Click Me Plzzzz

Thursday, July 3, 2014

Salam Ramadhan~ ;3

Salam ceria Ramadhan buat semua yang beragama Islam sekalian, semua sihat? Diharapkan semuanya sedang sihat dan gigih menjalankan ibadah puasa dengan penuh macho dan taqwa... oh maaflah baru sekarang baru ada kesempatan untuk aku mengucapkan salam Ramadhan buat kalian yang dihormati serta diingati semua, salam Ramadhan al-Mubarak,1435 H.

Okay, entry kali ni berkenaan makanan yang aku jadikan juadah untuk aku bersahur. Tahun ini aku dapat merasakan yang deria rasa aku sudah sedikit sebanyak telah berubah (atau dalam erti kata lain, "buang tebiat"). Kebiasaannya aku ni takut/phobia akan makanan pedas, dan semestinya akan menjauhkan lidah aku dari spesis cili, terutamanya cili padi. Kawan-kawan yang mengenali diri aku ini pasti tahu yang aku ni jenis tak makan pedas, dan banyak kali juga aku pernah diperli mereka...,

"Hahaha, apalah hang nie, orang utara saja tapi takut pedas!! Huahahaa~". 

Namun begitu, entah kenapa, pada suatu malam aku seperti tertarik melihat segenggam cili padi hijau yang terdapat di atas meja dapur. Tiba-tiba aku rasa seperti mahu mencabar diri, dan pada waktu itu aku terasa seperti mahu memakan semangkuk meggi ayam bercampur sebiji telur ayam lembik, untuk dijadikan juadah bersahur. Tetiba aku terfikir, "Hmm, apa rasanya kalau aku masukkan sebiji cili hijau kecil ni ke dalam meggi yang sedang menggelegak di atas dapur tu? Adakah aku mampu memakannya?". Maka, demi memuaskan curiosity aku ketika itu, aku pun memasukkan sebiji cili padi hijau ke dalam meggi aku yang sedang menggelegak itu, dan biarkan ia dimasak selama beberapa saat. Bila meggi ayam sudah siap dihidang dalam mangkuk, aku cuba rasa kuahnya sedikit. Oh... ada kelainan yang jelas, dan menarik. Aku terus makan seperti biasa. Aku tengok cili hijau itu, kelihatan seperti tidak merbahaya. Aku menggigitnya separuh, dan kunyah. Hmm, pedas... tapi tidak begitu menyinga, mungkin sebab ianya telah direbus bersama meggi? Agaknya sebab itulah, sebab ianya telah dimasak maka effect singanya jadi kurang jelas.

Untuk juadah sahur bagi hari yang berikutnya, aku buat nasi goreng lembap pula. Dan kali ni aku bercadang mahu memakannya bersama beberapa biji cili hijau mentah, mahu digigit dan dikunyah cili hijau bersama nasi goreng lembap aku tu (like a pro), dan tengok apa yang akan aku alami semasa dan selepas aku makan juadah yang sebegitu rupa. 

Nasi goreng lembap versi aku, bersama cili padi hijau mentah dan tomato ceri.

Keputusannya? Hahahah, aku sudah lulus ujian kepedasan cili padi hijau. Tahniah buat diriku ini, barulah aku rasa seperti orang utara "PIOU" (pure)... kah kah kah! Tapi, aku masih memerlukan beberapa gelas air teh-0 ais untuk mengelakkan diri ini dari terlompat-lompat kepedasan seperti seekor kera yang diserang sekumpulan tentera semut api.


~*Sekian, selamat berpuasa*~


Jya matane, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

P/S: Nantilah aku sambung cerita trip aku merayau di sekitar Tokyo DisneyLand lagi, ne~ ;3

24 comments:

  1. time sahur makan pedas2 boleh buat saya sakit perut .

