Click Me Plzzzz

Friday, February 22, 2013

Patut ka tak patut terima frasa ni?

Salam ceria Jumaat buat readers ku yang comei-comei sekalian, semua sihat ka? Harap semua sedang sihat-sihat lah ya ^^ 

Ok kali ni entry berkenaan pendapat peribadi aku (label P.O.V - Point of View), berkenaan frasa kata atau 'phrase' yang tidak sesuai untuk kita guna (atau lebih tepat, untuk orang Islam gunapakai secara formal dan diterima umum), walaupun ianya berbunyi sangat 'catchy' dan menarik perhatian.

pic. hiasan - rembat dari pakcik google

Aku selalu dengar frasa ni digunapakai dalam buletin berita tempatan di saluran-saluran tv kita - 'cheated death'. Contoh ayat - "A lorry driver cheated death and escaped with minor injuries, after his lorry swerved off the road and fell into a ravine, early yesterday morning."

Agak tidak sesuai aku tengok apabila lebih-lebih lagi yang membacanya adalah seorang muslim. Ya memanglah kerja dia hanyalah sebagai seorang pembaca berita yang hanyalah membaca skrip yang disediakan. Yang menulis skrip dan editor tu, patut kena lebih perihatin dalam memilih frasa dan ayat yang sesuai dalam menyampaikan berita. Tidak semua benda dari barat itu patut kita ikut dan terima bulat-bulat sebagai bahan yang boleh diterima umum, tanpa membuat sebarang kajian terlebih dahulu. You can cheat on a person, or cheat in some test, but you can never cheat death, and by this I don't mean that cheating is something you should do (because I just used the word 'can' there, it just means that it is something humanly possible).

Ajal seseorang itu merupakan sesuatu yang sudah ditetapkan Allah s.w.t, dan akan tiba tidak lewat atau awal walau sesaat. Tiada manusia yang boleh mengubah atau lari dari ajal bila tiba waktunya. A muslim must believe in this matter wholeheartedly. Why so serious you ask? Because this involves akidah, and as a muslim (not a very good one, but I'm trying to be better), I should care about these things, things which some people may think as petty issues.

pic. hiasan - rembat dari pakcik google
Maka, ayat apa yang lebih sesuai untuk digunakan bagi menggantikan frasa 'cheated death' itu? Banyak jer... salah satu contohnya - "A lorry driver was involved in a road accident, sustaining minor injuries after his lorry swerved off the road and fell into a ravine, early yesterday morning." Yes it may sound less catchy, but it is not wrong either. The important thing is, viewers and listeners get the correct information about the news and are able to understand the content perfectly, hence achieving the main objective of news delivery. 

Lagi satu, penggunaan perkataan celaka - 'kecelakaan jalan raya', dalam penyampaian berita. Aku rasa dah elok dan sesuai dah penggunaan perkataan malang - 'kemalangan jalan raya' sebelum ini, kenapa perlu guna alternatif lain yang bunyinya lebih kasar? Celaka tu kan bunyinya macam marahkan sesuatu atau seseorang, bila disebut 'kecelakaan jalan raya', itu sebenarnya nak marahkan siapa? Takdir? Hahah... chill, this is only my P.O.V,  you don't have to agree with me, feel free to disagree ^^

Sekian dulu entry kali ini, selamat menikmati hari hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah lagi menyihatkan bagi rohani dan jasmani ^^


Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)

41 comments:

  1. kecelakaan mungkin merujuk pada malang tak berbau..

    “Maka celakalah orang-orang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya” (Al-Maun: 4-5)

    merujuk pada betapa murkanya ALLAH (amaran yg keras)

    btw ikut kmampuan otak masing2 nak mentafsir :)..kalau smua org otak mcm saya..dunia takde variasi la..statik gitu je tapi sebab otak macam cik plain, boleh nampak dunia yang macam2 jenis warna nya.. syukran sahabat.

    ganbatte ne!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah UMNO-BN!

      Delete
    2. @cik lynn

      terima kasih atas perkongsian, ya betul kalau semua orang sama je brain wave, mmg sangat2 bosanlah jadinya, maha besar suci Allah menjadikan manusia ini berbeza-beza dari segi pelbagai aspek ^^

      @dek non

      aiiii kat sini pun nak jadi politic fag ker? kat sini takyah bincang psl politik ler...

