Click Me Plzzzz

Saturday, December 31, 2016

Final entry for year 2016

Tools - Koi Sakura watercolor (18 pallets), Sakura Pigma Micron pens, Micro-Line Studio Series pens, on A6 paper 120gsm (Canson Notes).
Salam semua, hello gaiz... it's almost midnight now, sudah nak masuk tahun baru 2017 dah yearghhh... bring it! ;3

 Alright, 2016 was good to me, Alhamdulillah. Good food, good times, new artwork (comic pages) published in our team's (BOTK) latest indie comic book (Buasir Otak: The Komik - Awakening), and of course, fond memories with family, friends and relatives. All is well, all is awesome, thank you Allah S.W.T for everything.

The past year was actually quite a busy year for me, and ohmaii this blog didn't even reach 20 entries in 2016?? Oh well... couldn't help it, a huge amount of my attention had to be paid to other things, ahahah~

In this coming year, MAYBE I'll start doing art travelog? I've got plans to fly somewhere overseas again sometime this year, InsyaaAllah. Where to? As usual, I'll tell you after I get back from the trip/trips ;3

  New year's resolutions? Hmmm... be more productive work-wise, eat more healthy foods and cut down on 'jajan' (junk foods), exercise daily with more consistency, read Al-Quran more, draw more, and do more good deeds. Give more 'damn' to things and people who truly matter, and less-to-none 'damn' to those who don't. Ahh... with that, now I'm starting to think that there will probably be less number of blog entries in this coming year compared to 2016. Idk... I hope not, we'll see ( ~"^ w ^)~

Happy New Year 2017! 
Roosters be cheering and flapping their wings~

I wish you all the best!

Whoever the artist of this wall/street art is, I salute and award you 5/5 stars. Incredible artwork! Location: BLACKWOOD CAFE building, Kangar.

Location: BLACKWOOD CAFE building, Kangar. Crazy enviable art skills! X3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Sunday, December 4, 2016

Kerabu bunga betik tanpa belacan

Salam Disember dan salam Ahad buat semua rakan mayaku yang diingati sekalian, post masak-masak kembali lagi~ ;3



Kali ini aku kongsikan resepi yang melibatkan bunga betik (bunga dari pokok betik jantan yer, bukan betina), yang mana nama hidangan ini ialah Kerabu Bunga Betik, sejenis hidangan tradisional Melayu yang secara umumnya digemari oleh orang tua-tua yang menghargai ulam-ulaman.

Nah, terimalah resepi kerabu bunga betik versi tanpa belacan ini, si Plain punya style. Semoga ianya menepati citarasa kalian ;3

~Bahan-bahan~
Bunga betik - 1 mangkuk (bunga sahaja, buang tangkai dan batangnya)
Air - untuk merebus bunga betik
Santan pekat - setengah cawan
Kerisek lembap - 2 sudu besar
Limau nipis - 3 biji (perah dan ambil jusnya)
Bawang besar - 1 labu (hiris)
Serai - 1 batang (hiris nipis)
Garam - secukup rasa
Udang kering - 1 sudu besar (tumbuk)
Bawang merah - 3 ulas (potong dan tumbuk)
Cili hijau - 3 tangkai (potong dan tumbuk)

Cara-cara membikinnya adalah seperti berikut...,

1. Rebus bunga betik dengan sedikit garam sehingga mendidih dan bunganya sudah menjadi agak lembut. Tutup api, toskan (singkirkan air rebusan) dan masukkan bunga betik rebus tadi ke dalam sebuah mangkuk besar. Biarkan seketika.
2. Panaskan santan pekat bersama kerisek lembap di dalam sauce pan sehingga mendidih. Ini akan membuatkan masakan jadi lebih tahan lama (lambat basi).
3. Tuangkan santan dan kerisek yang telah dipanaskan tadi ke dalam mangkuk berisi bunga betik rebus tadi, kemudian masukkan semua bahan lain yang telah disediakan awal tadi ke dalam mangkuk tersebut.
4. Gaul dengan sekata sehingga serasi.
5. Hidangkan untuk dimakan dengan nasi panas-panas. 

