Click Me Plzzzz

Sunday, June 22, 2014

Tokyo trip: Day 4 (part 1)

Salam ceria (dan panas) Ahad buat semua readers dan followers blog aku sekalian, mesti ada di antara korang yang masih demam "FIFAH" lagi sekarang nih kan? Aku tengok FWC 2014 gitu-gitu aja... kepada pasukan yang menang setakat ni, tahinah tahniah aku ucapkan, kepada yang tidak begitu bernasib baik, janganlah digelakkan/"boo"kan dorang tu, tak baik woo... menang kalah tu adat permainan, dalam sports ni kenalah bersikap "sporting", bukan?
 
 ƪ(˘⌣˘)ʃ

Oklah, entry ni bukan berkenaan bola sepak, aku nak sambung cerita pasal trip aku ke Tokyo Disneyland pada hujung Mac yang lepas. Kewl jugak la tempat ni, tapi aku bukan kaki Disney (not anymore la, masa zaman budak-budak dulu ya la, hahah~), so aku takdak la rasa euphoric ka apa bila tengok Disney characters, castles and stuff kat sini, just enjoying the day while reminiscing my childhood Disney fantasies sikit-sikit~ ;3

Okeh, first of all kena menapak pi beli commuter pass monorail dulu, 450yen untuk ke Tokyo station dari Kamata station...
Beli commuter pass kat sini, 450yen (one way) ;3
Dah beli, time to board the monorail dan berasak-asak terpenyek macam sardin kat dalam commuter tu (redho je laa, pengalaman)...
Perghhh... memang sesak gila mula2 tu, lepas dah lalu dan berenti kat beberapa stations, baru la clear sikit...
Sempat aku snap interior adverts kat dalam ni sebelum kena jeling dengan mamat nippon mana ntah, oklah aku simpan hp/camera aku sekarang... gomennasai (sorry)~ X3
Haa barulah boleh bernafas dan duduk sikit... orang ramai dah turun kat station mana ntah tadi... Oimachi kot...
Dah nak sampai Tokyo station yang bebetul stop kat Disneyland, sempat snap pic pemandangan dari dalam commuter dulu... cuaca cun hari nih~ ;3
Ok dah sampai di entrance Tokyo Disneyland, welcome~ ;3
Menapak ke entrance, hah bangunan yang tu ialah Disney Resort, hotel untuk orang yang gila kaya dan tak tau nak buat apa dengan duit dorang...
Kat sini kena verify ticket dulu untuk masuk Disneyland (6200yen - 1 day passport), lepas tu dapat map dan boleh main semua game yang ada kat sini seharian... nak tau lebih detailed pasal Tokyo Disneyland, klik SINI...
Cuaca nampak panas dan cerah saja kan? Tapi tetap rasa sejuk, walaupun harinya terang benderang sampai kulit boleh kena sunburn... fushigi desho? (mysterious right?)... angin nippon cukup sejuk... brrrr~ X3
Ok, dapat usha Disney Resort yang khas untuk orang kaya tu lagi, dengan lebih dekat... aku sempat sembang dengan Mr. tour guide pasal resort ni, dia bagitau harga untuk spend a night kat situ untuk bilik suite yang paling mewah, "Ringgit wise, it costs around 18,000 ringgit"..., pastu aku jawab, "Sou?? Takai'n desu yo ne~", ("Really?? Expensive isn't it~"), pastu dia angguk2 dan jawab, "Sou sou, takai desu" ("Yes, yes, it is expensive")... gila ah! RM18k untuk tido semalam kat situ dalam bilik paling top, anak bangsawan, konglomerat atau dato' yang kaya raya saja mungkinlah kot, geng yang obsessed dengan Disney... hahahah. Aku saja2 check room rates kat situ, saja tengok bilik paling economy pulak harganya berapa (sekadar curious), tengok2... oh, mahai gak weh, nak dekat RM1.3k... wahkaka, no way man...
Ok, abis story pasal resort tu, masa untuk explore Tokyo Disneyland secara menyeluruh (lah sangat, hahaa)...
Oh apa itu? Cinderella's castle? ;3
Jom masuk ke dalam Prince Charming's castle~ ;3
Cunlah castle nih, walaupun bukan castle yang real... tapi awesome lah~ X3
Snap angle landscape pulak... nice architecture~ ;3
Dekat luar castle ni ada pond garden ^^
Nak masuk castle ni kena beratur, ramai jugak yang nak tengok apa ada kat dalam sini...
Tengah beratur lagi, snap snap dulu keadaan sekeliling... cun mural tu ;3
Okeh, dah makin menghampiri pintu masuknya... ramai jugak pungunjung hari ni (sebab esoknya tu nippon sales tax sudah mula naik, dari 5% ke 8%... huhuu, kira hari ni last day untuk enjoy harga tiket yang biasa sebelum kenaikan). Yes, real life isn't a fairytale... life goes on...
Tengok chandelier kat ruang menunggu dulu sebelum boleh naik lift untuk ke tingkat atas, kena beratur lagi... hahaha... oklah, nanti aku sambung lagi ne~ ;3

