Click Me Plzzzz

Sunday, April 5, 2015

The first blooms of...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku ingat lagi masa aku mula-mula dapat anak pokok ni dalam beg plastik kecil dari seorang member aku yang sempoi, lebih kurang 5 tahun yang lalu. Masa tu pokok ni kecil dan comel saja, lebih kurang 20cm tingginya. Pokok ni akhirnya sekarang sudah besar dan tinggi, berbunga dan tak lama lagi InsyaAllah, dapatlah aku menikmati hasil pokok ni nanti. Untuk menikmati hasil pokok ni dengan baik, skill dan ilmu yang tertentu diperlukan. Pokok ni punyalah kental, dah beberapa kali dia survive banjir yang melanda kawasan kediaman aku ni. Aku tak hairan pun kalau pokok ni nak give up dan layu disebabkan oleh banjir yang melanda, tapi dia tetap bertahan dan akhirnya, dia berbunga juga. Pertama kali aku tengok pokok ni berbunga, bunganya putih dan berbau harum. Saiz bunganya lebih kurang macam bunga melur. Aaah, syoknya nanti bila pokok ni mengeluarkan buah, saspen woo saspen, tanoshimi ne, hahah. Aku ni merupakan peminat tegar hasil pokok ni. Anda rasa, pokok ni pokok apa? Google image tak acilah weyh, cer teka cer teka. Tapi, kalau anda rajin juga nak men-google image, silakanlah... silap-silap naik nama pokok lain, LuLz~ ;3

*Clue - pokok ni bukanlah adik-beradik kepada ketum mahupun weed... LoL ;3


Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

29 comments:

  1. kaknoor macam pernah tengok tapi tak tau nama lah pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kaknoor, jawapannya ialah bunga kopi... hehe, terima kasih kerana mencuba untuk meneka ^^

      Delete
  2. fail bab bunga2 ni...tau2 dah keluar buah..

    cantik jg bunganya..mcm jula juli bintang tujuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, buahnya nanti ada biji yang boleh dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk minuman yang sangat popular dan marvelous... ya, ini ialah bunga kopi yang mempunyai 7 petals instead of 5 petals. kalau google 'coffee flowers', sis boleh tengok ada 2 versi bunga kopi: the one with 5 petals, and 7 petals ;3

      Delete
  3. mata kucing kot weyh...hahaha.. XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. mata kucing lain rupa bunga dia... kecik lagi dari nih, terima kasih kerana mencuba... hahah ;3

      Delete
  4. My botanical skill ada sedikit berkarat, jadi aku cuba.
    at first aku ingat white lilies, tapi dia ada 7 petals. White lily hanya 6 petals (3p+3s), lagipun kau kata akan keluar buah. Lilies mana ada buah.
    Bunga putih indicates yg pollinators dia sama ada serangga merayap atau terbang.
    Fakta ni disokong kuat oleh penyataan kau yang kata ianya berbau harum.

    But mostly kalau ianya berbuah, bunganya tak berapa nak mengancam sangat sbb dia boleh membiak dgn buah jd bunga tak perlu power.
    So aku fikir buahnya mesti agak kecik dan tak besar macam limau atau lemon.
    Dan bunga2nya dekat berada pada batang yg sama, so aku rasa buahnya juga akan berada dlm keadaan gugus.

    I don't know. I give up.
    Itu bunga kopi, mungkin. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowwww...!! *clap hands frantically with fully opened mouth.* Kagum giler aku, serius nih..!

      Delete
    2. Omedeto gozaimasu cEro-kun *throws confetti*

      Somehow aku dah dapat agak kau akan dapat jugak teka bunga ni bunga kopi... setakat ni kau dah dapat teka dengan tepat 2 bentuk soalan yang aku suruh orang teka jawapannya apa (refer THIS ENTRY ). Mungkin jugak kau dah berjaya meneka jawapan kepada lebih dari 2 bentuk soalan yang aku pernah tanya readers secara casual sebelum2 ni. So, nak hadiah tak? Aku bagi 3 pilihan:

      1 - RM10 via paypal, or...
      2 - RM10 topup hp (kalau ko pakai prepaid la), or...
      3 - aku belanja ko bigapple doughnut at the mines next time i'm in kl? (hahaha)

