Click Me Plzzzz

Thursday, August 29, 2013

They've got "altitude" :D

Salam ceria 'hari merdeka' kepada para pembacaku yang comei-comei belaka, dah siap pasang bendera Malaysia kat rumah masing-masing? ^^ 

Oklah, entry kali ni (entry penutup bagi bulan Ogos) ialah berkenaan cerita PLANES, sebuah animovie yang awesome, dari Disney. Cerita ini bersifat international, tidak melibatkan manusia sebagai karektor cerita, memupuk semangat 'sporting' in sports ^^

So yesterday evening I went to Jitra Mall with my friend, jalan-jalan lewat petang, shopping sikit, makan-makan, dan... tengok wayang! Owh LoL... dah lama gilos jugak la aku tak layan wayang, sebab aku memang bukan spesis kaki wayang, tapi sebab member aku tu rindu nak chillax at the cinema sambil makan popcorn dan minum soft drinks, maka aku pun no hal jer nak join, asalkan ceritanya tak membosankan, tak melebihi 2 jam setengah, tak cliche', ada elemen smart comedy, dan sebaik-baiknya cerita animasi :D

Planes the movie, memang best dan menepati ciri-ciri sebuah cerita wayang yang best bagi aku (seperti yang tercatat kat atas), overall rating aku bagi 7.8/10 lah, plot simple tapi membakar semangat, inspiring, graphic cun, animation cun, boleh gelak-gelak, ada rasa suspense, ada rasa kesian kat character utama si Dusty the crop duster, dan total masa cerita adalah selama sejam lebih saja, timing yang cun ^^ 

Nak tau lebih lanjut, tengoklah trailer cerita ni sendiri kat bawah ^^


Ayat best dalam cerita ni, bila Dusty kata... "Maybe, just maybe, we can do more than what we're built for"...Spoiler alert: Dusty the crop duster from America, a farm aircraft  who only flies at low altitudes and low speed dusting crops all his life, went way over his limits to pursue his dream in becoming the world's best plane racer. In the end, after facing all odds, hardship and betrayal, changed damaged parts here and there, got out of the race and back into the race with the support of his old and newly acquired friends... he succeeded, a typical happy ending ^^ 

Will I watch this movie again? Sure, why not... the comedic element in this movie is refreshing ^^ 
  
Selamat hari merdeka, jya mata ne, koneko-tachi chan~ (=^w^=) 

Monday, August 19, 2013

Jom try buat ni: Pepperoni Cheese Pizza

Salam ceria syawal buat readersku yang ceria dan sukahati sekalian, masih dalam mood raya dan mercun pop pop ka? ^^ 

Oklah kali ni pasal makanan, kita beralih selera ke Italian food pulak kali ni. Setelah sekian lama aku tak buat pizza, tetiba aku jadi teringin nak cuba buat pizza semula selepas aku agak terliur melihat pizza yang dibikin oleh uncle incik Aujinz semasa bulan posa yang lepas, yakni seorang blogger jejaka idaman ramai gegadis dan wanita blogizen seMalaysia weehuuu~ :D

my pepperoni cheese pizza :D

Last time aku bikin fried apple pie ala2 mekdi versi recipe Aujinz, agak popular pulak jadinya entry apple pie tu hohoo, kali ni aku bikin pizza ikut style dough pizza Aujinz pulak, dough jer la aku ikut style dia, topping pizza ikut style aku lah, sebab aku suka pepperoni dan tak berapa suka capsicum (cili gajah) ^^... ada rasa macam domino's pizza tu baq haaang~ Tak caya? Silalah cuba membikinnya ^^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 ~Bahan-bahan~

*dough
tepung gandum - 3/4 cawan
air - 1/2 cawan
yis - 1 sudu teh
gula - 1 sudu teh
minyak zaitun - 2 sudu besar

 *topping
 puri tomato (dalam tin)
keju Cheddar 
keju Mozarella 
pepperoni
bawang besar
serbuk daun oregano kering
 gula 
minyak zaitun 

