Click Me Plzzzz

Wednesday, October 1, 2014

Jom try buat nih - Takoyaki (picnic version)

Salam ceria 1st October buat semua readers yang ohsem and fun sekalian, baiklah... entri kali ini adalah berkenaan makanan Nippon yang sangat popular. Semua kenal dan tahu apa itu Takoyaki? (っ˘ڡ˘ς)

My Takoyaki (aku letak inti squid je la (ika), sebab tak jumpa octopus (tako)... huhuu~) X3

~Bahan-bahan dan Perkakasan~

*Bahan-bahan untuk batter Takoyaki*
Tepung gandum - 1 cawan
Tepung jagung - 1.5 sudu besar
Air - 2 cawan
Telur ayam - 2 biji
Kicap cair - 1 sudu besar
Serbuk ayam (chicken stock)1 sudu kecil
Minyak masak - secukupnya untuk minyakkan pan Takoyaki

*Bahan-bahan untuk inti Takoyaki*
daun bawang merah - secukupnya, dipotong kecil
sotong (atau sosej) - secukupnya, direbus dan dipotong kecil

*Bahan-bahan untuk hiasan akhir*
Katsuobushi (dried tuna shavings)
Mayonnaise 
Worcestershire sauce 
Seaweed biasa (kalau boleh cari aonori, memang terbaiklah...)

~*recipe ini telah diubahsuai dari SINI*~

*Perkakasan yang diperlukan*
Pan Takoyaki
Berus makanan tahan haba
Chopsticks kayu
Mangkuk besar
Penapis (untuk mengayak tepung)
Pemukul telur

Cara-cara membuatnya?~ 

1. Pukul telur ayam bersama air dengan pemukul telur sehingga sebati. Masukkan kicap cair dan serbuk ayam ke dalam sebatian.
2. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung (atau tepung kentang) ke dalam sebatian tadi. Pukul sehingga sebati. 
3. Panaskan Takoyaki pan di atas dapur dengan api yang kecil. Sapukan permukaan pan dengan minyak masak menggunakan oil brush tahan haba (boleh gunakan sudu diikat dengan kain muslin bagi menggantikan oil brush tahan haba, ataupun guna tisu dapur dan chopsticks saja, pun boleh...). 
4. Seterusnya? Sila lihat video di bawah ni untuk mengetahui teknik membuat Takoyaki tahap sesiapa pun boleh buat, heheh. *Dalam video ni cara bancuh batter Takoyaki dia agak cincai, takde tapis tepung dan pukul telur bersama air terlebih dahulu sebelum masukkan tepung macam aku buat. Boleh juga nak ikut cara video ni, tapi kurang smooth la hasilnya nanti ^^

Having problems viewing this video? Click HERE please~ ;3

Okeh, begitulah caranya nak buat Takoyaki... hai', douzo meshi agare~ (ok, silakan makan~)
( ノ^ω^)ノ゚

Ini rupa Takoyaki aku tanpa hiasan... boleh jugak kalau nak makan macam ni ^^
Tapi aku suka makan macam nih, letak mayonnaise dan sos buatan sendiri (kalah sos Worcestershire woo... heheh, perasan!), seaweed, dan katsuobushi ... omnomnomnom~ ;3
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*
*
*
*
*

Okeyhhh... so, baru-baru nih aku ada bikin Takoyaki pikuniku (Takoyaki picnic) with two of my great and ohsem friends!~ (〜 ̄▽ ̄)〜

Barang-barang aku untuk bikin Takoyaki kat laman rumah bersama kawan2ku yang ohsem, siap sedia! Hehee~ XD
...and the fun begins! hahah... best betoi bila ada mobile gas stove nih, murah jer, beli kat Borong Din... hahah~ Gambaq jadi tak clear sangat sebab time nih dah petang sangat dah, dan cuaca pulak nak hujan maka pencahayaan jadi kureng... huhuu~
First batch Takoyaki dah siap... arghh picture jadi blur sebab lighting dah mula jadi kureng betoi time nih, dan lightning pulak yang mula muncul... hahah, ya, kilat! Nasib baik ada bumbung, lepas tu hujan turun... LoL
...dan, ini dia manusia2 yang terlibat dalam Takoyaki pikuniku petang itewww~ X3... Well, never mind the awful lighting and unfavorable weather... yang penting, we had a great time that evening, tanoshikatta desu!~ XD
Ohsem friend no.1, "J", datang dengan membawa kueh pau daging dan taufoofaa... hehee~ ;3
Ohsem friend no.2, "H", datang dengan membawa puding buah (home-made taw pudingnya tu, cayalah~)... heheh~ ;3
...dan aku, si tukang bikin Takoyaki dan penyedia minuman (lemon tea Yeo's)... hahah (mai mai beli, 4 bijik RM3ribu! LoL~) *macamlah ada yang nak beli??* XP
Last batch of my Takoyaki (inti squid and beef sausage), makan sama2 sambil mendengar bunyi guruh yang suram dari jauh, dan melihat kilat yang mula muncul bagaikan lampu lip-lap... hujan pun turun renyai2... hahaha~ ;3

