Click Me Plzzzz

Tuesday, September 23, 2014

Merendek KL - Tokyo Street, Pavilion

Salam ceria petang Selasa buat semua readers dan followers aku yang kawaii (comel) sekalian, hai' hai' minna san (baiklah semua), sepertimana yang telah dijanjikan di entri yang lepas, kali ni aku bawak korang ke Asakusa Tokyo Malaysia (kira ianya macam, a "make-belief" Tokyo la, a nice imitation of Asakusa with real Japanese products), yang terdapat di dalam bangunan Pavilion, Kuala Lumpur! XD 

Brochure Pavilion - Level 6, Tokyo Street ^^
Ini dia, Irrashaimase~ (Welcome~) =D
Bergambaq dulu sat kat entrance Tokyo Street Malaysia nih~ heheh ;3
Okeh jom terjah Asakusa Malaysia nih... oop ooppp, jap nak usha2 board dia dulu, huiii banyak jugak kedai2 Jepun ohsem yang ada kat sini, macam2 barangan/makanan nippon ada... nanka sugoi desu ne (hebat jugak kan)~ ;3
Haaa tudia tudia, ada lantern merah besar tu, memang ada gaya macam kat Asakusa Tokyo tu (tapi yang ni agak kecik la kalau nak dibandingkan dengan yang original kat Asakusa sana nuu, heheh) ;3
Waaai~ MARIMO desu yo!! (Marimo - sejenis algae tasik Akan, popular di Jepun, tumbuhan air tawar yang comel, dan senang gila nak jaga!) XD
Tak sangka dapat jumpa Marimo dijual kat sini! Macam2 saiz ada~ Heee... ni aku mesti beli nih, dah jumpa kat sini senang nak beli dan bawak balik rumah, kalau jumpa kat Japan bukannya boleh bawak balik naik flight! Mesti beli nih, nak bela dalam balang kaca comei kat rumah weee~ XD
Aku beli yang kecik macam key-chain ni, RM18 satu. Aku nak pindahkan dia ke dalam balang kaca serupa bikar yang diisi dengan batu2 kecik berupa kristal warna warni (batu2 kristal dapat membersihkan air yang didiami oleh si marimo ni~) X3
Seterusnya singgah ke booth Maneki-neko (kucing bertuah), banyak souvenirs berupa key-chains, paper weights and phone straps neko nippon ada kat sini~ X3
Ni pulak kawasan shop rows yang dibuat seolah-olah ianya 'siang hari' sepanjang masa (ada jugak feeling macam merendek kat Asakusa yang real tu kat area ni, hehee)... waktu ni sebenarnya dah malam, kawasan ni jer yang nampak macam siang, conpius gak kitorang tetiba... hehee~ X3
Posing2 jap, sambil bernostalgia sikit, amik feeling macam masa merendek Asakusa waktu spring bulan 3 lepas... hehee~
It's yoru-gohan time~ (Masa untuk makan malam~)... lepas belek2 menu kat depan tu (aku nampak ada Tempura Udon!), kitorang pun pilih nak makan kat sini, Tokyo Teppan, ada sign Halal, so kitorang yakin jelah. Oh ya, kedai ni ada jual arak ye (sake and beer), which is normal for restaurants in Japan (even kedai Arab halal kat Tokyo sana tu ada jual arak, for non-muslims, dorang sediakan gelas khas yang lain untuk tu). Korang jangan ngengada nak order benda2 tu yek, just order benda yang halal dalam menu saja ok~ To be on the safe side, just order seafood based dishes. Kalau korang tak yakin, jangan masuk, simple ^^
Mari kita belek2 menu dia heee~ (perlu kuatkan iman untuk mengawal nafsu melantak agar tidak order macam2 dan seterusnya berlaku pembaziran makanan serta ketirisan poketto desu!) X3
Rilek2... control diri... ochitsuke yo jibun! (bertenanglah wahai diri!)
Slurpppp... no, no, dame desu! Must... get..... that........ Tempura Udon only! X3
Yes... yes!... order this one only! That big bowl of Tempura Ebi Udon! XD
OMG look at that Unagi Don!! (grilled Japanese eel on rice in a bowl!!)... I know it's sugokku oishii!!! (Aku tau ianya sangat cedappp!!!) *drools*... tapi, aku nak Tempura Udon!! hahah... next time ok, next time!! X3
Makanan dah sampai. Sis aku order yang ni, Ebi Ten Combo, prawn tempura on rice, a mini udon, salad, pickles and fruits (watermelon and honey dew)...
Cousin aku order yang ni, salmon teppanyaki on rice, salad, miso soup, pickles and fruits (also watermelon and honey dew)...
Manakala aku pulak order yang ni, a big bowl of oishii (delicious) Tempura Udon! Kat Tokyo aritu aku tak berkesempatan untuk makan Tempura Udon (aku cuma dapat tempura, white rice, pickles and miso soup masa aku kat Asakusa tu), maka kat sini aku tak nak lepaskan peluang! Ittadakimasu! (hey, of course lah aku baca bismillah, ish korang nih~) X3
Sugokku oishii yo (sangat sedap wo), aku bagi rating 9/10! Besar kuantitinya, tak dapat aku habiskan ni, walaupun ianya sangat sedap huhuu (sedih aku rasa bila tak dapat nak habiskan makanan sedap). Full, kenyang betul... berbaloilah dengan harganya RM27. Ini adalah standard price macam kat Japan sana.
Hai', gokurosamadeshita~ (Okeh, thanks for the meal~), mata ne Tokyo Teppan, see you next time for some Unagi Don (grilled eel on rice)! Tokyo Teppan ni affiliate dengan Ichi Zen, restaurant kat sebelah dia ni, juga ada sign Halal ^^
Jumpak lantern ni lagi lepas beli katsuobushi (dried tuna shavings) and seaweed kat mart sini tadi... so meh amik gambar lantern ni lagi, dari angle yang lebih up-close ;3
Posing dengan lantern Tokyo Street Pavi jap... amik feeling ala2 Asakusa sikit lagi sebelum kitorang ciao dari sini... oh seronotnyer aku bila dapat rembat katsuobushi sepeket, nanti bolehlah aku bikin takoyaki kat rumah letak katsuobushi, weee~ ;3
Okeh, mata ne Tokyo Street Pavilion, see you when I see you, bye-bye nee~ ;3

