Click Me Plzzzz

Thursday, December 31, 2015

Last entry for 2015

Okay, so it's finally that typical time of the year again where most bloggers would normally want to write or share something on their blogs, making it their "closing or final entry" for the year that has finally come to an end (lulz) ;3

Some would share their recap of the year, while others would write out their resolutions - previous and/or new ones, accomplished ones and to-carry-forward ones. And just like every other "normal" person, I've got a whole bunch of them too. I put those "personal" stuff in my digital diary though, locked in a digital locker only for my eyes to see (lulz) ;3

And so, after several minutes of pondering while listening to my collection of J-pop/rock/alternative music (consisting mostly of Asian Kung-Fu Generation, Suneohair, and Radwimps), and browsing through some random pictures taken during this year, I think I'll just post something like this for this end-year blog entry - a short, general and simple message written on a picture of a coffee flower that I've taken sometime this year.

Consider the short message as my "wish" for this coming "monkey year" - (year 2016 happens to be a year of the monkey, lulz... monkeys see me rollin' they hatin' lol sorry just had to write that down hahah!!)


I wish there will be a significant display of "less hating, and more loving" for everybody. The world (nature/humankind/our nation/our country/our community) just needs more lovin' yow, peace and no war. Hate less, love more. Try accomplishing that ;3

All the best to us all, ganbatte, atashi mo ganbarimasu ne ;3

Happy 2016. May there be less hate, and more love. 
InsyaaAllah.

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Sunday, December 20, 2015

Another quick digital-art practice


Sedang aku memegang graphic tablet sambil menghadap Photoshop CS3 untuk practice melukis sesuatu "facial expression", aku akhirnya merasa blur semacam and ended up melukis OC (Original Character) rekaan aku saja, wearing this particular expression.

Boleh dikatakan, this kind of "...oh?" facial expression is the usual everyday face that I wear almost everyday under many circumstances, since forever (I guess). Don't get me wrong though, I don't exactly look like this OC of mine, well..... hmmm... maybe around 40% similar tu mungkin ada la jugak, kot. I do have one old commando-pattern key (small head scarf) chucked away for some time now in my closet. Hahah~ X3

Maka siaplah satu quick digital sketch yang tahap separa malas nak kaler bagi nampak lebih senonoh sikit kah kah kah... Coloring digitally is something that I'm so not accustomed with, yet... nanti-nanti gua cuba lagi, dengan lebih bersemangat. Ganbatte! Hahaa ;3

>> Now I tag my art-blogger friends to draw their usual, most applied, everyday facial expression using their OCs!! Just draw one expression that you always wear, only one! <<

*Kalau korang tak nak sambut tag aku ini, korang semua dah terkena syndrome suntikan botox, masing-masing tak ada distinct facial expressions untuk mewakili different moods yang spesifik. (lulz)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
)))UPDATES(((

Mereka yang telah menyahut tag "Usual facial expression" aku ini adalahhhh; 

DEADAY
BUDOXE LEE
ZYRA ROXX
cEro
AUJINZ
LEE-KUN

Yosh, now click on their names above to view their cool artworks. These people are now officially my awesome art-blogger friends ;3
 
Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Wednesday, December 9, 2015

Sambungan Perang Pentas BOTK

For larger viewing, right click image and open in new tab ^^

Bagi anda yang kurang faham akan cerita komik pendek aku ini, ini adalah susulan daripada PERANG MEREBUT PENTAS PROMOSI BOTK - BuasirOtak the Komik. Aku pun tidak mahu ketinggalan dalam "peperangan" ini. Meheheheh~ X3

Apa? Nak recipe korokke aku sekali? Boleh boleh, pergi skodeng kat SINI. Yang ni tak ada isi ubat tidur punya, jangan risau... X3

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sokonglah karya komik indie tempatan, dapatkan trilogi BOTK (BuasirOtak the Komik) sekarang, selagi stok cetakan masih ada! XD

http://buasirotak.blogspot.com/2015/11/buasir-otak-komik-reloaded-revolution.html

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Wednesday, December 2, 2015

Sempena Hari OKU Sedunia

Salam Disember buat semua readers yang baik hati serta budiman sekalian, tujuan entri ini ialah untuk menghebohkan event seperti berikut:  