      Delete
    3. saudari Lynn,

      kalau semua orang otaknya mcm saudari, maka tiada siapa pun akan berbahasa inggeris dengan betul...sila baiki grammar dan struktur bahasa anda apabila menulis dalam bahasa inggeris ye, tak rugi luangkan masa untuk belajar dan improve penggunaan bahasa inggeris, selain bahasa arab dan melayu...

      diharap aqal saudari mampu menafsir komen saya ini tujuannya untuk kebaikan saudari juga, dan bukan untuk menjatuhkan, sekian :)

      Delete
    4. salah UMNO-BN!!!

      lol......

      Delete
    5. nobody is perfect ok... ^^

      Delete
  2. Replies
    1. ha'ah... tadi lepas maghrib gi keluar jalan2 jap beli barang2 dapur ^^

      Delete
  3. Replies
    1. penerima BR1M adalah umpama binatang seperti ayam yang makan dedak yang ditabur BN! - bukan aku yang kata, pas yang kata......lol

      Delete
    2. no politaik in this blog pls...

      Delete
  4. grim reaper rage cuz got cheated . bunyinya mcm tu

    ReplyDelete
  5. Alamak,Ruangan "skema" bahasa laa pulak...wekeke

    Sebenarnya Aku ada pandangan lain soal ini..kadang2 bila kita buat Ayat ni..Kita nak sesuatu yang boleh buat orang minat nak dengar atau membaca.

    So cara paling mudah adalah dengan membuat 'kontroversi2' penggunaan bahasa untuk menarik perhatian orang.

    Macam aku lah,Padahal aku boleh je pilih option yang skema lagi santai untuk meluahkan "point of view" aku,tetapi kenapa juga aku nak selitkan ayat2 kasar dan mencarut dalam setiap penulisan aku?Atas dasar nak menarik perhatian audiens lah.

    itu pendapat aku lah tapi dari segi kes yang kau bawa ni,Inilah adalah kes influent dari negara2 barat..Al-maklumlah..Bahasa english kan?so semua nak nampak tak ketinggalan dari orang lain..nak follow perkembangan semasa dan sentiasa seiringan..wekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. yo... hah ya sbb tu lah aku kata 'catchy' tu, sbb ianya menarik utk digunapakai, maka ianya terus diaplikasikan dan diterima umum sbg sesuatu yg acceptable... skema tak skema tu lain cerita, dah kalo buletin berita mestilah kena skema kan, lain la kalo blog ka tweet ka, yg tu sendiri tanggung ^^

      Delete
    2. Ayat sindir/sarkasm atau pengunaan bahasa kasar sekadar menarik perhatian?

      Amat sedih kerana terpaksa mengunakan kaedah yang sebegitu sekadar menarik perhatian kan..?? nampak sangat terlampau desperate

      Delete
  6. Maybe celaka tu.ms tu ketua jurubahasa org melaka.so celaka bg org melaka biasa jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon tukar jurubahasa kepada orang kelantan. nanti lagi pelik bahasa jadi.hahahaha

      Delete
  7. Frasa 'cheated death' sbnarnya merujuk kepada The Death, kepercayaan masyarakat barat dan kristian moden bahawa bila kita terselamat dari ambang kematian, kita dikatakan telah 'lari' dari dewa kematian.
    Ofkos, dalam kehidupan masyarakat Malaysia terutamanya beragama Islam, tiada siapa mampu melarikan diri dari kematian tatkala kita dijemput Malaikat Maut. Jadi, diharap kita jangan guna wlaupun penggunaannya meluas msa kini.

    Bab 'kecelakaan jalanraya', baru belakangan dua tiga tahun ni saja guna menggantikan 'kemalangan jalanraya' bagi membuatkan para pengguna jalanraya lebih takut, gerun dan lebih berhati-hati selepas mendengarnya. Sebenarnya, ianya langkah yang berkesan, tapi hanya pada jangka masa awal penggunaan. Sekarang pengguna jalanraya dah terbiasa dengan frasa tu, jadi tak terkejut kalau akan datang ditukarnya frasa tu dengan frasa lain.

    Semuanya bergantung kepada individu.
    Sebagai contoh, bagaimana penggunaan perkataan 'babi' sudah dibenarkan di dalam berita dan TV bagi menekankan bahawa binatang itu tidak elok untuk masyarakat, terutamanya umat Islam di Malaysia.