 
~Tips & info~
Bunga betik yang segar dan baru dipetik dari pokok tu pahit gila rasanya, maka, untuk kurangkan tahap kepahitannya, eloklah korang rendam dulu bunga betik tu di dalam bekas berisi air selama setengah jam gitu. Kemudian, singkirkan air rendaman tadi dan barulah korang rebus bunga betik tu dengan air yang baru. Melalui pemerhatian sendiri, lagi bagus jika korang simpan dulu bunga betik segar tu di dalam plastik, kemudian simpan di dalam peti ais (bahagian refrigeration yer, bukan freezer) dan biarkan selama lebih kurang 5 hari, kemudian barulah korang rebus untuk buat kerabu. Kepahitannya akan berkurang dengan jelas sekali dan rasa kerabu bunga betik ini akan jadi sedap beberapa kali ganda. Haha... (pemerhatian selepas menyimpan bunga betik segar yang lebih di dalam peti ais. Setelah 5 hari berlalu, timbul rasa nak makan kerabu bunga betik lagi, dan lepas tu... wow, sedakgillak kerabu bunga betik kali ni, wahahah~) X3

Sekian, selamat mencuba (kalau berminat) ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( = ^w^ = )

Monday, November 21, 2016

Pesta makanan ialah pesta yang paling menarik :D

Salam semua, minna genki?~ (semua sihat?~) :3

Baru-baru ini aku sempat singgah meninjau sambil menjamu selera di sekitar kawasan parkir kereta Kangar bersebelahan dengan CIMB bank, yang mana di lokasi tersebut telah berlangsungnya sebuah 'pesta makanan Siam' yang diberi nama Thai Halal Food Festival. Pesta makanan halal Thai ini telah pun berakhir pada hari semalam, Ahad 20 Nov 2016. 

2-Country Relationship (Thai-Malaysia) Halal Food Festival. (11-20 Nov. 2016, 10am - 10pm).
Okeh, aku takde nak cerita panjang sangat, nah... terimalah makanan-makanan Thai yang sempat aku tangkap gambarnya. Makanan pertama yang aku cari ialah, minuman - Thai green tea matcha. Memang tengah haus sangat pun masa ni... so, pekena Thai green tea matcha dulu, versi tarik sedas... iced, of course ;3

Iced Thai green tea matcha, tarik. Perfect ;3
Sambil duduk minum-minum with my sis, boleh belek-belek usha sekeliling sekejap. Makanan kat belakang aku ni nampak macam menarik... ada roti pisang crunchy on the outside, soft and sweet in the inside.
Meheheh... masa untuk menghabiskan minuman, dan teruskan berjalan mencari makanan-makanan Thai yang awesome untuk ditapau pulang X3
Tunggu roti pisang sedang disiapkan... tak lama mana pun, siap sudah. Okay... next~ :3
Oh apa ini? Seafood pancake yang sedang dalam pembikinan di peringkat awal... (LoL bahasaku) X3
Seafood pancake yang kelihatannya sudah siap... ada kupang, udang dan sotong di dalamnya. Okeh, boleh tahan sedap jugak pancake ni. Aku bagi skor 7.5/10.
Ada dumpling berwarna hijau. Inti sayur agaknya...
Uuuu, nampak menarik... veggie fritters dan popia goreng.... tapau sikit~ X3
Nasi kerabu pun ada, and oh how colorful their presentation is, the camera loves them (excluding the old-school B&W camera that is) :3
Desserts... how nice. *Walks away slowly (LoL... controlling my sugar intake... plus, I'm not so crazy about sweet stuff, yokatta ne~) X3
Pulut mangga. Yes, it's the infamous Pulut Mangga Siam. Not Harumanis manggo though, I'd get some if it's Harumanis manggo. Kalau nak Harumanis, kena tunggu April-May, baru ada. Oh, tadi aku nampak pulut durian pun ada kat sini.
Oh apa ini? Spicy Chicken Salad? Macam menarik... macam nak try? Tapau satu~ X3
Order satu spicy chicken salad ni, tengok macam mana dia bikin... dia potong-potong satu breaded chicken fillet tu, lepas tu dia masukkan ke dalam satu bekas untuk digaul dengan sayur dan rempah.
Dah selesai menggaul di dalam bekas tadi, terus dimasukkan ke dalam paper bowl. Siap. Kalau nak beli breaded chicken fillets ni saja pun boleh juga, tapi nothing special la kalau makan macam tu je. I prefer the salad version, dan memang sedap pun, I like! Rasanya memang special, and my mom likes this too X3

