Click Me Plzzzz

Friday, August 9, 2013

Extreme Hari Raya yang...

Salam ceria petang raya ke-2 buat readersku yang baik lagi budiman sekalian (salam raya pertama buat mereka yang berada di kawasan-kawasan tertentu) ^^ ~ 

Tengok pada tajuk entry kali ni, apa yang extremenya hari raya kali ni? Well, ini merujuk kepada aktiviti beberapa orang budak sekolah/kolej dan beberapa orang dewasa yang bajet diri mereka itu budak-budak sekolah, kat kawasan depan rumah akulah... meh aku nak story...

Pic ni amik dari rumah aku je, tak perlu ke bonodori pun
Kat kawasan rumah aku yang dekat dengan sawah padi ni, ada beberapa buah rumah lain dan juga ada sebuah taman perumahan yang agak baru, terletak kat seberang jalan, bertentangan dengan rumah jiran aku. Setiap tahun apabila hari raya aidilfitri kian menghampiri, mercun dan bunga api fireworks gergasi tahap 'carnival tahun baru cina' tu akan menjadi mainan pilihan bebudak kat kawasan depan rumah aku ni, yang mana jenisnya adalah yang mengeluarkan bunyi yang maha kuat lagi menggegarkan satu kampung. Kalau nak diikutkan, bunga api fireworks tu sangat mahal, dan bukan senang nak dapat, melainkan orang itu ada kabel/kenalan tertentu. Mereka akan dengan kurang hasamnya main mercun dan bunga api gergasi ini sehingga pukul 2 - 3 pagi, tanpa mengambil kira perasaan dan kesihatan orang lain kat kawasan kediaman aku ni. Lebih bangang dan cilanat lagi, mercun gergasi ni akan sengaja ditujukan condong ke arah atas bumbung rumah aku dan jiran aku, dan juga rumah orang lain yang berdekatan. Port mereka bermain adalah kat taman yang ada kat seberang jalan depan rumah aku ni, dan juga atas jalan tar kat tengah-tengah sawah padi tidak jauh dari rumah aku.

Tahun ini, di sekitar kawasan rumah aku ni telah ada agak ramai golongan berumur yang ada masalah jantung yang serius, yang mana mereka telahpun menjalani angioplasty. Mereka memerlukan rehat yang cukup dan suasana yang aman damai lagi harmoni, untuk hidup dengan sebaik mungkin. Jangan salah tafsir, aku bukanlah nak kata bebudak kaki mercun extreme ni adalah penyebab kepada masalah jantung golongan berumur ni, jauh sekali. Apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah geng kaki mercun extreme ni tidak beradab langsung dan tidak prihatin akan masalah penduduk lain di sekitar kawasan tempat kediaman aku ni.

Pic amik dari balcony rumah aku je nih...
Raya tahun ni, geng kaki mercun extreme ni lebih cilanat dari tahun lepas. Pada malam raya (esok tu hari raya), aku keluar untuk memasang pelita kat halaman rumah. Sedang aku memasang sumbu pada kepala pelita dan mengisi minyak tanah ke dalam badan pelita, tiba-tiba sayup-sayup kedengaran suara geng kaki mercun yang bukan tahap budak sekolah tu bercakap, "Hahhh... huii yang tu tu...", dan seterusnya mereka menyalakan bunga api gergasi tersebut dan aku nampak bola apinya menuju ke langit, "zoshhh....." bunyinya, kemudian ia pun meletup di langit "TEBABOOO!!!!! prap prap prap!!!!". Cukup dekat dan besar sekali letupannya. Aku buat tak heran saja dan terus menguruskan pelita... tiba-tiba, beberapa saat setelah letupan besar tadi tu bergema, aku merasakan seperti ada beberapa objek sebesar kepingan syiling 50 sen (aku cuma assume berdasarkan bunyi objek-objek itu jatuh) bertaburan di atas tanah berumput di sekitar aku. Aku terkesima sebentar... apakahhh???!! Nanda aria?? Sensou ka yo majide??! (translation: Apa dia tu?? Perang ka weiii biar betul??!) Nasib baik tak kena kepala aku tadi woiii, kuang hajaq nak mampoih (aku menyumpah sendirian saja). Repot polis pun tak guna, sudah ada yang pernah repot, tetapi tidak diambil serius... buat sakit hati saja. Ada juga yang pernah pergi sound direct kat geng kaki mercun tu, dia berani marah balik dan tetap berdegil nak teruskan... lagi sakit hati siot, lantak kau la dol, lantak hang ("-_-)...

Yang ni memang SAKAN, aku takdak hal sangat tapi kesian kat jiran-jiran aku la, orang tua-tua, takbleh nak tidoq...