    Dan, semua ini tak ada kena mengena dengan politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayat last kali tu.... wahahahahahaha terbaik baq hang~ XD

      Delete
  8. Kak Plain

    Saya ni takda la fasih atau pandai dalam bab bahasa tetapi pada pandangan saya P.O.V kadangkala kita tidak boleh membuat direct translation. Seperti bahasa Arab bahasa ingeris adalah bahasa kedua yang agak complicated ianya boleh membawa makna yang amat berbeza (bedasarkan kemampuan aqal menafsir seperti Cik Lyn cakap).

    Memang cheated pada segi makna ada dua iaitu menipu dan telah ditipu contoh

    1) Plain83 cheated her Boy Friend - Plain83 telah menipu teman lelakinya.
    2) Plain83 been cheated by DekAnon - Plain telah ditipu oleh DekAnon.

    Maka adakah

    A lorry driver cheated death and escaped with minor injuries

    Pemandu lori telah menipu kematian dan terselamat dengan kecederaan ringan.

    Adakah ini maknya yang betul?

    kalau kita lihat death ni sifat. Kita tidak boleh menipu sifat kita boleh menipu manusia atau dalam kes kematian pencabut nyawa malaikat kan? jadi cheated death kalau dialih bahasa sebagai menipu kematian adalah tidak betul.. lebih tepat kepada ditipu, maknanya pemandu lori ini telah ditipu..

    jadi adakah betul

    Pemandu lori telah ditipu kematian dan terselamat dengan kecederaan ringan.

    agak jangal kan?

    jadi sebenarnye cheated death-> ni tidak membawa maksud menipu tetapi terselamat

    Jadi maksud ayat betul ialah

    Pemandu lori telah terselamat dari kematian dan hanya mengalami kecedreaan ringan.

    Agak mengelirukan :) begitulah bahasa manusia kadang mengelirukan dan kerana variasi penilaian penulisan dan bahasa di dunia.. ada kebaikan dan keburukan kenapa Allah jadikan semua ini.

    wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf kak Plain sedikit pembetulan jadi sebenarnye cheated death-> ni tidak membawa maksud menipu atau ditipu tetapi terselamat

      Rujukan dari cambridge Cheated death

      Mengenai kecelakaan biasanya merujuk kepada bencana seperti yang Cik Lyn cakap di atas. Tidak mengatakan tuhan tetapi peristiwa itu.. Yea Bahasa Melayu kadang juga mengelirukan.. :)

      Seperti Bahasa Arab juga kadang disalah tafsir dan diguna untuk kepentingan dan mengelirukan.. Kerana bahasa Arab lebih complicated dari bahasa Ingeris..

      Wari kita mendalamai dan memahami bahasa-bahasa supaya kita tidak keliru dan dikelirukan.

      wasalam.

      Delete
    2. A.Samad Said versi Inggeris education is here!!!


      Btw nice gila penerangan kau!

      Delete
    3. hadoiii nice hape ke bendenye...?? kalau tak pandai jgn buat2 pandai la anon...ni lah melayu tak reti langsung dlm sesuatu hal tapi suka buat2 reti, bangang jgn ditunjuk...lahaii anon

      pandangan komenter yg OK kat sini so far cero jer...si plain dah explain betul, kau punya grammar tunggang langgang beb, 1 lg, aku tengok plain tak de langsung gi direct translate bab cheated death tuh, ko sendiri cakap kita tak boleh translate, tp ko sendiri yg gi direct translate bende tu PE KE HAL?? emang lah salah doh...

      contoh ko bagi tu mmg salah doh, meh aku betulkan...

      1)Plain83 cheated ON her boyfriend
      2)Plain83 HAS been cheated by Deknon

      benda basic pun ko salah beb, get your grammars right kid....

      cheated death tu lebih bermaksud menipu malaikat maut atau outsmarting grim reaper or soul reaper, bukan merujuk kematian tu sebagai satu SIFAT...

      diharap dik anon belajar utk menerima pendapat org yg terpelajar dlm bab bahasa dan tidak sendiri memandai mandai dalam suatu perkara yg dia sendiri tak mahir, dan berhenti buat perangai menyamar jd anon no.2 yg up komen diri sendiri...sifat bangang abadi mohon jgn ditunjuk, sekian

      - guru bahasa inggeris

      Delete
  9. Woah woah chill people chill... entry pasal penggunaan frasa kata je pon don't get so worked up ok ^^

    btw I've never cheated on anybody ok, couple pun tak pernah, aku anti couple yo... and I've never been cheated by any anon...lol XD

    menarik P.O.V korang ni, teruskan teruskan :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol.. relaks plain :)
      dia bagi contoh je kot.. :P