Alright, that's about it. I'm guessing they'll be holding this sort of Thai food festival again here next year. Tahun lepas pun ada buat pesta makanan Siam kat sini, area sini juga. Till our next meeting then, my precious Thai food~ X3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Sunday, November 13, 2016

Four in One - Coloring Experiment

Konnichiwa! Happy Sunday, dan salam pertengahan November buat semua rakan mayaku sekalian. Minna genki desu ka? (Semua sihat ka?) ;3

Baiklah, sepertimana yang telah aku janjikan di dalam entry WIP watakala experiment aku yang lepas, berikut adalah hasilnyaaaw~ X3

Ya. Identiti lukisan ini ialah... sejenis makanan, a traditional Malaysian side dish (or salad) yang dipanggil kerabu bunga betik (yang cukup sedap, mengikut resipi aku yang telah diubahsuai dari resepi orang lain nyahahah~). Nak tau resipinya? Okay, maybe I'll share the recipe later with you gaiz in this blog ;3

Aku memilih untuk mewarna lukisan eksperimen aku ini dengan tidak mengikut skema warna objek asal dengan tepat (didn't even try to get as close as possible, just wanted to test some coloring techniques I had in mind), sekadar guna warna Panda poster color (12 colors) dan Faber-Castell watercolor pencils (12 colors), dengan teknik campuran warna yang minima untuk mendapatkan warna-warna lain selain daripada pilihan yang sedia ada.

The lineart, before coloring.
After coloring.
This is what I actually did, sebab tu warna lukisan ni nampak tak sekata. Hahah okeh, cubaan yang ada banyak kelemahan yang boleh diperbaiki. Teknik warna pekat/tebal aku nampak messy, partly because of the relatively small artwork size, and my brushes (with flat tips for thick coloring) aren't small enough to compensate the size. Poster colors should look nice and lively being thick (and on a bigger canvas).




Between these four coloring styles/techniques, I think I'm most comfortable with the thin coloring style (upper left side). Walaupun nampak semacam mendatar or flat sebab guna poster color instead of the regular watercolor (where watercolor is said to be more transparent instead of opaque), somehow, I don't think it looks all that dull or flat anymore. Anyway, I'm gonna get myself a set of Sakura watercolors! Artfriend (name of a fancy art supply shop), you just wait for meh! X3

Okay, that's that. Till my next art experiment, or anything art related (or not). Later gaiz~ ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Monday, October 31, 2016

WIP - Next watakala experiment

Salam hujung Oktober buat kawan-kawan mayaku sekalian... iyahhh cepatnya masa berlalu, esok dah masuk bulan baru, bulan sebelas. Nah terimalah entri ke-2 dan terakhir aku untuk bulan ini, entri WIP (Work In Progress) for my next personal watercolor (poster color actually) experiment... aku bagi preview sikit dulu, nak siapkan ni bebetulnya ntah bila weheheeeh~ X3

Just finished the lineart part, will color soon. This will be the 'medium' for my little 'coloring experiment' (or massacre - depending on the final outcome... X3). Tools used: Mechanical pencil (with 0.5 sized lead, 2B), DR Pilot Pigment Ink Drawing Pens (of 02 and 01 point size, waterproof) and a regular eraser. Paper: CAMPAP Sketch Book, Acid Free A4, 110gsm.
Coloring tools - Panda poster colors (tube) and 1 Buncho white poster color (cake), brushes (of 2 different tips for 2 different coloring styles), a watercolor pallet, some tissue papers, water and Faber-Castell watercolor pencils (12 colors).
I'm not sure how this will turn out, but I'll be sure to show the finished result here anyway later when it's done, even if it's dead and rotten (my confidence in coloring is still quite low and this will indeed be a challenge for this plain "plain", and definitely a good practice too) ... ahahahaa (~ "^w^)~"

O-tanoshimi ni, minna! X3

P/S: Thanks for the feedback Faye, sure got me curious enough. I'm going to try using that tip from that school art teacher of yours and see what happens (refer previous post's comment section) X3 

