Click Me Plzzzz

Sunday, December 7, 2014

Honey, where's my Cinnamon?

Salam ceria Ahad buat semua readers and followers blog aku yang kawaii sekalian, diharapkan kalian sedang sihat dan ceria-ceria saja di sana ;3

Baiklah, entri kali ini adalah berkenaan kebaikan madu lebah dan kulit kayu manis. Abaikan tajuk entri ini yang sedikit kontroversial itu, gimik murahan semata-mata demi menarik perhatian manusia busybody sekalian... hahaa~ ;p

Nak dijadikan cerita, I came across this one book that managed to grab my attention while browsing through Islamic-related books at a bookstore sometime last month, so I flipped it open to browse through the contents, and checked the author's biography and info.

Front
Back
Interesting. The contents seem useful, Islamic, practical and believable enough, so I bought it for further "investigation".

Kebaikan madu lebah asli dan kulit kayu manis dalam mengubati pelbagai jenis penyakit manusia.
Salah satu benda yang menarik perhatian aku semasa mengkaji buku ini ialah, kebaikan gabungan madu lebah asli dan serbuk kulit kayu manis. Menurut buku ini, madu lebah asli adalah sejenis makanan yang terhasil secara semula jadi yang mampu mengubati hampir kesemua jenis penyakit manusia. Madu lebah adalah ubat yang turun bersama wahyu.





Begitulah antara beberapa kebaikan madu lebah asli dan serbuk kulit kayu manis yang aku nak kongsi dengan kalian, menurut buku ini. Ada beberapa lagi kebaikannya yang tercatat dalam buku ni, tapi aku tak nak tempek kat sini. Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah kalian pergi cari buku ni (bukan aku lokek, aku risau kot-kot kena saman marah je, mana tau?... hahah). Okeh... masa untuk ber-eksperimentasi dengan petua ni, dan lihat sendiri kesannya kemudian ke atas diri sendiri...

Sejak beberapa minggu yang lepas, aku mula mengamalkan pengambilan air rebusan madu lebah asli campur dengan serbuk kulit kayu manis, minum dengan air teh-0, mengikut kadar nisbah lebih kurang 1:2 (1 air rebusan campuran honey + cinnamon powder: 2 air teh-0) setiap hari secara konsisten. More specifically, 100ml:200ml). Berkenaan air rebusan campuran tu pulak (dalam tumbler tu), aku rebus 1L air + 4 sudu besar madu asli + 1 sudu besar serbuk kulit kayu manis, selama 10 minit. Lepas tu, sejukkan di atas meja, simpan dalam tumbler, letak dalam peti ais. Setiap hari, guna 100ml campur dengan 200ml air teh-0. Amalkan setiap hari sampai stok air campuran tu habis. Buat stok baru, dan terus amalkan.

Maka, selepas mengamalkan petua ini secara konsisten selama beberapa minggu, aku dapat merasakan yang memang ada perubahan positif telah berlaku secara beransur-ansur dalam sistem tubuh aku. Berat badan ada jatuh sikit (as expected), dan, sakit lutut aku hilang (which is unexpected, tak ada tercatat dalam buku ni). 

Sebelum ini, aku selalu rasa sakit pada lutut, yang mana gangguan kesihatan fizikal ini membuatkan aku rasa sungguh tidak selesa apabila aku mengerjakan solat. Bila aku nak bangun dari sujud dan berdiri semula untuk menyambung rakaat yang seterusnya, lutut aku mesti akan buat aku rasa sakit selama beberapa ketika. Kadang-kadang sakitnya tu tak begitu ketara, sekadar rasa kurang selesa. Kadang-kadang tu pulak, sakitnya tu agak over, tapi tak lama. Alhamdulillah sekarang ni, selepas aku mengamalkan petua minum air rebusan honey+cinnamon yang dicampur dengan air teh-0 setiap hari, lutut aku telah kembali ke zaman kekanak riang, tiada lagi rasa sakit-sakit mahupun sengal-sengal ketika mengerjakan solat. Yaaay~ X3 

Okeh, dengan ini aku harap kalian dapat memanfaatkan perkongsian aku dalam entri ini. Entri ini bukanlah entri untuk iklankan buku, cuma secara kebetulan saja aku telah ditemukan dengan buku ini di sebuah kedai buku, dan aku telah beroleh sesuatu yang sangat bermanfaat buat diri sendiri setelah membeli dan membaca buku ini. Secara keseluruhannya, aku rasa buku ini ialah sebuah bahan bacaan yang sangat bermanfaat. In other words, I think this book is very much worth your time and money, because the collection of information in it is priceless. Aku suka. 

