Salam ceria syawal buat readersku yang ceria dan sukahati sekalian, masih dalam mood raya dan mercun pop pop ka? ^^
Oklah kali ni pasal makanan, kita beralih selera ke Italian food pulak kali ni. Setelah sekian lama aku tak buat pizza, tetiba aku jadi teringin nak cuba buat pizza semula selepas aku agak terliur melihat pizza yang dibikin oleh uncle incik Aujinz semasa bulan posa yang lepas, yakni seorang blogger jejaka idaman ramai gegadis dan wanita blogizen seMalaysia weehuuu~ :D
my pepperoni cheese pizza :D |
Last time aku bikin fried apple pie ala2 mekdi versi recipe Aujinz, agak popular pulak jadinya entry apple pie tu hohoo, kali ni aku bikin pizza ikut style dough pizza Aujinz pulak, dough jer la aku ikut style dia, topping pizza ikut style aku lah, sebab aku suka pepperoni dan tak berapa suka capsicum (cili gajah) ^^... ada rasa macam domino's pizza tu baq haaang~ Tak caya? Silalah cuba membikinnya ^^
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~Bahan-bahan~
*dough
tepung gandum - 3/4 cawan
air - 1/2 cawan
yis - 1 sudu teh
gula - 1 sudu teh
minyak zaitun - 2 sudu besar
*topping
puri tomato (dalam tin)
keju Cheddar
keju Mozarella
pepperoni
bawang besar
serbuk daun oregano kering
gula
minyak zaitun
*Cara membuatnya.,
1. Campur dan kacau tepung gandum bersama gula dan minyak zaitun sehingga tepung kelihatan bergumpal-gumpal.
2. Larutkan yis dalam setengah cawan air, kacau perlahan-lahan. Masukkan larutan tersebut ke dalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit, uli sehingga adunan menjadi kental dan melekit. Biarkan dough 'rehat' di dalam mangkuk adunan yang bertutup (guna plastic wrap atau pinggan kaca) di atas meja, selama 30 - 40 minit.
3. Setelah direhatkan, dough akan menjadi kembang. Taburkan segenggam tepung gandum di atas dough dan tumbuk-tumbuk dough tersebut untuk keluarkan angin. Uli sehingga tekstur dough menjadi mudah untuk dileperkan menggunakan rolling pin. Sapukan tepung gandum pada rolling pin dan board sebelum meleperkan dough supaya dough tidak melekat pada peralatan. *Boleh juga kalau nak leperkan dough guna tangan saja, leperkan terus ke dalam pizza pan yang dah disapu minyak zaitun.
4. Sapukan minyak zaitun pada pizza pan, masukkan dough yang telah dileperkan tadi ke dalam pizza pan. Oleskan dough dengan minyak zaitun.
5. Ratakan puri tomato di atas permukaan dough dengan sekata. Taburkan keju cheddar, kemudian taburkan keju mozarella dengan sekata. Susun hirisan pepperoni dan bawang besar seperti di dalam rajah di atas.
6. Tabur sedikit serbuk daun oregano kering dan gula di atas pizza, kemudian semburkan sedikit minyak zaitun ke atas permukaan pizza menggunakan alat penyembur air.
7. Panaskan oven (heating atas bawah) pada suhu 180 darjah Celcius selama 10 minit, kemudian masukkan pizza ke dalam oven untuk dibakar selama 20 - 30 minit.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dekimashita~ saa ittadakimasu, douzo meshi agare (siap, sila makan)~ ^^ |
Selamat mencuba~ Anda boleh get creative dan letak apa saja topping yang anda suka - tuna, sausage, ayam, daging lembu, udang, cendawan, cili gajah, asparagus, buah zaitun hitam, terung... apa-apa saja mengikut kegemaran anda, cambest kan? :D
Jya matane koneko-tachi chan~ (=^w^=)