OKU BERDOA - Event of the year, sempena hari OKU sedunia. 
Majlis ini akan diadakan pada 5 Disember 2015 (hari Sabtu), jam 8pm - 11pm, bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

https://ms-my.facebook.com/YayasanFAQEH
 Boleh klik pada poster event di atas untuk maklumat lanjut. Satu lagi peluang untuk kita membuat dan menambah pahala, InsyaAllah :)

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Monday, November 23, 2015

Penghujung 2015 yang suweeet~ :D

Salam langit biru bebas jerebu buat semua warga Malaysia sekalian ;3

Tahun 2015 ni merupakan tahun yang sungguh sweet and memorable buat aku dan geng bloggers/pelukis amateur yang join melukis serta menjayakan projek komik Buasir Otak, BOTK - Buasir Otak the Komik. Komik yang pertama telah diterbitkan dan dijual dengan jayanya pada bulan Januari, dan kali ini di bulan November pada tahun yang sama, blog Buasir Otak mempersembahkan komiknya yang ke-2 iaitu BOTK: RELOADED dan juga yang ke-3, BOTK: REVOLUTION, serentak! Sungguh rajin dan berdedikasi sekali Prince of Noob dalam memainkan peranan pentingnya selaku pengasas, team leader dan juga main editor dalam merealisasikan projek komiknya ini! *Tepuk tangan, tepuk tangan* X3

http://buasirotak.blogspot.com/2015/11/buasir-otak-komik-reloaded-revolution.html

Untuk maklumat lanjut serta tempahan BOTK vol.2 (Reloaded) & 3 (Revolution) ini bagi mereka yang berminat, mohon klik pada imej BOTK covers di atas. Komik-komik ini dihasilkan secara indie, maka printed stock adalah terhad, siapa cepat dia dapat! X3

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AWESOMENESS!!!~ X3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Wednesday, November 11, 2015

WordlessWednesday #19 - Found my long lost treasure, the SPIROGRAPH!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Tuesday, October 20, 2015

Mini GA Contest: Cari Perbezaan dalam Lukisan

Salam 'jerebu kembali melanda' buat semua kawasan yang terlibat... huhuu~

Baiklah, kali ni aku mahu anjurkan sebuah 'mini giveaway contest' yang simple saja. Hadiahnya juga simple saja, sedikit souvenirs dari Padang Besar yang berupa keychains dan fridge magnets. 

Okeh, syarat-syarat Mini GA Contest ini mudah gila. Bagi yang berminat untuk join, anda cuma perlu:

1. Follow this blog. I'll follow your blog too if you have one.
2. Perhatikan 2 buah lukisan suasana kedai runcit old-school yang tipikal di bawah, dan cari perbezaan di antara kedua-dua buah lukisan aku tersebut.


Okeh, sekarang, lihat bagaimana lukisan yang di bawah ni berbeza dengan lukisan yang di atas tu.


3. Komen aje di ruangan komen entri ini menggunakan id blogger anda, beritahu aku berapa banyak perbezaan yang kalian boleh kesan di dalam imej yang second tu, dan beritahu je perbezaan tu ada di mana, atau apa dia. Contohnya: Ada 3 perbezaan. 1-Botol. 2-Ada anak alien di atas meja kaunter. 3-Balang gula-gula. 
4. Tiga(3) orang pertama yang berjaya meneka jawapan dengan tepat akan mendapat hadiah souvenirs dari Padang Besar seperti berikut, mengikut turutan masa komen-komen mereka ditaip pada ruang komen:


*Note: Sebab apa aku offer souvenirs dari Padang Besar, dan bukan dari Tokyo? Maaf, souvenirs from Nihon aku cuma tinggal satu je, yang lain (tidak termasuk yang aku punyalah, hahah) dah selamat diberikan pada sanak saudara serta rakan-rakan IRL (*in real life) aku. Tidak adil dan saksama pula rasanya jika aku turut offer souvenir Nihon yang tinggal satu tu je di dalam Mini GA contest ni, hihuu ^^;

Baiklah, selamat mencuba pada yang berminat. Kalau ada bahagian mana yang kurang jelas atau mengelirukan, jemputlah bertanya di ruang komen. Mini GA contest ini akan berakhir apabila 3 orang pemenang telah dikenal-pasti. Hadiah nanti akan dipos menggunakan Pos Ekspres pos biasa (bersetem). All the best, Ganbatte kudasai! X3

~**UPDATE**~

Maka dengan ini, MINI GA Contest ini sudah pun TAMAT dalam masa sehari saja setelah 3 orang pemenang telah pun dikenal-pasti. TAHNIAH kepada pemenang utama Yumida Huda, pemenang tempat ke-2 Zyra Roxx, dan pemenang tempat ke-3 cEro. Mohon kalian emel pada aku butiran-butiran berikut: Nama, Alamat dan No.H/P diri sendiri, atau wakil yang boleh tolong sampaikan hadiah-hadiah ini pada kalian, untuk aku isi maklumat berikut pada sampul Pos Ekspres pos biasa (bersetem) nanti. Email me at yehaa04[at]yahoo[dot]com, kendian datang sini semula (logged in your blogger id) dan reply je pada komen kalian, taip "SUDAH EMEL" supaya aku tahu sememangnya kalianlah yang dah emel pada aku tu, bukan mana-mana anonymous troller ;3

*Pos Ekspres sudah tidak membenarkan barang bukan dokumen dipos menggunakan perkhidmatannya, walaupun ianya hanyalah sekadar keychain/fridge magnet yang mana berat totalnya tidaklah sampai 100gram pun. Kalau cuba pos juga, dimaklumkan bahawa ada risiko untuk penghantaran pos tersebut tidak akan dilaksanakan seperti yang kita harapkan. Harap maklum. Huhuu~ ( "-___-)...

Sekian, TERIMA KASIH diucapkan kepada semua yang telah menyertai! *pops confetti di dalam jerebu* XD 


Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Saturday, October 3, 2015

Merendek Padang Besar di kala petang...

Salam Oktober yang masih berjerebu buat semua warga Malaysia sekalian huhuhu...

Petang semalam aku telah pergi merendek ke Padang Besar sekejap bersama mak saudara dan dua orang sepupu aku yang ohsem. Dah lama jugak aku tak pergi merendek sana, curious jugak aku nak tengok apa perubahan yang telah berlaku di sana sejak kali terakhir aku ke sana (entah tahun bila, aku dah tak ingat), maka aku pun join sajalah aktiviti dan misi diorang mencari pokok-pokok orkid baru serta makanan-makanan sedap yang special di Padang Besar itu. 

Dah sampai Padang Besaq. Aku tak bawa digicam aku sekali, maka aku snap pics guna smartphone aku saja.
Sampai sini dah boleh rasa macam berpijak di bumi Thailand. Para peniaganya mostly Siamese and Siamese Muslims yang rancak bersembang dalam bahasa Siam. 

Belek-belek keychains sikit... tengok kot kot ada yang menarik atau lain dari yang lain...
Hahaha... ish ish ish... XP
Setelah puas membelek-belek koleksi T-shirt, beg tak ori, topi, dan keychains yang ada dijual di kedai ini dan kedai-kedai sekitarnya, kitorang pun bergeraklah ke kedai pokok orkid pula, yang mana para penggemar orkid mesti rambang mata memilih variety dan spesis orkid pilihan masing-masing, menambah koleksi orkid mereka bagi menghiasi laman rumah atau rumah orkid masing-masing. 

Sana sini orkid, warna-warni, macam-macam spesis ada baq hang~, pilihlah sampai pengsan. Jangan gatal tangan pergi petik bunga tu sudah~ ;3

Amacam? Banyak dan menarik belaka bukan? Harganya pun sangatlah okay. Para penggemar orkid sekalian, bolehlah serbu kedai orkid ni dan pilih mana yang berkenan di hati untuk ditanam di laman rumah anda bila berkesempatan untuk datang ke Padang Besar nanti. Cik adik Siamese yang menjual dan menjaga orkid-orkid di kedai ni pun mesra dan comei orangnya ;3

Seterusnya, kitorang pergi membelek jajan, keropok, kekacang dan buah-buahan sikit...