      Delete
    2. lol BKT, ya aku tau tu cth jer... saje jer aku nak tambah :p

      Delete
  10. Plain83

    Cheated death tu idioms atau simpulan bahasa lar

    Kecelakaan pada aku ok jer sebab merujuk kepada benda buruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya aku tau but still to me lar, not appropriate for muslims' use... to me je lar, kalo ko rasa no hal up to you lar ^^

      Delete
    2. Relak la Plain ;)

      Maaf bukan aku tak bersetuju..
      Memang takda masalah bagi aku, sebab aku tak guna pon.. :)

      Idioms/Simpulan bahasa atau bahasa kiasan ni ada hampir dalam setiap bahasa dan bangsa..

      Yea mungkin ada yang sesuai dan tak sesuai digunakan oleh bangsa lain mungkin kerana nilai sesuatu bangsa itu berbeza.. :) sebab kadang ianya direka dan difahami oleh kelompok atau bangsa tertentu saja.. kenapa dan mengapa.. suatu simpulan bahasa tu terhasil..

      kalau kita mengkaji dan memahami culture atau peradaban sesuatu kelompok atau bangsa itu kadang berbeza contoh bahasa kita rasa kasar macam "celaka" "sial" kat kelompok masyarakat di Melaka biasa aja.. tetapi kalau dalam orang lain yang biasanya lebih sopan memang agak terasa jangal atau kasar.. boleh terasa kalau tak faham.. :)

      Cuma nak gunakan tu terpulang la kalau tak sesuai tak payah pakai :). Jadi nak berkomunikasi kita harus juga kaji tempat dan audiens kita.. :)

      Delete
    3. haha chill aku relax jer... mcm aku kata la nak stuju ke tak stuju up to individu, setiap orang ada p.o.v masing2 ^^

      ya, budaya setiap negeri mmg memainkan peranan dalam bahasa pasar masing2, masa aku mula2 study kat teganu dlu, amik masa jugak la aku nak terima budaya orang perempuan dipanggil 'mek' atau 'ore tino' (kelantan), lebih2 lg bila org lelaki yg aku tak kenal tetiba panggil aku, "mek, mek...mu mari mano?" , atau "ore tino free hair hok sat ni saing mu ko?" ...aku mmg tak tau nak jawab apa, terdiam... sib baik gak ada kosmate aku kat situ, dia tolong translate soklan tu ke bahasa melayu standard... hahaha ooowh baru aku paham budaya pantai timur ni ahahaha... kewl, bnyk benda aku belajar lol :p

      Delete
  11. Setakat phase tu takda la teruk sangat... Cuba ko fikir tentang
    Bagaimana dengan "yang maha mulia"?
    Bukan ke tu dah merujuk kepada Allah? Dia saja yang "maha"

    Banyak perkatan kita yang meragukan boleh jatuh syirik kalau tak hati2

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh aku pun tak stuju hal tu, thanks for bringing that up ^^
      tapi tu lah adat melayu turun temurun mmg terlalu mendaulatkan mereka sehingga ke tahap 'maha' mulia...

      Delete
  12. tak pnah lak pikir pasal mende ni. tapi kalo setakat simpulan bahasa tak pelik la kot. cuma bagi muslim tak cun sangat la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang Maha Mulia tu lagi la sangat tak cun..
      lepas tu sembah lagi junjung lagi..

      tapi orang melayu sikit pun tak bantah..
      mufti takda pun tegur..
      keluar fatwa leh jatuh syirik ke apa sebab sembah dan mendewa-dewakan manusia..


      Delete
    2. haa? sape pakai yang maha mulia? :-O

      Delete
    3. ala hime... tu ler lama sgt kat Adelaide tak notis adat melayu kita kekeke...

      clue: duli yg maha mulia... bla bla bla, esok raye...

      :p

      Delete
  13. You really make it seem so easy with your presentation but I find this matter
    to be actually something which I think I would never understand.
    It seems too complicated and extremely broad for me.
    I'm looking forward for your next post, I will try to get the hang of it!

    Visit my weblog :: kekse ohne milch

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. oh tengkiu noob ^^

      lagi satu gelaran 'mahasiswa' dan 'mahasiswi' tu pun mcm tak patut jugak, terlalu tinggi darjatnya utk pelajar university... elok sekadar letak siswa dan siswi saja...

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...