Okies, aku stop sini dulu ne~... seterusnya bersambung di entry Day 4 (Part 2) pulak, yang akan muncul di bloglist atau dashboard anda (or not, haha, izinkan aku untuk syok sendiri lagi di sini) dalam masa beberapa hari akan datang, o-tanoshimi ni~ (look forward to it)~ ;3

ヾ(@⌒ー⌒@)ノ

~*Previous*~
Tokyo trip, Day 3 (part 4) - Harajuku 
Tokyo trip, Day 3 (part 3) - Shinjuku Gyoen Park (sakura)
Tokyo trip, Day 3 (part 2) - Odaiba (part 2)
Tokyo trip, Day 3 (part 1) - Odaiba (part 1)
Tokyo trip, Day 2 (part 3) - Gotemba
Tokyo trip, Day 1 (part 3) - Tokyo mosque and Kamata
Tokyo trip, Day 1 (part 2) - Imperial Palace and Asakusa
Tokyo trip, Day 1 (part 1) - Tsukiji Honganji Temple and Ginza Fish Market

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Monday, June 9, 2014

Tokyo trip: Day 3 (part 4)

Salam ceria Isnin (tak mau Monday blues) buat semua readers dan followers blog aku sekalian, semua sihat? Kat Perlis ni sedang kepanasan dengan bahang mentari yang terik, kalau sidai baju kat luar, perghhh... kejap jer kering, crispy and warm gitewww... hahaa, petang-petang cari ais kacang, atau pun buat sendiri jer terus, jadi ala-ala ice blended dalam gelas besar, campur dengan cincau, teh, susu pekat manis, kacang dan buah kabung... slurppp, menyegarkan... hahah~ ;3

Ok enough about hot weather and ais kacang, seperti yang telah dijanjikan di entry yang lepas, sambung cerita pasal Harajuku. So right after going for hanami (flower viewing) in the rain, we headed straight to Tokyo Mosque again (for Zohor and Asar), and after that we went to Harajuku, where we got to shop again (mostly window shopping, LoL) and helped ourselves to Doner's Halal Chicken Kebabs. 

