Click Me Plzzzz

Friday, June 26, 2015

Ramadhan Fruit Bat

Kelawar di malam awal Ramadhan 2015.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beberapa hari yang lepas, pada suatu malam sekitar jam 10:30-11:00pm, aku keluar sekejap ke halaman rumah untuk menghirup udara segar malam sambil bertegur-sapa dan beramah-mesra dengan kekucing aku yang kelihatannya semakin bertambah dari segi bilangan. Sedang aku berdiri tidak jauh dari sepohon pokok mangga Namdokmai, tiba-tiba datang seekor kelawar buah terbang mengelilingi pokok tersebut, lantas menarik perhatian aku dan kekucing aku sekalian. Begitu asyik sekali kelawar itu terbang agak rendah berpusing-pusing mengelilingi pohon mangga itu. Lebih kurang sebanyak 10 kali pusingan kelawar itu maintain terbang dengan gaya yang sebegitu. Dalam 10 kali pusingan penerbangannya tu (hahahaha penerbangan), ada 2 kali si kelawar itu hampir melanggar kepala aku, lalu secara spontan aku sound, "Woi!" pada kelawar itu. Fenomena yang agak aneh itu kemudiannya berakhir dengan aman.

Sekian dulu laporan pendek aku berkenaan kejadian yang agak luar biasa, berlaku baru-baru ini di lokasi kediamanku pada lewat malam awal bulan Ramadhan 2015. Selamat berpuasa semua ^^

**Dah lama gila aku tak buat gif. Gif kat atas ni 5 frames saja, aku tak rajin nak buat banyak-banyak frame, kahkah. Digital tools used for the above artwork: CS3, Arcsoft Photostudios, and Gif Animator.

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

28 comments:

  1. Nak geng ngan ko kot. Headbump!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugak kot... nak headbump ok lagi, jangan gigit sudah, hahah X3

      Delete
  2. pergh~ style lah.. bapa lama nk buat gif ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. doumo doumo ;3
      disebabkan gif ni gua just buat sikit2 sekali sitting, jadi masa yg telah diambil untuk menyiapkan gif yg terdiri daripada 5 frames ni ialah lebih kurang 3 hari, padahal kalau bebetul fokus dan boleh luangkan masa berjam-jam dalam sekali sitting, dalam masa lebih kurang 3 jam dah boleh siap ;3

      Delete
  3. Kelawar tu tgh hover dulu kasi line clear. Tp tak clear2 sbb ada lu and the kucing geng. Tu yg dia terbang dkt dgn kepala lu sbb annoyed. Bhahahah

    Terimalah explanation gua ini. Trust me, im a batman.
    Nananananananana

    ReplyDelete
  4. comel kucing2 tu..mata colour hijau dan kuning..

    Selamat berpuasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel dan attention seekers kekucing ni, tak membosankan... heheh ;3

      thanks, selamat berpuasa dan beramal sis ;3

      Delete
  5. Area rumah aku pon ada kelawar...
    Dan aku dah kenal dah bunyi kelawar macam mana...
    Nampak kelawar mulaa laa aku nak berangan jadi Batman...hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunyi dia "cekrittt cekritttt", high-pitched gitu kan? ;3

      Delete
  6. laju sangat kelawar tu, aku nak tengok gambar kelawar tu tak sempat. camne nak pause gif animated haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu... ada trick nak tengok objek laju dalam gif image ni noob, mata kena stay fokus kat lokasi objek tu je, jangan try kejar pergerakan objek tu. gif image takbleh pause, huhuh ^^;

      Delete
  7. kalau aku mungkin dah lari masuk rumah balik.. serammm

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan ramadhan, takdenye nak seram... hahahah ;3

      Delete
  8. Sngguh garang ya kamu plain di mlm puasa.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu bukan gue garang sih, itunya gue bagi signal pada si kelawar itu ada manusia sedang berdiri di situ ;3

      Delete
  9. Kelawar tu nak sapa, Salam Ramadhan hehe

    ReplyDelete
  10. Teori aku:

    1. Mungkin dia nak bermanja dengan hang

    2. Mungkin beliau sebenarnya Count Dracula yang menyamar jadi kelawar

    3. Mungkin beliau baru balik Night Club dalam keadaan mabuk

    4. Oleh kerana kelawar terbang malam dengan bantuan radar, sama ada radar dia rosak ataupun hang jenis stealth punya orang. Radar kelawar tak dapat kesan.


    koh koh koh ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teori aku pulak, aku rasa dia punya sonar dalam sistem echolocation dia ada something wrong... huhuh ( "^___^)

      Delete
  11. wow satu fonomena yang aneh sis! jerit wooii.. terus.. beliau @ kelawar blah dgn aman :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ada masalah sonar mungkin, huhuh ^^;

      Delete
  12. kahkahkahkah! inilah laporan yang ku cari-cari selama ini!

    dah lama tak nampak kelawar yang makan buah. zaman aku bercucuk tanam, buah longan aku sentiasa menjadi mangsa. walaupun ada spekulasi orang kampung mengatakan bukan binatang yang makan buah2 aku tu....


    saspen dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuuu... binatang berkaki dua dan berbaju ka yang dimaksudkan oleh orang kampung ko tu? :l

      Delete
    2. binatang yang boleh menembusi dinding hahaahh

      Delete
  13. aku pon rasa dia mabuk baru balik night club lettew hahaha

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...