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Monday, October 17, 2016

Segmen highlight komentar #4 - kategori campur

Salam Oktober semua, yosh segmen highlight komentar kembali lagi (setelah sekian lama segmen ini menghilang ditelan masa) :p

Last time (3 years ago - lulz) aku buat kategori pelukis, kali ni kategori campur pula (ataupun blogger, memandangkan mereka berempat ini adalah active bloggers yang ohsem). Segmen ini khas diadakan sebagai satu bentuk penghargaan kepada mereka yang agak rajin singgah memberi komen sepatah dua kata di blog picisanku ini, selama ini. Dalam satu segmen, aku highlightkan 4 orang yang rajin dan baik hati. Kali ini, bayangkan mereka sedang mengikuti sebuah acara larian marathon, atau "fun run" :3

Omaigaawd sorry la naa kalau coloring aku buruk sangat, dah hampir 10 tahun kot aku tak sentuh watorcolor. Baru kelmarin je aku ada rasa nak "berwatakala" semula sebab pengaruh rakan melukis (Deaday) yang suka gila berwatakala akhir-akhir ini. Aku guna watakala cap Panda - Poster Color (12 colors) dan DR Pilot Pigment Ink pen (waterproof). Nanti bila aku dah rasa macam "terer/confident" sikit dengan watakala, aku pergi cari watercolor cap Sakura pulak, heheeh ;3


Tidak perlulah kita berteka-teki lagi akan identiti mereka berempat ini, nah... aku introduce terus para rakan bloggers 4 orang yang sempoi ini, bermula dari kiri...,

Deaday -  Pemilik blog Vespa Buruk. Orangnya handal melukis dan kadang-kala dia akan menjadi puitis dengan "colorful french"nya yang tersendiri, terpulanglah kepada mood semasa beliau. Sekarang dia kelihatannya suka ber-watercolor. Asal ada masa lapang sikit saja, mesti dia nak melukis dan berwatakala. Jenguklah blog beliau dan nikmati lukisan-lukisannya yang marvelous, serta penulisannya yang berwarna-warni and lively. *Lukisan di atas bukanlah menggambarkan orangnya yang sebenar, ianya hanya satu watak rekaannya sendiri (OC - original character) dalam kebanyakan lukisannya. **Day, muka OC hang merah semacam kat atas ni sebab dia dah penat berlari... X3
Lee-kun - Pemilik blog Lee-kun's Getaway. Orangnya juga tidak kurang handal melukis dan kreatif sekali. Jenguklah blog beliau dan nikmatilah lukisan-lukisannya yang ohsem and dynamic. *Lukisan di atas bukanlah menggambarkan orangnya yang sebenar, ianya hanya satu watak rekaannya sendiri (OC - original character) dalam kebanyakan lukisannya. **Lee, sorry la kalau warna rambut OC hang ni nampak janggal, aku main mix jer colors untuk dapatkan warna yang lebih kurang macam rambut OC hang... X3
Nohas - Pemilik blog Orangbukit. Beliau gemar berkongsi pengalaman mengembara dan melancong ke tempat-tempat menarik, dalam dan luar negara. Sudah tentu terdapatnya tips berguna yang boleh dipelajari dari beliau. Lawatilah blog beliau dan nikmati pemandangan-pemandangan indah lagi menawan yang ditangkap oleh lensa beliau semasa mengembara, ataupun semasa meninjau tempat-tempat makan serta resort/hotel yang menarik. *Lukisan di atas cuma sebuah anggaran. Beliau masih berada dalam kategori blogger misteri :3
Danial Jaafar - Pemilik blog The Road Not Taken. Tuan empunya blog ini suka menulis cerita rekaan atau cerpen pendek yang kreatif lagi menghiburkan, dan kadang-kala berkenaan pengalaman hidupnya sendiri sepanjang menyelusuri detik-detik pahit manis suka duka kehidupan beliau. Jenguklah ke dunia blognya and be entertained, or even inspired by his amusing writing style. **Danny, maaflah kalau lukisan aku ini kind of makes you look older than your current age, aku tidak sengaja. Huhuu... X3

Sekian dulu segmen highlight komentar yang bersifat 'once in a blue moon' ini, have a nice October! Wakey-wakey people September has ended (Greenday reference) ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ (=^w^=)

Wednesday, September 28, 2016

WordlessWednesday #20 - Prefer it Boiled or Poached?





