Saturday, July 26, 2014

Salam AidilFitri 2014 (updated)~

SUASANA DI HARI RAYA - Anuar Zain & Elina
Tabber: Plain83

Tuning: standard


C             F          G             C   Am
 Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
              F         G               C    Am
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
       F             G         Em             Am
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
         F             G                 C
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

C              F            G            C    Am
 Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
            F            G            C
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Am       F        G           Em        Am
 Suasana hari raya walau di mana pun jua
           F          G                  C
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

           F  G        C Am
Kuih dan muih beranika macam
         F        G        C
Makanlah jangan hanya di pandang

           F    G         C    Am
Ketupat rendang sila nikmati kawan
        F       G        C
Penat memasak malam ke pagi

            F   G          C
Wajik dan dodol jangan lupakan
  Am          F     G      C
Peninggalan nenek zaman berzaman

            F    G          C
Asyik bersembang pakcik dan makcik
    Am     F       G      C
Hai duit raya lupa nak di beri

C             F          G             C   Am
 Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
              F         G               C   Am
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
       F             G         Em           Am
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
         F             G                 C
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

           F  G        C Am
Kuih dan muih beranika macam
         F        G        C
Makanlah jangan hanya di pandang

           F    G         C    Am
Ketupat rendang sila nikmati kawan
        F       G        C
Penat memasak malam ke pagi

            F   G          C
Wajik dan dodol jangan lupakan
  Am          F     G      C
Peninggalan nenek zaman berzaman

            F    G          C
Asyik bersembang pakcik dan makcik
    Am     F       G      C
Hai duit raya lupa nak di beri


-end-
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Okeh, demikianlah guitar chords lagu "Suasana di Hari Raya" yang telah aku tab sendiri 
mengikut kesedapan telinga aku (ear-transcribed) pada suatu ketika dahulu. Jadi, mana-mana 
yang tengah dok cari chords lagu Raya untuk digoreng dengan guitar kapok pada hari Raya 
yang bakal menjelma nanti, bolehlah anda mencuba versi chords yang aku dah transcribe ni. 
Bagi yang kurang familiar dengan lagu ni, bolehlah refer pada klip youtube berikut, original 
version of the song by Anuar & Elina.
 
 
Akhir kata, Salam 0-0 dari aku, mohon maaf sekiranya ada mana-mana posts atau comments 
dari aku selama ini yang telah berpotensi untuk menyinggung perasaan serta kalbu kalian. 
Daku ini hanyalah seorang manusia biasa yang tidak berupaya lari dari salah dan silap, yang 
dalam tidak sedar telah berkemungkinan membuahkan kebencian, kesedihan ataupun 
"kemerajukkan" di dalam jiwa raga kalian-kalian yang aku kenali mahupun yang tidak aku kenali ^^
 
Kad raya aku tak buat lagi untuk ditempek kat sini, Raya tahun ni macam takde mood untuk aku 
beraya sangat, sebab, yelah... tahun ni banyak dugaan dan kesedihan yang telah menimpa Malaysia. 
Beraya secara ala-kadar sudahlah, sekadar ikut syarat meraikan 1 Syawal setelah sebulan berpuasa. 
 
Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. 
Jya mata ne, koneko tachi-chan~ ( =^w^= ) 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
UPDATED on 2nd Syawal with kad raya versi malas... hahah,
Salam 0-0 buat you ollz~ ;3



Sunday, July 20, 2014

Sakki no furash wa gomenne! X3

Salam Ramadhan lagi buat readers dan followers blog aku yang sweet serta comei sekalian~ ;3

Okies, dalam entry aku yang lepas, aku ada mention pasal "gambar gegar", iaitu gambar yang ada kat bawah ni kan? Mana yang rasa-rasa macam lost tu, boleh refer pada entry aku yang lepas tu, okies? ^^

Talking Owl, puppet of Splash Mountain, Tokyo Disneyland...

Saturday, July 12, 2014

Tokyo trip: Day 4 (part 2) - END

Salam Ramadhan buat semua readers dan followers blogku yang baik dan comei sekalian... diharapkan semua sedang sihat dan berpuasa dengan penuh macho di sana, walaupun rata-rata sedang bercakap tentang kepanasan cuaca yang agak luar biasa sekarang ini di Malaysia. 

