Click Me Plzzzz

Wednesday, April 30, 2014

Tokyo trip: Day 2 (part 2)

Salam ceria dan ohaiyo gozaimasu (good morning) buat para readers dan followersku yang kawaii to' yasashii (comei dan baik hati) sekalian, minna genki desu ka? (semua sihat ka?) ;3
o(^▽^)o

Yoshhh, aku sambung lagi cerita jalan-jalan dan makan-makan aku di Tokyo. Selepas bermain salji dan bergambar dengan Fujiyama-san (Mount Fuji), tour bus bawa kami ke Lake Ashi pulak, tidak jauh dari Fujiyama. Kat situ ada banyak itik dan ikan kap yang besar-besar, bersaing untuk makan roti ^^

On the way to Lake Ashi, masih boleh tengok Fujiyama-san dengan jelas dari tingkap bas ;3
I saw some red Tsubaki!! (Akai Tsubaki, Japanese red camellias) *snap snap*~ XD
Ini dia Lake Ashi, ada ferry berbentuk swan lah (tak naik pon, tengok aje)~ ;3
View of Lake Ashi, right side of the lake ;3
Lake Ashi, left side of the lake ;3
Ada nampak ikan koi besar-besar kat bawah tu? ;3
Itik-itik yang agak sombong, belum mau mai dekat sebab aku tak bawak roti untuk bagi depa makan ;3
Itik dan ikan, berkawan baik di tasik ini~ ^^
Comei la itik ni, focus sama dia sikit...
Focus kat ikan-ikan ni pulak, kesian depa ingat aku ada roti nak bagi depa makan... huhuu, gomenne (sorry)~
Yokatta ne (baguslah), akhirnya dapat jugak depa makan roti, ada pakcik dan budak kecik nippon mai berdiri kat tepi aku dan baling cebisan2 roti kat geng itik dan ikan tasik ni ;3
Eeh jangan berebut, makan baik-baik ne~... hehee~ X3
Ok, sekarang aku pulak yang lapar, masa untuk lunch bento kat atas bas~ Bekas bento ni special woo, ada mobile heating mechanism weh~ (giler ah food tech. nippon... Nippon Banzai!!) XD
Ok, cara nak activate heating mechanism dia macam ni... nampak benang hitam kat tepi kotak ni? (tengok picture yang atas sebelum picture nih), tarik benang tu sampai habis (panjang gak la benang dia, nak dekat 1 meter), lepas tu letak bento ni kat atas lantai, dan biarkan selama 3 minit. Kotak tu akan berasap sikit, lepas tu dia akan berpeluh.
Ittadakimasu~ Boleh makan makanan yang panas kat atas bas, dapat nasi beriani dan kari ayam panas2 (huhuu, sebenarnya aku dok harap dapat bento ala2 Japanese tu, agak terkilan jugak la, tapi nasi beriani pun not bad, kenyang Alhamdulillah~) ;3
Dan seterusnya, merayau ke Gotemba pulak, tempat shopping barangan berjenama, premium outlets... brrr kat sini memang sejuk betoi, control posing je tuh, tahan sejuk... cuaca dah bertukar menjadi mendung, redup dan windy... brrrr X3

Hai' haii' minna-san (baiklah semua sekalian), aku berhenti kat sini dulu untuk entry ni. Nak tau apa ada kat Gotemba nih? Tunggulah entry aku selepas ini, Day 2 (part 3) yang akan muncul dalam masa beberapa hari akan datang, nee~ Part 3 will be the last entry for Day 2 of my Tokyo trip desu~ ( ´ ▽ ` )ノ

~*Previous*~
Tokyo trip, Day 2 (part 1) - Fujiyama-san
Tokyo trip, Day 1 (part 3) - Tokyo mosque and Kamata
Tokyo trip, Day 1 (part 2) - Imperial Palace and Asakusa
Tokyo trip, Day 1 (part 1) - Tsukiji Honganji Temple and Ginza Fish Market