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Saturday, September 17, 2016

Janjiku Tetap Dikota - Blog Review

Salam ceria September buat semua rakan mayaku sekalian, semua sihat? Seronok beraya haji dan bercuti tempohari? Banyak dapat makan daging korban? :3

Baiklah, entri kali ini ialah entri di mana janjiku pada tahun lepas akan dikotakan jua. Janji tetap janji, janjiku ialah sebuah janji yang dikota (seboleh-bolehnyalah, akan aku cuba juga...). Akhirnya pemenang teka-teki gambar di dalam entri WW#15 aku itu muncul juga dan memberi jawapannya berkenaan hadiah blog review yang ditawarkan oleh aku itu. Setelah mendapat kata setuju @ green light dari Gee Lion (tuan empunya blog Diari Dandelion) tempohari, akan aku review blog beliau di dalam entri ini. Sekalung tahniah diucapkan buat pemenang yang berjaya meneka nama bunga yang cukup old-school dan elegant ini, Kemuning namanya. Hanya jauhari mengenal manikam, begitu juga dengan para bunga. Si Dandelion juga bisa mengenal si Kemuning (wakaka...) X3


Sebelum itu, aku mahu meminta maaf terlebih dahulu sekiranya review aku ini tidak menepati citarasa tuan blog diaridandelion.blogspot.com. Aku bukanlah handal dalam bab mereview blog orang pun (blog aku sendiri ni pun level picisan dan makin bersawang saja, huahuah), aku review sekadar ikut suka hati aku nak komen part apa saja, so brace yourself, o Dandelion. Terimalah pandangan picisan aku ini dengan hati yang nyaman, senyaman sekuntum Dandelion ditiup angin sepoi-sepoi bahasa~ X3

~~Here we go wieee~~

1. Blog Theme/Layout

Kemas, sedap mata memandang, penggunaan warna ringkas yang cun, serta penggunaan ruang page yang baik dan mesra pengunjung (tidak perlu scroll page bar ke kiri dan ke kanan untuk membaca, ataupun mengubah zooming rate di bawah option 'view' pada internet browser). 

Penggunaan category tabs untuk menyusun pages (and section) kandungan blog ini juga menarik, jelas dan straight-forward; neat arrangement of blog content (bagus betul tuan blog Dandelion ni, aku je yang tak koser nak letak tabs, hahhah... maybe later I will, maybe). 

Loading time bagi setiap page juga agak cepat. Terbaiklah, easy on the eyes (and nerves) :3 

2. Blog Content

Melihat pada labels (categories) kandungan blog dan juga penerangan tuan blog sendiri berkenaan blognya di dalam ruangan 'Author', intipati utama blognya adalah stanza, santai, motivasi dan isu, yang mana blognya ini adalah sebuah blog peribadi yang agak diverse dan tidak terlalu focused pada mana-mana category. Penulis kelihatannya seorang yang berpuitis dan gemar meluahkan pendapatnya sendiri (p.o.v) berkenaan pelbagai perkara yang menarik perhatiannya. 

Personally, aku suka membaca kandungan blog ini di bawah label/category "stanza".

3. Blog Setting

Kedua-dua 'pc view' dan 'mobile view' blog ini adalah sedap mata memandang, serta loading page blog ini juga agak cepat bagi kedua-dua viewing modes. Nice ;3 

Comment section enabled with owner's approval (komen bertapis) - mesra pengunjung dan menghargai pandangan para pengunjung blog. Thumbs up ;3

~~End of review~~

Itulah sedikit sebanyak perkara yang aku rasa mampu untuk komen pasal blog orang, nak komen lebih lagi rasa macam tak layak la pulak aku ni huehue~ X3

Overall, nice blog, Gee Lion. Clever arrangement of tabs and pages, thumbs up! Teruskan menulis! (~ 6w6 )~"


Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( = ^w^ = )

