Salam ceria petang Jumaat buat readersku yang comei dan sempoi skalian, semua sihat? ^^
Wokeh, entry kali ni pasal makanan lagi, dan makanan kali ni bukan sejenis kueh tapi sejenis lauk special ala Thai untuk dimakan bersama nasi putih waktu tengahari atau malam pulak. Pernah dengar nama NamPrikPao?
Aku tak gemar sangat makanan ala Thai tapi kalau NamPrikPao daging, memang aku boleh terliur, aku mengakui ke'genius'annya... bagi aku it's a genius culinary invention. Aku mula kenal dan sangkut dengan dish ni masa aku study kat UMT dulu. Masa tu aku suka makan malam kat kedai makan yang berhampiran dengan rumah sewa aku and da geng, area perumahan Taman Maidam. Selalu sangatlah aku order nasik putih, NamPrikPao daging kurang pedas, dan nescafe ais. Penah jugak aku try order NamPrikPao ayam... review? owh... tak sesuai bagi aku. Hanya daging lembu yang mampu 'pikul' rasa pati NamPrikPao likat yang separa pedas dan unik itu. Kalau letak kat ikan, lagi tak sesuai. Nak letak kat processed meat (sausage/fishball/fishcake/burger)? Don't even THINK about it... itu adalah satu penghinaan/troll buat pati NamPrikPao yang agak laborious untuk disediakan, dan semestinya ianya akan rasa FAKE *serious face*
Sekarang ni tak tau lah wujud lagi ka tak restaurant tu. Nama restaurant tu pun aku dah tak ingat... pssst Zai, ko ingat lagi tak nama kedai makan port kita selalu lepak dulu? Aku try ingat signboard kedai tu tapi image blurry saja yang muncul dalam memory... ohhh i hate this feeling, it's agonizing (">3<)....
Okeh okeh, sekarang masanya untuk kongsi recipe NamPrikPao daging (versi google dan modifikasi sendiri lah, tapi rasanya hampir serupa dengan versi kedai makan yang aku mention tu) XD
~Bahan-bahan~
daging lembu (bahagian batang pinang) 500g
cili kering 3 sudu besar
bawang putih 3 sudu besar
bawang merah 3 sudu besar
halia 2 sudu besar
minyak kelapa sawit 4 sudu besar (untuk menumis)
sos ikan 2 sudu besar
belacan 1 sudu besar
gula 2 sudu besar
Cara-cara:
* Penyediaan pati NamPrikPao
1. Potong dadu bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis atas api sederhana kecil bersama 3 sudu minyak kelapa sawit. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis cili kering (yang telah dipotong dan direndam di dalam air) sehingga minyak berubah warna menjadi kemerahan. Angkat dan ketepikan.
3. Bakar belacan sekali lalu atas api sederhana besar, dan tumbuk dengan menggunakan lesung batu. Campurkan sekali bahan-bahan yang telah ditumis tadi dan tumbuk gaul sehingga sebati, membentuk satu pati yang pekat.
4. Atas api sederhana kecil, panaskan pati tadi di dalam pan sos sambil gaulkan dengan sos ikan dan gula. Angkat dan ketepikan.
* Penyediaan daging untuk digoreng bersama pati NamPrikPao
1. Rebus daging (yang belum dipotong) sehingga separuh masak atas api sederhana besar.
2. Hiris daging kepada kepingan-kepingan setebal ~0.5cm, dan tumbuk setiap keping daging tersebut dengan meat hammer sekali lalu, untuk melembutkannya.
3. Panaskan pan dengan api sederhana besar, masukkan 1 sudu besar minyak dan goreng semua kepingan daging selama ~10 saat, sebelum dicampurkan dengan pati NamPrikPao yang telah disediakan tadi. Goreng sehingga daging disalut dengan sekata. NamPrikPao daging anda sudah siap.
* Fakta genius/convenient: Pati NamPrikPao ini boleh disimpan di dalam balang kedap udara dan akan tahan selama berbulan-bulan lamanya, ianya tidak akan basi atau berkulat (pastikan bekas tersebut betul-betul kedap udara).
Sekian readersku sekalian, selamat mencuba~
Mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)