Click Me Plzzzz

Thursday, July 9, 2015

Jom berbuka dengan Korokke?



Tak, aku bukan nak ajak korang pergi berbuka puasa sambil berkarok mahupun berkaraoke, oke?

KOROKKE tu adalah sejenis makanan Jepun yang telah diubahsuai dari sejenis makanan Perancis, iaitu croquette. 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan lebih kurang 7 biji Korokke sebesar bergedil yang normal adalah seperti berikut:

Kentang (3 biji saiz sederhana)
Sosej ayam (3 batang, potong dadu)
Bawang besar Holland (separuh labu, potong dadu)
Daun bawang (1 sudu besar, hiris halus)
Margarine (1 sudu besar)
Garam (separuh sudu kecil)
Gula (separuh sudu kecil) 
Serbuk lada putih (agak-agak sendirilah)
Tepung gandum (secukupnya untuk sadurkan setiap Korokke)
Telur ayam (1 biji gred-A)
Serbuk roti (secukupnya untuk sadurkan setiap Korokke)
Minyak kelapa sawit (secukupnya untuk menenggelamkan setiap Korokke ketika menggoreng)

Cara-caranya, sila rujuk pada gambarajah di bawah ni. Kalau tak faham, pening-pening lalat atau nak tahu dengan lebih lanjut, tanya je aku di ruangan komen. Kalau korang nak tengok Korokke versi lama aku pun ada, boleh tengok kat SINI. Tapi, versi yang baru ni lagi sedaplah, aku rekemen korang follow aje recipe Korokke yang aku bagi kat bawah ni, kehkeh~ ;3


Selamat berpuasa, memasak (kalau rajin dan berkesempatanlah), berbuka puasa dengan penuh riang gumbira, serta beramal ibadah dengan sebaik-baiknya sepanjang bulan Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum menjelangnya Syawal 2015.

 Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

36 comments:

  1. mak aih plain, sekarang pukul 2 ptg, perut gua yg tgh rancak berkarok lepas tengok lu punya korokke ni haaa.. huhuu.

    btw, kalo nak letak cheese, chesee apa yg sesuai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua bagi recipe awal2 supaya lu boleh rancang nak buat ke tidak korokke ni nanti, pastu sempat la nanti lu pi singgah minimarket berdekatan untuk beli bahan2 dia... kehkeh ;3

      buh cheddar cheese kat tengah2, buat macam inti dia... mmmmdap~ ;3

      Delete
  2. Nasiblah aku tak suka ubi kentang dang sekeluarga dengannya. Kalau tak mesti dah terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow... orang pertama yang aku kenal tak suka kentang... y u no like kentang? wai?? :l

      Delete
  3. mak aih. ingatkan nk story pesal berbuka sambil berkaroke. hiks.
    btw ni ke yg aku tgk cter jepun yg namanya croquettess tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiks. yep, betul la tu, korokke tu croquette lah ;3

      Delete
  4. silap besar datang baca time siang2...kebetulan petang ni nak buat kare. bukan kare lelaki tetapi japanese kare. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. japanese kare? wow. beli curry paste dia kat mana tu danny? nak try cari gak ah ;3

      Delete
    2. nak cari yang curry paste/roux dia cam payah je kat malaysia ni. jadinya, aku menonton Bobby Judo's Japanese Curry recipe di YouTube! Woohoo~

      Delete
    3. Bobby Judo? Yoshh doumo arigatou for the info! ;3

      Delete
  5. Replies
    1. kalo kirim by pos tu confirm lemau punyalah noob... better hg buat sendiri atau amik jalan paling mudah, mintak je orang tersayang hg tu tolong buatkan, kekeke~ ;3

      Delete
  6. Nasib baik aku tengah berpantang carbo.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, berkesan dak pantangan carbo itu pada hg jinz? ;3

      Delete
    2. sangat sangat sangat berkesan... sebab lepas habis pantang, aku makan karbo (dgn terkawal) berat aku still turun.. koh koh koh

      Delete
    3. wauuu tahniah~
      kiranya hg skang makin sado ka? kehkeh... ada pi gym skali?
      makan carbo dengan terkawal tu maksudnya hg ada monitor daily calorie intake sekali ka? :3

      Delete
    4. aku tak kira kalori... aku cuma kira carbo intake jer... dari mula aku diet, aku dah tak tengok mahupun kira kalori.. koh koh koh

      Delete
  7. sedapnya..bergedil sosej..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila guna sosej, dapatlah rasa yang lebih light jika dibandingkan dengan korokke yang ada minced beef atau shredded chicken. kalo nak versi heavy, boleh guna 'real fresh meat' ;3

      Delete
  8. Plaaaainnnnn!!!
    Pos laa sikit dekat aku!!!
    Nak merasa jugak korokke ni!
    Selalu nampak dlm anime je...hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti mana dalam komen reply aku pada bos noob kat atas tu, kalo pos confirm lemau punyalah. Better hg try buat sendiri, atau mintak adik hg tolong buatkan nanti bila dah balik kampung untuk beraya... heheh ;3

      Oh ya... eh, baru teringatlah. Aku pernah beli korokke kat satu shopping mall masa aku merendek around KL last year, aku tak ingat nama mall tu (bukan pavillion la, shopping mall lain). Korokke tu ada dijual kat area sushi dan onigiri dalam mall tu... boleh la hg try pi cari ;3

      Delete
  9. NAmpak menarik! adakah rasanya seperti nugget? Ilusi tekak di bulan ramadhan. Thanks kongsi resepi hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome ;3
      Rasanya macam bergedil special yang disalut breadcrumbs :D

      Delete
  10. Nampak menyelerakan, nanti rajin Zumal nak try buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okeh, sila try bila kerajinan itu tiba, kehkeh ;3

      Delete
  11. mcm sedap... tp malas nk buat. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ooh, nanti bila tetiba rasa rajin tu, boleh la buat... hehe ;3

      Delete
  12. alamak. aku dah la jenis pantang tengok apa saja yg potato base nih. hermm nti lah aku try buat gak. semua mende2 tu ada je stock kat dapur tu rasanya. rajin dgn malas je kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rajin boleh buat banyak2, kalau tak rajin tu buat setakat 2 biji dah la, kalau langsung malas tu memang tak dapat den nak nolong... hahahah X3

      Delete
  13. kerokee ni ada kaitan kerokee dlm kill la kill tu ke? hampir sama ni!

    ReplyDelete
  14. cara2 dia mcm lebih kurg bergedil . boleh try nihhh. hihi

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...