Click Me Plzzzz

Sunday, October 26, 2014

Entri Tulis Tangan...


*************************

Dah join Contest GA #2: Isi Buih-Kata Komik #2 aku belom? Contest akan tamat pada 10 Nov 2014, join jangan tak join~ ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Sunday, October 19, 2014

Burger, bege, baagaa... bargirl??

Salam ceria weekend buat semua readers and followers yang comei-comei dan suka makan tapi malas memasak lantas menggunakan alasan famous "i am too damn busy to cook!" LoL sekalian... semua sihat? Dah join CONTEST GA #2!! aku belum??? Cepatlah join sementara masih ada masa ni, contest akan tamat pada 10 Nov 2014 huhuu~ X3

ヽ(*≧ω≦)ノ"

Baiklah, entri makanan datang lagi. Kali ini mari kita berdiskusi secara intelektual (-lah sangat) berkenaan makanan barat yang sememangnya sangat popular di serata pelusuk dunia, iaitu si BURGER, yang mana ianya termasuk dalam kategori fast food, iaitu makanan cepat siap.

Ini adalah burger versi aku, beef burger with extra veggies and some mini sausages.

Sepertimana yang kalian boleh lihat dalam gambar di atas ini, beginilah susun-atur (sounds intellectual? LoL) burger aku, yang mana ianya boleh dijelaskan ke bentuk ayat seperti berikut (bermula dari bawah dan ke atas): bun (bottom) - butternut lettuce - mayonnaise - beef patty - cheddar cheese - tomato slice - chilli ketchup - white pepper powder - bun (top). Kadang-kadang aku letak dried parsley, hirisan buah avocado, atau caramelized onion rings di atas hirisan tomato, mengikut mood semasa dan juga availability of ingredients. Kalau aku rasa nak buat sos sendiri, aku akan bikin sos sendiri yang special. Daging burger yang biasa aku guna ialah dari jenama Ramli atau Saudi (ini bukan iklan). Antara burger daging ayam dan burger daging lembu (daging bermaksud meat, bukan beef), when it comes to eating a burger, beef burger is the best. Bagi aku juga, burger akan jadi lebih sedap sekiranya roti bunnya di-toast sedikit terlebih dahulu (preferably buns with sesame seeds on top). Korang suka kalau letak nenas panggang (caramelized pineapple) atau telur ayam benjo ke dalam burger korang? Oh, sorry, not my style... hahah~ ;3

Pada aku, burger ialah sejenis fast food yang agak menyihatkan (sekiranya terdapat banyak sayur-sayuran dan buah-buahanlah (tomato is a fruit, and so is cucumber), dan daging segar digunakan instead of the usual processed meat). Tapi kalau daging segar digunakan, burger bukan lagi sejenis fast food... hahahah (boleh nampak justifikasi di situ yang menunjukkan fast food itu tidak menyihatkan... processed meat ada preservatives, supaya boleh tahan lama dalam peti ais tu). Sebab tu, bila aku bikin itu burger, aku akan cenderung untuk letak banyak sayur dan buah... Apa? Cheese itu tidak baik untuk kesihatan dan menggemukkan?! Cis, cheese itu merupakan sumber calcium yang baik tahu? Letak satu tak apa, jangan letak sampai 2 atau 3 sudah. Apa? Kenapa makan sausage juga? That's another form of processed meat! Shushhhhh, sekali sekala tak apa... kan aku ada tambah tomato ceri dan timun Cameron tuh? LoL (alasan)~ X3


And, don't forget to exercise regularly! Amalkan minum teh-0 kurang gula campur sedikit madu asli dan serbuk kayu manis, kasi bakar itu lemak dan turunkan cholesterol level dalam darah. Bab ni, nanti aku cerita kat dalam entri kesihatan pulak, kat sini kurang sesuailah... hahah~ X3

And also, don't forget to join my CONTEST GA #2!! and stand a chance to win a customized T-shirt from meh, Plain sama san!! Contest ends on 10th Nov 2014!!! Meheheheh~ XD 

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Monday, October 13, 2014

Contest GA #2: Isi Buih-Kata Komik #2!!!