Baiklah, nampaknya ada permintaan untuk aku sambung entry Tokyo aku, iaitu cerita jalan-jalan di sekitar Tokyo Disneyland. Kalau ditangguh lama-lama nanti makin hilang mood pulak aku nak update blog pasal ni... hahah~ ;3

Tengah beratur nak masuk Cinderella's Fairytale castle, snap dulu gambar painting yang ada, tu konon Prince Charming dengan Cinderella la tuh...

Sunday, July 6, 2014

Ignorance is Bliss?

Salam ceria Ahad buat readers dan followers blog aku yang baik serta budiman sekalian. Kali ni aku nak kongsi satu cerita lawak (pada aku la) dengan anda semua...

Pada suatu hari, aku meng'whatsapp' member lama aku (Ina *bukan nama sebenar*) dengan tujuan untuk memberitahu dia yang aku telah menukar nombor handphone aku. Sesi dialog whatsapp kitorang berlangsung lebih kurang begini:

Aku: Salam Ina, ni aku Plain, coursemate ko dulu. Ni number baru aku, number lama tu aku terminate sebab ada masalah voicemail yang permanent, so number lama aku tu ko delete je la eh...

Ina: W'slm Plaaaain~ Weyh rindu aku kat ko! Haha.. ok kira ko dah tak pakai la number lama tu? Eh, masalah voicemail? Macam mana bleh jadi macam tu?
Aku: Aku terpaksa pi terminate ja number lama aku tu dan beli sim dengan number baru terus. Aku pi Tokyo baru2 ni, so masa aku roaming kat sana, aku kena switch off voicemail untuk avoid bill charge yang menggila kalau2 ada call masuk... bila aku dah balik ni, aku nak switch on balik voicemail, jadi sangkut terus la pulak. Aku dah dail service center punya code dan buat report semua, dorang still tak dapat nak baiki jugak. Calls yang masuk semua automatic kena tendang, nak cancel voicemail pun tak boleh, so, aku beli number baru je la senang, number lama aku tu pun dah berkurun aku pakai.
Ina: Wah, pi Tokyo tak ajak aku, cis. Eh ko pegi dengan sape? Ko pegi dengan pakwe ehhh?~
Aku: Hahah, aku mane de pakwe lorrr... aku gi sendiri2 jer, join group tour...
Ina: Elehhh, berterus terang je la dengan aku Plain, ko gi dengan pakwe kan?? Tu ko tukar number baru tu, sebab nak mengelak pakwe lama dari kaco ko kan??
Aku: Hahahah, pehal la ko nih? Macam tak kenal aku pulak. Aku mane de pakwe, berkapel pun aku tak penah. Kawan2 biasa tu ada la... dan aku bukannyer cun pon, pehal ko susah nak percaye nih? Hahah...
Ina: Ahhh! Aku tak percaye! Tak percaye! Tak cun konon, piiiirah!
Aku: LoL, ermmm sukati ko la nak percaye ape pun, asalkan ko bahagia... ;p
Ina: Ya, aku bahagia dengan apa yang aku percaya. 


*
*
*
*
*
Jackie template source: niketalk, aku cuma edit letak tudung... hahah~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

#1 Ada jugak member aku yang macam nih? Penat-penat aku explain kat dia perkara sebenar, last-last dia memilih untuk tidak mahu percaya pada fakta dan memilih untuk percaya pada auta? Dayyum... boleh tahan perangai mengusik dia nih, LoL, gaya alim tudung labuh tapi serius suka mengusik member tahap gaban, masa study sama-sama dulu pun boleh tahan suka buat kepoh, mulut boleh tahan laser... hahah rindu pulak aku nak sekeh dia sedas...  ;p

#2 Kalau setakat nak mengelak orang kacau aku, takdenye aku sampai rajin nak pi terminate number lama dan beli number baru... gila banyak jugak pihak nak kena inform bila tukar number baru... pihak bank/banks, insurance, colleagues, saudara mara, rakan-rakan, etc... pergh, tak kuasa aku saja-saja nak pi tukar number baru tanpa sebab yang kukuh... hahahah


#3 Apa yang menarik perhatian aku ialah ayat dia, "Ya, aku bahagia dengan apa yang aku percaya". Hahaha, ayat ni very catchy. VERY CATCHY maaa, nanti aku nak buat lagu raplah, guna ayat ni... LoL!