Monday, August 15, 2016

SUPERPOWER - Tagged by Deaday



~~)))SUPPA-PAWWAAAH(((~~

 Salam bulan kemerdekaan buat semua kawan-kawan mayaku sekalian, minna genki desu ka? (semua sihat ka?) ^^

Alright, let's just go straight to the point and talk about superpowers. First of all, arigatou DEADAY for the tag. Terharu jugalah aku apabila ditag oleh salah seorang daripada beberapa kerat nakama art-bloggers aku di kala aku tak berapa nak ada idea untuk merapu apa di dalam blog picisan aku yang semakin bersawang ini. Arigatou ne, MONami~ ;3

Baiklah, ya benar. Seperti kebanyakan orang lain yang pernah berangan-angan kosong untuk memiliki kuasa luar biasa (superpowers) lebih-lebih lagi selepas menonton mana-mana cerita fiksyen berkenaan golongan manusia superhuman (atau alien/half-alien mahupun mutant, whichever you prefer) yang memiliki pelbagai jenis superpowers, aku juga tidak terkecuali. If I have to choose only one superpower or super-ability, I think I would most probably go for..., teleportation (pengaruh dari cerita Heroes) X3

Bercakap mengenai teleportation, iaitu keupayaan luar biasa untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain dengan sekelip mata (literally sekelip mata) tidak kira sejauh manapun terpisahnya kedua-dua lokasi tersebut, aku rasa mesti ramai orang lain juga tertarik dengan keupayaan yang satu ini. Mesti punyalah. Betoi dak Mon? It's just so wonderfully convenient compared to the other superpowers thought by us super-powerless, wishful-thinking humans. Pada aku la, lain orang lain la pendapatnya, kot. Heheh.

Lagi satu superpower yang cukup menarik perhatian aku ialah the superpower with no originality (wuttt hahaha), and that would be the power of copying others' superpowers, and by this I don't mean forcefully absorbing and ripping other people's superpowers off of their wielders like some super-dangerous, super-evil villain. I'm talking about Kaede's super-ability, Taiga's daughter (in the anime Tiger & Bunny). Asalkan dia tersentuh je mana-mana superhero, dia akan dapat guna superpower yang sama dengan superhero tu. Bila nak guna superpower yang lain pulak, dia perlu cari superhero dengan superpower yang lain, dan sentuh je orang tu. With this superpower, I would most definitely like to be friends with superheroes who can fly and teleport. Other than that, having super-strength, super-elasticity, and the ability to read minds would be great too sometimes.

Sekian dulu angan-anganku berkenaan superpowers. Thanks for the tag, Mon. Lama dah aku tak berangan separa-seriusu macam ni. Luls X3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Monday, July 11, 2016

Raya Ini - by plain83

Salam Syawal semua, dan  Selamat Hari Raya Aidilfitri. Terimalah lagu raya yang spontan dan very much amateurish ini daripada si plain83, sekadar lagu syok sendiri. *Sambung makan kuih semperit dan kerepek bawang*

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ (= ^w^= )

Thursday, June 16, 2016

Salam Ramadhan 2016

Salam pertengahan Ramadhan 2016 buat rakan-rakan mayaku yang dihormati sekalian. Amacam puasa kalian setakat ni? Seronok? Mesti la seronok, bulan puasa mana boleh tak seronok? Meheheh...

Chai dan Samsul adalah 2 daripada 23 watak rekaan krew BOTK (Buasir Otak : The Komik) saja, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun dengan yang sudah tiada. Nak kenal dengan watak-watak BOTK yang lain, dan nak baca komik-komik dari krew BOTK yang lain juga? Bolehlah anda visit dan like sekali page BOTK di SINI ;3
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pasaram (short form for Pasar Ramadhan) ialah sebuah pasar makanan halal and ready-to-eat yang ada bermacam jenis juadah berbuka puasa dijual di sini. Apa yang membezakan Pasaram dengan pasar malam di bulan-bulan biasa tu ialah, di Pasaram, kita tidak akan nampak siapa-siapa makan atau minum sambil membeli makanan di sini (hehehe, biasanya tak ada la, biasanya), dan Pasaram juga lebih mengutamakan penjualan makanan halal yang melegakan perut yang sedang kelaparan serta tekak yang sedang kehausan. Barang-barang lain seperti ubat-ubatan tradisional, bahan-bahan mentah atau non-edible items seperti pakaian, mainan, bahan-bahan bacaan dan lain-lain tu tidak begitu kelihatan di sini (macam tak ada je). Target audience/customers bagi sesebuah Pasaram ialah, fasting Muslims. Baru-baru ini aku ada pergi ronda-ronda sambil mencari juadah berbuka (merangkap sahur sekali) di Pasaram Pokok Petai, Perlis. Antara juadah-juadah yang boleh didapati di sini adalah seperti berikut...,