Clue word for next entry: Gundam

(ノ≧∀≦)ノ"

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Thursday, April 24, 2014

Tokyo trip: Day 2 (part 1)

Salam ceria dan ohaiyo gozaimasu (selamat pagi) buat semua para readers dan followers aku yang tetap diingati sekalian~ Minna bujidesu ka? (Semua OK ka?) ;3

(。⌒∇⌒)。

Baiklah, aku sambung lagi cerita pasai aktiviti jalan-jalan dan makan-makan aku di sekitar Tokyo, dan kali ini aku bawak anda semua ke Fujiyama (mount Fuji) pulak~ XD

Early morning view at 6'ish am, dari tingkap bilik hotel Fresa Inn, Kamata, 7th floor ^^
Lagi morning view dari tingkap hotel Fresa Inn, belek camera ke sebelah kiri pulak~ ;3
Turun untuk sarapan (buffet) dulu kat hotel ni sebelum bertolak ke Fujiyama, boleh makan seawal 6.30am ^^
On the way to Fujiyama, sempat nampak kelibat Roppongi Tower, *snap snap*~ ;3
Berhenti kat perhentian (macam RnR la) sebelum terus ke Fujiyama viewing site jap, kat sini ada macam2 jugak, jom tengok~ ;3
Ada coffee booth kecil yang stylo...
Ada takoyaki juga... hehee, tapi tak beli kat sini, sebab ingat nak beli kat Odaiba nanti ;3 
Masuk toilet jap, perghhh giler ah, tengok ni siap ada occupancy indicator board untuk bagi orang ramai tahu mana toilet yang occupied, mana yang kosong... pastu jenis toilets pun ada macam2... mak oiiih, Nippon banzaiii~ XD
Ok, teruskan perjalanan ke Fujiyama viewing site, oh dah mula nampak salji kat banjaran gunung yang berdekatan... XD
Nampak daaaah~ Fujiyama sensei yang tersergam indah, dari tingkap bas~ XD
Mr. tour guide cakap, "Today you are very lucky, Fujiyama is usually very shy, and the weather is usually cloudy and rainy lately, but today the weather is fine"... kami yang kat atas bas pun, "Yaaay~"... hehee... Mr. tour guide sambung lagi, "Those who can see Fujiyama clearly have a good chance of becoming millionaires someday", lepas tu pakcik Nippon tu sengih sakan... dan ada di antara kami ni pun jawab, "Waaaah~ Very lucky ooh, hahaa", sambil masing-masing berangan-angan menjadi millionaires suatu hari nanti... owh LoLz~ X3