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk mengelakkan perut meragam, kena pastikan perut tak kosong semasa makan makanan pedas tu, sebab tu berani makan time sahur je, sebab sebelum tu dah makan benda lain... kalo makan cili ni time berbuka puasa, memang sakit perut la lepas tu... hehe (teknik makan pedas) ;p

      Delete
  2. pehhh..makan pedas pagi2..hebatt peruttt.hihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh selalu, kalo selalu pekena cili mcm nih, parah jugak la... heheh ;p

      Delete
  3. orang utara panggil cabai burung..yg tu memang pedas tahap gaban..

    ReplyDelete
    Replies
    1. atau cabai melaka... hehe, tapi yang variety hijau dan tak kecik sangat tu tak pedas sangat, boleh tahan lagi nak gigit mentah2, tp kalau yg kecik dan pure cabai burung tu, mmg awai2 kalah la... hehee~ X3

      Delete
  4. Aku ni nama ja orang utagha. Makan pedaih sikit pun tak boleh. Tak tahan sebab mungkin genetik aku ni ada perasan macam mat saleh celup kot. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekeke... uih mat salleh zaman skang dah pandai makan pedas weh, dia telan tabasco sauce dan jalapeno pepper... X3

      Delete
  5. Selamat berpuasa Plain.

    Tp makan sahur benda pedas2, nanti pedih perut oooo...
    1st day sahur ari tu aku gi tibai makan pedas, seharian rasa derita pedih perut...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih, seharian derita? makanan pedas apa yg ko makan tu cero? sambal cili api pekat ka huhuu, ganas sgt tuh...

      Delete
  6. owh sekarang dah passtt la adi org utara pure,,
    dah boleh mkan pedas.. tahniah2 :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, kira dah pass la, kekekeke~ X3

      cili hijau goreng celup tepung, sedap oh, try la nnt~ XD

      Delete
  7. selamat berpuasa Plain.. sampai tergeliat lidah aku nak sebut Piou tue.. koh koh koh.... kalau orang Johor kitorang eja PIO... koh koh koh...

    oh, aku adalah peminat tegar Tomato Ceri, nampak gambo Tomato ceri tu aku rasa nak gigit skrin dah tadi.. nasib baik aku sabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa, sambil tunggu waktu berbuka sambil blogwalking no?... ada tomato ceri dalam menu juadah berbuka hari ni jinz? tomato ceri kuning pun sodap ;3

      Delete
  8. Salam dan selamat berpuasa awk...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Utagha tang mana tu kak? (^,^)

    ReplyDelete
  10. huishhh ha la mmg la tak orang utara pure kalo x makan pedaih.
    dulu masa study Penang, 3-4 org mmber mmg asl penang,kedah..
    depa tiap kali mkn, msti nk kena ada cili padi ni.. kalo xdak, mcm
    x lgkap depa kata kikiki

    err tapi, kiter takleh tahan pedas. mmg fobia kalo nmpk ade hirisan cili padi
    dlm laksa ke/nasi goreng ke.. mmg akan kuis2 ke tepi pggan sblm mkn.. kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki... tulah pasai, sebelum ni ai pun macam anamizu jugekkk~ ;3

      Delete
  11. ni tak cukup kecik2 cili padi ni plain.. kalau dapat yang kecik halus tu, perghhh dia punya sengatan, boleh sampai tergigit lidah sendiri dibuatnya.. hehehe. tapi kalau aku kan, kalau pedas, aku lawankan dengan air panas. memang la rasa macam terbakar sikit mulut, tapi pedas tu sekejap je dah hilang.. daripada bergelas2 air ais minum, tapi tak juga hilang2 pedas kat bibir, perut sampai naik kembong.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa betoi2, cabai burung yang kecik gila tu ada ja tumbuh kat laman rumah aku... tapi tak boleh nak makan, sebab memang pedaih tahap membunuh, ntah brapa la nilai kepedasan mengikut skala scoville cili burung tu... pedas dan kelat, tak sedap langsung...

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...