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

19 comments:

  1. aku susah nak percaya madu yang dijual kat kedai biasa. Sebab manis dia lain macam. Takut di campur gula. So, aku suka cari yang bebetul original dan diyakini original walaupun mahal. Huhuhu.. tapi yang mengawal berat badan tu menarik perhatian aku.. so, aku nak try, selama ni aku cuma amalkan makan madu sesudu setiap pagi dicampur dengan minyak zaitun. esok aku try guna cinnamon plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep... kualiti dan tahap ketulenan madu lebah asli tu memang memainkan peranan dalam menentukan tahap keberkesanan petua ini. selama aku amalkan petua ni, sudah beberapa brand madu lebah asli aku try, dari yang jenis boleh beli di supermarket, sampai lah ke jenis yg dalam botol kaca yg kononnya original sangat tu. aku tak pernah nak stick to one brand of pure honey, semua pun aku nak try... hahah ;3

      try jinz, jangan tak try! berkesan oh, yg penting kena konsisten! X3

      Delete
  2. boleh try juga, madu elok untuk batuk, dah seminggu tak hilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh noes... semoga sembuh dengan cepat. madu asli campur limau nipis (satu sudu besar sekali makan) memang ubat batuk yang baik ^^

      Delete
  3. mmg best perkongsian ni. bleh share dgn mak dan org lain.

    Keaslian madu skrg mmg payah nak diyakini. dan kdgkala madu asli pun sumbernya dr lebah bandar (yg dah bercampur sumber) jadi tawakal sajalah. yg x berapa nak asli tu at least madu jugalah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya ^^

      hehe... itulah, at least madu lebah jugalah kan ^^

      Delete
  4. Mak aku selalu pesan, madu yg katanya buat sakit pengakit manusia ni semuanya madu asli.
    SInce ianya 'asli', for sure laa mahal...
    Hari tu aku beli sebotol dekat RM80.

    Yg madu2 bawah harga tu pada aku dah tak asli, dah proses.
    Aku kurang pasti tang tahap keberkesanan dia, tp itulah dilemanya.
    Nak beli yg asli, mahal.
    Nak beli yg tak berapa nak asli, takut tak berkesan pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, yang sebotol RM80 tu agak2 berapa ml? botol besar ke kecik?

      Delete
    2. haah betol2 kalo yg mahal tu kat area aku tggl ni pon Plain lebih kurang gitu gak rate nye. RM70-80 camtulah (botol kecik sos Life tu).. dan selalunye abah aku la yg tlg belikan sbb org2 lama je yg tawu madu tu ori ke x hehe

      bagus gak ilmu ni Plain. boleh aku try gak nti hehe

      Delete
    3. oh i see, okeh thanks for the info ana, pernah la nampak orang jual madu dalam botol kaca (yg takde label apa2 tu), dikatanya madu asli yang pure punyalah, harga RM70-90 gitu, rasa macam... hmmm, skeptik jap, risau kot2 kena tipu je kang, paying more for something that's not up to that value pon... last2 gi beli kat farmasi je huhu, mungkin sebab ragu2 dengan sumber dia kot, takde label apa2... hehee

      Delete
  5. Bapak mertua aku pun ada buku ni. So, one day terbaca tentang khasiat madu asli untuk atasi batuk dan selesema biasa. So far, aku try effective juga.

    Madu asli aku biasa beli kat kedai-kedai pak arab. Sebotol 100ml = RM9.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohoo, kedai pak arab eh... nanti aku try beli madu asli kat situ pulak lah... setakat ni, dalam bayak2 brand madu asli yang aku dah try, aku rasa agak konpiden dengan madu asli yang ada di farmasi, brand GreenFood, Organic Raw Honey, Wild Harvest, 500gm = RM22.

      Delete
  6. Terima kasih plain di atas perkongsian ni..madu lebah mmg byk khasiatnya..antara nk x nak amalkan je..tapi kita ni termasuk JM..suka minum minuman bergula huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2, huhu biasalah tu, me also suka minum minuman bergula campur ais... oh sangat tak baik tabiat ini huhuu...

      Delete
  7. Replies
    1. thanks DM, semoga dapat dimanfaatkan ^^

      Delete
  8. Nice entry ni. Boleh try buat :)

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...