Friday, March 29, 2013

Jom try buat ni - NamPrikPao daging

Salam ceria petang Jumaat buat readersku yang comei dan sempoi skalian, semua sihat? ^^

Wokeh, entry kali ni pasal makanan lagi, dan makanan kali ni bukan sejenis kueh tapi sejenis lauk special ala Thai untuk dimakan bersama nasi putih waktu tengahari atau malam pulak. Pernah dengar nama NamPrikPao

My beef NamPrikPao

Aku tak gemar sangat makanan ala Thai tapi kalau NamPrikPao daging, memang aku boleh terliur, aku mengakui ke'genius'annya... bagi aku it's a genius culinary invention. Aku mula kenal dan sangkut dengan dish ni masa aku study kat UMT dulu. Masa tu aku suka makan malam kat kedai makan yang berhampiran dengan rumah sewa aku and da geng, area perumahan Taman Maidam. Selalu sangatlah aku order nasik putih, NamPrikPao daging kurang pedas, dan nescafe ais. Penah jugak aku try order NamPrikPao ayam... review? owh... tak sesuai bagi aku. Hanya daging lembu yang mampu 'pikul' rasa pati NamPrikPao likat yang separa pedas dan unik itu. Kalau letak kat ikan, lagi tak sesuai. Nak letak kat processed meat (sausage/fishball/fishcake/burger)? Don't even THINK about it... itu adalah satu penghinaan/troll buat pati NamPrikPao yang agak laborious untuk disediakan, dan semestinya ianya akan rasa FAKE *serious face*

Sekarang ni tak tau lah wujud lagi ka tak restaurant tu. Nama restaurant tu pun aku dah tak ingat... pssst Zai, ko ingat lagi tak nama kedai makan port kita selalu lepak dulu? Aku try ingat signboard kedai tu tapi image blurry saja yang muncul dalam memory... ohhh i hate this feeling, it's agonizing  (">3<)....

Okeh okeh, sekarang masanya untuk kongsi recipe NamPrikPao daging (versi google dan modifikasi sendiri lah, tapi rasanya hampir serupa dengan versi kedai makan yang aku mention tu) XD 

~Bahan-bahan~

daging lembu (bahagian batang pinang) 500g 
cili kering 3 sudu besar 
bawang putih 3 sudu besar
bawang merah 3 sudu besar
halia 2 sudu besar
minyak kelapa sawit 4 sudu besar (untuk menumis)
sos ikan 2 sudu besar
belacan 1 sudu besar  
gula 2 sudu besar

 Cara-cara:

* Penyediaan pati NamPrikPao

1. Potong dadu bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis atas api sederhana kecil bersama 3 sudu minyak kelapa sawit. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis cili kering (yang telah dipotong dan direndam di dalam air) sehingga minyak berubah warna menjadi kemerahan. Angkat dan ketepikan.
3. Bakar belacan sekali lalu atas api sederhana besar, dan tumbuk dengan menggunakan lesung batu. Campurkan sekali bahan-bahan yang telah ditumis tadi dan tumbuk gaul sehingga sebati, membentuk satu pati yang pekat. 
4. Atas api sederhana kecil, panaskan pati tadi di dalam pan sos sambil gaulkan dengan sos ikan dan gula. Angkat dan ketepikan.

* Penyediaan daging untuk digoreng bersama pati NamPrikPao 

1. Rebus daging (yang belum dipotong) sehingga separuh masak atas api sederhana besar.
2. Hiris daging kepada kepingan-kepingan setebal ~0.5cm, dan tumbuk setiap keping daging tersebut dengan meat hammer sekali lalu, untuk melembutkannya.
3. Panaskan pan dengan api sederhana besar, masukkan 1 sudu besar minyak dan goreng semua kepingan daging selama ~10 saat, sebelum dicampurkan dengan pati NamPrikPao yang telah disediakan tadi. Goreng sehingga daging disalut dengan sekata. NamPrikPao daging anda sudah siap.

* Fakta genius/convenient: Pati NamPrikPao ini boleh disimpan di dalam balang kedap udara dan akan tahan selama berbulan-bulan lamanya, ianya tidak akan basi atau berkulat (pastikan bekas tersebut betul-betul kedap udara).


Sekian readersku sekalian, selamat mencuba~ 
Mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)

Tuesday, March 19, 2013

The PotatoChip Parody...


~Salam ceria readersku sekalian~ 

Entry kali ini selektif dan spesifik sikit... hanya mereka yang pernah layan anime/movie DeathNote saja yang akan faham dan enjoy the PotatoChip Joke yang berbunyi begini....,

"I'll take a potato chip..... AND EAT IT!!" 

