Saturday, September 28, 2013

TomTato anyone?? :D

Salam ceria weekend buat para readersku yang bermacam ragam sekalian, semua sihat? Dah tengok entry contest GA: Isi buih kata komik!!! belom?? Join laa, ada masa lagi nih sebelum deadline jam 12:00 tengah malam, pada 12 Oct 2013, hehehe~ ^^

Okeh, tadi aku tertengok news kat yahoo, berkenaan agriculture breakthrough. Aku kalo bab-bab berkaitan agriculture breakthrough yang melibatkan horticulture dan aquaculture, memang akan tertariklah. So apa benda yang aku ternampak dan tertarik kat yahoo news tadi tu? 

Source: thompson-morgan.com

Tudia... behold the TomTato!! Satu hasil teknologi hortikultur U.K dari bertahun-tahun cubaan mencantum (grafting) dua spesis tumbuhan makanan yang betul-betul berbeza (tomato dan kentang) berupaya menghasilkan buah tomato dan ubi kentang sekaligus pada masa yang sama. Kedua-dua tomato dan kentang akan matang dan boleh harvest pada masa yang sama! Oh wow... korang berani nak cuba makan tak hasil ni? Aku berani nak cuba... kalau aku ada terjumpa hasil hortikultur dari Thompson & Morgan company ni kat mana-mana supermarket kat Malaysia ni, aku akan beli dan buat ratatouille potato and tomato!! :D 



Sugokku omoushiroi desho?? (Sangat menarik bukan??) XD 

Okeh, setakat ni saja entry kali ni, aku agak busy sekarang nih, nanti lapang-lapang sikit aku akan tulis dan review apa-apa kasi panjang sikit story. Oh ya, jangan lupa join contest GA aku tu sebelum 12:00 midnight, 12 Oct 2013 yeah?!! Ja ne minna!! (Jumpa lagi semua!!) XD

Jya matane koneko-tachi chan~ (=^w^=)

Saturday, September 21, 2013

Contest GA #1: Isi buih kata komik!!!

Salam ceria buat readersku yang baik serta comei belaka sekalian, baiklah... bersempena dengan setahun lebih lamanya aku berblog secara suka-suka dan merapu nih, dan seperti yang telah diwarwarkan pada entri yang sebelum ini, aku nak adakan sebuah contest GA!!... yang berbentuk "sila isikan buih kata (speech bubble)" dalam komik pendek yang aku dah lukiskan khas untuk tujuan contest ini~ :D

~Contest Banner~

Sunday, September 8, 2013

Adakah anda seorang OTAKU/WEEABOO?

Salam ceria malam Ahad buat semua readersku yang tengah bersabar dengan kenaikan harga petrol, dan sedang tabah bersedia untuk menghadapi kenaikan harga serba serbi barangan sekalian~ ^^
All credits for this OTAKU logo go to NeoKyoStudio, on deviantArt ^^

Baiklah, entry kali ni berbentuk kuiz tidak formal (yang aku rembat dan terjemah dari deviantArt), yang bertujuan untuk menguji tahap keotakuan (atau keweeabooan) anda sekalian. Jawablah dengan jujur dan tengoklah berapa skor anda kat bawah sekali. Yosshaa selamat menjawab!! XD

Source of pic: samuelzuder.com

[X] Anda telah menonton sekurang-kurangnya 1 anime.
[X] Anda telah membaca sekurang-kurangnya 1 manga.
[X] Anda selalu menonton anime atau membaca manga.
[X] Anda merasakan yang kartun barat dan anime adalah dua benda yang berbeza.
[  ] Anda terlibat dengan sebuah kelab anime.
[  ] Anda pernah bercosplay sekurang-kurangnya sekali.
[  ] Anda pernah terlibat dalam apa-apa aktiviti lakonan (teater/persembahan peringkat sekolah atau universiti) yang tidak ada kaitan dengan anime, tetapi anda menganggap itu adalah cosplay.
[  ] Anda pernah bercosplay di tempat awam.
[  ] Anda pernah menghadiri sekurang-kurangnya 1 convention anime,
[  ] dan anda telah bercosplay di convention tersebut.
[  ] Anda sanggup pergi ke convention tersebut yang berada lebih 200 batu dari tempat anda.
[X] Anda suka makanan Jepun.
[X] Anda suka mana-mana yang berkenaan: sushi, Pocky, ramen murah, ramune.
[X] Anda tahu yang sushi itu bukan sekadar ikan mentah.
[X] Anda pernah menyediakan bento sendiri.
[  ] Anda pernah menyediakan 'charabento' / 'charaben'.
[X] Anda selalu pergi ke kedai Asian (Asian shop) untuk membeli-belah. *UPDATED on Oct 2014* 
[X] Anda pernah melawat negara Jepun, *UPDATED on Oct 2014*
[  ] dan tujuan anda ke sana adalah semata-mata kerana anime, permainan video atau idola Jepun.
[X] Anda sedang mempelajari/tahu bahasa Jepun,
[  ] kerana ingin menonton anime dengan lebih baik tanpa bergantung pada sarikata.
[  ] Anda ada darah Jepun.
[  ] Anda MENGAKU yang anda ada darah Jepun.
[  ] Anda sedang tangkap angau sama mana-mana karektor rekaan cerita/anime Jepun.
[  ] Anda mengaku yang anda telah berkahwin dengan karektor rekaan Jepun tersebut.
[  ] Anime adalah jauh lebih bagus dari kartun barat.
[  ] Bagi anda, semua kartun adalah anime.
[  ] Sesiapa yang benci akan anime adalah mati bagi anda.
[  ] Anda memanggil nama karektor anime berpandukan nama asal Jepun mereka.
[X] Anda memanggil nama karektor anime berpandukan ejaan romaji nama mereka.
[  ] Anda mempertahankan Pearl Harbour.
[  ] Anda fikir Pearl Harbour ialah sebuah anime baru yang sedang mula disiarkan di Jepun.
[  ] Anda merasakan yang negara Jepun ialah negara yang paling hebat di dunia.
[  ] Anda merasakan kenyataan di atas adalah betul, hanya kerana mereka adalah pembuat bahan media yang paling bagus (pada pendapat anda).
[X] Anda dengar J-music,
[  ] sahaja.
[X] Anda tahu yang sebutan sebetulnya berbunyi "Gakuto" dan bukan "Gackt".
[  ] Anda boleh menamakan semua Vocaloids.
[  ] Anda suka kepada Hetalia,
[  ] dan anda menganggap 'Japan' adalah karektor yang paling bagus dalam Hetalia.
[  ] Anda memakai pakaian/aksesori yang berkaitan dengan anime di tempat awam.
[  ] Anda hanya menggunakan produk buatan Jepun (permainan video/rancangan tv/makanan Jepun).
[X] Anda menggunakan Japanese honorifics (ie: -san, -kun, -chan),
[X] untuk membahasakan diri anda.
[  ] Bilik anda penuh dengan barang-barang/produk dari anime.
[  ] Anda menukar nama anda supaya berbunyi seperti nama Jepun,
[  ] secara SAH (berdaftar).
[  ] Anda ingin menamakan anak anda dengan nama orang Jepun.
[  ] Anda ingin menamakan anak anda dengan nama mana-mana karektor anime.
[  ] Anda pernah terfikir untuk menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan lebih 'oriental' (asian),
[  ] dan anda telah pun menjalaninya.
[  ] Anda pernah mengintai pelajar-pelajar Jepun yang datang ke sekolah anda melalui program pertukaran pelajar,
[  ] dan anda pernah ditangkap/ditahan kerana mengintai mereka.
[  ] Anda menggunakan 'meme' dalam perbualan harian.
[X] Anda memahami comedi budaya Jepun dalam kebanyakan anime/cerita Jepun.
[X] Anda menggunakan tildes (simbol ~) semasa menaip.
[X] Anda menggunakan emotikon Jepun ( ^^ )
[  ] Anda cuba untuk membuatkan apa-apa perkataan yang bukan dari bahasa Jepun, berbunyi ala Jepun semasa menaip (ie: Engrish - english, kekki - cake, stekki - steak... )
[  ] Anda mengaku yang anda berbangsa Jepun di dA/Facebook/Twitter dll...
[  ] padahal anda bukan berbangsa Jepun pun,
[  ] malah anda bukan orang Asia pun.
[  ] Sekiranya anda orang Asia, anda suka melibatkan diri dengan perkara2 yang berkaitan dengan Jepun, dan menganggap ianya akan membantu mendekatkan diri anda dengan keturunan moyang anda...
[  ] tapi anda bukan dari keturunan bangsa Jepun pun...
[  ] Rakan2 anda menggelarkan anda 'weeaboo',
[  ] tetapi anda lebih senang dengan gelaran 'otaku'.
[  ] Anda menginginkan pasangan anda seorang berketurunan Jepun,
[  ] bangsa lain? boleh belah...
[X] Anda menonton Naruto.
[  ] Anda memakai 'headband' ninja,
[  ] setiap hari.
[  ] Anda rasa bengang dengan saya kerana saya SEPATUTNYA menggunakan terma 'forehead protector', dan bukan 'headband'.
[  ] Anda pernah melakonkan semula mana-mana babak (scene) dalam anime Naruto.
[  ] FFVII adalah game yang paling hebat sekali.
[  ] Sephiroth adalah milik anda.
[  ] Kingdom Hearts sangat hebat.
[  ] Axel dan Roxas adalah KAWAII DESU NE~~~!!
[  ] Anda ingin memiliki sebuah Death Note.
[X] Anda merasakan dubbing suara (alih suara) dalam mana2 anime adalah sangat2 menjengkelkan.
[  ] Ianya patut disebut sebagai 'seiiiyu', dan bukan 'voice actor' (pelakon suara).
[  ] Anda sentiasa menggunakan bahasa Jepun (nihongo) dengan penuh sopan santun.
[  ] Anda menambah perkataan "desu" pada hujung setiap ayat anda.
[  ] Anda hanya melukis perkara yang berkaitan anime.
[X] Semua/kebanyakan rakan2 anda adalah penggemar anime.
[  ] Anda bercita-cita untuk menjadi seorang 'mangaka',
[  ] di Jepun.
[  ] Kebanyakan manga/anime kegemaran anda adalah 'hentai'.
[X] Anda tahu yang 'hentai' tidak membawa maksud 'bahan lucah'.
[  ] Anda menulis 'fanfic' untuk kerja tugasan anda (assignment) yang melibatkan penulisan cerita/esei. 
[  ] Anda tidak berminat langsung dengan budaya tradisi Jepun, yang anda tahu cuma anime, permainan video, idola, musik, hentai and budak2 sekolah perempuan Jepun.
[  ] Semua orang mengatakan yang anda tiada kehidupan (no life),
[  ] dan anda sendiri mengakuinya.