Salam ceria Monday blues buat readers and followersku yang baik serta comei belaka sekalian~ Baiklah... seperti yang telah diwar-warkan pada entri yang sebelum ini............,

Nahhh, ini dia! Contest GA #2!! yang berbentuk "sila isikan buih-kata (speech bubble)" dalam komik pendek 2-panel yang aku lukis khas untuk tujuan contest ini~ :D 

~Banner Contest~

Tak susah pun contest nih (serious tak susah ;p), anda perlu save image komik kat bawah ni, isikan dua speech bubbles kosong tu dengan dialog sengal lagi kreatif anda sendiri (sila rujuk pada syarat-syarat di bawah), dan seterusnya publish kat blog kalian. Jangan lupa save image banner contest ini sekali, kendian linkkan banner tu ke entri ini sebelum publish entri kalian okehhh~ ;3


~Syarat-Syarat~

1. Anda kenalah ada blog sendiri (yang tak private), dan follow blog ini~ ^^
2. Anda mesti ada akaun Blogger, Wordpress atau Tumblr. Anonymous?? Maafkan aku yer~ ^^
3. Buat satu entri khas untuk contest ini. Tempelkan banner contest yang ada di atas ni ke dalam entri anda, linkkan ke entri ini, ingat... ke ENTRI INI tau, bukan link ke blog secara umum ^^
4. Isikan speech bubble komik di atas dengan ayat mengikut kreativiti anda sendiri, dan tempelkan ke dalam entri tersebut. Sekiranya kalian isi dengan tulisan tangan dan scan, pastikan tulisan tu boleh dibaca dengan mudah. Bersempena dengan konsep blog ini yang chillax (chill + relax), dialog yang paling menarik, lawak dan sengal akan ada harapan tinggi untuk menang ^^
5. Bahasa untuk dialog? Gunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (Manglish pun boleh). Hanya 3 "bahasa" ini sahaja yang dibenarkan untuk contest ini. Oh ya, tak boleh tambah speech bubble extra ya, hanya boleh isi ke dalam 2 speech bubbles yang telah diperuntukkan saja ^^ 
6. Dialog yang menyentuh sensitiviti masyarakat secara melampau, kaum dan agama, berunsur politik melampau, lucah dan apa-apa yang tidak sepatutnya, akan terbatal penyertaannya secara otomatis, tidak akan dimasukkan ke dalam link penyertaan terus ^^ 
7. Kalian mesti post link entri kalian di ruangan komen kat sini sehabis-lambatnya pada 10 November 2014 sebelum 12.00 tengah malam itu (tempoh contest: 4 minggu). 
8. Pemenang akan dipilih berdasarkan entri terbaik, dan semestinya memenuhi syarat. Keputusan adalah muktamad. Sebarang bentuk bodekkan atau kipas-mengipas tidak akan dilayan sama sekali (hahaha). Untuk bersikap lebih adil, jumlah total entries bagi contest ini perlulah mencapai sekurang-kurangnya 10 penyertaan pada saat tamatnya contest ini. Sekiranya jumlah peserta tidak sampai pun 10 orang, contest ini akan terpaksa dibatalkan (atau dilanjutkan tempoh contest huhuhuu~) 

~Hadiahnya pula?~

3 peserta dengan entri yang terbaik akan memenangi sehelai T-shirt setiap seorang (pilihan warna: hitam/putih/kelabu), yang mana T-shirt ini akan mempunyai print-design yang telah direka khas oleh aku, bertemakan contest ini. Tiada istilah johan, naib johan dan pemenang tempat ke-3. Three best contestants will get one T-shirt each~ 

Para pemenang perlu pilih antara 3 warna ini, dan bagitau aku saiz baju kalian (email me at yehaa04[at]yahoo[dot]com)~

Untuk semua yang menyertai contest ini (tak kira menang atau kalah), aku akan follow blog kalian. Mana yang aku dah follow tu, aku akan selalu-selalu la jenguk kalian nanti yer, hahah ^^ 

P/S: Aku tak retilah nak print sendiri T-shirt.... silk-screen ka, heat-press ka, semua tu memang aku tak tau... maka aku cuma design grafik saja dan seterusnya deal dengan saudara Rizal Paperbag Head yang ohsem untuk handle job shirt-printing, like a pro! (Timakacih bro for agreeing to be my ohsem shirt+printing supplier! Tri-Globe Art Studio rules! I'm counting on you~) X3

(ノ>▽<。)ノ

 ~Senarai Peserta~


)))**...TAMAT SUDAH...**(((

Arigatou for joining minna-san!!! 

