiri yang teragak-agak semasa nak telan ubat tu. Kalau dihancurkan jugak ubat tu sebelum ditelan, sistem badan anda akan mengalami kejutan apabila ubat tu diserap dengan kadar yang sangat laju, yang mana kesan 'extended release' tu dah terbatal disebabkan oleh perbuatan anda sendiri. Boleh mati ka? Itu ikut pada sistem individu itu sendiri dan jenis dadah yang dikandung ubat itulah... lain orang lain kes alergiknya, apa-apa pun dapatkan nasihat doktor dulu sebelum makan apa-apa jenis ubat ya, only take doctor-prescribed medicines ^^

Nak tau pasal ni dengan lebih detail, bolehlah baca di sini...

Okeh setakat ini saja perkongsianku kali ini, semoga dapat dimanfaatkan mana yang patut ^^... btw ada yang gi join itu 'perhimpunan aman' ka hari ni kat keyell tue? Jaga diri dan tatasusila masing-masing ya~


Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)

38 comments:

  1. aku br tau mende ni..tenx for the sharing. anyway aku alergi byk ubat so klo sakit aku x mkn ubat sgt,unless dah x thn :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. your welcome ^^
      ya mencegah itu tetap lebih baik daripada mengubati, tp ya lah malang x berbau.. kalau kena makan ubat pil/tablet jugak silalah telan terus dalam keadaan yg asalnya :>

      Delete
    2. Hahhaha...aku tahu tapi tetap tak boleh. T.T! aku fobia telan ubat,
      Antibiotic pun aku men kunyah macam kunyah biskut.

      Sungguh menyedihkan performance menelan aku.
      Panic attack bila nak menelan.

      Delete
    3. gila kunyah mcm kunyah biskut? pahit nak mampoih tu ko bleh tahan ke? aku tau pahit bukan sbb kunyah, masa pil tu kena air sebelum telan tu dah dpt detect rasa pahit yg dasyat...telan je jgn cuak ngan saiz ubat tu...

      Delete
  2. aku suke makan ubat . it is some kind of weird obsession

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyoyoo jgn saja2 gi suka2 makan itu ubat woh.. jgn train badan utk depend pada ubat..

      Delete
    2. Bayay bayaya.. orang lain berusaha elak ubat, dia wat mcm gula2 pulak.
      Gerun maroon.

      Delete
  3. owh,camtu ka..baru tau.trima kasih atas pencerahan yg diberi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih.. ramai jugak yg x tau psl benda ni yer, baguihla dah tau tu, masih belum terlambat :p

      Delete
  4. terima kasih atas perkongsian yg amat bermakna ini...

    - pengamal tegar pil tidur + panadol campur coke + viagra

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol noob.. tu cocktail utk membunuh diri tu, jangan disebut nnt ada yg buat betul2.. :p

      Delete
  5. Saya makan ubat Homeopathy jer.

    Ubatnya hampir kesemuanya kemam.

    = )

    ReplyDelete
  6. benda ni mak aku penah bgtau dulu huhu
    tq ingatkan!

    ReplyDelete
  7. Hampir semua pil biasa aku telan je masuk air telan..
    ada kena hancur gak ke? isk isk isk

    Nanti kena baca description

    ReplyDelete
    Replies
    1. stakat ni aku tak penah jumpa lagi yg kena hancurkan, seeloknya semua pil mmg patut ditelan cmtu je lepas minum air.. yg jd isunya kat sini saiz pil yg terlalu besar bagi sesetengah org tu, dan dia hancurkan sbb takut bila telan kang x lepas tekak.. kalo kena pil yg jenis tak patut dihancurkan, culture shock plak badan dia nnt.. bahaya tu

      Delete
    2. Okey faham macam tu ke?

      Memang ada orang hancurkan sebab nak mudahkan menelan bukan tekak semua orang boleh telan pil ada yang geli hatta pil kecil. Susah juga nak makan ubat ni.


      Delete
    3. oleh kerna ku ada tabiat suka patah dua ubat panadol, mungkin disebabkan tabiat itu ubat panadol tak berkesan padaku?

      Delete
    4. seeloknya apa2 ubat tu makan ja lah seadanya mengikut prescription utk keberkesanan yg optimum ^^

      Delete
  8. malasnya nak makan ubat. vit c yang dapat free tu pun, ada lg 2botol tak terbuka menunggu expired

    ReplyDelete
  9. oh baru tahu ni. kadang tu kunyah je panadol sebab tak tahan sakit kepala. huhuhu

    ReplyDelete
  10. bebs da dgr cover sen no yoru wo koete. bes, ko nyer pronounciation mmg cool :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee doumo doumo... suki de yokata! XD

      Delete
  11. Replies
    1. glad to know this helps ^^
      btw dik beruk is that you??
      lol your kronologi: beruk the hell/dik beruk - dik dugong - dik panda? XD

      Delete
  12. info baru ni, tak pernah tau pon mende ni sebelum ni...thank you sbb share!!

    ReplyDelete
  13. alamak.. salah satu hobi missha adalah hancurkan ubat sebab tak boleh telan.. macam mana ni.. zzzzzz

    ReplyDelete
  14. kalo pil shaklee herb-lax ley hancurkan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pill tu sejenis laxative kan? hmm... baik telan terus je untuk keberkesanan yang optimum, melainkan ada instruction pada kotak tu yang mengatakan it's ok tu crush the tablet, kalau tak ada apa2 instruction, telan je terus...

      Delete
  15. Boleh tak telan pil secara asing² ?kalau disuruh ambil 2 biji pil serentak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau diambil dalam jarak masa yang dekat (selang beberapa saat je), OK kot? huhu...

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...