Click Me Plzzzz

Sunday, October 19, 2014

Burger, bege, baagaa... bargirl??

Salam ceria weekend buat semua readers and followers yang comei-comei dan suka makan tapi malas memasak lantas menggunakan alasan famous "i am too damn busy to cook!" LoL sekalian... semua sihat? Dah join CONTEST GA #2!! aku belum??? Cepatlah join sementara masih ada masa ni, contest akan tamat pada 10 Nov 2014 huhuu~ X3

ヽ(*≧ω≦)ノ"

Baiklah, entri makanan datang lagi. Kali ini mari kita berdiskusi secara intelektual (-lah sangat) berkenaan makanan barat yang sememangnya sangat popular di serata pelusuk dunia, iaitu si BURGER, yang mana ianya termasuk dalam kategori fast food, iaitu makanan cepat siap.

Ini adalah burger versi aku, beef burger with extra veggies and some mini sausages.

Sepertimana yang kalian boleh lihat dalam gambar di atas ini, beginilah susun-atur (sounds intellectual? LoL) burger aku, yang mana ianya boleh dijelaskan ke bentuk ayat seperti berikut (bermula dari bawah dan ke atas): bun (bottom) - butternut lettuce - mayonnaise - beef patty - cheddar cheese - tomato slice - chilli ketchup - white pepper powder - bun (top). Kadang-kadang aku letak dried parsley, hirisan buah avocado, atau caramelized onion rings di atas hirisan tomato, mengikut mood semasa dan juga availability of ingredients. Kalau aku rasa nak buat sos sendiri, aku akan bikin sos sendiri yang special. Daging burger yang biasa aku guna ialah dari jenama Ramli atau Saudi (ini bukan iklan). Antara burger daging ayam dan burger daging lembu (daging bermaksud meat, bukan beef), when it comes to eating a burger, beef burger is the best. Bagi aku juga, burger akan jadi lebih sedap sekiranya roti bunnya di-toast sedikit terlebih dahulu (preferably buns with sesame seeds on top). Korang suka kalau letak nenas panggang (caramelized pineapple) atau telur ayam benjo ke dalam burger korang? Oh, sorry, not my style... hahah~ ;3

Pada aku, burger ialah sejenis fast food yang agak menyihatkan (sekiranya terdapat banyak sayur-sayuran dan buah-buahanlah (tomato is a fruit, and so is cucumber), dan daging segar digunakan instead of the usual processed meat). Tapi kalau daging segar digunakan, burger bukan lagi sejenis fast food... hahahah (boleh nampak justifikasi di situ yang menunjukkan fast food itu tidak menyihatkan... processed meat ada preservatives, supaya boleh tahan lama dalam peti ais tu). Sebab tu, bila aku bikin itu burger, aku akan cenderung untuk letak banyak sayur dan buah... Apa? Cheese itu tidak baik untuk kesihatan dan menggemukkan?! Cis, cheese itu merupakan sumber calcium yang baik tahu? Letak satu tak apa, jangan letak sampai 2 atau 3 sudah. Apa? Kenapa makan sausage juga? That's another form of processed meat! Shushhhhh, sekali sekala tak apa... kan aku ada tambah tomato ceri dan timun Cameron tuh? LoL (alasan)~ X3


And, don't forget to exercise regularly! Amalkan minum teh-0 kurang gula campur sedikit madu asli dan serbuk kayu manis, kasi bakar itu lemak dan turunkan cholesterol level dalam darah. Bab ni, nanti aku cerita kat dalam entri kesihatan pulak, kat sini kurang sesuailah... hahah~ X3

And also, don't forget to join my CONTEST GA #2!! and stand a chance to win a customized T-shirt from meh, Plain sama san!! Contest ends on 10th Nov 2014!!! Meheheheh~ XD 

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

18 comments:

  1. wow..kenyang mcm ni..burger ada, sausage pun ada, byk sayur pulak tu..

    burger McD ada timun jeruk..kurang gemar..suka timun fresh, krup krap bila gigit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... dah lama betoi saya tak gi mekdi, dah lebih setahun rasanya ;3

      Delete
  2. aku suka jugak beger yg guna fresh timun. tapi totato aku x reti mkn sbb mcm masam hehe. lain2 tu aku ok gak utk telan aslkan x masam hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh sorang lagi tak suka tomato, selain Len Inouie... heheh ;3

      timun fresh memang nyam nyam~ ;d

      Delete
  3. Walaupun makanan segera, kalau dihidangkan dengan cara yang betul, ianya tetap menyihatkan jika disajikan bersama diet yang seimbang seperti sayur-sayuran :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasal, tinggal rajin atau tak rajin nak beli dan potong sayur saja, dan juga faktor suka atau tak suka makan sayur... ;3

      Delete
    2. Dulu aku tak suka makan sayur ni. Tapi lepas baca buku teks Pendidikan Jasmani Form 4, terus berminat dengan sayur sebab dapat tau pasal diet makanan yang seimbang. Kalau la aku ikut cakap mak aku makan sayur, mesti aku dah tinggi sekarang ni. Hahahaha :-p

      Delete
    3. hahah weh, hang ni termasuk dalam kategori rendah ka bro? ;p

      Delete
  4. mukadimah yang sangat sempoi. terasa sebentar. haha ^_^

    tengok burger ni terliuq pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee sempoi eh? *sengih sampai ke telinga* ^^

      Delete
  5. Alamak laparlah pula baca entri ini T_T

    ReplyDelete
  6. Boleh jadi duta burger ramly lepas ni.. hahaha
    terliur aku baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh, jadi duta burger? waah, best jugak tu kalo dapat... tapi, nanti chef2 selebriti rasa hangin pulak, hahah X3

      Delete
  7. Kenapa setiap kali baca enrri makann kat sini mesti waktu malam pastu rasa lapar =.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu... maka datanglah bertandang ke sini waktu anda sedang makan... hahah X3

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...