Lepas merembat keropok ikan dan mangga Namdokmai, kitorang pun terus menuju ke restoran yang agak popular dan menjadi tumpuan di situ. Kenapa ianya popular? Silalah terus membelek gambar-gambar di bawah ini...

Menu dia besar gedabak, printed-banner style, tergantung di sepanjang bahagian atas, kiri kanan dan depan kedai. Mata para pelanggan boleh jadi tak lekang dari membelek/study jenis-jenis makanan apa yang boleh disediakan oleh kedai makan ni. Yang penting, semuanya HALAL dan harganya berpatutan! ;3

Yaaa... pulut durian. Ni sepupu aku yang order. Aku tak makan durian, tekak aku sentitip dengan durian, nanti aku boleh sakit tekak (silap-silap boleh demam) kalau makan durian dan mata kucing. Nasib baik la aku ni bukan minat nak makan durian dan mata kucing, kalau tak mesti terlioq je aku tengok... hahah X3
Air minuman pilihan masing-masing: fresh coconut juice, iced lemon, iced lemon tea, dan aku punya order... Neslo ais tabur milo. Sedap gila baq hang~, ni first time aku cuba minum spesis air tabur-tabur milo ni. Sedap gila rupanya~ X3
Neslo ais tabur milo ni, aku order secara customized (off menu, hahah... nasib baik dia layan je). Dalam menu ada milo ais tabur je, nescafe ais tabur milo tak ada. Aku minta nescafe ais, dan aku nak ianya jadi versi yang ada "tabur" tu. Maka, jadilah ia nescafe ais yang ditabur milo. Superb! Sedap gilos, aku rasa mungkin tuan kedai tu akan masukkan "Neslo ais tabur milo" ke dalam menu minuman kedai dia lepas ni, heheh... serius sedap gilos~ ;3
Fried chicken wanton, sedap gilos jugak. Mengenyangkan betul, Alhamdulillah. Total harga semua makanan dan minuman yang telah disebut di atas, termasuk nasi goreng USA dan nasi goreng special (bungkus), dan 2 pinggan nasi goreng special, adalah di bawah RM60. Awesomeness. Next time I'm going to order sukiyaki for sure, and maybe tomyam dalam kelapa muda! X3
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Okeh, sekian dulu perkongsian aku berkenaan aktiviti jalan-jalan dan makan-makanku di Padang Besar petang semalam, with my awesome aunt and cousins. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, kami dapat melihat kesan jerebu yang semakin membimbangkan. Ladang-ladang tanaman yang terbentang luas kehijauan di sepanjang jalan kelihatan sedikit kabur dan berkabus. Kawasan selatan semenanjung pula sedang tenat dan sesak nafas sekarang, sungguh-sungguh merunsingkan. Jerebu... bilalah kau nak hilang? Bilalah masalah jerebu ni akan sebenar-benarnya selesai? ( "-____-)

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Thursday, September 10, 2015

My COVER of Somewhere Only We Know (KEANE).































 

This is just how I usually "#throwback" (LuLz), listening to the "then popular songs" (one of them is KEANE's Somewhere only we know) and then do a quick (and raw) acoustic+vocal cover of some of the songs that are within my vocal range. I used to "goreng" this song quite a lot back then during my student days, usually after burning the midnight oil studying for the exams or just after finishing my lab reports, or when my friends came to "lepak" and chillout in my room while drinking Nescafe or tea and munching on some kuaci, maruku or potachi (potato chips) ;3

Below is the original video clip of KEANE with their original song 'Somewhere Only We Know'.

 
I enjoy watching "old" music video clips. They have this somewhat indescribable, nostalgic feeling that I can't really do justice with my words describing that particular feeling. Others include Coldplay, Nickelback, Greenday, Linkin Park, Creed, Goo Goo Dolls, and some others that I can't recall at the moment. I guess only those of my generation would understand this feeling, maybe (Lulz poyo right? Sorry if this sounds poyo to you kiddies, haha) ;3 

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Friday, August 28, 2015

Some random updates...

