Click Me Plzzzz

Friday, June 26, 2015

Ramadhan Fruit Bat

Kelawar di malam awal Ramadhan 2015.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beberapa hari yang lepas, pada suatu malam sekitar jam 10:30-11:00pm, aku keluar sekejap ke halaman rumah untuk menghirup udara segar malam sambil bertegur-sapa dan beramah-mesra dengan kekucing aku yang kelihatannya semakin bertambah dari segi bilangan. Sedang aku berdiri tidak jauh dari sepohon pokok mangga Namdokmai, tiba-tiba datang seekor kelawar buah terbang mengelilingi pokok tersebut, lantas menarik perhatian aku dan kekucing aku sekalian. Begitu asyik sekali kelawar itu terbang agak rendah berpusing-pusing mengelilingi pohon mangga itu. Lebih kurang sebanyak 10 kali pusingan kelawar itu maintain terbang dengan gaya yang sebegitu. Dalam 10 kali pusingan penerbangannya tu (hahahaha penerbangan), ada 2 kali si kelawar itu hampir melanggar kepala aku, lalu secara spontan aku sound, "Woi!" pada kelawar itu. Fenomena yang agak aneh itu kemudiannya berakhir dengan aman.

Sekian dulu laporan pendek aku berkenaan kejadian yang agak luar biasa, berlaku baru-baru ini di lokasi kediamanku pada lewat malam awal bulan Ramadhan 2015. Selamat berpuasa semua ^^

**Dah lama gila aku tak buat gif. Gif kat atas ni 5 frames saja, aku tak rajin nak buat banyak-banyak frame, kahkah. Digital tools used for the above artwork: CS3, Arcsoft Photostudios, and Gif Animator.

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Thursday, June 18, 2015

YOLO versi Ramadhan...


 *************************
Y.O.L.O = You Only Live Once
 
OK, sorry for the super-lame, lightly-thought-of, dim-witted Ramadhan joke. Well, as long as it has nothing to do with the overly-recycled Yusop Taiyob's whispering kurma advertisement joke, then I think this is somewhat acceptably new. Hahah XD

Anyway, Happy Ramadhan. Selamat berpuasa bagi semua muslimin dan muslimat.

Sebab apa lukisan komik ni cincai, macam budak kecik main conteng-conteng atas kertas lukisan pakai pensel kaler je, ala-ala naive art gitu? Sebab, dah lama gila aku tak cuba melukis guna program ArtRage. Well, program ni memang tak berapa nak sesuai untuk hasilkan komik pun. Saja je aku try lukis komik cincai guna ArtRage. Program ni lebih kepada untuk hasilkan digital painting yang seakan-akan traditional painting. Free version program ni (ArtRage 2 - Starter Edition) ada fungsi pencil, pen, chalk, watercolor, dan crayon. Boleh pilih jenis kertas lukisan atau canvas yang disediakan. Feel melukis guna program ni hampir sama macam melukis pakai traditional medium. Tak ada function untuk letak text, so dialog tu aku tempek pakai Photoshop. Sebelum tu aku ada try nak tulis terus je dialog komik guna function pen ArtRage, pakai setting mata pen yang paling kecil. Hampeh, tak clear langsung jadinya, terpaksa la jugak guna program lain untuk masukkan text dialog komik. Maka, konklusinya di sini, cubaan aku untuk melukis komik guna program ArtRage semata-mata, telah gagal. Kehkeh... 

Geng pelukis aku sekalian, korang dah pernah try guna ArtRage belum? ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Wednesday, June 10, 2015

WordlessWednesday #16 - The Answer to My WW#15


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...