Friday, February 13, 2015

Sunday, February 8, 2015

Kurma Ajwa, pernah dengar?

Salam ceria weekend buat semua readers yang perihatin akan kesihatan diri masing-masing sekalian, diharapkan kalian semua sedang sihat dan ceria-ceria sajalah hendaknya. 

O.Klah, nampak intro tu ada hint pasal soal kesihatan kan? Ya, entri kali ini adalah berkenaan dengan apa yang boleh membuatkan kesihatan diri kita secara umumnya menjadi lebih baik, baik lelaki mahupun perempuan.

Kurma Ajwa Madinah yang aku dapat dari dealer : Miss Suki. Boleh order dari beliau kalau berminat.

Aku bukanlah seorang yang gemar makan buah kurma, walaupun ianya mempunyai banyak khasiat. Aku cuma akan cari buah kurma bila aku rasa aku perlukannya saja, contohnya bila berlakunya kecemasan seperti dalam kes bloody unko.

Buah kurma sebenarnya ada banyak spesis. Baru-baru ni aku baru kenal dengan kurma Ajwa ni, iaitu kurma yang juga dikenali sebagai Kurma Nabi, yang mana datangnya adalah dari tanah Madinah. Kurma Ajwa Madinah yang ditanam dan dituai di tanah Madinah ni lain sikit dari yang lain dari segi rupa bentuk, saiz dan khasiatnya (dan harganya juga). Kurma Ajwa ni comel-comel je saiznya, berwarna coklat gelap kehitaman, dan ada garis-garis serat putih di bahagian hujungnya. 

Bagi aku, secara umumnya, rasa buah kurma adalah tidak sedap (hahah...). Ini adalah kerana aku ni memang jenis yang tidak gemar makan apa-apa buah yang telah dikeringkan. Jadinya aku fikir, rasa buah kurma Ajwa ni pun mesti lebih kurang sama aje macam rasa kurma-kurma yang lain tu kan, akan tetapi... jangkaan aku ternyata jauh menyimpang. Rasa buah kurma Ajwa ni seriously lain dari kurma-kurma yang biasa aku telan sebelum ni. Sekali ngadap boleh termakan sampai 5 bijik... aiyoyoiii, sedapnya! Hahah, patutlah harga dia pun power, padanlah dengan manfaat khasiatnya yang luar biasa, serta rasanya yang sedap. Kena control sikit keinginan untuk terus menelan buah ajaib ni sekali mengadap, makan apa pun perlulah berpada-pada. Kurma tetap ada kandungan gula yang perlu kita kawal jumlah pengambilannya, hatta nasi putih mahupun roti kosong sekali pun, kalau makan banyak sangat, buruk padahnya (huhuhuh...). 

O.K, sekian dulu entri aku pasal kurma Ajwa Madinah yang marvelous ni. Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli kurma Ajwa ni, bolehlah memesan secara online dari Miss Suki. Dah banyak kilo beliau jual kurma Ajwa Madinah ni, kuantiti minimum yang beliau jual ialah 250g. Nak tahu lebih lanjut, silalah berkunjung ke blog Miss Suki, SukiSukaKurma.

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Sunday, February 1, 2015

It's a TITLE, someone's NAME, and something you can EAT!!

It's a TITLE of a story, it also happens to be the main character's NAME of that particular story, and there's a type of FOOD with that same name! What is it, kids?? It's.......

*
*
*
*
*

~NARUTO!!! ...dattebayooo~
Naruto at the cinema!~ ;3