Wokeh, sekian dulu entri Takoyaki aku ni... selamat mencuba yeah? ( ´ ▽ ` )ノ

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

29 comments:

  1. wahh..siap berpiknik takoyaki lagi..tako tu octopus rupanya..benda nipis tu memang sedap..

    takoyaki pan tu beli kat Jepun ke? adik saya ada nak kirim pan tu, tapi mcm berat je, tak jadi beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee... benda nipis tu (katsuobushi) memang sedap! dried tuna shavings, smokey flavor... memang oishii!!! X3

      takoyaki pan tu memang dari jepun, tapi saya beli online je, beli kat ebay... saya beli pan ni dah agak lama, beli sebelum saya pi merendek ke tokyo lagi... heheh ;3

      Delete
  2. Jahat arr ko ni Plain...
    Meleleh air liuq oi tgk takoyaki ko ni...
    post arr sikit...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arr alaa jahat ke huhuu...
      aku share recipe skali tu, try la buat bila2... hehee~ ;3

      Delete
    2. AKu salin recipe ni dan suruh adik aku buatkan...
      Aku kalau bab masak mmg fail...Ikut recipe pun boleh jadi lain macam...Garam gula pon tak kenal...hehehe

      Delete
    3. aah! kunun je tuu... yang sebenarnya ko nak mengelak dari terserempak dengan musuh ketat ko (lipas) yang ada di dapur je kan... kekekee~ ;3

      Delete
    4. Adui plain..
      Macam tau je kan...hehehe
      Pecah laa rahsia aku...tak macho arr camni...hehehe

      Delete
  3. Tak pernah makan benda alah ni... banyak je jual skang kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... kat sesetengah pasar malam pun dah ada orang jual takoyaki, try lah, mana tau tekak suka ^^

      Delete
  4. Aku pan takoyaki takda, tapi pan bahulu ada lah. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahah ku rasa kalo hang guna pan bahulu, hang akan dapat kuih cara berlauk la pulak, dah tak jadi takoyaki... hahah XD

      Delete
  5. tak pernah rasa lagi benda ni... pernah tengok kt pasar juada je masa bulan pose ari tu


    Recent Post by MananQayyim : Bengkel Pengurusan Wang dan Kekayaan Secara Islam 2.0

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la, mana tau tekak berkenan nanti hahah ;3

      Delete
  6. Selamat menyambut hari raya aidil adha maaf zagir dan batin dari saya sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. aku ingat aku nak beli gak laa portable stove tue.. dari hari tu aku nak beli induction cooker tak beli beli.. koh koh koh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli la jinz, best woo boleh bawak dia jalan2 (sebab portable)... nak buat steamboat dengan family atau kawan2 pun senang, hehee~ X3

      Delete
    2. Aujinz kalau nak picnic takoyaki sila jemput aku...hehehe

      Delete
  8. assalammualaikum palain..huhu..takoyaki..i like..feveret ni plain..apa kata plain wat..pos ipoh sikit..bley?hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm yanaaa~ :D

      pos tak sedap, kena makan panas2 hehee~ X3

      Delete
  9. woahhh layan.. masak sendiri takoyaki baru puas.. ni beli kt luar mahal la lps tu dpt sikit je >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal, tepat skali! heheheh~ X3

      Delete
  10. waktu pegi jepun ri tu festime makan takoyaki...nyummehh....bila balik cari gak ada jual kat pasar malam tapi rasanya lain benar dari yg kat jepun tu...wahhh...boleh buat sendiri tu mmg dasyat arhhh..bukan senang nk golek jadi bulat2 giteww

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza... japan punya takoyaki rasanya special sebab letak grated yamaimo (mountain yam) dalam batter takoyaki, dan semestinya sauce takoyakinya yang special ;3

      Delete
  11. Sedap takoyaki nii. fav. Tak pernah try buat sebb rasa macam renyah. Teringin tapi malas. haha. (bagus tak perangai).

    Nanti nak piknik lagi ajak... Nak takoyakiiiiiii. (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, alasan itu sungguh honest lagi berterus-terang ;p

      Delete
    2. bab makanan ni kena jujur. kalau tak nanti kita tak boleh mintak takoyaki. haha.

      Delete
  12. aku nak pan tuuuuuhhhh...!!! mana dapat..eh silap, mana beli??? kawan aku ada cooker khas dari Jepun tapi dia dok jauh dr aku..kalau x hari2 kitorg makan takoyaki gamaknye..haha..

    aku hantu okonomiyaki btw...gehehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku beli online jer, beli kat ebay ;3

      okonomiyaki? aku pun suka... kekadang aku buat sendiri je, lagi senang dari bikin takoyaki... omnomnom~ X3

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...