Click Me Plzzzz

Thursday, May 23, 2013

Teka-teki yang boleh bikin gaduh

Salam ceria buat readersku yang comei-comei semua~ 

Cuaca amacam kat tempat masing-masing? Panas ka, hujan ka, sejuk ka? Kat sini kekadang panas kekadang hujan, takda apa-apa ribut, puting beliung, tornado atau waterspout yang tetiba boleh berlaku berhampiran dengan jeti Langkawi pada 18 Mei baru-baru ni. Dengar cerita agak menakutkan jugak la, tapi syukurlah tak ada serious damage ^^ 

pic credits to pacik google ^^
Kali ni aku nak share satu teka-teki lama yang agak annoying lagi mind-boggling, yang mana aku jumpa masa zaman aku tengah study bach. dulu (sekitar tahun 2003 - 2006). Tiba-tiba aku boleh teringat kat teka-teki matematik tu lepas aku terbaca post noob pasal masalah matematik yang menjadi agak hot dibincangkan di blog BuasirOtak baru-baru ini. 

Pasal teka-teki yang aku nak share tu, aku rasa dah ramai pernah dengar kot satu teka-teki yang berbunyi "Mana hilang lagi seringgit?". Mana yang dah tau tu, baguslah. Mana yang belum tau, teka-teki tu berbunyi lebih kurang macam kat bawah nih. 


"Tiga sekawan dari KL pergi melancong ke Pulau Tioman. Sesampainya mereka bertiga di jeti pulau, mereka berasa sangat penat, lalu mereka pun terus pergi cari hotel murah untuk berehat. Akhirnya mereka disyorkan oleh taxi driver untuk menginap di sebuah motel budget yang tidak jauh dari lokasi jeti.

Masuk saja dalam motel untuk check-in di kaunter, encik di kaunter pun bagitau, satu malam RM30 saja per bilik. Dengan itu, mereka bertiga pun setuju untuk masing-masing menyumbangkan RM10 untuk berkongsi 1 bilik. Setelah mendapat kunci bilik, mereka pun terus berlalu dari kaunter.

Tiba-tiba, encik jaga kaunter ni teringat pulak hari ni hari Selasa, bukannya public holiday, jadi harga bilik adalah berbeza. Hari biasa RM25 sahaja, bukan RM30. Nak control malu punya pasal, encik ni pun pass baki RM5 tu kat budak pembantu motel, disuruhnya bagi balik pada 3 sekawan tadi. 
 
Nak jadi cerita, budak ni budak baru, dia fikir setiap errand yang dibuat, mesti dapat tip... dan difikirnya lagi, kalau kasi balik RM5 macam mana diorang nak bahagi 3 orang? Tentu susah, maka untuk menyelesaikan masalah ini, budak ni pun amik la RM2 (sebagai tip), dan bagi RM3 je kat 3 sekawan tadi supaya senang diorang nak bahagi 3. Dia tak bagitau pun kat dorang tu pasal harga bilik RM25 pada hari biasa, dia cuma cakap hari biasa bukan RM30. Tiga sekawan ni pun bahagi la baki duit tu balik sorang RM1. 

Maka kesudahannya, jumlah yang diorang bayar adalah RM9 sorang x 3 orang = RM27, dan budak pembantu hotel tu pulak amik RM2 diam-diam sebagai tip... campur semua jadi RM29... ehh? Mana hilang lagi seringgit???"

pic trollface credits to pacik google

Hahaha... selamat mencuba. Jangan gaduh-gaduh pulak na, tak ada hadiah pun untuk ni, saja nak kongsi satu teka-teki lama yang evergreen, otonashiku de ganbatte ne minna (selamat berusaha dengan berfikiran matang ya semua) ^^

Mata ne watashi no kawaii koneko-tachi chan~ (=^w^=)

51 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan dah ada nuh kat bawah, cik hime berjaya jawab ^^

      Delete
    2. eh, aku da delete da komen ni sebab awal sangat give up
      ok tq tq

      Delete
    3. Cube phm kn aku..aku pnjam kat ali 50 rngt..aku pnjam abu 50 rngt..aku nk beli kasut..kasut tu harge 97rngt..ade balnce 3 rngt..aku bg ali seringt aku bg abu seringt..kat aku ade seringt lgi..so aku utang ali 49rngt..aku utang abu 49 rngt..49 + 49=98..kat aku ade sringt..98+1=99..mane lg seringt ????????????

