Salam ceria Jumaat buat readers ku yang comei-comei sekalian, semua sihat ka? Harap semua sedang sihat-sihat lah ya ^^
Ok kali ni entry berkenaan pendapat peribadi aku (label P.O.V - Point of View), berkenaan frasa kata atau 'phrase' yang tidak sesuai untuk kita guna (atau lebih tepat, untuk orang Islam gunapakai secara formal dan diterima umum), walaupun ianya berbunyi sangat 'catchy' dan menarik perhatian.
Aku selalu dengar frasa ni digunapakai dalam buletin berita tempatan di saluran-saluran tv kita - 'cheated death'. Contoh ayat - "A lorry driver cheated death and escaped with minor injuries, after his lorry swerved off the road and fell into a ravine, early yesterday morning."
Pic. source: newsstrategies |
Aku selalu dengar frasa ni digunapakai dalam buletin berita tempatan di saluran-saluran tv kita - 'cheated death'. Contoh ayat - "A lorry driver cheated death and escaped with minor injuries, after his lorry swerved off the road and fell into a ravine, early yesterday morning."
Agak tidak sesuai aku tengok apabila lebih-lebih lagi yang membacanya adalah seorang muslim. Ya memanglah kerja dia hanyalah sebagai seorang pembaca berita yang hanyalah membaca skrip yang disediakan. Yang menulis skrip dan editor tu, patut kena lebih perihatin dalam memilih frasa dan ayat yang sesuai dalam menyampaikan berita. Tidak semua benda dari barat itu patut kita ikut dan terima bulat-bulat sebagai bahan yang boleh diterima umum, tanpa membuat sebarang kajian terlebih dahulu. You can cheat on a person, or cheat in some test, but you can never cheat death, and by this I don't mean that cheating is something you should do (because I just used the word 'can' there, it just means that it is something humanly possible).
Ajal seseorang itu merupakan sesuatu yang sudah ditetapkan Allah s.w.t, dan akan tiba tidak lewat atau awal walau sesaat. Tiada manusia yang boleh mengubah atau lari dari ajal bila tiba waktunya. A muslim must believe in this matter wholeheartedly. Why so serious you ask? Because this involves akidah, and as a muslim (not a very good one, but I'm trying to be better), I should care about these things, things which some people may think as petty issues.
Pic. source: storybistro |
Lagi satu, penggunaan perkataan celaka - 'kecelakaan jalan raya', dalam penyampaian berita. Aku rasa dah elok dan sesuai dah penggunaan perkataan malang - 'kemalangan jalan raya' sebelum ini, kenapa perlu guna alternatif lain yang bunyinya lebih kasar? Celaka tu kan bunyinya macam marahkan sesuatu atau seseorang, bila disebut 'kecelakaan jalan raya', itu sebenarnya nak marahkan siapa? Takdir? Hahah... chill, this is only my P.O.V, you don't have to agree with me, feel free to disagree ^^
Sekian dulu entry kali ini, selamat menikmati hari hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah lagi menyihatkan bagi rohani dan jasmani ^^
Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)