*Cara membuatnya.,

1. Campur dan kacau tepung gandum bersama gula dan minyak zaitun sehingga tepung kelihatan bergumpal-gumpal.
2. Larutkan yis dalam setengah cawan air, kacau perlahan-lahan. Masukkan larutan tersebut ke dalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit, uli sehingga adunan menjadi kental dan melekit. Biarkan dough 'rehat' di dalam mangkuk adunan yang bertutup (guna plastic wrap atau pinggan kaca) di atas meja, selama 30 - 40 minit. 
3. Setelah direhatkan, dough akan menjadi kembang. Taburkan segenggam tepung gandum di atas dough dan tumbuk-tumbuk dough tersebut untuk keluarkan angin. Uli sehingga tekstur dough menjadi mudah untuk dileperkan menggunakan rolling pin. Sapukan tepung gandum pada rolling pin dan board sebelum meleperkan dough supaya dough tidak melekat pada peralatan. *Boleh juga kalau nak leperkan dough guna tangan saja, leperkan terus ke dalam pizza pan yang dah disapu minyak zaitun.
4. Sapukan minyak zaitun pada pizza pan, masukkan dough yang telah dileperkan tadi ke dalam pizza pan. Oleskan dough dengan minyak zaitun. 
5. Ratakan puri tomato di atas permukaan dough dengan sekata. Taburkan keju cheddar, kemudian taburkan keju mozarella dengan sekata. Susun hirisan pepperoni dan bawang besar seperti di dalam rajah di atas. 
6. Tabur sedikit serbuk daun oregano kering dan gula di atas pizza, kemudian semburkan sedikit minyak zaitun ke atas permukaan pizza menggunakan alat penyembur air.
7. Panaskan oven (heating atas bawah) pada suhu 180 darjah Celcius selama 10 minit, kemudian masukkan pizza ke dalam oven untuk dibakar selama 20 - 30 minit.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dekimashita~ saa ittadakimasu, douzo meshi agare (siap, sila makan)~ ^^

Selamat mencuba~ Anda boleh get creative dan letak apa saja topping yang anda suka - tuna, sausage, ayam, daging lembu, udang, cendawan, cili gajah, asparagus, buah zaitun hitam, terung... apa-apa saja mengikut kegemaran anda, cambest kan? :D  

Jya matane koneko-tachi chan~ (=^w^=)  

Friday, August 9, 2013

Extreme Hari Raya yang...

Salam ceria petang raya ke-2 buat readersku yang baik lagi budiman sekalian (salam raya pertama buat mereka yang berada di kawasan-kawasan tertentu) ^^ ~ 

Tengok pada tajuk entry kali ni, apa yang extremenya hari raya kali ni? Well, ini merujuk kepada aktiviti beberapa orang budak sekolah/kolej dan beberapa orang dewasa yang bajet diri mereka itu budak-budak sekolah, kat kawasan depan rumah akulah... meh aku nak story...

Pic ni amik dari rumah aku je, tak perlu ke bonodori pun
Kat kawasan rumah aku yang dekat dengan sawah padi ni, ada beberapa buah rumah lain dan juga ada sebuah taman perumahan yang agak baru, terletak kat seberang jalan, bertentangan dengan rumah jiran aku. Setiap tahun apabila hari raya aidilfitri kian menghampiri, mercun dan bunga api fireworks gergasi tahap 'carnival tahun baru cina' tu akan menjadi mainan pilihan bebudak kat kawasan depan rumah aku ni, yang mana jenisnya adalah yang mengeluarkan bunyi yang maha kuat lagi menggegarkan satu kampung. Kalau nak diikutkan, bunga api fireworks tu sangat mahal, dan bukan senang nak dapat, melainkan orang itu ada kabel/kenalan tertentu. Mereka akan dengan kurang hasamnya main mercun dan bunga api gergasi ini sehingga pukul 2 - 3 pagi, tanpa mengambil kira perasaan dan kesihatan orang lain kat kawasan kediaman aku ni. Lebih bangang dan cilanat lagi, mercun gergasi ni akan sengaja ditujukan condong ke arah atas bumbung rumah aku dan jiran aku, dan juga rumah orang lain yang berdekatan. Port mereka bermain adalah kat taman yang ada kat seberang jalan depan rumah aku ni, dan juga atas jalan tar kat tengah-tengah sawah padi tidak jauh dari rumah aku.