Tibanya hari raya pada esok harinya (iaitu hari semalam), aku dengar cerita yang jiran aku (sepasang warga tua yang ada masalah jantung) mengadu dan merungut yang malam semalamnya mereka tidak dapat tidur semalaman, dan mereka nampaknya sangat penat, letih dan bengang. Jiran aku yang warga tua ni punyalah bengang, dia siap prepare sekampit batu dan lastik... sekiranya berlaku lagi kejadian sama malam ini, dia nekad akan melastik geng kaki mercun extreme yang ada kat taman depan rumah tu. Dia mau ishtihar perang. Keluarga aku mula risau, takut nanti ada yang tak pasal-pasal masuk lockup, maka ayah aku pun slowtalk sama pakcik aku, yang mana pakcik aku tu ada connection dengan pegawai tinggi polis, jadi, hasil perbincangannya, ada baiknya jika pakcik aku tu pergi beraya kat rumah polis itu dan slowtalk sama pegawai tinggi polis berkenaan. Kakak aku pula berdoa agar malam nanti hujan akan turun dengan lebat, supaya geng kaki mercun extreme tu tak keluar bermain mercun. Apabila malam tiba, hujan tidak turun, tetapi geng kaki mercun tu tidak lagi keluar bermain mercun/bunga api gergasi mereka. Alhamdulillah, nampaknya slowtalk pakcik aku dengan pegawai tinggi polis itu membuahkan hasil. Semua selamat, perang pun dibatalkan ^^ 

Sekian dulu cerita raya kali ini... moral of the story, kalau nak buat apa-apa tu, fikir-fikirlah dulu apa kesannya terhadap orang sekeliling, selain diri sendiri. Kita hidup bermasyarakat, berbilang bagsa, tua dan muda, sihat dan sakit... bukan kita hidup dengan puak-puak yang hanya sekepala dengan kita sahaja ^^

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Jaga Tingkahlaku Jaga Diri

Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)

39 comments:

  1. selamat hari raya!!!selalu memang camtuh.....sabo jerlah...tapi,skunk kt kg dah kurang sket coz kg sy dah banyak taman perumahan...yg bimbang kes pecah umah jer...yea lah..ramai yang duk taman balik kg...huhuhuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... kes pecah rumah mmg amat membimbangkan, walopun dh bnyk org pasang cctv tp masih menjadi-jadi... ditambah bimbang dgn kes tembak menembak... koboi sungguh...

      Delete
    2. hahahaah!!!!koboi ler jawabnye....tembak-tembak mercun!!!!hakhakhak!!!!

      Delete
  2. mau menyumpah rasa berdosa.
    sabarlah yang termampu.ini lah ni kalau manusia sudah tak peduli dengan manusia lain.
    cuma peduli dengan hal sendiri saja.

    salam aidilfitri plain. maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu tulah pasai... sabaq je ler (-______-)

      selamat hari raya cil lynn, maaf zahir & batin~ :D

      Delete
    2. *cik lynn... aishh typo pulak :p

      Delete
  3. selamat hari raya la bos plain

    bab mercun ni...aku baru ni balik johor ke rumah relatives..

    gambar yang kau tunjuk tu..ada jenis 20, 36 dan 138 ( meaning 138 kali mercun tu meluncur ke udara dan buat show bungapi cantik..so takes about 3-4 minutes utk dia habis)

    aku tgk bebudak ni boleh letupkan almost 5-6 numbers of those 36 and 138 things sekali main per night per house (x campur mercun lain plus meriam buluh), siap berlawan2 dan bersaing sapa lagi kool (ini mmg biasa).. cuma jumlah letupan yg byk ni, either bebudak melayu da kaya sangat boleh beli byk2 mercun atau mmg x de org pantau penjualan mercun ini tahun..

    satu mercun 138 tu dalam RM100 kot klu x salah..klu 5-6 sekali main satu malam da dekat RM 500 sekali terbang satu malam per house, petanda ekonomi baik kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya jugak le tuan firdaus :p

      ai ai ai, banyak info ko tau psl ni? huehuehue~
      giler bakar duit sakan depa no? tak rasa cam bakar duit gaji ke huhuu, kalau buat duit tu utk bagi zakat/sedekah kan ke bagus... (-______-)

      macih la rajin mai jenguk n komen kat blog picisan aku nih, eh pesal blog ko (blogspot) tak bleh nak komen ha? ^^


      Delete
    2. aku terlibat sebagai pemerhati bebas dan peng-ignite. cuma aku tak beli je. tu tau tu hahahhaa <--muka bersalah

      Delete
  4. ya, yg beli dan main ni byk brader2 dan pakcik2..bebudak kecik mana ada duit rm500-600 nak main mercun..klu ada pun da tentu dorg angkat henset ke apa...hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kot budak2 skang ni mostly loaded, masing2 parents depa belikan ipad sorang satu... parents bz dgn keja n banda lain nak buat, kasih sayang diconvert kpd elaun $$ yg bnyk, mana tau... ekonomi baik tp akhlak hampir sifar... hohoho mintak jauh ler....