)))UPDATE!!!(((
Keputusan para pemenang (3 orang) ADA DI --> SINI!!! XD

Jya matane, koneko-tachi chan~ ( =^w^=)

Monday, October 6, 2014

Misi Mencari Instant Coffee yang Sedap...

...Akhirnya Berakhir dengan Ini...

Gold Eagle, 3in1 Instant Coffeemix... ini BUKAN entri iklan yer~ ;3
 Setelah mencuba beberapa jenama kopi segera yang agak mengecewakan deria rasaku (huhuu~), aku rasa aku sudah menjumpai pengganti kopi zionis neskepe yang baik, finally. Kopi Gold Eagle ni bagi aku, nice smell (no strong smell semasa membancuh, which is a plus point bagi kopi ni compared to neskepe), tak manis sangat macam kebanyakan jenis instant coffee yang lain, dan flavor kopi ni kira OK lah, boleh dikatakan agak sedap (bagi akulah)... dan aku somehow dapat merasakan yang kandungan caffeine kopi ni tidak begitu kuat.

Ahhh~ Kopi ais, really makes my day~ ;3

Sekali lagi, ini bukan entri iklan (LoL)

~Selamat Hari Raya AidilAdha 1435H~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

)))Important Announcement!!(((

Entri selepas ini merupakan entri CONTEST! XD
Ingat lagi tak dulu aku pernah ada menganjurkan contest ISI BUIH-KATA KOMIK???
Maka, dengan sukacitanya aku nak bagitau anda semua, aku akan menganjurkan contest ISI BUIH-KATA KOMIK#2 pulak, dengan hadiah kali ini merupakan T-shirts exclusive yang mempunyai design print yang direka oleh aku sendiri, bakal dirembat oleh 3 orang peserta dengan entri terbaik!~

(ノ≧∀≦)ノ"

Nak tau lebih lanjut berkenaan contest aku yang akan datang ni? Tunggu saja next entry blog ini hokeyhh, tunggulah dengan semangat yang membara untuk memerah otak anda nanti! XD
Ada yang berminat nak jadi co-sponsors untuk memeriahkan lagi contest ini? Boleh sangat, email me at: yehaa04[at]yahoo[dot]com

Sekian dulu pengumuman, o-tanoshimi ni! (look forward to it!)~

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Wednesday, October 1, 2014

Jom try buat nih - Takoyaki (picnic version)

Salam ceria 1st October buat semua readers yang ohsem and fun sekalian, baiklah... entri kali ini adalah berkenaan makanan Nippon yang sangat popular. Semua kenal dan tahu apa itu Takoyaki? (っ˘ڡ˘ς)

My Takoyaki (aku letak inti squid je la (ika), sebab tak jumpa octopus (tako)... huhuu~) X3

~Bahan-bahan dan Perkakasan~

*Bahan-bahan untuk batter Takoyaki*
Tepung gandum - 1 cawan
Tepung jagung - 1.5 sudu besar
Air - 2 cawan
Telur ayam - 2 biji
Kicap cair - 1 sudu besar
Serbuk ayam (chicken stock)1 sudu kecil
Minyak masak - secukupnya untuk minyakkan pan Takoyaki

*Bahan-bahan untuk inti Takoyaki*
daun bawang merah - secukupnya, dipotong kecil
sotong (atau sosej) - secukupnya, direbus dan dipotong kecil

*Bahan-bahan untuk hiasan akhir*
Katsuobushi (dried tuna shavings)
Mayonnaise 
Worcestershire sauce 
Seaweed biasa (kalau boleh cari aonori, memang terbaiklah...)