Dengan ini, tamatlah kisah jalan-jalanku di Pavilion, Kuala Lumpur, Malaysia. Aku recommend lah korang untuk pergi jalan-jalan sini (especially for those who are Japanophiles, LoL), dapatlah nak rasa sikit-sikit macam pergi ke Asakusa, Tokyo tu. This place is somewhat rather a good imitation of the real thing, cuma kalau ianya bukan di dalam sebuah bangunan, tapi dibuat kat satu kawasan tanah lapang yang luas, barulah feelnya lebih menghampiri macam kat Asakusa yang original tu. Ma tonikaku, asoko de tanoshikatta desu~ (Well anyway, it was fun there~) ;D

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

37 comments:

  1. bolehlah makan ebi tempura udon kat sini, kat Jepun x berapa lalu nak makan, lagipun..ingatkan udon goreng celup tepung tempura...haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lahhh ye ke? uih tak terfikir pulak saya camtu sis hahah... try la sis, menu nippon yg special nih~ X3

      Delete
  2. bila tengok marimo, aku teringat Roronoa Zorro.. sebab Sanji suka panggil Zorro, Marimo sebab rambut dia hijau.. kakakkaka...

    Katsuobushi aku selalu beli kat Jusco jer... koh koh koh... aonori jer susah nak jumpa. Sana ada jual tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa ya, rambut Zorro hijau... tangok dari belakang nampak macam morimo yang ada leher dan badan manusia... hahah ;3

      aku tau hang penah sebut katsuobushi ada kat jusco dulu, aku takde pi jusco pulak, so cari kat sini ja la... aonori? confirm ada punya, aku tak sempat nak belek lama2 kat mart tu sebab nak kejar masa sikit, tapi ada la aku nampak furikake dan serbuk2 flavoring lain, aonori mesti ada kat situ lah... pi tengok ;3

      Delete
  3. aku pun terus teringat zorro dlm one piece bile tengok marimo tu hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sasuga one-piece no fan da ne, azra-nee san~ ;3

      Delete
  4. Nihongo o dekimasu ne... Unagi tu dulu puas melantak kat Nippon... tapi bila balik sini tak lalu nak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sukoshi dake dekimasu wa, jouzu ja nai'n desu~ ;3

      unagi itu sedap di mana2 saja ianya boleh didapati, sugokku oishii yo... mehehee~ X3