Tahun ini, di sekitar kawasan rumah aku ni telah ada agak ramai golongan berumur yang ada masalah jantung yang serius, yang mana mereka telahpun menjalani angioplasty. Mereka memerlukan rehat yang cukup dan suasana yang aman damai lagi harmoni, untuk hidup dengan sebaik mungkin. Jangan salah tafsir, aku bukanlah nak kata bebudak kaki mercun extreme ni adalah penyebab kepada masalah jantung golongan berumur ni, jauh sekali. Apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah geng kaki mercun extreme ni tidak beradab langsung dan tidak prihatin akan masalah penduduk lain di sekitar kawasan tempat kediaman aku ni.

Pic amik dari balcony rumah aku je nih...
Raya tahun ni, geng kaki mercun extreme ni lebih cilanat dari tahun lepas. Pada malam raya (esok tu hari raya), aku keluar untuk memasang pelita kat halaman rumah. Sedang aku memasang sumbu pada kepala pelita dan mengisi minyak tanah ke dalam badan pelita, tiba-tiba sayup-sayup kedengaran suara geng kaki mercun yang bukan tahap budak sekolah tu bercakap, "Hahhh... huii yang tu tu...", dan seterusnya mereka menyalakan bunga api gergasi tersebut dan aku nampak bola apinya menuju ke langit, "zoshhh....." bunyinya, kemudian ia pun meletup di langit "TEBABOOO!!!!! prap prap prap!!!!". Cukup dekat dan besar sekali letupannya. Aku buat tak heran saja dan terus menguruskan pelita... tiba-tiba, beberapa saat setelah letupan besar tadi tu bergema, aku merasakan seperti ada beberapa objek sebesar kepingan syiling 50 sen (aku cuma assume berdasarkan bunyi objek-objek itu jatuh) bertaburan di atas tanah berumput di sekitar aku. Aku terkesima sebentar... apakahhh???!! Nanda aria?? Sensou ka yo majide??! (translation: Apa dia tu?? Perang ka weiii biar betul??!) Nasib baik tak kena kepala aku tadi woiii, kuang hajaq nak mampoih (aku menyumpah sendirian saja). Repot polis pun tak guna, sudah ada yang pernah repot, tetapi tidak diambil serius... buat sakit hati saja. Ada juga yang pernah pergi sound direct kat geng kaki mercun tu, dia berani marah balik dan tetap berdegil nak teruskan... lagi sakit hati siot, lantak kau la dol, lantak hang ("-_-)...

Yang ni memang SAKAN, aku takdak hal sangat tapi kesian kat jiran-jiran aku la, orang tua-tua, takbleh nak tidoq...

Tibanya hari raya pada esok harinya (iaitu hari semalam), aku dengar cerita yang jiran aku (sepasang warga tua yang ada masalah jantung) mengadu dan merungut yang malam semalamnya mereka tidak dapat tidur semalaman, dan mereka nampaknya sangat penat, letih dan bengang. Jiran aku yang warga tua ni punyalah bengang, dia siap prepare sekampit batu dan lastik... sekiranya berlaku lagi kejadian sama malam ini, dia nekad akan melastik geng kaki mercun extreme yang ada kat taman depan rumah tu. Dia mau ishtihar perang. Keluarga aku mula risau, takut nanti ada yang tak pasal-pasal masuk lockup, maka ayah aku pun slowtalk sama pakcik aku, yang mana pakcik aku tu ada connection dengan pegawai tinggi polis, jadi, hasil perbincangannya, ada baiknya jika pakcik aku tu pergi beraya kat rumah polis itu dan slowtalk sama pegawai tinggi polis berkenaan. Kakak aku pula berdoa agar malam nanti hujan akan turun dengan lebat, supaya geng kaki mercun extreme tu tak keluar bermain mercun. Apabila malam tiba, hujan tidak turun, tetapi geng kaki mercun tu tidak lagi keluar bermain mercun/bunga api gergasi mereka. Alhamdulillah, nampaknya slowtalk pakcik aku dengan pegawai tinggi polis itu membuahkan hasil. Semua selamat, perang pun dibatalkan ^^ 

