Click Me Plzzzz

Sunday, June 23, 2013

Jom try buat ni - Sup ayam sihat

Salam ceria readersku yang beraneka macam sekalian~ ^^ 

Anda suka makan ayam? Baiklah, entry kali ni nak ajak anda semua buat sup ayam yang sedap lagi menyihatkan, tanpa menggunakan minyak masak langsung. Ini adalah cara menyediakan masakan berasaskan ayam yang very awesome, healthy and tasty. 

my chicken soup - mom's recipe

Sup ayam tradisi ini adalah recipe ori mak aku, yang mana bagi aku ianya 100x lebih sedap dan awesome jika dibandingkan dengan mana-mana sup ayam yang dijual di mana-mana restaurant. Rata-rata sup ayam yang aku jumpa kat kedai makan semuanya failed bagi aku, failed dari segi kesihatan dan rasa. Minyak mesti bergenang di permukaan sup yang agak clear warnanya (mesti sebab dia tumis bawang sebelum masukkan air, tolonglah jangan buat benda ni), dan sup rasa masin tahap (ada yang tahap macam lori garam terbalik), malah ada yang mempunyai sedikit rasa masam (mungkin sebab daun sup yang tidak segar telah digunakan), sungguh menyedihkan lagi menghampakan jiwa dan raga. Kanashii sugiru, naiteruso desu (very torturing, I feel like crying) (*TAT*)~

~Bahan-bahan~

ayam - seekor, potong 8 
(potong 10 sekiranya besar)
kentang - 5 biji, potong 4 setiap 1 
(vertical + horizontal)
bawang besar - 2 biji
bawang putih - 3 ulas 
bunjut sup Adabi - 1 unit
bunga lawang - 2 kuntum
bunga cengkih - 3 kuntum
kulit kayu manis - ~ 5 cm
air - ~ 2.8 liter (cukup banyak untuk menutupi 
permukaan ayam dalam kuali yang besar)
serbuk Maggi secukup rasa - secukup rasa
garam - secukup rasa
kicap cair - ~ 6 sudu besar

Cara-cara:

1. Bersihkan setiap ketul ayam dari lapisan-lapisan lemak yang melekat pada daging ayam. 
2. Masukkan ayam ke dalam sebuah kuali yang besar, kemudian masukkan air ke dalam kuali sehingga menutupi keseluruh permukaan ayam sepenuhnya. 
3. Letakkan kuali berisi ayam dan air tadi di atas dapur dengan api sederhana besar. Masukkan sup bunjut Adabi, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau buat beberapa saat. 
4. Sementara itu, potong sebiji bawang besar dan 3 ulas bawang putih untuk dikisar dengan mesin pengisar. Seterusnya masukkan bawang yang telah dikisar bersama sedikit air tadi ke dalam kuali yang sedang mereneh ayam tadi. Masukkan kicap cair, serbuk Maggi secukup rasa dan sedikit garam. Kacau buat beberapa saat.
5. Sementara menuggu ayam mereneh selama 40 minit, potong kentang dan 1 bawang besar untuk dimasukkan ke dalam sup kemudian.
6. Setelah 40 minit, masukkan potongan-potongan kentang ke dalam sup dan kacau selama beberapa saat. Sup yang sedang mereneh harus dipantau dan dikacau dari semasa ke semasa. 
7. Setelah 10 minit selepas memasukkan kentang, masukkan hirisan bawang besar ke dalam sup dan kacau selama beberapa saat. Kacau dengan perlahan-lahan menggunakan senduk yang tidak mempunya permukaan tepi yang tajam, agar tidak merosakkan textur kentang dan ayam. 
8. Setelah 10 minit berlalu selepas memasukkan hirisan bawang besar tadi, sup ayam anda sudah siap dimasak, dan sudah boleh dihidang untuk dimakan bersama nasi panas atau oatmeal. 

