Click Me Plzzzz

Friday, March 29, 2013

Jom try buat ni - NamPrikPao daging

Salam ceria petang Jumaat buat readersku yang comei dan sempoi skalian, semua sihat? ^^

Wokeh, entry kali ni pasal makanan lagi, dan makanan kali ni bukan sejenis kueh tapi sejenis lauk special ala Thai untuk dimakan bersama nasi putih waktu tengahari atau malam pulak. Pernah dengar nama NamPrikPao

My beef NamPrikPao

Aku tak gemar sangat makanan ala Thai tapi kalau NamPrikPao daging, memang aku boleh terliur, aku mengakui ke'genius'annya... bagi aku it's a genius culinary invention. Aku mula kenal dan sangkut dengan dish ni masa aku study kat UMT dulu. Masa tu aku suka makan malam kat kedai makan yang berhampiran dengan rumah sewa aku and da geng, area perumahan Taman Maidam. Selalu sangatlah aku order nasik putih, NamPrikPao daging kurang pedas, dan nescafe ais. Penah jugak aku try order NamPrikPao ayam... review? owh... tak sesuai bagi aku. Hanya daging lembu yang mampu 'pikul' rasa pati NamPrikPao likat yang separa pedas dan unik itu. Kalau letak kat ikan, lagi tak sesuai. Nak letak kat processed meat (sausage/fishball/fishcake/burger)? Don't even THINK about it... itu adalah satu penghinaan/troll buat pati NamPrikPao yang agak laborious untuk disediakan, dan semestinya ianya akan rasa FAKE *serious face*

Sekarang ni tak tau lah wujud lagi ka tak restaurant tu. Nama restaurant tu pun aku dah tak ingat... pssst Zai, ko ingat lagi tak nama kedai makan port kita selalu lepak dulu? Aku try ingat signboard kedai tu tapi image blurry saja yang muncul dalam memory... ohhh i hate this feeling, it's agonizing  (">3<)....

Okeh okeh, sekarang masanya untuk kongsi recipe NamPrikPao daging (versi google dan modifikasi sendiri lah, tapi rasanya hampir serupa dengan versi kedai makan yang aku mention tu) XD 

~Bahan-bahan~

daging lembu (bahagian batang pinang) 500g 
cili kering 3 sudu besar 
bawang putih 3 sudu besar
bawang merah 3 sudu besar
halia 2 sudu besar
minyak kelapa sawit 4 sudu besar (untuk menumis)
sos ikan 2 sudu besar
belacan 1 sudu besar  
gula 2 sudu besar

 Cara-cara:

* Penyediaan pati NamPrikPao

1. Potong dadu bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis atas api sederhana kecil bersama 3 sudu minyak kelapa sawit. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis cili kering (yang telah dipotong dan direndam di dalam air) sehingga minyak berubah warna menjadi kemerahan. Angkat dan ketepikan.
3. Bakar belacan sekali lalu atas api sederhana besar, dan tumbuk dengan menggunakan lesung batu. Campurkan sekali bahan-bahan yang telah ditumis tadi dan tumbuk gaul sehingga sebati, membentuk satu pati yang pekat. 
4. Atas api sederhana kecil, panaskan pati tadi di dalam pan sos sambil gaulkan dengan sos ikan dan gula. Angkat dan ketepikan.

* Penyediaan daging untuk digoreng bersama pati NamPrikPao 

1. Rebus daging (yang belum dipotong) sehingga separuh masak atas api sederhana besar.
2. Hiris daging kepada kepingan-kepingan setebal ~0.5cm, dan tumbuk setiap keping daging tersebut dengan meat hammer sekali lalu, untuk melembutkannya.
3. Panaskan pan dengan api sederhana besar, masukkan 1 sudu besar minyak dan goreng semua kepingan daging selama ~10 saat, sebelum dicampurkan dengan pati NamPrikPao yang telah disediakan tadi. Goreng sehingga daging disalut dengan sekata. NamPrikPao daging anda sudah siap.

* Fakta genius/convenient: Pati NamPrikPao ini boleh disimpan di dalam balang kedap udara dan akan tahan selama berbulan-bulan lamanya, ianya tidak akan basi atau berkulat (pastikan bekas tersebut betul-betul kedap udara).


Sekian readersku sekalian, selamat mencuba~ 
Mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)

44 comments:

  1. Nor Tom Yam 2, nama kedai tu...

    tengkiu Zai~ ^^

    ReplyDelete
  2. ni first time dengar nama namprik pao. dah kalau orang thai yang punya resepi, tak best lah kalau tak pedas. makan mesti nak yang pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu la pasai... kalo masak sendiri je bleh modify ikut sesedap rasa :D

      Delete
  3. aaaaaaaaaa sedapnyerrrrrrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee... try la bila2... it's worth the effort yo :D

      Delete
    2. pas kawen nati, mmg aku nk masak apepe aku refer DA ko la plain..

