Click Me Plzzzz

Tuesday, February 12, 2013

Jom try buat ni: CekMekMolek

Salam ceria buat semua readersku yang comei dan ohsem sekalian, dalam dan luar negara~ ^^

Semua sedang sihat-sihat ka di sana? Masih dalam mood cuti raya cina ka? Atau ada yang sudah busy kat opis dan study masing-masing? ^^

Kali ni kita sembang pasal makanan lagi, dan menu buat entry kali ini ialah kuih tradisional melayu yang berasal dari negeri Kelantan, iaitu CekMekMolek, yang berasaskan ubi keledek. Fuh lama dah aku tak buat kuih ni, tetiba nampak ubi keledek cantik-cantik je tersusun, teringat pulak aku kat CekMekMolek. Tak susah langsung nak buat benda ni, dan bahan-bahan dia pun sikit saja, sodap buat makan petang sambil menghirup teh-O wangi ^^

pic. kuih tengah panas-panas, baru buat petang tadi ^^
~BAHAN-BAHAN~





ubi keledek - 500g
tepung gandum - 3/4 cawan (diayak)
garam - 1/2 sudu teh
gula putih/merah- 1/3 cawan (sebagai inti)
air - 1 sudu besar 
dan
minyak kelapa sawit - secukupnya untuk menggoreng


Cara-cara membuatnya pulak:-

1. Kupas dan potong ubi keledek (dadu besar), dan rebus sehingga empuk. 
2. Tapis dan lenyek ubi keledek rebus tadi dengan menggunakan hand masher tool, sambil digaulkan dengan garam, air, dan tepung gandum (tepung dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga habis). 
3. Bentukkan adunan ubi menjadi bulatan kecil yang leper, dan letakkan secubit gula di tengah-tengah. Lipat adunan itu dan bentukkan adunan menjadi bujur seperti bentuk kuih makmur. Ulang sehingga semua bahagian adunan selesai dibentuk menjadi sfera-sfera kecil yang bujur.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali dengan api sederhana besar, dan goreng kuih CekMekMolek sehingga keperang-perangan. Keluarkan dari minyak, letakkan di atas tisu makan (bagi menyerap minyak yang berlebihan) dan hidangkan. Kuih CekMekMolek anda sudah molek untuk dimakan ^^

Kantan desho? Oishi mo ^^ (Senang bukan? Sedap juga ^^) Cuba ler... very simple to make, tasty, not very time consuming and a good way of cooking sweet potatoes ^^

Okies, setakat  ini saja entry buat kali ini, nanti kita cerita pasal benda lain pulak, yang mungkin bukan berkaitan pasal makanan dan yang pastinya tidak akan berkisar tentang politik... ahahaha, den memang tak berbakat langsung nak cakap pasal politik, allergic skit topic tuh... ukukukuuu ^^

Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)


46 comments:

  1. mudahnya.. Nampak macam cokodok pisang pun ada. Mesti sedap, tak pernah rasa lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila2 cuba.. kalo suka makan coq ubi keledek, mesti akan suka makan kue ni.. kue ni popular kat kelantan n terengganu ^^

      tp kena hati2 ckit kalo makan masa tgh panas2 lg tu, gula cair kat dalam dia tu bleh kasi melecur lidah woo ^^

      Delete
  2. Replies
    1. w'slm cik lin ^^
      khabar baik2 saja, baru bleh relax skit ni lepas setel satu tugasan ^^

      Delete
    2. Alhamdulillah. lagipun lama dah plain tak updated entri.:) sibuk2 pun rajin ke dapur.

      Delete
    3. uih dapur itu menenangkan jiwa dan sumber inspirasi juga ^^

      Delete
  3. master chef kueh..btw kueh ni sangat best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih master chef tu idok ler, stakat kuih simple2 tu bleh ler ^^

      Delete
  4. best wooo...pandai ko buat cekmek....ada pancut2 tak..hahaha..masa makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. kalo makan slow2 tak jadi lagu tu aih, versi aku kurang gula, health friendly :p

      Delete
    2. hahaha...ko pakai la gula kesihatan..

