Click Me Plzzzz

Friday, March 8, 2013

Hikayat sang kancil, dulu dan sekarang

Salam Jumaat buat semua readersku yang comei comei dan ohsem skalian, minna genki? ^^

Diharapkan anda semua sedang sihat, selamat dan tenang di sana... ok kali ni aku nak sembang pasal Hikayat Sang Kancil yang pernah popular suatu ketika dahulu, bermula pada awal tahun 80'an hingga awal 90'an. Sapa-sapa yang lahir lewat tahun 70'an dan 80'an mesti akan rasa nostalgia punya bila tengok balik hasil animasi tempatan yang dihasilkan oleh Filem Negara Malaysia zaman 80'an ni, yang berkisarkan tentang Malaysian Folklore ^^ 

pic. kancil, rembat dari pacik google
Pada pendapat anda semua, sang kancil ni pandai ka licik? atau, bagi korang, pandai dan licik itu adalah dua sifat yang sama? Adakah kita semua benar-benar memahami segala mesej dan moral yang ingin disampaikan oleh setiap hikayat sang kancil? dan adakah kancil dijadikan maskot yang semestinya akan menang di akhir setiap hikayat?

Dalam banyak-banyak hikayat sang kancil, dialog ni mesti paling jadi buah mulut dan senda gurau sama rakan-rakan yang lahir lewat tahun 70'an dan 80'an kan?: "Jangan monyet, jangaaan... hahaha", dalam Hikayat Sang Kancil dan Monyet.
 

Ok, dalam cerita ni sang kancil nampak baik 100%, dan si monyet nampak jahat. Monyet cuba menipu dan akhirnya menerima padah, so moral of the story, menipu itu adalah satu perbuatan yang salah dan akhirnya yang menipu itu pasti menerima padah.

Sekarang kita tengok Hikayat Sang Kancil, Kerbau dan Buaya pulak...,


Ok, buaya yang licik dan jahat, telah secara langsung mengkhianati si kerbau lembab yang pantang dipuji, yang mesti dengan dungunya akan membantu si buaya bermulut manis yang menagih simpati, tanpa menyedari dia (si kerbau) sedang menggali kuburnya sendiri. Kancil yang bijak pula dengan sarkastiknya telah berjaya menyelamatkan si kerbau dari kena makan dek buaya, dan seterusnya memerangkap balik si buaya. Banyak moral dalam siri ni boleh diaplikasikan dalam kehidupan manusia sejagat, siap ada babak kain buruk hanyut lagi yang menjadikan cerita ini lebih dramatis....

Sekarang mari kita usha pula Hikayat Sang Kancil dan Buaya (sang kancil mengira buaya)....,


Hah, kat sini sang kancil kalah sikit kat hujung cerita, dia tak menang 100% dan kempunan tak dapat makan rambutan kat seberang sungai sana... sebab? Dia telah menipu, semata-mata untuk kepentingan diri dia sendiri... dan akhirnya kat hujung cerita keluar pepatah, "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua". Ini menunjukkan sang kancil bukanlah maskot hikayat yang mana pasti akan menang di akhir setiap cerita, dan tidak kiralah siapapun kau, kalau kau menipu, kau tetap akan rugi juga.

Hikayat sang kancil telah diberi nafas baru di TV Al-hijrah, oleh para animators tempatan yang menghasilkan Upin & Ipin. Mari kita lihat siri bagi Hikayat Sang Kancil, Kerbau dan Buaya (part 2 & 3), dan seterusnya mari kita buat perbandingan dengan versi yang asal.


Mesej dan moral dia kelihatan lebih kurang dan tidak menyimpang dari original version, cuma tambah watak baru iaitu seekor tupai tua yang menjadi pemerhati bijak lagi tangkas ala-ala kung-fu master. Hahah, kool dan kelakar, bersesuaian dengan humor zaman sekarang.... teruskan teruskan ^^

~Majulah Industri Animasi Tempatan~

Sekian, mana yang baik sila amik buat pengajaran, mana yang buruk sila jangan ikut ya wahai adik-adik sekalian~

Jya matane watashi no koneko-tachi chan (=^w^=)

40 comments:

  1. pergh terbaik nostalgia tu! dulu RTM rajin ler tayang siri kartun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal... aku pun dgn innocentnya langut la tengok kat tv pd masa tu, bajet uiii pandainya kancil kekeke XD

      Delete
  2. wow , as much as i am delighted with the development of our animation industries, i still hope that we could be more advanced in 2D animation too. i love 3D too but yeah i miss the old 2D cartoon anak anak sidek , usop sontorian ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah same here, dok tunggu ni bila la nak release 2D local animation yg lawa niehhh, balik2 3D total or 3D using 2D images saja... kat sini x dak Walt Disney or Hayao Miyazaki versi M'sia ka? Miyazaki tu dikatakan Disney versi Japan, bila pulak nak muncul Disney versi M'sia nieh? X de sapa2 minat nak lukis pakai tangan dan kertas banyak2 dah ker? :p

      Delete
    2. Bola Kampung kat TV9 2D, mot bad laa tp still byk ruang boleh improve..

      Delete
    3. oh bola kampung kat TV9... hmm bnyk kena improve, tp ok la dari x dak langsung... tp pastu dorang nak wat full movie version, gi convert ke 3D jugak.... aishhh depa ni patutnya improve 2D version la, apsal nak rely kat 3D sgt? hmmm...

