Sunday, August 24, 2014

Little Wonders :3

Salam Ahad buat semua readers and listeners yang ohsem sekalian, entri kali ni sebenarnya bertujuan untuk aku testing SoundCloud dan post HTML, maka... terimalah cover akustik picisan aku ini (old recording aku je nih, aku tengok Len Inouie suka betoi dok guna SoundCloud kat blog beliau, maka aku pun cam curious nak try testing SoundCloud kat blog ni... hahah). Well, if you're familiar with Matchbox20, you should know who Rob Thomas is... Jya mata-ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Wednesday, August 20, 2014

Monday, August 18, 2014

Bloody Unko?? ):O

Salam Monday blues buat anda semua yang budiman sekalian... aku di sini sedang sihat-sihat saja Alhamdulillah, walaupun tajuk entry ini bunyinya agak menakutkan (bloody unko/stool = tinja berdarah). Tajuk ni tiada kaitan dengan keadaan semasa aku. Aku tetiba boleh teringat pasal sesuatu yang berkaitan dengan unko setelah aku terbaca entry blog cEro: Unko dan Aiskrim. "Unko" itu bermaksud "najis" dalam bahasa Jepun.

Unko dan Kurma??! Ishh, kenapa aku nak bandingkan najis dengan kurma pulak ni?? Dah la aku letak gambar kurma ni besar gedabak pulak tu (aku dah ubah template blog ni, so aku dah boleh pilih option X-large, heheh). Sebelum korang nak marah aku kerana menulis perkataan najis dan buah yang baik ni dalam satu ayat yang sama, baca dulu entry ni sampai habis okeh? ;3... Pic. source: ummuhabib (photobucket)


Haaa, seperti mana yang kebanyakan orang ramai sudah tahu (terutamanya umat Islam), buah kurma ini mempunyai banyak khasiatnya. Akan tetapi, dalam banyak-banyak khasiat dan kebaikan buah kurma, tidak ramai pula yang tahu akan satu fakta kelebihan memakan buah kurma yang ni: 

"Buah kurma boleh menghentikan masalah tinja berdarah, iaitu dalam bahasa Inggerisnya, bloody stool".

Ya, kalau anda sedang atau tiba-tiba mengalami masalah berak tinja berdarah, sama ada ianya menyakitkan atau tidak, usah bimbang dan pasrah lagi. Jawapannya ada pada buah kurma. Makanlah 3-4 biji buah kurma dulu sebelum anda panik, kemudian tengoklah sama ada anda masih mengalami tinja berdarah atau tidak the next time you shit take a dump. Sekiranya kurma masih tidak dapat menyelesaikan masalah kesihatan anda itu, sila pergi berjumpa dengan doktor pakar usus untuk mengetahui apakah masalah sebenar yang sedang dialami oleh usus besar anda. Masalah tinja berdarah ini kebiasaannya hadir disebabkan oleh faktor tabiat pemakanan yang tidak sihat serta kekurangan serat. Mereka yang tidak suka memakan sayur-sayuran dan buah-buahan sangat cenderung untuk mengalami masalah tinja berdarah, maka, jadilah manusia yang mengambil berat akan kesihatan badan anda sendiri, dan makanlah sayur-sayuran serta buah-buahan berserat tinggi dengan lebih kerap. 

Kalau suka makan kurma, baguslah... aku tak suka sangat makan kurma, bulan puasa saja aku makan sebijik dua... nasib baiklah aku ni jenis suka makan sayur-sayuran, tapi kalau terjadi jugak masalah tinja berdarah, memang aku akan cari kurma jugaklah, terbukti mujarab... LoL

Jya mata-ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )