Click Me Plzzzz

Wednesday, December 25, 2013

Jom try buat ni - Eggy Asparagus

Salam ceria buat para readersku yang comei dan riang bagaikan riang-riang belaka? Ada yang sedang bercuti dan bergembira sambil menyanyikan lagu Jingle Bells? (*^▽^*)ノ”

Baiklah, entry pasal makanan datang lagiii... dengan menu kali ini: Eggy Asparagus, yang mana idea asalnya datang dari Nigella, dari siri rancangan masakannya yang berjudul: Nigella Bites 

My version of Eggy Asparagus (nama tu bikin sendiri jer) ^^

Kalau korang suka makan telur ayam lembik atau masak suku, aku rasa korang mesti suka dengan dish ini, tapi kalau korang tak suka makan sayur rebus atau asparagus, well, too bad... you're missing on something so good~ (。・ω・。)~

~Bahan-bahan~

telur ayam - 1 biji
asparagus hijau - 5 batang
minyak zaitun - 1 sudu teh
garam - 1 sudu teh
serbuk lada putih - secubit
air - 4 cawan (untuk merebus) + 4 cawan (untuk sejukkan)
ketulan ais - secukupnya

*Cara-cara:

1. Rebus asparagus: Masukkan air ke dalam periuk kecil dan panaskan air sehingga mendidih. Tuangkan satu sudu teh minyak zaitun ke dalam air yang sedang mendidih tu bersama satu sudu teh garam, dan kacaukan. Masukkan asparagus dan rebus selama lebih kurang 2 hingga 3 minit. 
2. Sediakan semangkuk air ais (slurry ice), keluarkan asparagus dari air yang mendidih tadi dan rendamkannya pula ke dalam air ais yang telah disediakan tadi. *Proses ini dipanggil blanching, yang mana aktiviti rapid-cooling ini akan membuatkan sayur rebus menjadi lebih rangup, sedap dan nampak ceria dengan warna asalnya.
3. Rebus telur ayam: Masukkan air ke dalam periuk kecil dan panaskan air sehingga mendidih. Masukkan sebiji telur ayam dan biarkan ia merebus selama 3 minit. Angkat dan masukkan telur ayam rebus itu ke dalam air ais untuk sejukkannya. Potong bahagian atas (1/3 dari atas) dengan pisau yang tajam secara berhati-hati. Dirikan telur ayam tersebut dengan bantuan apa-apa peralatan atau perkakas, dan taburkan secubit lada putih ke atas telur ayam.
4. Hidangkan seperti di dalam gambarajah di bawah. Eggy Asparagus untuk satu orang makan, siapppp~ ( ノ^ω^)ノ゚



Kalau suka cheese, boleh letakkan sedikit cheddar atau cream cheese~
Selamat mencuba okies? Oishii yo~ (Sedap tahu~)


( ´ ▽ ` )ノ


Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

40 comments:

  1. Dengan kankung dap gak ni :)

    (。・ω・。)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kangkung sedap masak kicap jer... pada aku ler ^^

      Delete
    2. Hoh ko pun antu kicap hoho

      Delete
    3. oh takde la tahap antu kicap... cuma kangkung mmg paling sedap digoreng dengan kicap manis pekat, bersama udang kering tumbuk yang ditumis terlebih dahulu dengan hirisan bawang putih dan halia ^^

      Delete
  2. kalau guna telor tembelang bolih?

    ReplyDelete
  3. tak kenyang.. tak kenyang.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "fine dining" ok, "fine dining"... ;p

      Delete
  4. Nigella Bites ni rancangan favourite aku dalam AFC selain dari rancangan A La Chef With Farah Quinn. Tapi wife aku tak suka aku tengok dua rancangan ni. Takut aku suka tengok sebab benda lain. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa ya aku paham... sorang lagi si Laura Calder, French lady chef yang "seksa" itu... LoL ;p

      Delete
    2. Ok, noted. Tambah lagi satu dalam list rancangan masakan kegemaran aku. Haha. Baru hari ni aku tau.

      Delete
    3. kakaka aiyoo tension ler wife hg cmni... arrrr aku tak terlibat! X3

      Delete
  5. Plain, buat utk aku n hantar ke rumah...
    tak best laa makan masakan sendiri...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kalo ada teknologi pintu suka hati atau boleh transfer instantly via the internet, boleh saja aku hantarkan kepada ko dan kawan2 aku yg lain, really ;3

      Delete
  6. plain, buat lebih. aku nak gak. malas betei nak rebus telor ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa weiii rebus telur ngan sayur aje pown~ X3

      Delete
  7. saya tak makan vegi tapi telur yang cair macam tu memang tempting..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. whaaat? tak makan veggie??? huu rugi ler tak makan veggie, sedap dan berkhasiat... rugi rugi X(

      Delete
  8. saliva activated :)

    #kartunster

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau beli asparagus nnt jangan lupa try masak mcm nih ;3

      Delete
  9. Eggy Asparagus x pernah mkan lg..
    boleh try..mesti sedap!!
    rasa mcm mat salleh plak bsarapan benda mcm ni he..he.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap dan berkhasiat, try la try laa~ ;3

      Delete
  10. kelihatan sedap dan senang disediakan. :-)

    ReplyDelete
  11. Ai plain..i miss u..hehe..asparagus ni mmg feveret ni..klu sebatang 2 btg x cukup..mau secekak bru kenyang..hoho..rasa mcm mkn nini cekelat celup plak ni..ngeh2... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai yana~ intenet tengah problem ni huhuu... dia jadi mcm biskut chipsmore... oh btw selamat tahun baru 2014! ;3

      Delete
  12. nigella bites....minat gak ngan dye....huhuhuh!!!n'way happy new year sis!!!!huhuhuhuh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year dik!!! semoga ini tahun kita dapat menjadi lebih baik dari tahun lepas!! XD

      Delete
  13. hang ni..suka melukis, suka memasak..lagi, apa yang hang suka? huu.. Btw, kadang2 tu post hang boleh mengundang kekeroncongan di perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh?... suka main guitar + nyanyi, piano, compose lagu kekadang, photography, tengok anime, baca manga... ya aku forever alone yg banyak hobi... lollll~ XD

      Delete
  14. O..haha..ok ok..singhh mlm lagi..masih menunggu entry terbaru dr plain ni..ngeh2..slmt thn baru tuk plain jgk ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok insyaAllah, kalau internet lebih stabil huhuu...

      Delete
  15. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapppy newww yearrr plain XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hepi hepi nyiu yierr dilla-chan~ X3

      Delete
  16. tak suka makan telur macam tu. tak boleh masuk tekak. hehe. tapi boleh la buat untuk encik tunang sebab dia suka

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...