      Delete
    4. ko tetap hutang rm50 dari abu dan rm50 dari ali, so nak tak nak ko kena bayar jugak rm50 ke ali dan rm50 ke abu tu nnt, balance tu ko simpan ler dulu ^^

      Delete
    5. Yg tu sy phm..tp klu ikut logik cmne lak ??cube trng kn kt sy..btol2 x phm :(

      Delete
    6. Seringgit yg ko amik tu bukan patut ditambah pada 98 tu, sbb ianya sebahagian dari 98 tu, maka patutnya ditolak dari 98, menjadikannya 97... 97 tu duit yang dibelanja utk kasut, maka, 97(harga kasut) + 3(balance) = 100 ringgit... cuba kalo ko tak amik singgit tu, dan pecahkan bagi jadi 50sen + 50sen, so 1.50 kasi ali, 1.50 kasi abu, jadinya ko utang abu 48.50 dan ali 48.50... 48.50 + 48.50 = 97, iaitu harga kasut tu, logiklah sbb ko dah pulangkan baki rm3 tu split sama rata kat abu dan ali, maka 97(harga kasut) + 3(balance) = 100.... nampak dah? Soalan mana hilang singgit tu, trick ajer dari awal lagi. Singgit tu bukan patut ditambah pada 98, tapi patut ditolak dari 98 sbb ianya sebahagian dari 98 ^^

      Delete
    7. *tepuk tangan*

      kalau dak anon ni x faham2 jugek, x taulah nk ckp ape erk?? hehehe..


      - AnonHensem

      Delete
    8. haha... dia tak reply tu, dia dah paham la tu ^^

      Delete
  2. tak pernah rasa nak selesaikan.

    ReplyDelete
  3. hahahhaha... boleh pening kalau dok pikir menda alah nie.. sebenonya, kiraan 9 x 3 = 27 tue yang mengelirukan.. walhal kiraan dia senang bebeno.. wkwkwkw...

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara jwpn2 salah yg penah diberi utk teka-teki ni termasuklah:

      1. singgit tu org kaunter yg amik (haha)
      2. sebenarnya 3 orang tu bayar RM28, bukan RM27... 3 'stooges' tu bodo math x sedar salah sorang dari dorang tu bayar lebih (LOL!!! 3 stooges tu katanya, emo lak tu jawab... XD)
      3. singgit tu ada hantu sudah curi (x files wooo...)
      4. singgit tu hilang dalam kira2 perpuluhan (wooo...)

      kekekeke... menarik menarik :p

      Delete
  4. ok, macam ni.

    setiap orang bayar $9.
    so jumlah dia, $9 * 3 = $27.

    hotel harga $25.

    daripada $27, bellboy amik $2.

    the mistake here is everyone thought they paid $30.
    but to start with, they only paid $27. ($9*3)
    the $2 that the bellboy took,is $2 from $27, leaving $25 for the hotel.

    so sebenarnya, diorang bayar $25/3=$8.33 untuk bilik, dan $2/3=0.67 untuk tips bellboy. there's no $30 to begin with :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nice tak payah aku nak karang ayat suda utk explain jawapan ^^

      Delete
    2. They did paid rm30 Hime, but rm3 has been returned by the bellboy.. So they tought the price rm27 (rm25+rm2).

      Rm2 is already a part of rm27 and rm3 is the money that been returned to them.. it's should been added to rm27 to get rm30, the initial payment made by them.

      Delete
    3. i think she knows that BKT, it's just a matter of language usage ^^

      Delete
    4. Nope.. just answering the "mistake here is everyone thought they paid $30" it's not a mistake indeed they paid rm30 right.

      Delete
    5. Klu di campur kn sume mmg la ckup..tp soklan die kat sape singgt tu ?

      Delete
    6. soalan tu trick aje, percayalah ^^

      Delete
  5. Aku pun tak pernah jawab soalan ni. Bukan la rumit tapi panjang lak penjelasannya nanti.

    :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa boleh dipendekkan what..... cthnya RM2 tu jangan ditambah ke RM27, tapi kena tolak dari RM27, dapat RM25 (harga bilik), pehtu tambah balik dengan baki RM5 yg sebelum kena curi RM2 dari baki tu, jadi la RM30, x dak duit hilang langsung... pendek what? :p

      Delete
    2. bravva...syabbas betti...

      Delete
  6. Hime? Kalau sorag bayar rm 8.33, so jadi lah pulak 8.33*3+5=29.99. Tapi dorang byr rm 30 hinggit so mana pulak hilang 0.01 sen tu??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. LoL anon x pueh ati ngan ketangkasan hime :p

      Delete
    2. Biar pun 0.01 sen hilang pun merupakan satu misteri.Setiap sen yg hilang tdk dpt dterima pakai dlm math. Nampaknya masih ada yg blum dpt jwb. Aku tahu jwaban nya. Tp tak best lah kalau aku yg jwb dulu. Biarkan rahsia dulu. Pizza yg hebat tu mana tak join skali plain? Aku masih x puas ati yg dia dgn confident mengata 6/2(1+2)=1 tapi jwbn yg btul adlh 9

      Delete
    3. Owh dh djawab sendiri olh cik tanah kedaung upanya. Tak mengapalah.. Biar hamba pergi kelana ke seberang tembok untuk mencari teka teki math yg lain.