~*recipe ini telah diubahsuai dari SINI*~

*Perkakasan yang diperlukan*
Pan Takoyaki
Berus makanan tahan haba
Chopsticks kayu
Mangkuk besar
Penapis (untuk mengayak tepung)
Pemukul telur

Cara-cara membuatnya?~ 

1. Pukul telur ayam bersama air dengan pemukul telur sehingga sebati. Masukkan kicap cair dan serbuk ayam ke dalam sebatian.
2. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung (atau tepung kentang) ke dalam sebatian tadi. Pukul sehingga sebati. 
3. Panaskan Takoyaki pan di atas dapur dengan api yang kecil. Sapukan permukaan pan dengan minyak masak menggunakan oil brush tahan haba (boleh gunakan sudu diikat dengan kain muslin bagi menggantikan oil brush tahan haba, ataupun guna tisu dapur dan chopsticks saja, pun boleh...). 
4. Seterusnya? Sila lihat video di bawah ni untuk mengetahui teknik membuat Takoyaki tahap sesiapa pun boleh buat, heheh. *Dalam video ni cara bancuh batter Takoyaki dia agak cincai, takde tapis tepung dan pukul telur bersama air terlebih dahulu sebelum masukkan tepung macam aku buat. Boleh juga nak ikut cara video ni, tapi kurang smooth la hasilnya nanti ^^

Having problems viewing this video? Click HERE please~ ;3

Okeh, begitulah caranya nak buat Takoyaki... hai', douzo meshi agare~ (ok, silakan makan~)
( ノ^ω^)ノ゚

Ini rupa Takoyaki aku tanpa hiasan... boleh jugak kalau nak makan macam ni ^^
Tapi aku suka makan macam nih, letak mayonnaise dan sos buatan sendiri (kalah sos Worcestershire woo... heheh, perasan!), seaweed, dan katsuobushi ... omnomnomnom~ ;3
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*
*
*
*
*

Okeyhhh... so, baru-baru nih aku ada bikin Takoyaki pikuniku (Takoyaki picnic) with two of my great and ohsem friends!~ (〜 ̄▽ ̄)〜

Barang-barang aku untuk bikin Takoyaki kat laman rumah bersama kawan2ku yang ohsem, siap sedia! Hehee~ XD
...and the fun begins! hahah... best betoi bila ada mobile gas stove nih, murah jer, beli kat Borong Din... hahah~ Gambaq jadi tak clear sangat sebab time nih dah petang sangat dah, dan cuaca pulak nak hujan maka pencahayaan jadi kureng... huhuu~
First batch Takoyaki dah siap... arghh picture jadi blur sebab lighting dah mula jadi kureng betoi time nih, dan lightning pulak yang mula muncul... hahah, ya, kilat! Nasib baik ada bumbung, lepas tu hujan turun... LoL
...dan, ini dia manusia2 yang terlibat dalam Takoyaki pikuniku petang itewww~ X3... Well, never mind the awful lighting and unfavorable weather... yang penting, we had a great time that evening, tanoshikatta desu!~ XD
Ohsem friend no.1, "J", datang dengan membawa kueh pau daging dan taufoofaa... hehee~ ;3
Ohsem friend no.2, "H", datang dengan membawa puding buah (home-made taw pudingnya tu, cayalah~)... heheh~ ;3
...dan aku, si tukang bikin Takoyaki dan penyedia minuman (lemon tea Yeo's)... hahah (mai mai beli, 4 bijik RM3ribu! LoL~) *macamlah ada yang nak beli??* XP
Last batch of my Takoyaki (inti squid and beef sausage), makan sama2 sambil mendengar bunyi guruh yang suram dari jauh, dan melihat kilat yang mula muncul bagaikan lampu lip-lap... hujan pun turun renyai2... hahaha~ ;3

Wokeh, sekian dulu entri Takoyaki aku ni... selamat mencuba yeah? ( ´ ▽ ` )ノ

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...