Murtabak yang dikirim Chai tadi tidak dilupakan Samsul (hahaha). Aku tak minat murtabak, maka aku tengok je ;3
Popia basah dan minuman-minuman sejuk seperti air oren, lengkong, jagung, teh bunga dan laicikang. 
Otak-otak dan Sata.
Dari kiri: Udang sanggul, popia goreng dan... aku tak pasti nama dia apa, sejenis samosa la kot... hihu. Udang sanggul sedap, beli sikit...
Bakar-bakar pulak, daging bakar, perut bakar dan ikan Ketuka bakar.
Nasi kerabu ulam, ayam percik dan lauk-pauk beraneka jenis.
Ikan-ikan bakar dari jenis Tilapia, Keli dan Kembung.
Beraneka jenis lauk-pauk. Tapau sini je untuk lauk sahur nanti.
Gulai Keli dan ayam masak santan (tak pasti nama masakan ayam ni apa).
Kentang pusing goreng taruk sos keju, mayonnaise dan cili sos. Tergoda aku, beli dua cucuk. Lembut di dalam, rangup di luar, yang ni langsung tak liat macam biasa beli kat pasar malam, ohsem~ ;3
Cucur udang (atau dalam loghat Utara: Coqdang) dan kuah kacangnya.
Ayam goreng ala kepsi, bahagian badan dan leher.
Ayam goreng ala kepsi: bahagian peha, kepak dan pinggul (ya pinggul, aku tak nak sebut montot ayam). Tergoda aku, beli seketul...
Minuman sejuk berais yang menggamit para pembeli: Asam boi, sirap selasih dan teh bunga. Sungguh tergoda aku dengan teh bunga yang ada bunga tu. "Teh bunga satu, RM2 ya? Nak satu~" ;3

Sekian saja entri kali ini berkenaan Pasaram di Pokok Petai, Perlis. Pasaram di tempat kalian pula bagaimana? Banyak makanan yang menarik tak? Atau, kalian tidak tertarik dengan juadah-juadah yang dijual di Pasaram sana? ;3

Selamat berpuasa, bertarawih, membaca Al-Quran, menjaga tingkah-laku dan tatasusila dengan sebaik-baiknya di bulan penuh barakah ini. Semoga dapat kita terus istiqamah dalam beribadah dan menjaga tatatertib kita seperti seorang Muslim yang baik di bulan-bulan yang lain juga :)

P/S: Kenapa aku blur-kan wajah-wajah mereka yang ada di dalam gambar-gambar yang aku snap tu? Jawapannya, aku pentingkan privacy orang lain yang mana aku tidak meminta/mendapat keizinan mereka untuk mengambil gambar mereka. Sekiranya ada wajah-wajah yang "termasuk" di dalam gambar yang aku snap secara sengaja atau kebetulan saja, aku akan kasi blur. Sekian ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Saturday, May 28, 2016

Old Box of Joy

L.E.G.O... what does this spell? Yes, it's LEGO! My old, long lost, box of joy! It's been several decades since I last played with my box of LEGO:BASIC!! Oou-eMu-Gee, hisashiburi da ne, LEGO-chan!! X'3


 Okay, minggu lepas aku ada masuk store rumah sebab nak cari anak kucing aku yang perlu dikeluarkan dari situ untuk dipindahkan ke tempat lain yang lebih sesuai (luar rumah), and so, aku terjumpa sekotak LEGO:BASIC aku yang dulunya menjadi mainan kesukaan aku sewaktu berumur bawah sembilan tahun. And to my surprise, keadaannya masih baik (tapi isinya tak cukup la, ada items yang dah hilang) dan isinya nampak seakan-akan masih baru. Oh how nostalgic, what a treasure! Arigatou yo okachan, otochan!! I'll keep this old box of joy somewhere safe and clean *sobs* X'3