Dah sampai tempat viewing site untuk tengok Fujiyama dari jauh, ooh ada salji yang agak banyak kat sini, yehuiii~ ;D
Usha2 papan peta kat sini... alamak, hiragana la pulak, yomukoto dekimasen~ (tak boleh baca~) Xp
Haa yang ni boleh baca... nasib baik ada papan peta yang versi romaji punya, in English, kat sebelah tepi papan peta yang tadi...
Dari sini, boleh tengok Fujiyama dengan pemandangan yang macam ini, pada hari yang cuacanya marvelous, macam hari ni~ Alhamdulillah... XD
Lagi view of Fujiyama, dari viewing point yang sama tadi ;3
Fujiyama desu~ Memang tak jemu aku merenung Mt. Fuji... such a magnificent sight...
Usha-usha souvenirs kat sini kejap, japgi nak pi terjun kat salji... kekeke~ ;p
Miahahaaa~ Yuki desu yoo, hajimete mita, masshiroiii~ (Salji lah, pertama kali tengok, putihnya~) X3
Salji kat sini macam ais kacang~ dan aku dah tak rasa sejuk gila macam hari semalam, maybe my body has acclimatized with the current climate and temperature, wah, best best~ ;3
Posing bersama salji Jepun~ Weee~ X3
Alamakkk, tenggelam pulak kaki aku ke dalam salji nih... tassukete~ (help~) ;p
Ok ok, aku perlu berjalan dengan berhati-hati... bentuk kasut aku ni agak tirus, size 5... nasib baik salji ni tak basahkan kaki jeans aku tadi, kalo tak, sejuk la aku kat dalam bas nanti...
Ok, last picture posing kat sini, sebelum bertolak ke kaki Fujiyama pulak ;3
On the way to Fujiyama's first step, pada aras ketinggian 1,291 meter... wah, ada renjer gunung lah, nampak garang oh, sheriff gunung... hehe ;3
Ni dia, first step of Fujiyama, 1,291m dari aras laut... dan ketinggian Fujiyama ialah 3,776m. Hari ni takat ni jer yang renjer gunung sini benarkan tourists naik, fifth step tak dapat dibuka hari ni sebab jalan terlalu licin dan bahaya untuk mana2 kenderaan lalu, maka tak dapat la kami ke fifth step of Fujiyama... huhuu, takpa, kat sini pun dah OK desu~ ^^
View of Fujiyama, dari aras 1,291m... XD
Posing kat sini pulak... tehee~ ;3
Sambung main salji kat sini pulakkk... kekeke, waa salji kat sini lebih tebal dan putih bersih ;3
View kat sini pun lain sikit, lebih sejuk dan putih berseri~ ;3
Salji yang banyak bertimbun-timbun, sugokku masshiroi (sangat putih)...
Okeh, ni last picture aku kat sini untuk entry nih, dah berlambak aku buh dalam satu entry ( "^___^)
Haiii'~ Sekian dulu perkongsian aku dengan anda semua berkenaan trip aku ke Fujiyama, nantikan kemunculan entry aku yang seterusnya, (Day 2, part 2) pulak, akan disiapkan dalam masa beberapa hari akan datang, nee~ Really hope you gaiz enjoyed this yoo~

(〜 ̄▽ ̄)〜

~*Previous*~
Tokyo trip, Day 1 (part 3) - Tokyo mosque and Kamata
Tokyo trip, Day 1 (part 2) - Imperial Palace and Asakusa
Tokyo trip, Day 1 (part 1) - Tsukiji Honganji Temple and Ginza Fish Market

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Sunday, April 20, 2014

Tokyo trip: Day 1 (part 3)

Salam ceria, hello, dan konnichiwa kepada semua readers dan followersku yang sentiasa di hatiku sekalian~ Dah makan mempelam Harumanis belum? Cepat dapatkannya sebelum musimnya berakhir bagi tahun ini!~ X3

~(๑>◡<๑)~

Okayyy, aku sambung lagi cerita pasai jalan-jalan di sekitar Tokyo, dengan bahagian terakhir untuk hari pertama aku merendek di negara matahari terbit ini ;3

Ini dia Tokyo mosque, dari aras 2. Selepas jalan-jalan dan lunch kat Asakusa tadi, tour bus bawa kami ke sini untuk solat, Alhamdulillah, berpeluang aku untuk melihat masjid Tokyo yang cukup indah dan menawan ini (*T▽T*)
Dari aras 2 ni, aku nampak ada pokok sakura kat parking lot masjid ni, baru mula nak berkembang, dalam 2 hari lagi barulah sakan bunga-bunga ni akan berkembang mekar nanti...
Tokyo mosque, outside view, 2nd floor
Tokyo mosque, outside view, 2nd floor
Di luar pintu masuk masjid, aras 2
Bahagian dalam masjid Tokyo, interior yang sangat indah dan bersih, terjaga rapi, aku berasa cukup terharu dan bersyukur atas peluang yang diberi oleh Allah S.W.T yang maha besar lagi kaya untuk melihat semua ini...
Bahagian siling masjid Tokyo yang membuat aku terkesima beberapa saat...
Chandelier masjid Tokyo, pandangan dari bawah...
Chandelier of Tokyo mosque, a direct view from underneath the lights
Tokyo mosque interior...
MasyaAllah, aku rasa apa yang aku nampak ni akan terpahat dalam memori aku, dan mungkin akan masuk ke dalam mimpi-mimpi aku lepas ni... magnificent and brilliant it is, Subhanallah, Alhamdulillah...
Ada tangga spiral seperti dalam sebuah kapal layar yang besar kat bucu masjid ni, naik jap tengok apa ada kat tingkat 3 pulak...
Ada seni tulisan khat di dinding aras 3 masjid Tokyo, cukup cantik...
View of Tokyo mosque interior from 3rd level...
View of Tokyo mosque's dome from 3rd level...
Hai', selesai bahagian masjid Tokyo yang teramatlah indah ini. Setelah selesai solat dan berehat di masjid sekejap, kami pun naiklah bas semula dan terus menuju ke Fresa Inn hotel, yang terletak di Kamata, Tokyo. 

