Click Me Plzzzz

Wednesday, September 28, 2016

WordlessWednesday #20 - Prefer it Boiled or Poached?





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Saturday, September 17, 2016

Janjiku Tetap Dikota - Blog Review

Salam ceria September buat semua rakan mayaku sekalian, semua sihat? Seronok beraya haji dan bercuti tempohari? Banyak dapat makan daging korban? :3

Baiklah, entri kali ini ialah entri di mana janjiku pada tahun lepas akan dikotakan jua. Janji tetap janji, janjiku ialah sebuah janji yang dikota (seboleh-bolehnyalah, akan aku cuba juga...). Akhirnya pemenang teka-teki gambar di dalam entri WW#15 aku itu muncul juga dan memberi jawapannya berkenaan hadiah blog review yang ditawarkan oleh aku itu. Setelah mendapat kata setuju @ green light dari Gee Lion (tuan empunya blog Diari Dandelion) tempohari, akan aku review blog beliau di dalam entri ini. Sekalung tahniah diucapkan buat pemenang yang berjaya meneka nama bunga yang cukup old-school dan elegant ini, Kemuning namanya. Hanya jauhari mengenal manikam, begitu juga dengan para bunga. Si Dandelion juga bisa mengenal si Kemuning (wakaka...) X3


Sebelum itu, aku mahu meminta maaf terlebih dahulu sekiranya review aku ini tidak menepati citarasa tuan blog diaridandelion.blogspot.com. Aku bukanlah handal dalam bab mereview blog orang pun (blog aku sendiri ni pun level picisan dan makin bersawang saja, huahuah), aku review sekadar ikut suka hati aku nak komen part apa saja, so brace yourself, o Dandelion. Terimalah pandangan picisan aku ini dengan hati yang nyaman, senyaman sekuntum Dandelion ditiup angin sepoi-sepoi bahasa~ X3

~~Here we go wieee~~

1. Blog Theme/Layout

Kemas, sedap mata memandang, penggunaan warna ringkas yang cun, serta penggunaan ruang page yang baik dan mesra pengunjung (tidak perlu scroll page bar ke kiri dan ke kanan untuk membaca, ataupun mengubah zooming rate di bawah option 'view' pada internet browser). 

Penggunaan category tabs untuk menyusun pages (and section) kandungan blog ini juga menarik, jelas dan straight-forward; neat arrangement of blog content (bagus betul tuan blog Dandelion ni, aku je yang tak koser nak letak tabs, hahhah... maybe later I will, maybe). 

Loading time bagi setiap page juga agak cepat. Terbaiklah, easy on the eyes (and nerves) :3 

2. Blog Content

Melihat pada labels (categories) kandungan blog dan juga penerangan tuan blog sendiri berkenaan blognya di dalam ruangan 'Author', intipati utama blognya adalah stanza, santai, motivasi dan isu, yang mana blognya ini adalah sebuah blog peribadi yang agak diverse dan tidak terlalu focused pada mana-mana category. Penulis kelihatannya seorang yang berpuitis dan gemar meluahkan pendapatnya sendiri (p.o.v) berkenaan pelbagai perkara yang menarik perhatiannya. 

Personally, aku suka membaca kandungan blog ini di bawah label/category "stanza".

3. Blog Setting

Kedua-dua 'pc view' dan 'mobile view' blog ini adalah sedap mata memandang, serta loading page blog ini juga agak cepat bagi kedua-dua viewing modes. Nice ;3 

Comment section enabled with owner's approval (komen bertapis) - mesra pengunjung dan menghargai pandangan para pengunjung blog. Thumbs up ;3

~~End of review~~

Itulah sedikit sebanyak perkara yang aku rasa mampu untuk komen pasal blog orang, nak komen lebih lagi rasa macam tak layak la pulak aku ni huehue~ X3

Overall, nice blog, Gee Lion. Clever arrangement of tabs and pages, thumbs up! Teruskan menulis! (~ 6w6 )~"


Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( = ^w^ = )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...