Total masa yang telah digunakan untuk memasak sup ayam sihat ini adalah 1 jam, yang mana daging ayam telah direnehkan selama 1 jam, kentang selama 20 minit (setelah 40 minit ayam direnehkan), dan hirisan bawang besar selama 10 minit terakhir, atas api sederhana besar (jika kuali anda mempunyai permukaan yang tebal atau heat conductivity yang kurang, sila gunakan api yang besar). Nisbah masa ini adalah formula sup ayam sihat yang perlu diikut dengan berdisiplin, barulah dapat textur daging ayam yang tidak liat semacam, serta kentang yang masak empuk seeloknya ^^

Sekian dulu entry buat kali ini, o-ryori de ganbatte ne (selamat berusaha memasak)~ ^^

To all Muslims, selamat berpuasa sunat pada esok hari sempena Nisfu Sya'ban. Boleh la cuba buat sup ayam ni untuk dijadikan juadah berbuka nanti ^^

Jya mata ne koneko tachi chan~ (=^w^=)

Friday, June 21, 2013

Kiddy Y U no shame?



Tehee~

Mata ne, koneko-tachi chan~ (=^w^=)

Saturday, June 15, 2013

Omurice, douzo~ ^^

Salam ceria weekend buat readersku yang comel-comel sekalian~ ^^ 

Minna genki desu ka? Yoku meshi kutta ka? (Are all of you in good condition? Have you been eating well?) ^^ 

Entry kali ni pasal makan-makan pulak lah, dan menu kita kali ini ialah Omurice (Japanese omelet rice) ^^

my omurice - versi tak berapa mencabar (tapi tak senang)
my soft omurice - versi mencabar, yang belum terer

Omurice, atau Omuraisu ni ada 2 versi sebenarnya. Satu tu versi tak brapa mencabar nak buat (typical omurice), dan satu lagi versi mencabar jiwa dan raga untuk membuatnya dengan baik (soft omurice). Versi yang tak berapa susah nak buat ni sedap, tapi tidaklah sesedap dan marvelous macam versi yang mencabar tu. 

~Versi tak berapa mencabar~


~Versi mencabar jiwa dan raga~


Nak buat omurice, kena tau buat nasi goreng (yang simple sudah), dan telur dadar yang special. Basically the ingredients are the same for both but the technique for each version is totally different. Tengok video kat atas tu, chef restaurant yang dah bertaon-taon pengalaman saja yang boleh mencapai skill tahap hokage soft omurice yang sebegitu rupa. Sugoi ne, atashi chotto urayamashi yo (hebat bukan, aku rasa sedikit jeles oh)~ (">3<)
~Bahan-bahan~

*bahagian nasi goreng*

nasi putih - 1 mangkuk kecil
hirisan isi ayam - 3 sudu besar
sos tomato - 2 sudu besar
minyak sayur (untuk menumis) - 2 sudu besar
bawang merah (didadu kecil) - 1 sudu kecil
garam - secukup rasa
lada putih - secukup rasa
kicap cair - 1 sudu kecil 
minyak bijan - 1/2 sudu kecil
sayur campuran frozen (kacang peas, jagung dan lobak merah) - 1 sudu besar

*bahagian telur dadar*

telur ayam saiz gred A - 2 biji (3 biji jika gred C)
susu cair - 1 sudu besar 
mayonnaise - 1 sudu kecil
garam - secubit
butter - 1 kiub kecil (untuk menggoreng)

*hiasan terakhir penambah perisa*

Sos cili, sos Worcestershire, dan serbuk lada putih

omurice
omurice
 
soft omurice

Macam mana nak buat? Sila rujuk pada video yang ada kat atas bagi kedua-dua versi omurice ^^... Selamat mencuba~

Oh ya, hati-hati, menu ni berkalori tinggi. Makan sekali sekala tak apa, tak boleh makan selalu okies? ^^

Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)

Tuesday, June 11, 2013

keyword dia TURBO, hilmi

Salam ceria petang Selasa buat para pembaca yang beraneka ragam sekalian~ ^^

Kalau ada sapa-sapa antara korang yang tengah tensen, sedih, bad mood atau pms tu, entry mengarut ni sesuai lah kot untuk korang... itu pun kalo sense of humor korang boleh terima la kan ^^

So, mana yang boleh tahan diri dia dari tergelak mengkekek, mengkohkoh, terbahak-bahak atau apa saja bentuk ketawa semasa menonton video kat bawah ni, atau dia rasa langsung tak kelakar, maka dia tu memang langsung tak paham bahasa Melayu atau Inggeris sepatah pon... atau mungkin juga dia orang Khmer :p

video

Watch this on youtube 


))))) LoL (((((


Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)

p/s: They're actually speaking in Khmer (Cambodian) language, no offense now fellow Khmers ^^

