Friday, February 22, 2013

Patut ka tak patut terima frasa ni?

Salam ceria Jumaat buat readers ku yang comei-comei sekalian, semua sihat ka? Harap semua sedang sihat-sihat lah ya ^^ 

Ok kali ni entry berkenaan pendapat peribadi aku (label P.O.V - Point of View), berkenaan frasa kata atau 'phrase' yang tidak sesuai untuk kita guna (atau lebih tepat, untuk orang Islam gunapakai secara formal dan diterima umum), walaupun ianya berbunyi sangat 'catchy' dan menarik perhatian.

Pic. source: newsstrategies

Aku selalu dengar frasa ni digunapakai dalam buletin berita tempatan di saluran-saluran tv kita - 'cheated death'. Contoh ayat - "A lorry driver cheated death and escaped with minor injuries, after his lorry swerved off the road and fell into a ravine, early yesterday morning."

Agak tidak sesuai aku tengok apabila lebih-lebih lagi yang membacanya adalah seorang muslim. Ya memanglah kerja dia hanyalah sebagai seorang pembaca berita yang hanyalah membaca skrip yang disediakan. Yang menulis skrip dan editor tu, patut kena lebih perihatin dalam memilih frasa dan ayat yang sesuai dalam menyampaikan berita. Tidak semua benda dari barat itu patut kita ikut dan terima bulat-bulat sebagai bahan yang boleh diterima umum, tanpa membuat sebarang kajian terlebih dahulu. You can cheat on a person, or cheat in some test, but you can never cheat death, and by this I don't mean that cheating is something you should do (because I just used the word 'can' there, it just means that it is something humanly possible).

Ajal seseorang itu merupakan sesuatu yang sudah ditetapkan Allah s.w.t, dan akan tiba tidak lewat atau awal walau sesaat. Tiada manusia yang boleh mengubah atau lari dari ajal bila tiba waktunya. A muslim must believe in this matter wholeheartedly. Why so serious you ask? Because this involves akidah, and as a muslim (not a very good one, but I'm trying to be better), I should care about these things, things which some people may think as petty issues.

Pic. source: storybistro
Maka, ayat apa yang lebih sesuai untuk digunakan bagi menggantikan frasa 'cheated death' itu? Banyak jer... salah satu contohnya - "A lorry driver was involved in a road accident, sustaining minor injuries after his lorry swerved off the road and fell into a ravine, early yesterday morning." Yes it may sound less catchy, but it is not wrong either. The important thing is, viewers and listeners get the correct information about the news and are able to understand the content perfectly, hence achieving the main objective of news delivery. 

Lagi satu, penggunaan perkataan celaka - 'kecelakaan jalan raya', dalam penyampaian berita. Aku rasa dah elok dan sesuai dah penggunaan perkataan malang - 'kemalangan jalan raya' sebelum ini, kenapa perlu guna alternatif lain yang bunyinya lebih kasar? Celaka tu kan bunyinya macam marahkan sesuatu atau seseorang, bila disebut 'kecelakaan jalan raya', itu sebenarnya nak marahkan siapa? Takdir? Hahah... chill, this is only my P.O.V,  you don't have to agree with me, feel free to disagree ^^

Sekian dulu entry kali ini, selamat menikmati hari hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah lagi menyihatkan bagi rohani dan jasmani ^^


Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)

Tuesday, February 12, 2013

Jom try buat ni: CekMekMolek

Salam ceria buat semua readersku yang comei dan ohsem sekalian, dalam dan luar negara~ ^^

Semua sedang sihat-sihat ka di sana? Masih dalam mood cuti raya cina ka? Atau ada yang sudah busy kat opis dan study masing-masing? ^^

Kali ni kita sembang pasal makanan lagi, dan menu buat entry kali ini ialah kuih tradisional melayu yang berasal dari negeri Kelantan, iaitu CekMekMolek, yang berasaskan ubi keledek. Fuh lama dah aku tak buat kuih ni, tetiba nampak ubi keledek cantik-cantik je tersusun, teringat pulak aku kat CekMekMolek. Tak susah langsung nak buat benda ni, dan bahan-bahan dia pun sikit saja, sodap buat makan petang sambil menghirup teh-O wangi ^^

pic. kuih tengah panas-panas, baru buat petang tadi ^^
~BAHAN-BAHAN~





ubi keledek - 500g
tepung gandum - 3/4 cawan (diayak)
garam - 1/2 sudu teh
gula putih/merah- 1/3 cawan (sebagai inti)
air - 1 sudu besar 
dan
minyak kelapa sawit - secukupnya untuk menggoreng


Cara-cara membuatnya pulak:-

1. Kupas dan potong ubi keledek (dadu besar), dan rebus sehingga empuk. 
2. Tapis dan lenyek ubi keledek rebus tadi dengan menggunakan hand masher tool, sambil digaulkan dengan garam, air, dan tepung gandum (tepung dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga habis). 
3. Bentukkan adunan ubi menjadi bulatan kecil yang leper, dan letakkan secubit gula di tengah-tengah. Lipat adunan itu dan bentukkan adunan menjadi bujur seperti bentuk kuih makmur. Ulang sehingga semua bahagian adunan selesai dibentuk menjadi sfera-sfera kecil yang bujur.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali dengan api sederhana besar, dan goreng kuih CekMekMolek sehingga keperang-perangan. Keluarkan dari minyak, letakkan di atas tisu makan (bagi menyerap minyak yang berlebihan) dan hidangkan. Kuih CekMekMolek anda sudah molek untuk dimakan ^^

Kantan desho? Oishi mo ^^ (Senang bukan? Sedap juga ^^) Cuba ler... very simple to make, tasty, not very time consuming and a good way of cooking sweet potatoes ^^

Okies, setakat  ini saja entry buat kali ini, nanti kita cerita pasal benda lain pulak, yang mungkin bukan berkaitan pasal makanan dan yang pastinya tidak akan berkisar tentang politik... ahahaha, den memang tak berbakat langsung nak cakap pasal politik, allergic skit topic tuh... ukukukuuu ^^

Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)