      Delete
    3. sebenarnya aku mmg tak suka makan benda2 manis sgt... haha ^^

      Delete
    4. manis menaikkan syahwat diwaktu pagi.hahaha

      Delete
    5. owh patutlah chocolate tu sinonim dgn valentine's day...hahah

      Delete
  5. kurangkan gula dalam masakan. baguih2. ;)

    ReplyDelete
  6. Great work! That is the type of information that should be shared around the internet.
    Shame on Google for now not positioning this post upper!
    Come on over and seek advice from my web site . Thanks =)

    my page - themes blog wordpress

    ReplyDelete
  7. aku bkn tau pon benda ni nama cekmekmolek ka cekmekcomel haha
    tau makan ja

    buku jalanan alert! sabtu ni ada kat jitra
    mai la cik plain hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha wokeh insyaAllah aku gi skodeng dari dauh... hahaha :p

      Delete
    2. apa kes skodeng dari jauh
      mai la pinjam2 buku mana yg patut
      tapi manga tadak la haha

      Delete
    3. uih pinjam ka dapat free? kalo trade buku aci dak? aku bagi buku dari koleksi aku, aku amik buku hang.. aku bukan layan manga ja woo :p

      Delete
  8. aku pernah masak kuih ni.. senang je ni.. sama je mcm nak buat kuih cucur badak.. tp inti kuih cucur badak aku x tau nak buat mcm mane :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohohoo baguih pizza skang, da x main order2 home delivery kuih lg dah :p

      eh btw taniah, all the best na ^^

      Delete
    2. tp klau ko nak delivery boleh jugak.. sedap gak dpt mkn hasil air tgn org lain. muahaha

      Delete
  9. dear plain.

    nak alamat umah, nak datang makan free

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ingatkan mtk alamat umah sbb nak hantar kad jemputan kawin :p

      Delete
    2. eh yg tu pun nak jugak :">

      Delete
  10. aku suka makan... tapi aku tak tau nama.. kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bukan ko suka makan makanan jepun je ker? XD

      Delete
  11. Replies
    1. ahaa bleh tahan gak bilangan org yg tatau nama kuih ni, tp penah makan no...

      Delete
  12. pandai masak upenye anak jantan nih.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkkk...???? (0_o)...

      perempuan sejati di sini, terima kasih...lol

      Delete
    2. lor...ampunkan alif ye aka..huhuhu... huhuhu... (lari sambil tertanggal selipar) ^_^

      Delete
    3. hahaha eh jangan lupa amik balik slipar tue! XD

      Delete
  13. Open new tab > type www.google.com > click image > type 'ubi keledek' > tekan ENTER.

    Hahahaha...baru nak tau macam mana rupa ubi keledek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ultra super sarcasm detected...lol

      kalo kat sabah apa korang panggil ubi ni ha?

      Delete
  14. ini feverettt :D

    mohon pos sepinggan dua kalau buat lagi.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. arghhh sorang lagi clone pisces za muncul!...LoL XD

      Delete
  15. siot la.. aku buat lagi sekali setelah bertahun-tahun lamanya, giler hancok x menjadi kuih ni.. lembik weh tak gebu. ah kemaluan apakah ini sebagai seorang wanita yg berstatus bini orang.. arrghhh arrghhh.. tidakk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik ni clone pizza ka pizza yg sebenar nih? mana gambaq id wanita berpurdah lg bercontact lens itu? ahaha :p

      uih tak baik guna perkataan kema**an tu, maksud dia dah lain tau tu...huhuhu

      Delete
    2. aku ler tu.. malas nak login.. betul ke rebus sehingga empuk? aku rebus, pastu bila goreng, terus over lembik. tp x pe, still sodap dimakan.. hehehe..

      Delete
    3. hehe... betul la rebus hingga empuk, pastu tapis la bebetul buang air rebusan tu, pastu ayak tepung gandum atas dough dan uli elok2, kalau still lembik sgt tambah la tepung lagi... texture dia mmg lembut dan bukan mcm dough dari tepung gandum smata2 tu, masa nak bentukkan kuih tu kena basahkan tangan ckit supaya tak melekat kat tangan, proses membentuk tu mesti tangkas dan cepat, letak gula pastu goreng dlm minyak panas pada api sederhana... selamat mencuba lagi ^^

      kalo still rasa mcm susah nak jadi, rebus sampai separa empuk saja... nnt post picture kat blog na ^^

      Delete
    4. Owh aku tau.. aku lupa taruh air daaa.. patutla x menjadi.. xpe.. nanti dah menjadi, baru aku tempek.. hikhik tq tq

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...