      ...sila jawab cEro, kalau takmo pun sila jawab juga kat sini... huehueh ;3

      Delete
    3. kalau takmo bagi akuuuu...haha.. XP

      Delete
    4. Wow, aku betul!
      Wow! Wow! Wow! Aku rasa sangat bangga sekarang.
      Rasa nak terbang je ke awang-awangan...hahahah

      btw,
      nice offer for the gift. Very tempting, terima kasih banyak2 tapi aku terpaksa menolak ketiga2 options.
      But if you insist, apa kata kau buat satu entri review blog aku, kasi promote sikit...hahaha
      Yup, aku tahu kau pernah buat dulu tp rasanya review boleh berubah2...hehehe

      Tapi just cadangan, no paksaan. Hehe

      Delete
    5. @Lee-kun
      nanti try teka lagi, takpa... ada banyak soalan lagi aku nak tanya readers... hahah ;3

      @cEro
      kah kah... percaya dak kalo aku kata aku dah memang dok agak kau akan decline kesemua pilihan gift offers yg aku bagi tu, dan kemungkinan besar kau akan mintak aku review blog kau atau nomik KAMI je? huahuah... yes... kadang2 aku juga merasa agak creepy dengan keupayaan aku untuk predict sesuatu outcome bagi sesuatu tindakan/soalan yg aku atau orang lain buat/tanya, yg mana % ketepatannya adalah melebihi 70% (selalunya)... eeep, hahah ;3

      Oh ya, betul... dulu aku pernah buat review secara grouping bagi readers aku yg ada blog, n you were included (refer This Entry ). Memandangkan kau dah request nak blog review (as expected, heheh), nanti aku review blog kau secara solo pulak. Keep on being active on my blog picisan ne, cEro-kun... doumo~ ;3

      Delete
    6. yayyyy.. sila review blog cEro.. lepas tu blog aku plak... koh koh koh

      Delete
    7. tengok pada kerajinan aku la jinz... kah ;3

      Delete
  5. Adakah pokok Misai Kucing?.. eh jap, Misai Kucing tak berbuah, pokokk berbunga dan berbuah.. pokok berbuah dan berbunga putih.. pokok apakah itu?

    haishhh....

    Pokok apa ni? hahahhahaha.... keluhan seorang bukan pakar botani....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jinz, saiz bunga pokok misai kucing lagi besar dari saiz bunga melur la jinz... hahahah, jawab main2, nak kena penalty nih... hahah X3

      Delete
    2. hahahha... mana ada syarat kalau salah jawab... kah kah kah... sila jangan penalti aku... kakakaka

      Delete
  6. Damn,gua ingat first bloom of love ke hapa tadi, wahahahaha.

    Bunga putih, bau wangi. Harum sundal malam ke ni? Kakakakakaka. Gua tak sure buah apa tapi gua agak nanti mesti diorang datang secara berangkai. Kan kan? Huahahahaha ah kamon, bagi lah clue lebih sikit :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja tajuk nak kasi saspen untuk memancing curiosity makhluk beremosi yang bergelar manusia... kahkahkah ;3

      buahnya datang dalam bentuk gugusan kecil dan agak berangkai... sila google image 'coffee flowers' ;3

      Delete
  7. Replies
    1. semestinya sifat kopi itu menawan hati, heheh ;3

      Delete
  8. Aku tak kenal bunga, tak pernah tanam bunga sebab tangan aku panas, tak sesuai tanam pokok...Aku kagum ngan orang yg boleh tanam pokok. Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey cuba la dulu baru tau boleh ka tidak, neway thanks Day... hahah ;3

      Delete
  9. Ni pokok bunga lily kan? Betul tak? Betul tak? Haha. Aku bab pokok-pokok ni tau la sikit-sikit. Itupun sebab layan rancangan TV 'Halaman Pertanian' kat RTM dulu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhah... stylo lettew konon jawab bunga lily lepas baca jawapan aku bagi kat komen2 atas tu bunga kopi... kahkah ;2

      Delete
  10. orang kata orang yang pandai tanam pokok ni tangan hijau.(^_^) yang penting kita bukan tangan hijau T.T tanam kaktus pun boleh mati. haha dulu pernah tanam pokok balsam,, macam-macam kaler ada. tapi tak ingat berapa lama pokok-pokok tu sempat tahan padahal kalau ikutkan pokok tu kira spesis senang nak jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, hmmm ada gak nampak urat2 kaler hijau kat tangan nih, ye la kot... jangan jadi hulk sudah hahah ( "^w^)~

      pokok balsam? wah... macam menarik, nanti nak try tanam ;3

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...