Salam ulang-tahun kemerdekaan yang ke-58, dan salam ringgit jatuh...

Update #1 - Aku baru baik (tapi masih lagi batuk sikit-sikit) dari demam. Last week aku demam sebab sekarang boleh dikatakan musim demam, maka sistem imun badan aku yang berada dalam kategori agak lemah ni memang agak mudah nak mengalah dengan virus dan bakteria. Also, aku perlu lebih berdisiplin dalam mencuci filter kepada air-conditioner bilik aku dengan lebih kerap dan konsisten. Bleargh...

Update #2 - Ingat lagi tak dengan entri aku dulu berkenaan cara-cara nak elakkan kekucing anda dari memanjat dan melukis di atas kereta anda? Dan method apa yang aku pilih untuk menangani masalah tersebut? Well... just recently aku terpaksa mengalah juga dan mula menggunakan semula penutup/selimut kereta (car cover) setelah sekian lama aku melupakan bendalah tu. I have to stick to the old routine of allowing my car to be "used" by stubborn animals. 
Just bought a new car cover recently, replacing the old one.
I still feel that it's just wrong to practice that mendokusai (troublesome) daily routine of covering and uncovering my car just to avoid having paw prints and minor scratches on my Ken (yes, I name my kelisa Ken, lulz), but a more formidable enemy has appeared out of nowhere, and it has taken a rather severe liking towards my poor Ken. And so, covering my Ken has become the best solution so far, as this protects Ken's pride against the dirty and evil hands of the new enemy... A MONKEY. KERA. BERUK. A rogue, master-less, creepy, cheeky, semi-fearless monkey. Kadang-kadang dia meroyan, Ken akan jadi mangsa dia. Side mirrors akan dibengkok-bengkokkannya, cermin tingkap dan badan Ken pulak akan kelihatan berselut dan kotor. Ah, sungguh durjana perbuatan si kera sumbang dan tidak bertuan itu. Ada spekulasi mengatakan yang kera itu sebenarnya berminat dengan hiasan Doraemon dan Totoro yang ada di dalam kereta aku tu, jadi, kesan kotoran dan cermin sisi yang bengkok tu, juga mana-mana lining getah kereta yang terkopek kat luar tu, adalah hasil dari "effort" si kera untuk cuba mendapatkan hiasan (plushies and keychains) yang ada di dalam kereta aku tu. OMAIGAD. Kera ni serupa perangai budak kecil yang buas dan degil, suka dan tertarik pada apa-apa item yang nampak comel macam mainan. Dia nak ambil jugak-jugak, kata tak boleh tak paham, bila kena sound, buat derk. Acah-acah konon nak kasi rotan, dia lari naik ke bumbung rumah sebelah, lepas tu melompat terus panjat pokok kelapa. Until today, kera itu masih tidak dapat ditangkap dan kadang-kadang dia akan muncul di kawasan kediaman aku ni, mengutip dan memakan apa-apa buah yang ada pada ketika itu, berkongsi (atau berebut) dengan para tupai, musang dan kelawar buah. Setelah aku mula menyelimuti Ken dengan car cover, barulah Ken tidak lagi kelihatan seperti satu objek buli pada si kera tersebut.  

Update #3 - Laptop Compaq 14" lama aku sudah di-upgrade, kasi tambah RAM dan tukar hard drive. Hasilnya, wow... marvelous, macam laptop baru, maka tak jadilah aku nak beli laptop baru dalam masa terdekat ni. Laptop lama sudah diberi nafas baru, makin bertambah sayang laaa aku nak berpisah dengan dia. No more hanging/freezing incidents, and more multi-tasking is possible with such bliss. Also, banyak betul kenangan manis aku dengan laptop Compaq aku tu, priceless memories together. Banyak lagi benda yang aku ingin capai bersama-sama dengan dia. Lulz (ada serupa gaya hoarder tak? haha nooo... this is a different kind of lurve yaow, the more pure kind... lullllz~) ;3

Sekian dulu updates yang aku rasa nak share dengan korang yang aku kenal mahupun tidak kenal, updates lain aku nak simpan buat pengetahuan aku dan golongan tertentu sahaja, nee~ ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...