Yow, yow~
Adakah kamu bahagia, dengan apa,
dengan apa yang kamu percaya?
Walaupun ia tidak benar,
walaupun ianya auta?
Kebenaran yang membosankan,
atau juga yang memilukan, tidak perlu
kamu percaya, tidak wajar kamu terima...
Jyeahh~

Hahahah... OKlah, cukuplah aku merapu setakat nih, selamat berpuasa semua... Yow Yow, Jyeah~ XP

Jya matane, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Thursday, July 3, 2014

Salam Ramadhan~ ;3

Salam ceria Ramadhan buat semua yang beragama Islam sekalian, semua sihat? Diharapkan semuanya sedang sihat dan gigih menjalankan ibadah puasa dengan penuh macho dan taqwa... oh maaflah baru sekarang baru ada kesempatan untuk aku mengucapkan salam Ramadhan buat kalian yang dihormati serta diingati semua, salam Ramadhan al-Mubarak,1435 H.

Okay, entry kali ni berkenaan makanan yang aku jadikan juadah untuk aku bersahur. Tahun ini aku dapat merasakan yang deria rasa aku sudah sedikit sebanyak telah berubah (atau dalam erti kata lain, "buang tebiat"). Kebiasaannya aku ni takut/phobia akan makanan pedas, dan semestinya akan menjauhkan lidah aku dari spesis cili, terutamanya cili padi. Kawan-kawan yang mengenali diri aku ini pasti tahu yang aku ni jenis tak makan pedas, dan banyak kali juga aku pernah diperli mereka...,

"Hahaha, apalah hang nie, orang utara saja tapi takut pedas!! Huahahaa~". 

Namun begitu, entah kenapa, pada suatu malam aku seperti tertarik melihat segenggam cili padi hijau yang terdapat di atas meja dapur. Tiba-tiba aku rasa seperti mahu mencabar diri, dan pada waktu itu aku terasa seperti mahu memakan semangkuk meggi ayam bercampur sebiji telur ayam lembik, untuk dijadikan juadah bersahur. Tetiba aku terfikir, "Hmm, apa rasanya kalau aku masukkan sebiji cili hijau kecil ni ke dalam meggi yang sedang menggelegak di atas dapur tu? Adakah aku mampu memakannya?". Maka, demi memuaskan curiosity aku ketika itu, aku pun memasukkan sebiji cili padi hijau ke dalam meggi aku yang sedang menggelegak itu, dan biarkan ia dimasak selama beberapa saat. Bila meggi ayam sudah siap dihidang dalam mangkuk, aku cuba rasa kuahnya sedikit. Oh... ada kelainan yang jelas, dan menarik. Aku terus makan seperti biasa. Aku tengok cili hijau itu, kelihatan seperti tidak merbahaya. Aku menggigitnya separuh, dan kunyah. Hmm, pedas... tapi tidak begitu menyinga, mungkin sebab ianya telah direbus bersama meggi? Agaknya sebab itulah, sebab ianya telah dimasak maka effect singanya jadi kurang jelas.

Untuk juadah sahur bagi hari yang berikutnya, aku buat nasi goreng lembap pula. Dan kali ni aku bercadang mahu memakannya bersama beberapa biji cili hijau mentah, mahu digigit dan dikunyah cili hijau bersama nasi goreng lembap aku tu (like a pro), dan tengok apa yang akan aku alami semasa dan selepas aku makan juadah yang sebegitu rupa. 

Nasi goreng lembap versi aku, bersama cili padi hijau mentah dan tomato ceri.

Keputusannya? Hahahah, aku sudah lulus ujian kepedasan cili padi hijau. Tahniah buat diriku ini, barulah aku rasa seperti orang utara "PIOU" (pure)... kah kah kah! Tapi, aku masih memerlukan beberapa gelas air teh-0 ais untuk mengelakkan diri ini dari terlompat-lompat kepedasan seperti seekor kera yang diserang sekumpulan tentera semut api.


~*Sekian, selamat berpuasa*~


Jya matane, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

P/S: Nantilah aku sambung cerita trip aku merayau di sekitar Tokyo DisneyLand lagi, ne~ ;3