.....yang mana dialog di atas disebut dengan penuh dramatis dan dendam *serious face*

Source: istockphoto
Ingat lagi scene yang sangat epic itu? Ya, scene makan potato chip aje pon tapi dijadikan teramatlah dramatis dan serious bersertakan effect lagu Sparta. Lemme refresh your memory....

Original Japanese version

English dubbed version 

Scene di atas telah mendapat perhatian di kalangan peminat-peminat animasi Jepun (khasnya DeathNote) dan dijadikan parody yang agak popular, seperti beberapa yang boleh dilihat kat bawah ni...




 LoL seriously, I find these parodies so damn hilarious.... XD 

But still, the potato chip parody may not be as crazy as this: Spongebob dubbed in DeathNote... genius man, memang LOL yang terbaik.... XD


Hahahah, ya itu saja untuk entry kali ini ^^

Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)

Friday, March 8, 2013

Hikayat sang kancil, dulu dan sekarang

Salam Jumaat buat semua readersku yang comei comei dan ohsem skalian, minna genki? ^^

Diharapkan anda semua sedang sihat, selamat dan tenang di sana... ok kali ni aku nak sembang pasal Hikayat Sang Kancil yang pernah popular suatu ketika dahulu, bermula pada awal tahun 80'an hingga awal 90'an. Sapa-sapa yang lahir lewat tahun 70'an dan 80'an mesti akan rasa nostalgia punya bila tengok balik hasil animasi tempatan yang dihasilkan oleh Filem Negara Malaysia zaman 80'an ni, yang berkisarkan tentang Malaysian Folklore ^^ 

Pic. source: wikipedia/kancil
Pada pendapat anda semua, sang kancil ni pandai ka licik? atau, bagi korang, pandai dan licik itu adalah dua sifat yang sama? Adakah kita semua benar-benar memahami segala mesej dan moral yang ingin disampaikan oleh setiap hikayat sang kancil? dan adakah kancil dijadikan maskot yang semestinya akan menang di akhir setiap hikayat?

Dalam banyak-banyak hikayat sang kancil, dialog ni mesti paling jadi buah mulut dan senda gurau sama rakan-rakan yang lahir lewat tahun 70'an dan 80'an kan?: "Jangan monyet, jangaaan... hahaha", dalam Hikayat Sang Kancil dan Monyet.
 

Ok, dalam cerita ni sang kancil nampak baik 100%, dan si monyet nampak jahat. Monyet cuba menipu dan akhirnya menerima padah, so moral of the story, menipu itu adalah satu perbuatan yang salah dan akhirnya yang menipu itu pasti menerima padah.

Sekarang kita tengok Hikayat Sang Kancil, Kerbau dan Buaya pulak...,


Ok, buaya yang licik dan jahat, telah secara langsung mengkhianati si kerbau lembab yang pantang dipuji, yang mesti dengan dungunya akan membantu si buaya bermulut manis yang menagih simpati, tanpa menyedari dia (si kerbau) sedang menggali kuburnya sendiri. Kancil yang bijak pula dengan sarkastiknya telah berjaya menyelamatkan si kerbau dari kena makan dek buaya, dan seterusnya memerangkap balik si buaya. Banyak moral dalam siri ni boleh diaplikasikan dalam kehidupan manusia sejagat, siap ada babak kain buruk hanyut lagi yang menjadikan cerita ini lebih dramatis....

Sekarang mari kita usha pula Hikayat Sang Kancil dan Buaya (sang kancil mengira buaya)....,


Hah, kat sini sang kancil kalah sikit kat hujung cerita, dia tak menang 100% dan kempunan tak dapat makan rambutan kat seberang sungai sana... sebab? Dia telah menipu, semata-mata untuk kepentingan diri dia sendiri... dan akhirnya kat hujung cerita keluar pepatah, "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua". Ini menunjukkan sang kancil bukanlah maskot hikayat yang mana pasti akan menang di akhir setiap cerita, dan tidak kiralah siapapun kau, kalau kau menipu, kau tetap akan rugi juga.

Hikayat sang kancil telah diberi nafas baru di TV Al-hijrah, oleh para animators tempatan yang menghasilkan Upin & Ipin. Mari kita lihat siri bagi Hikayat Sang Kancil, Kerbau dan Buaya (part 2 & 3), dan seterusnya mari kita buat perbandingan dengan versi yang asal.


Mesej dan moral dia kelihatan lebih kurang dan tidak menyimpang dari original version, cuma tambah watak baru iaitu seekor tupai tua yang menjadi pemerhati bijak lagi tangkas ala-ala kung-fu master. Hahah, kool dan kelakar, bersesuaian dengan humor zaman sekarang.... teruskan teruskan ^^

~Majulah Industri Animasi Tempatan~

Sekian, mana yang baik sila amik buat pengajaran, mana yang buruk sila jangan ikut ya wahai adik-adik sekalian~

Jya matane watashi no koneko-tachi chan (=^w^=)