Sekian dulu cerita raya kali ini... moral of the story, kalau nak buat apa-apa tu, fikir-fikirlah dulu apa kesannya terhadap orang sekeliling, selain diri sendiri. Kita hidup bermasyarakat, berbilang bagsa, tua dan muda, sihat dan sakit... bukan kita hidup dengan puak-puak yang hanya sekepala dengan kita sahaja ^^

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Jaga Tingkahlaku Jaga Diri

Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)

Sunday, August 4, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri (updated)~

Salam ceria RAYA buat semua readersku sekalian~

Entry ni khas buat korang yang boleh baca chord guitar and of course la boleh bermain guitar. Sambil-sambil anda semua sedang kalut membuat persiapan raya dan balik kampung masing-masing tu, meh layan chords lagu Selamat Hari Raya, standard tuning ^^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selamat hari raya (Saloma)  
*chords tabbed by plain83

      C                      G
Selamat aidil fitri
        G                                        C
Kepada saudara serta saudari
    C                        F
Setahun hanya sekali
             C                          G           C
Merayakan hari yang mulia ini

        C                         G
Di masa bulan Ramadan
     G                                      C
Kita berpuasa hingga sebulan
 C                          F
Pabila Syawal menjelma
            C                        G                       C
Hari raya disambut dengan gembira

(Korus 1) 

          Dm            G                  C                      
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
                Dm                 G                  C
Mengunjungi sanak kaum famili
                         Dm              G                       C           Am
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
       F                        G              C
Tua muda wajah berseri-seri

       C                    G

Selamat hari raya
         G                                      C
Pada saudari saudara semua
   C                            F
Marilah dengan gembira
              C                 G                      C
Merayakan aidilfitri yang mulia

      C                G

Di sana kelihatan
      G                                                C
Bermacam kuih ketupat dan rendang
    C                  F
Mintak bu kuih sepotong
          C                         G                  C
Saya mahu makan kerna perut kosong

                C                            G

Dam dam dum bunyi mercun
        G                                                 C
Kanak-kanak segera datang berduyun
        C                              F
Dam dam dum mercun berdentum
            C                  G              C
Semaraklah hari raya ini tahun

(Korus 2)
    
Dm       G                C
     Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
   Dm               G                      C
Diharap supaya jangan disimpan
              Dm       G                       C                        Am
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
           F                   G                          C
Semoga Tuhan akan memberkati

       C                   G

Selamat hari raya
        G                                     C
Hari untuk kita bersuka ria 
C                  F
Selamat mari ucapkan
             C                         G                      C
Untuk kita hingga sampai tahun depan

       C           F   Dm   G    C

Selamat      ha ri     ra ya!
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku kasi chord tab saja la, tak dak mood pulak nak buat recording mp3 unplugged untuk disertakan sekali kat sini... korang sendiri la gi amik guitar, try out chords yang aku tab sendiri ni sambil nyanyi nyanyi sikit, tengok boleh layan ka dak... hahah, tapi kalau aku rajin, aku upload la recording aku untuk tab ni nanti, tapi aku tak janji la eh ^^

Selamat Hari Raya (Saloma) - original version


Bagi aku versi asal Saloma ni best compared to versi baru Saloma yang mana ianya telah diubahsuai (part dam dam dum bunyi mercun tu kena cut out)... hahaha paranoid much? perhaps...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(((~Pantun Raya~)))
*time raya ni kena ada pantun skit, baru meriah*

Ikan keli berenang sama ikan patin
Tiba-tiba keli mengembung pastu terbalik
Raya je pakat senang ucap maaf zahir batin
Lepas tu selambe sambung buat onar balik


trolls - credits to pacik google

Tudia aih baguih dok ada punya perangai, time raya kalut bersalam+sms semua ucap maaf zahir batin la, maaf zahir saja la, 0-0 bagai, pastu bila dah abih mood raya pakat sambung pekena member balik no? Kumpul semua salah silap tu penuh bakoi dulu untuk mintak maap time raya taon depan pulak ka apa... waaa cantik strategy? Macam pepatah yang diubahsuai tu, "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, buat banyak kali takpa"...huhhh? Nanda aria?? (Kejadah tu??) Huh jangan jadi macam tu na kanak-kanak sekalian... buat jahat jangan sekali-kali, means jangan buat jahat langsung la, genius... jya mata ne koneko-tachi chan~ ^^

kad raya express tahap cipan...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...