      Delete
  5. plain , kalo dpt tangkap pic hujan meteor nanti mlm jgn lupa plak share kat entry baru^^ cantik baju ko plain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh hi deknon, kamera aku tak power mana, kebarangkalian utk dpt tangkap pic meteor shower tu mmg sgt rendah la, nak boleh nampak dgn mata kasar kat ruang angkasa pn belom tentu sbb cuaca tak brapa elok kebelakangan ni ^^

      cantik baju? macih~ ^^

      Delete
  6. Selamat Hari Raya.

    Dekat kampung aku pun sama jugak ada geng-geng macam ni. Depa bakaq mercun untuk sambut raya mengalahkan cina sambut tahun baru. Siap berlawan-lawan lagi dengan geng-geng lain.

    Rasanya, betoi kot depa ni dapat stok mercun fireworks ni pakai kabel. Sebab payah nak cari orang dok juai mercun jenih ni. Kat bazar Ramadhan kampung aku, kot ada juai mercun hat besa-besa macam thunderclap, mercun papan je la pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... beli dak? beli dak? :p

      Delete
    2. Tak beli pun sebab pakcik aku cakap,

      ''Beli mercun ni sama macam bakaq duit,'' ujar pakcik aku sambil menghembuskan asap rokok Dunhill beliau.

      Delete
  7. laaaa.. kena sound jer ker.. aku harapkan perang yang lebih besar..tapi syukurlah, kampung masih aman... wkwkwkkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. cittt jinz hang jgn dok mintak perkara yg tak elok berlaku kat tempat aku huhuu! lol

      Delete
  8. gue datang mau picit iklan lorrrr!!!!!!eh!!pesan iklan ko ade satu jer???mane lagik 2???

    ReplyDelete
    Replies
    1. keskeskes... saja ja gua boh sebijik jer kat atas tu, testing2 keskeskes XD

      Delete
  9. jom singgah!!!!
    http://pheonixcharlotte.blogspot.com/2013/08/berita-tergempar.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku makan popcorn betul baca komen2 kat blog 3 org bloggers tu, hahahah...

      Delete
  10. Terbang melayang dari blog & mendarat di sini ('',) Salam Ziarah, & jemput ke blog ya : Blogger Sekalian, Tolong Zam Sound Budak Blogger Baru Ni Boleh Tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah sound jgn tak sound :p

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  11. sorry plain83, aku silap. so aku delete. x baikla nak sarcasm kat org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LoL... aku bleh baca komen2 ko kat email la, hahah... i know exactly the purpose of dat entry, but the opinions still count... n komen aku kat entries 2 org tu (zam n yumida) menambah chances dorang utk memang sbijik powerbank dari nan lime, they're in a tight 'fight'. Kutuk main2 je tu, kutukan membina, aku tambah komen sesedap rasa je hahah..

      Delete
    2. *menang, aishh typo plak aku taip pakai android.. LoL

      Delete
  12. Wah Plain, ade peminat baru nampak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh? problem? jeles ker deknon? ^^

      Delete
  13. hehehe... kesian pakcik. mlm raya mlm fireworks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian lg kat atuk2 yg sakit jantung tu wey carlos, tp kalo pakcik2 fireworks tu pandai usaha lebih skit pilih lokasi yg tak ada ramai org (padang bola terbiar ka) utk main fireworks, takpa la jugak... heh

      Delete
  14. sama la dengan sepupu aku, dok nak main meriam sebelah rumah pah aku je.. bunyi punye la kuat yang amat.. terkejut jantung den dibuatnya.. tapi sib baik beberapa minit kemudian hujan pun turun. hehehe.. fuhhh selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoi meriam buluh oh traditionalnyer hahah... bunyi mmg kebabooom btoi benda tuh...

      Delete
  15. Balik johor nampak banyak fireworks (mercun+bungapi).. berderai di langgit.. kaya-kaya orang sekarang beli tu bukan mahal dan lagi satu macamana boleh lepas imigresen.. seludup kot..

    raya tahun ni tak banyak dengar orang main meriam buluh tapi masa aku balik ke utara nampak buluh merianm buluh tepi sungai.. kalau tau ada orang main nak juga join hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cittt ada hati nak join rupanya hahah... mmg menarik dan menggoda betoi ka meriam buluh tu?

      Delete
    2. Dulu salu main meriam buluh tapi buluh dah pupus payah gak nak carik buluh besar yang sesuai untuk dijadikan meriam mungkin guna batang pinang pun ok.. besi paip macam bahaya pulak kalau pecah hohoh..

      Apapon kepuasan main meriam macam askar yang lancarkan roket susah nak explain hahah puas bila meletup cam habis release semua tensen..

      Selain tu meriam katak pun biasa pakai tin buh karbait tanam dalam tanah dan nyalakan..

      Tu dulu-dulu la.. balik kampung pun tak lama so tak sempat nak carik bahan dan contact geng2 lama.. :D kalau tak tentu huru hara kampung macam berperang.. berperang meriam dengan kampung jiran jiran.. hohoho..

      Raya dulu-dulu la..

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...