      Delete
  5. Bila entah aku nak pegi...hehehehe

    Kat sana ada jual topeng kitsune macam ko tu tak, Plain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi la weekend ni ceRo... mana tau kot2 bleh dapat new inspiration yang bombastik lepas pekena tempura udon~ ;3

      oh, aku tak masuk semua kedai yang ada kat situ... jadi tak pasti ada ka tak topeng kitsune yang macam aku tu... tapi masa aku round2 situ, tak kelih pulak apa2 topeng...

      Delete
  6. we need to hang out and you can make me a cooler person. Take me with you senpai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. awwwh terharunya aku baca komen ko ni huehuehue~ X3

      Delete
  7. haduiiiii dah mcm kat jepun dah haa.. jauh pulak nak pegi.. kereta pulak masuk bengkel sobss sobsss T______T

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu... nanti bila kereta dah sihat balik, boleh la pi jenguk tokyo street pavi ni bila2 gi kl nanti, jangan sedih2 huhuu...

      Delete
    2. dah 1 minggu yakni tujuh hari lebih dah aku tak pegang stereng kereta. dan aku rasa aku bakal seriyau je kalo nak drive kete kat tengah pekan KL nu Plain :'(

      Delete
    3. aku pun seriyau gak ana weyh, yang drive kitorang gi pavi ni my ohsem cousin yg memang keje kat kl... kitorang merendek pusing2 kl haritu ala2 "single ladies day out", keluar beriang-ria... meheheh~ X3

      Delete
  8. Aku dok KL dah lama. Tapi Pavilion ni, aku tak pernah masuk pun lagi. Hohoho.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoho... agak ramai rupanya orang kl yg tak pernah masuk pavi lg... sebab apa ek? Sebab jalan kat kawasan tu agak busy eh...

      Delete
  9. Best! Jom pi lagiii! XD

    ReplyDelete
  10. ada kat malaysia pon , dh mcm berada kt Jepon

    Recent Post by MananQayyim : Minum Air Sebelum Makan, Bantu Menurunkan Berat Badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, best ni... boleh menikmati sedikit suasana jepun tanpa perlu ke jepun ;3

      Delete
  11. Aku pun antara salah seorang warga KL yang tak pernah masuk Pavi. Tengok kat depan asyik sesak ja, malaih aku nak pi masuk. Dengaq cerita parking dia bayaq mahal. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skali skala tak pa, tak bleh slalu... meheheh~ ;3

      Delete
    2. ai bang biar btul x pnah masuk pavi..
      ha..ha..ha.. :P

      Delete
  12. alamak antara semua tu yg paling tarik phatian saya..tu yang agar2 mcm comel..mcm cantik je kalau bela ltak dlm balang,,. baru rare bela pokok senang x pning2 bg mkan ha..ha..

    naik kreta proton :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn~ marimo ni memang best tau bela dia, tak perlu bagi makan, dia pandai 'masak' sendiri... hahaha! XD

      arigatou! pasti dibalas! X3

      Delete
  13. plain.. aku tukar url blog.
    ana-mizu.blogspot.com

    aku nk reply kat komen aku atas tu tapi jenuh klik x buleh2 T___T

    ReplyDelete
  14. ini kawasan dalam pavilion yang saya tak reti nk berjalan sebab tatau nk buat apa kat sana..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh takpa lan, lepas ni dah tau dah nak buat apa kalau gi sana X3

      Delete
  15. Tak tau pon dalam pavilion ada tokyo street ni.... nampaks angat kampung... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah saya pun baru tau je pasal tempat ni selepas terbaca review blogger sis nohas ;3

      Delete
  16. nak kena dtg sini jugak ni..tgk marimo tu mcm best ja..hehe..plain blanja..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. buleh, ai blanja marimo, yana blanja tiramisu... hehehe~ X3

      Delete
  17. kat Pavilion ke...tapi syg tak penah masuk Pavillion lagi..sebut je nama tempat tu cam x mampu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh, tak mampu tu kalau tak boleh nak control nafsu shopping je, kalau boleh control dan beli mana2 yang bebetul nak je... mampu jer ;3

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...