Friday, June 7, 2013

TaTaTaTaTasik Melatitititi~ ^^

Salam ceria Jumaat buat readersku yang macam-macam sekalian~

Semalam hari cuti Israk Mikraj, so aku ngan member saja plan keluar drive gi ronda-ronda sekitar Perlis ala-ala makan angin, cari port santai yang dah lama kitorang tak visit, boleh gak cari port lawa untuk snap pictures :3

So yesterday we set out at 9'ish in the mornin, and port pertama kitorang gi adalah Terinai, Timah Tasoh. Daaamn... sadly we found out dat place is no longer 'happenin' like it used to be... a few years back Terinai used to be nice and clean, well kept, with restaurants and all... now, agak bahaya dengan papan-papan veranda yang mengadap tasik tu kebanyakannya reput dan patah, kalau salah pijak memang boley zrooosh jatuh mengguling masuk belukar... bangunan tu dah jadi macam terbiar dan bahaya kalau anda sorang-sorang kat situ... owh why Terinai, naze? doshite? (kenapa? pasai apa?)... but still, the view of the lake is still nice ^^ 

Timah Tasoh
Timah Tasoh

After that we head to restaurant Tok Mek, not far from Terinai, minum-minum jap lepas tu aku cadang, "Hoh! Misi tak menjadi untuk snap pics lawa banyak-banyak... jom pi Tasik Melati pulak, lama dah aku tak pi sana... last time aku pi masa aku darjah brapa ntah, 4 kot, picnic dengan family n cousins, apa jadi skang ngan tempat tu eh? Nak tau gak aku", dan member balas, "Hang tau ka jalan mana nak amik untuk gi sana? Aku tak penah pi situ lagi weh", dan aku balas, "Pakai tengok singboard ja la nak kona kat mana, tak sesat punya la dalam Perlih ni hahah". Member pun cakap, "Okeh, eh tapi jom pi tengok Pusat Agriculture & Tourism dulu, paihtu kita pi tengok tasik", dan aku pun on jer dengan plan tersebut. Aku pun nak tau apa ada dengan tempat tu. Lepas minum kitorang pon gerak ke Pusat Agriculture Perlis. Sampai situ, "Aik? Apsal macam tak beroperasi ja gaya ni? Hari ni tutop ka?", kitorang pun pi tanya pakgad kat situ, "Salam, arini tak bukak ka?", dan pakgad jawab, "W'slm, hari ni cuti, hari bekerja kami bukak".

Orrzzz... apakah? Patutnya hari cuti ler hampa bukak, hari cuti baru orang ramai ada chance nak jalan-jalan... tapi, smalam tu kira excuse la, Israk Mikraj kira cuti umum untuk semua organisasi... kot?

Aah... rasa sedikit kuciwa. Harap Tasik Melati tidak mengecewakan, so bergeraklah kitorang mencari Tasik Melati. A few minutes after that ada nampak singboard kaler brown suruh belok kiri untuk ke Tasik Melati, aku pun belek-belek ngan member, "Uih mana dia jalan belok kiri tu? Apsal kecik semacam ja jalan tu?" Sekali terlajak... "Uihh betoi la jalan tadi tu aiyoo terlepas da", so aku pun buat u-turn kat satu bengkel keta tak jauh dari situ, dan patah balik untuk ke jalan kecik yang tadi... hoh bleh conpius jugak rupanya nak ke situ... tak lama lepas tu, tibalah kami kat pintu gerbang 'Tasik Melati'. Picture tymeeee~ ^^













Heh pueh ati jugak la bleh snap pictures of nice view, teratai ada, pondok-pondok kat tengah-tengah tasik ada, gerai makan rojak ada, surau dan taman permainan pun ada. Baguih la idop lagi Tasik Melati sebagai tempat rekreasi kat negeri Perlis ni, kira ada perkembangan jugak la banding dengan zaman aku skolah rendah dulu. Ada jugak nampak a few families mai berkelah pada hari cuti Israk Mikraj nih, boleh tahan jugak Tasik Melati ^^

Dah habis jalan-jalan kat situ, cuaca nampak macam nak hujan pulak, so kitorang pun ciao sambil melambai-lambaikan tangan sayonara kat pintu gerbang Tasik Melati. Sekian entry jalan-jalan dari tasik ke tasik buat kali ini ^^

Jya matane koneko-tachi chan~ (=^w^=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...