      Delete
    4. hahah laaa aku ingatkan ko ada jawapan versi lain dek non? XD

      Delete
    5. itu cukai yang dikenakan :)

      Delete
  7. Menjejak duit pulak Plain :) ni lebih kurang kes seluar jeans tu ke.. tricky..

    Mula rm10x3 = rm30
    Dikaun rm5 so rm30 - rm5 = rm25
    Rm5 = rm2 (belboy ambik) + rm1x3


    Diaorang bertiga ni tak tahu harga bilik sebenarnye rm25.. bila dipulangkan sorang rm1 maka mereka jangka harga bilik ialah rm27 sebab rm9x3 =rm27.. Tapi sebenarnye rm27 tu ialah (rm25 + rm2(yang bellboy ambik))

    Rm2 yang belboy ambik bukan kena tambah dengan rm27 tapi adalah sebahagian dari rm27 tu.. dan bila tambah rm3 yang dipulangkan maka cukup la rm30 yang awal iaitu harga bilik sebelum diskaun..

    Jadi tak hilang kemana pun seringit tu.. cuma salah paham aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul itu lah jawapan aku in summary kat atas tu ^^

      Delete
  8. Maaf aku failed Matematik..Aku tak paham apa yang korang bualkan wekekekeek

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik punya alasan hang :p

      Delete
    2. Betul ler, Aku SPM mana lulus.. Tambah2 Math.. ko tanya soalan 1x1 pun aku tak tahu jawapannya.. wekekekek

      Delete
    3. Anon.. tu bergantung bidang apa ko related.. kalau 1 lelaki + 1 perempuan mungkin boleh jadi jawapan lebih dari 2 lol..

      Delete
    4. Atau juga mungkin kosong lol..

      Delete
    5. Atau mungkin Threesome?

      Delete
    6. yg korang pi campur biology n psychology ngan matematik tu apasal? awat x campur ngan kimia n fizik skali? tambah aerospace skali sesedap rasa... pastu bengong terus puak anon...

      Delete
  9. tak suka soalann ni.. haha... :D

    btw, solution dia sbnarnya tak sush pun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ler pasal... semua kena tipu tang RM2 (kena curi) tu pi tambah kat RM27 tu apekehei?, RM2 tu sebahagian dari RM27 dah, tambah je ler RM27 tu ngan baki RM3 yg dorang dpt tu, dpt la balik RM30... baru makes sense, x de duit ilang... abih citer ^^

      Delete
  10. hai awak~ sehat??^^

    -m84, kb bru9-

    ReplyDelete
  11. simple je ni..
    memula harga hotel rm30 kan..
    so rm10 x 3 orang = rm30

    then tetiba rupanya harga hotel adalah rm25..
    so kite roll back la balik duit RM30 tu..
    RM30 - RM3 (rm1x3orang) - RM2(kena curi) = rm25

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap sorg kena bayar hotel + wang dicuri rm2..
      rm25 + rm2 = rm27
      so rm27 ni adalah jumlah hotel + kena curi
      nak dapatkan total rm30, tambah la yang balance rm3(sorg rm1)
      rm27 + rm3 (pulangan rm1 sorg) = rm30

      Delete
    2. haha.. ala lambat la ko pizza :p

      Delete
    3. haha.. aku x baca pun komen2 kat atas tu masa aku bg solution ni.. hehe

      Delete
    4. Teruk la itu pencurik bikin orang confuse saja..

      Delete
  12. Aaa..sya lemah matematik..beru je nk ckp yg org kauter tu yg amik duit seringgit tu buat tip dia..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... takpa2, ramai org tertipu pun ngan teka-teki nih, hehe XD

      Delete
  13. Aku plak jawab.. Bila sebut pasal diskaun bererti pengurangan..sebut pasal pengurangan adalah tolak.. Rm 30-25=5 balance 5-1-1-1=2.. Balance 2 bellboy dah ambik.. No balance..tutup kes.. Nak jadi 30 balik kena tambah..biar en jaga kauter selesai kan.. Dah diskaun tadi 25..pegi ketuk bilik kawan tiga orang tadi mintak balik singgit sorang 25+1+1+1=28.. Cctv dapat tangkap bell boy ambik 2 ringgit..seluk poket..yer ader 2ringgit..pi tambah. 28+2=30..ini adalah pengiraan saya..takder masalah pun..kacang putet jer

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...