Click Me Plzzzz

Monday, November 21, 2016

Pesta makanan ialah pesta yang paling menarik :D

Salam semua, minna genki?~ (semua sihat?~) :3

Baru-baru ini aku sempat singgah meninjau sambil menjamu selera di sekitar kawasan parkir kereta Kangar bersebelahan dengan CIMB bank, yang mana di lokasi tersebut telah berlangsungnya sebuah 'pesta makanan Siam' yang diberi nama Thai Halal Food Festival. Pesta makanan halal Thai ini telah pun berakhir pada hari semalam, Ahad 20 Nov 2016. 

2-Country Relationship (Thai-Malaysia) Halal Food Festival. (11-20 Nov. 2016, 10am - 10pm).
Okeh, aku takde nak cerita panjang sangat, nah... terimalah makanan-makanan Thai yang sempat aku tangkap gambarnya. Makanan pertama yang aku cari ialah, minuman - Thai green tea matcha. Memang tengah haus sangat pun masa ni... so, pekena Thai green tea matcha dulu, versi tarik sedas... iced, of course ;3

Iced Thai green tea matcha, tarik. Perfect ;3
Sambil duduk minum-minum with my sis, boleh belek-belek usha sekeliling sekejap. Makanan kat belakang aku ni nampak macam menarik... ada roti pisang crunchy on the outside, soft and sweet in the inside.
Meheheh... masa untuk menghabiskan minuman, dan teruskan berjalan mencari makanan-makanan Thai yang awesome untuk ditapau pulang X3
Tunggu roti pisang sedang disiapkan... tak lama mana pun, siap sudah. Okay... next~ :3
Oh apa ini? Seafood pancake yang sedang dalam pembikinan di peringkat awal... (LoL bahasaku) X3
Seafood pancake yang kelihatannya sudah siap... ada kupang, udang dan sotong di dalamnya. Okeh, boleh tahan sedap jugak pancake ni. Aku bagi skor 7.5/10.
Ada dumpling berwarna hijau. Inti sayur agaknya...
Uuuu, nampak menarik... veggie fritters dan popia goreng.... tapau sikit~ X3
Nasi kerabu pun ada, and oh how colorful their presentation is, the camera loves them (excluding the old-school B&W camera that is) :3
Desserts... how nice. *Walks away slowly (LoL... controlling my sugar intake... plus, I'm not so crazy about sweet stuff, yokatta ne~) X3
Pulut mangga. Yes, it's the infamous Pulut Mangga Siam. Not Harumanis manggo though, I'd get some if it's Harumanis manggo. Kalau nak Harumanis, kena tunggu April-May, baru ada. Oh, tadi aku nampak pulut durian pun ada kat sini.
Oh apa ini? Spicy Chicken Salad? Macam menarik... macam nak try? Tapau satu~ X3
Order satu spicy chicken salad ni, tengok macam mana dia bikin... dia potong-potong satu breaded chicken fillet tu, lepas tu dia masukkan ke dalam satu bekas untuk digaul dengan sayur dan rempah.
Dah selesai menggaul di dalam bekas tadi, terus dimasukkan ke dalam paper bowl. Siap. Kalau nak beli breaded chicken fillets ni saja pun boleh juga, tapi nothing special la kalau makan macam tu je. I prefer the salad version, dan memang sedap pun, I like! Rasanya memang special, and my mom likes this too X3

Alright, that's about it. I'm guessing they'll be holding this sort of Thai food festival again here next year. Tahun lepas pun ada buat pesta makanan Siam kat sini, area sini juga. Till our next meeting then, my precious Thai food~ X3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

16 comments:

  1. Adoi aku lemah betul kalau pesta makanan ni. Makanan thai lak tu. omaigod syoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok tu memang syok, paras gula dan kolesterol juga tidak boleh diabaikan huhuu...

      Delete
    2. Aku kalau bab makan makanan thai nak-nak yang authentic ni memang tak hengat dah kolestrol ke gula ke asal tekak sedap. ehehehe

      Delete
  2. suka roti pisang..bubuh coklat rice..sedapp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap, yang ni tak letak choc rice, dia letak choc syrup ;3

      Delete
  3. Kenapa jauh sangat pesta ni di adakan.. Ini tidak adil! Hehehe nak juga rasa... Uhuhuhu

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehkeh... sebab jiran je kot, senang depa nak mai selalu (^^;)

      Delete
  4. Aku ada satu soalan:
    Apa beza Thai matcha dengan matcha yang lain?
    Rasa dia lain ke sama je??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh aku reply? Personal opinion; Jepun punya ada pahit sikit. Commonly prepared without or with just a bit of sugar. Klau Thai punya green tea dia mmg bancuh ngn susu manis dan bau dia sangat wangi macam teh cap paip.

      Delete
    2. @cEro
      Matcha Thai manis lemak berkrim sebab letak susu pekat manis. Matcha Nippon manis jugak tapi takde rasa lemak berkrim (sebab tak letak susu pekat manis, dia letak susu biasa dan gula biasa). Japanese sweetened green tea matcha powder boleh dibancuh tanpa letak susu, sedap dan lebih clean rasanya, boleh cari kat Tokyo Street di Pavi ;3

      Delete
    3. @MonDay/Monamieh
      Teh cap paip? Wakaka... serius nama brand teh tu 'Paip'? X3
      Yep, Thai green tea wangi betul ;3

      Delete
  5. adoiii sakit mata tengok segala makanan tu hahaa
    nak larikkkkk lahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah kaknoor, jangan larik kaknoor, tataplah makanan2 menarik ini X3

      Delete
  6. Wah... makanan Thai yang sedap. Itu makanan kegemaran ku. Belum cuba nasi kerabu, pancake seafood yang sedap.

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...