Dulu (late 1980's to early 1990's), harga large pack LEGO:BASIC original ni lebih kurang RM20'ish gitu je, sekarang dah jadi beratus ringgit. Time flies, people grow up and grow old, and our currency strength degrades with the passing of time, but this LEGO is almost unaffected by the passing time, tak pudar, tak rapuh, cuma kotak kertasnya saja yang nampak agak dimamah zaman. Betapa tingginya kualiti bahan mainan ini. Superb desu ( TT w TT )...
The other side of the box, showing that this box of joy is enjoyable for both little girls and boys. 
Sisi kotak yang ada info saranan umur minimum (from age 5).
Sisi kotak yang ada info berkenaan LEGO items yang ada di dalam BASIC pack ni. Item yang berupa macam penyendal pintu warna kelabu tu berfungsi untuk meleraikan cantuman LEGO pieces yang ketat. Kalau takdak benda ni, memang masalah besar. Hahah~
Turut disertakan sekali catalog iklan jenis-jenis LEGO packs lain yang available in the market during the late 1980's and early 1990's, dan juga catalog guide LEGO:BASIC (age 5 - 12) untuk membina beberapa struktur bangunan dan kenderaan yang disarankan. Nak buat apa-apa struktur objek lain pun boleh, ikut creativity sendiri. Jyeahhh~ ;3
Catalog iklan untuk LEGO products yang lain. Dari umur bayi sampai la ke remaja umur 16 tahun boleh main LEGO baq hang... hohoho. Nama LEGO pack untuk yang remaja tu ialah LEGO:TECHNIC dan LEGO:MODEL TEAM. Canggih siot untuk zaman 1990's, siap boleh bergerak (motorized) dan jadi control center yang diprogram untuk memegang pen dan lukis pattern tertentu, dan terima arahan untuk bina apa-apa struktur lain, macam robot. Perghhh..., tu level LEGO zaman early 1990's, yang zaman sekarang ni punya pulak confirm la lagi canggih berganda-ganda, harga dia pun confirm canggih siot berganda jugak. Nak tahu lebih lanjut, sila google sendiri, hahaa~ X3
My LEGO:BASIC (large pack), and what's left of it. Hahaa... ok, banyak la jugak yang tak hilang ;3
It has been so long, gaiz... terharu aku melihat korang semula... *sobs*
Main LEGO sekejap di kala weekend petang ni... LoL (for the purpose of making this blog entry actually, hahaha~). Punya la aku suka buat helikopter ni dulu... owh my innocent childhood memories of LEGO came flooding back into my current adult mind. Sure miss those times...
Helicopter pujaan hatiku suatu ketika dahulu. Dulu mana la aku kenal internet, camera digital pun takdak..., sekarang la masanya aku nak cerita pasal LEGO aku kat dalam blog. Kanak-kanak zaman dulu bebas dari pengaruh internet dan media sosial. LoL! X3
Posing dengan background merah gelap pulak...
Ni lagi satu struktur feveret aku dulu, kapal terbang.
Plain's plane is plain awesome, cer sebut. Hehe. Sorry pics dah mula jadi blurry semacam with bad lighting cuz waktu ni dah lewat petang, aku pulak jenis tak suka nak tangkap gambar guna flash atau buka lampu. I prefer natural lighting when taking photographs, I've got my reasons for this. Huhuh... nanti-nantilah aku upgrade digicam...
Okeh hari dah gelap, masa untuk merongkah dan meleraikan hasil binaan menggunakan penyendal pintu alat khas untuk merongkah LEGO.
Baiklah kalian, sila masuk semula ke dalam kotak dan berehatlah sehingga aku ada mood dan masa lagi untuk meluangkan masaku dengan kalian. Mungkin aku akan menggunakan kalian untuk mencari inspirasi di lain masa. Apa-apa pun, it's nice to see you gaiz again after so long, and knowing that you are still in good condition made my day :'3

Alright, that's it for this entry about my long lost, old box of joy. Korang (atau anak-anak korang) suka LEGO? :3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...