Click Me Plzzzz

Thursday, March 13, 2014

Jom try buat nih - Churros

Salam Jumaat buat semua readers ^^

Okies, kali ni aku nak kongsi cara aku buat churros, iaitu makanan yang berasal dari Spain. Recipe ni aku modify dari apa yang aku jumpa kat internet, boleh dikatakan sedap dan marvelous...  (。◕‿◕。)


~ Bahan-bahan ~

tepung gandum - 1 cawan
margarine - 1/2 cawan
telur ayam - 3 biji (2 jika saiz besar)
serbuk kayu manis - 1/2 sudu teh
garam - 1/2 sudu teh
air - 1 cawan
minyak kelapa sawit - secukupnya untuk menggoreng
Delfi dark chocolate syrup - secukupnya untuk mencicah 

*Cara-cara membuatnya..,

1. Panaskan margarine bersama air dalam saucepan yang dalam, kacau sehingga margarine cair dan mendidih.
2. Perlahankan api, dan masukkan tepung gandum bersama garam, kacau sehingga membentuk satu bebola doh yang lembut (lebih kurang 1 minit). Setelah itu, alihkan saucepan dari api dan letak di atas meja dapur.
3. Masukkan telur ayam (sebiji pada satu-satu masa, jangan dimasukkan semua sekaligus), dan kacau sehingga doh menjadi sebati dengan telur ayam. Masukkan sekali serbuk kayu manis.
4. Masukkan doh ke dalam beg pastry yang lengkap dipasang dengan star tip yang bersaiz sederhana.
5. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali yang "sederhana dalam", kemudian paipkan doh tadi terus masuk ke dalam minyak masak yang panas itu, goreng sehingga setiap jalur doh menjadi kuning keemasan.
6. Keluarkan churros dari minyak tadi dan letakkan di atas beberapa helai tisu makan atau tuala kertas untuk mengeluarkan minyak yang berlebihan. Hidangkan churros bersama Delfi dark chocolate syrup, atau, ayakkan gula halus bersama serbuk kayu manis di atas churros yang masih panas. Siap... (。^‿^。)~


Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

#PrayForMH370

30 comments:

  1. woi, buh la gambo tatacara memasak banyak sikit..2 keping tak cukup..tergantung kejap mata aku..kehkeh

    #kartunster

    ReplyDelete
    Replies
    1. arr... aku ni kalo memasak, aku buat kerja dgn penuh konsentrasi serta ketangkasan, jarang skali aku nak stop sparuh2 dan snap2 pics, pastu basuh tangan dan sambung proses seterusnya... takpa nnt aku buh illustrasi naa~ ;3

      Delete
  2. Ya allah sedapnya..kena suruh orang rumah try buat ni..habis la badan jadi kembang semangkuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tehee... skali skala makan camni takpa la encik lim, yang penting BMI tu kena maintain ideal hehee~ ;3

      Delete
  3. plain..turun la kl...bawak sekali makanan ko masak wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee... akan turun kl dlm masa terdekat ni, tp tak lepak lama, sbb nk fly ke tempat lain... apa2 nnt aku whatsapp naa~ ;3

      Delete
  4. woahhhh ! mai mai kat sini nampak makanan !
    waduhhh lapaq T___T
    nak kena p dapoq sat buat. hehe

    ReplyDelete
  5. It's a shame you don't have a donate button!

    I'd certainly donate to this fantastic blog!
    I suppose for now i'll settle for book-marking and adding your RSS feed to my Google account.

    I look forward to fresh updates and will share this blog with my Facebook group.
    Chat soon!

    Also visit my site - how to lose 10 pounds in a
    week (http://howwhy.co.kr/)

    ReplyDelete
    Replies
    1. really? lol thanks...
      feel free to click on the ads here, that'll count as donation ^^

      Delete
    2. kekadang aku kasi chance gak kekeke ;p

      Delete
  6. apa rasa dia?... macam murukku kaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedikit rangup kat luar, lembut kat dalam... kalo letak serbuk kari mungkin la rasa dia mcm maruku, bleh try eksperimen ;3

      Delete
  7. Replies
    1. wah maruku maruku.. lai lai lai... lembut2 pun sodap. asal makanan. muahaha

      Delete
  8. Ni tersilap bancuh tepung, mau jadi kuih cucuq teruih. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dak aih, ada margarine la mana bleh jadi cucoq XD

      Delete
  9. Replies
    1. tak, churros la... churrossss X3

      Delete
  10. hmm..kalau mkn dgn nutela pon sedap ni..

    -pendatang baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. nutella..

      hmm..rase mcm x patut je..btlkn

      Delete
    2. oh hey itu idea yg awesome!
      bagus la newcomer nih ;3

      Delete
    3. hmm...ingatkn saye seorg je ingat ni mcm maruku...ade jugak org lain fikir mcm saye...kalau cam tu jom try maruku cecah nutella...hahaha...senang beli je kt kedai..hahaha...krik99

      -newcomer

      Delete
  11. ilmu baru ni. terima kasih berkongsi. nampak sedaaaaapp

    ReplyDelete
  12. Yerla ada macam maruku hihi..
    erk bentuk lain takleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oih boleh ajer... buat la bentuk silinder ke bantal jer bulat2 ker, sedap jugak, cuma bentuk spiral pakai star-tip ni is the popular shape of churros ^^

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...