Ni bukan hotel tu, ni bangunan menarik yang aku nampak dari atas bas, on the way to Kamata. Setelah diteliti bangunan ni (bas tengah berhenti jap sebab traffic jammed sikit), tu bukan bayang-bayang pokok kat bangunan tu, tu adalah tiles yang ada gambar pokok... huyooo~
Usha lagi bangunan ni... memang kepingan tiles ler... huyyooo~ X3
Lepas tu kan, aku usha kereta yang turut tengah berhenti kat sebelah bas ni, betul-betul kat sebelah bawah tingkap aku. Aku nampak apa tau? Ada seorang pakcik Japanese ni, yang drive kereta tu la, dia tengah dok asyik membaca komik/manga sambil curi-curi tengok jalan dah clear dari jem ke belum... aku takdak la nak snap picture pakcik tuh (ya aku hormat privacy orang lain dalam bab photography), aku pun mengusha la manga tu dari tingkap bas ni, nak tau jugak la genre apa yang dia tengah baca tu... tengok gaya macam genre.............. shounen, cerita pasai budak sekolah main baseball, innocent dan kawaii je lukisan manga tuh... kekeke... (hoi hoi, korang dok ingat apa tadi hah?) ;p

Dinner kat restaurant Arab di Kamata (lupa pulak nama dia), tak jauh dari Fresa Inn, jalan kaki je dalam 2 minit ke kiri dari hotel tu, dah sampai restaurant ni. Ahh baru perasan, aku lupa nak snap picture hotel tu laa, huhuu...
Lepas makan malam, aku jalan-jalan sikit sekitar Kamata dengan kawan2 baru aku, brrrr sejuk oh angin malam Tokyo, awal2 tadi aku dah pakai jacket sweater tebal aku, lega sikit... oh ni pokok bunga Magnolia ;3
Vending machine minuman ringan kat Kamata...
Owh, ada tempat yang tak dibenarkan bawak basikal...
Rilakkumaaa... ramainya, hahaa~ ;3
...dan seterusnya aku singgah masuk 7-11 yang ada kat Kamata ni, lalu mengusha manga collection yang ada dijual kat sini, perghhh tebai no manga original depa, kalau ada versi English scanlated, nak jer aku beli sebijik dua... huhuu ( -___- )...
Haiiii' setakat ini saja entry Tokyo aku untuk hari pertama, nantikan part 1 bagi hari ke-2 aku pulak nee, akan disiapkan dalam masa beberapa hari akan datang desu~...harap anda telah berasa terhibur (walaupun sedikit) dengan "kisah pengembaraan" hari pertama aku di Nippon nih, sekian jumpa lagi~ ;3

°˖ ✧◝(○ ヮ ○)◜✧˖ °

~*Previous*~
Tokyo trip, Day 1 (part 2) - Imperial Palace and Asakusa
Tokyo trip, Day 1 (part 1) - Tsukiji Honganji Temple and Ginza Fish Market

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...