Level 2 of Tokyo Mosque, kat 'pondok' tu ada tangga marmar untuk ke level 1, kena turun dari situ untuk pergi ke tandas dan tempat untuk ambil wuduk ^^
Tengok gambar area ni nampak macam boleh buat 'Kad Raya' kan? Ada ciri-ciri 'Hari Raya' di situ.. heheh ;3
Dari level 2 ni boleh skodeng parking lot masjid ni, ada pokok sakura yang sedang berkembang mekar... masa 1st time datang ke masjid ni 2 hari lepas, sakura kat sini masih tak bloom, tapi hari ni... hah sakan dia bloom, layannn~ ^^
Sakura kat masjid Tokyo... tak jemu la belek sakura nih~ ;3
Usha sakura chan dekat sikit lagi, pasni tak tau lagi bila la boleh nak skodeng sakura lagi... X3
Ok dah dah, masa untuk ke Harajuku pulak... matane, sakura chan~ X3
Jumpa lagi, Masjid Tokyo yang indah... more pictures of Tokyo Mosque HERE
Dah sampai Harajuku, tempat shopping yang agak padat dengan manusia, locals and tourists...
Merayau di sepanjang Harajuku street ;3
Sementara menunggu lampu untuk melintas jalan menyala, seperti biasa... snap2 pics kota metropolitan Tokyo dulu ^^
Oih lambat jugak lampu isyarat untuk melintas jalan ni nak menyala...
Hohoo chekidout yo... ada pintu shopping complex yang besar dan macam rupa sebuah gua...
Memang macam gua... gua ajaib yang mempunyai siling dan dinding yang bersinar-sinar serta reflektif macam cermin... heheh ;3
Hahahah... sempat lagi aku nak berkenalan dengan wooden bear yang giant dan mesra nih, dah lama dia bekerja kat kedai ni katanya... ;p
Hah ni dia Doner's Halal Chicken Kebab, owner dia seorang Arabian yang agak 'obsessed' dengan Malaysia... hahaha. Nak tau apa dia buat bila dia tau kami ni Malaysian tourists? Dia jerit slogan "1 Malaysia!", sambil buat isyarat tangan "SATU" tu, lepas tu dia pasang lagu "Semerah Padi" dengan "Gemuruh Jiwa" kuat2 dari kedai dia... dan orang ramai mula rasa hairan dan tengok ke arah kedai dia ni... aiyoyoo pacik, strategi perniagaan apakah ini, hahaa~ ("^___^)
Kebab ni harga 500yen (~RM16) sebijik, sedap dan mengenyangkan yang amat. Hehe, mesti dah ramai Malaysians pernah mai beli kebab kat sini, cayalah pacik~ ;3
Fuhhh... dah sampai hotel, agak penatlah hari ke-3 nih (banyak insiden berlaku, antaranya ribut sakura kat Gyoen Park tadi). Ni dia dinner aku, kebab ayam Doner yang ditapau di Harajuku tadi, kopi dan seaweed rice crackers yang ada logo Halal. Rice crackers ni hadiah dari tourist guide ke-2 kami yang akan guide kitorang untuk naik ketapi esok ke Tokyo Disneyland ;3

Hai' hai' minna-san (baiklah sekalian), sekian dulu story yang merangkap Day 3 aku merendek di sekitar Tokyo , tamat di part 4. Lepas ni aku ke Tokyo Disneyland pulak. Nak tau apa benda yang ada di sana selain the typical Mickey Mouse and Donald Duck? Nantikan entry aku bagi Day 4 (Part 1) pulak, yang akan muncul di bloglist atau dashboard anda (or not, haha, izinkan aku untuk syok sendiri di sini) dalam masa beberapa hari akan datang, o-tanoshimi ni~ (look forward to it)~ ;3

ヾ(。・ω・。)ノ

~*Previous*~
Tokyo trip, Day 3 (part 3) - Shinjuku Gyoen Park (sakura)
Tokyo trip, Day 3 (part 2) - Odaiba (part 2)
Tokyo trip, Day 3 (part 1) - Odaiba (part 1)
Tokyo trip, Day 2 (part 3) - Gotemba
Tokyo trip, Day 1 (part 3) - Tokyo mosque and Kamata
Tokyo trip, Day 1 (part 2) - Imperial Palace and Asakusa
Tokyo trip, Day 1 (part 1) - Tsukiji Honganji Temple and Ginza Fish Market

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...