      Delete
    4. eh aku tgk trailer bola kampung the movie 3D tu cam menarik. yup setuju..still suka gile miyazaki hayao nyer 2D

      Delete
  3. btw buaya tu actually jalan atas air . haha i laughed so hard! good job les copaque !

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling lawak time si harimau bleh tetiba cakap "hoi buaya, boleh tahan kau ye?" , pastu buaya jawab "maceh" , mulut sambil gigit kaki kerbau... lol

      Delete
  4. paling suke ayat...jangan monyet...smp skrg teringat-igt lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan? mmg jadi bahan lawak pun ayat tu XD

      Delete
  5. salam smua..hehe jangan monyet jangan...huhu^^


    -mamat84, kb bru9-

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan makan cili banyak2, nnt lari berasap... hahah ^^

      Delete
  6. hahaha...teringat kisah kancil. sekarang dh takder. yg popular upin ipin. kartun budak kepala botak. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaa kancil ada balik skang, kancil moden 3D kat TV-Alhijrah dalam 'Pada Zaman Dahulu' :D

      Delete
    2. oh yeake. aku jarang tgk al hijrah. slalu bizi. hehe

      Delete
    3. aku pun tau yg kancil moden ni ada kat tv-alhijrah dari youtube je, tengok kat tv x pernah :p

      Delete
  7. Pretty! This has been a really wonderful article. Thanks for providing this info.


    Here is my blog :: plus de retweet

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga ^^

      Delete
  9. It's actually a cool and useful piece of information. I'm glad that you simply shared this helpful information with us.
    Please stay us up to date like this. Thanks for sharing.


    Feel free to visit my web blog - acheter des vues sur youtube

    ReplyDelete
  10. Walaupon org kata pandai dgn licik sama, tp licik mcam lebih kpd kepentingan diri..

    Aku paling suka cerita kerbau tu..
    Yg lain mcam biasa2 je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yes, to me licik is a -ve word, pandai is a +ve word...

      cerita kerbau tu paling banyak mesej ^^

      Delete
  11. Hohoh... bagusnyer plain mengupas kisah sang kancil.
    Aku tak pernah nak fikir dalam2 tentang pengajaran cerita sang kancil. AKu hanya menyampah dngn watak annoying dan sarkastik dia. Yang konon serba tahu. Hahah... adeh. dgn kancil pun aku nak butthurt. Kancil ni sama dgn tweety tahap annoying dia. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. LoL... aku rasa hampir setiap negara ada haiwan maskot dia sendiri yang dijadikan icon licik+pandai+sarcastic dlm hikayat masing2 XD

      Delete
    2. makan dgn itu kita harus forever sarcastic!!!
      XD

      Delete
  12. Yang aku tau. Kancil sedap buat sup. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah... kancil kecik je, mcm tikus skit2, ada taring... aku rasa mcm agak ewww nak makan :p

      Delete
    2. celah gigi pun x lepas.
      heehe

      Delete
  13. penggunaan watak hewan cumalah sebagai simbolik berdasarkan sifat hewan itu sendiri. watak kancil digunakan kerana berpaut pada sejarah lama dalam hikayat buku-buku melayu. terutama sekali ketika peristiwa pembukaan melaka oleh parameswara. ia lincah, pendengaran yang sangat kuat dan pantas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi adakah kancil ini suka menipu?

      Delete
    2. manusia reka cerita, kancil yg dapat nama... pastu kena cop suka menipu... huhuu nasib kancil :p

      Delete
  14. Aku sendiri terpikir dari mana mereka dapat idea mereka cerita-cerita binatang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa orang yg mereka-reka cerita2 sang kancil ni mungkin beranggapan orang pandai suka menipu... atau licik itu genius...

      Delete
    2. Macam cerita Abu Nawas.. Bagaimana dia menipu dan memperdaya ramai orang..
      Walaubagaimana pun Kancil tetap binatang :)

      Tak silap aku terbitan Filem Negara Malaysia ni banyak ada beberapa siri pasal kancil.. aku tak ingat semuanya tapi yang paling ingat pasal monyet ni sebab dialog jangan monyet.. Yang lain-lain dengan buaya pun ada tak pasti apa dah jadi dengan siri-siri tu.

      Dan setahu aku masa tu animasi 2d ni dibuat mengunakan slaid atau frame by frame.. Macam pembuatan animasi Mickey Mouse pada awal-awal dulu. Pada awalnya hitam putih kemudian Filem Negara telah menghantar untuk diwarnakan seperti cerita P. Ramlee Hang Tuah.

      Sekarang ni dah advance banyak apps/software boleh tolong render dan bagi effect so tak perlu dah melukis frame ke frame.. copy paste edit tarik sana sini touch up sana sini amat mudah.. :) tapi still masih perlukan masa nak commit dan tenaga kerja..


      Delete
    3. kancil si penipu besar! huhuhu....

      Delete
  15. banyak produksi sekarang ni buat animasi yea..

    https://www.facebook.com/groups/208710095922396/

    hmm kancil http://www.youtube.com/watch?v=ABiiNM6Bp4g oleh ANIOTEK SDN BHD

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...