SKOR:
0-10: Anda mungkin tidak suka Jepun, jauh sekali anda seorang weeaboo/otaku.
10-20: Anda agak suka dengan Jepun, tetapi masih bukan seorang weeaboo/otaku.
20-30: Anda mungkin masih tidak suka pada weeaboos/otaku. Berita baik buat anda - anda bukan seorang weeaboo/otaku.
30-40: Anda masih waras dalam kegilaan anda terhadap Jepun.
40-50: Kemungkinan besar anda seorang Japanophile (gila suka Jepun), tetapi anda masih tidak sejengkel seorang weeaboo/otaku kronik.
50-60: Anda sudah menghampiri status weeaboo/otaku, cubalah untuk bersederhana.
60-70: Weeaboo/otaku.
70-80: Hentikan kegilaan anda!!!!!!
80-90: SUDAH!!! TOLONG HENTIKANNYA SEKARANG!!!!!!
91: Masa untuk anda ke wad gila...

************************************************************

Owh, aku dapat 21 markah, maka dengan ini aku berada dalam lingkungan "mungkin masih tidak suka pada weeaboo/otaku. Berita baik buat anda - anda bukan seorang weeaboo/otaku". Fuhh, syukur... hehehe, anda pula bagaimana? Kalau berminat, buatlah entry blog untuk menjawab kuiz ini, dan jemputlah aku untuk view entry korang kemudian kat ruang komen di bawah ni, InsyaAllah aku pergi jenguk dan follow korang sekali ^^

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ (=^w^=) 

 
P/s: Owh ya... next entry aku akan buat satu Giveaway special (1st time nak buat nih!!), so better watch out for my next entry! O-tanoshimi ne minna-san!! X3


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

~UPDATE!!! on 1st October 2014!!!~

Setelah aku pulang dari jalan-jalan di negara Jepun (Tokyo - March 2014, 5 days), markah keOTAKUan aku telah bertambah sebanyak 2 mata, menjadikan markah terkini aku sebanyak 23 markah. Oh, masih lagi berada dalam kategori "mungkin masih tidak suka pada weeaboo/otaku. Berita baik buat anda - anda bukan seorang weeaboo/otaku". Hahahaaa~ Yokatta neee~ X3