      Delete
  4. Replies
    1. goreng pakai kuali tau, jangan pakai seterika hahahaha.....

      Delete
    2. hahaha.. mana tau kot dgn seterika lagi sedap. hahaha

      Delete
  5. huhuhu...cam best...resepi pun senang... t leh try =)

    ReplyDelete
  6. tengok pun da sedap. hmm *batal posa den arini :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, harap tu gurau semata-mata... hahah

      Delete
  7. sedap ke? berapa jari bagi? hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. campur semua ibu jari ada 4 la hahaha, tapi kalo ikut citarasa ko pizza, aku x tau la cmna heheh :p

      Delete
  8. Plain ko genius gak eh bab2 masak ni? Mana ko cilok resipi ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. aish takdak la genius... curiosity ngan kepekaan aku yg agak kuat menyebabkan aku mencari dan mencuba recipe namprikpao nih, sampai aku dapat satu taste yg seakan2 sama dgn namprikpao kedai noor tom yam 2 kat terengganu tu... try la weh siap bleh simpan dlm balang lagi utk kegunaan di lain masa, sedap pun sedap :D

      Delete
    2. ko punya lidah jenis apa eh plain?jenis biawak komodo ke?wakaka

      wei plain,aku tak paham..daging tu masak or perap sahaja kalau kita nak simpan dalam balang kaca?

      Delete
    3. walaupun biawak komodo mmg ada berkeliaran kat laman rumah aku, tp lidah kami tetap berbeza... huahaha

      lorh... yang boleh simpan dlm balang kaca tu pati namprikpao la, daging mesti fresh setiap kali nak masak namprikpao daging tu... jgn salah info woh...

      Delete
    4. intenet umah aku tgh sewel skang nih, nnt dah stabil balik aku update entry baru ^^

      Delete
  9. Gila! Air liur aku dah bertakung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penah dengar x nama namprikpao? penah jumpa dlm menu mana2 restaurant thai kat kl x? :D

      Delete
  10. Replies
    1. nanti kalau aku buat perusahaan pati namprikpao, aku gitau kat blog... kalau la, kalau :p

      Delete
  11. Nampak sedap boleh order dan pos ke Penang tak Plain :D

    p/s: aku malas masak sebab jejariku terlalu kasar lol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cer ko try cari restaurant thai kat area ko, pehtu order namprikpao daging :p

      Delete
    2. aku agak skeptical restoran thai kat sini banyak chinese :|
      kalau ko masak for sure halal ;)

      Delete
  12. plain, ade menu untuk bekfas yg cepat? bese aku buat meatloaf + cheese + scramble eggs je tapi meatloaf mahal. ada idea bes?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh bagi aku kalo nak bfast yg cpt n sehat, prepare cereal + cold milk + fresh fruits (banana n strawberry) je, kalo rajin n ada masa extra skit wat la blueberry pancake (dried blueberries mixed in pancake batter), pastu tuang honey atas pancake just before makan :D

      Delete
  13. untung sapa dpt kawin dgn u plain . terernya + rajinnya memasak!
    me hanya tau order makanan n masak megi s, sardin n few other simple stuff . tehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe untung? tidak jugak... if i kawin i expect to get yg pandai memasak also, i won't tolerate a guy yg tak reti kerja dapur (demanding beb) :p

      uih makan meggi n sardin tak baik diamalkan selalu... baik makan nasik, wholegrain bread n oat ^^

      Delete
  14. salam kak^^ nampak gaya ai ler jejaka yg menepati ciri2 suami yg u cari...kekeke..mohon entry baru psl npa kak anis tak nak kapel wit someone, n pliz tak nak alasan fobia sbb dulu2 dkejar jantan pedo...

    -mamat84, kb bru9-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb berkapel tu buang tebiat, merimaskan dan menyemak aje, abis citer :D

      Delete
  15. sapa2 post komen mengarut psl politik, akan dihumban ke dlm spam box... ini blog tak main hal politik ^^

    ReplyDelete
  16. hmmm^^ adakah patot fmly ai dtg jumpa parents u terus ntk meminang?? hmmm....cer citer..kekeke

    -mamat84, kb bru9-

    ReplyDelete
  17. awak, sy mnta maaf yee kalo tanya soalan ngarut td, sy bru tau grandma awak baru pass away kat komen blog bro zack td..

    Tabahkan hati yee awak, kullu nafsin zaa'ikatul maut (ali-imran:185)...al-fatihah bwt yg dah pergi....la tahzan...


    -mamat84, kb bru9-

    ReplyDelete
  18. Salam alaik plain..
    takziah dan Al-fatihah atas pemergian nenek cik plain ..sama2 kita doakan agar rohnya di tempatkan dikalangan para solehin..amiin..

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...