Click Me Plzzzz

Monday, October 23, 2017

Sesi Teka Gambar kembali lagi [UPDATED]~

Salam Oktober dan selamat sejahtera buat semua rakan maya yang diingati dan dihormati sekalian. I hope all of you are in good health ;3

Baiklah, sesi teka gambar kembali lagi, dan kali ini aku akan berikan satu hadiah misteri kepada orang pertama yang berjaya meneka dengan tepat NAMA bagi 3 JENIS BUNGA yang terdapat di dalam gambar-gambar di bawah ini. Nama yang aku maksudkan bukanlah nama saintifik, tetapi hanyalah nama umum (common name) in English. Contohnya; 1) Rose, 2) Carnation, 3) Tulip.


Clues: Setiap bunga di atas tumbuh di negara Korea Selatan, dan... aku juga pernah beritahu nama (common English name) bagi ketiga-tiga bunga ini di dalam beberapa entri Korea trips aku yang lepas.

Sunday, October 15, 2017

Korea trip, Day 5 (Finale) - Incheon

Salam weekend Oktober buat semua readers dan kawan-kawan yang dihormati sekalian, diharapkan kalian semua sedang sihat dan sejahtera saja di mana jua anda berada. Apa yang menarik dalam bulan ini? Inktober, Deepavali... and, Halloween (and no, I neither celebrate nor take part in any of them) :D

Baiklah, entri kali ini merupakan entri penutup bagi cerita aku merayau-rayau di sekitar Korea Selatan pada bulan Mei yang lepas.

Korean white Jindo dog. Jumpa dia ni kat kawasan pantai Incheon, baik budaknya :3

Setelah bermalam di hotel Parkwood Incheon, sudah tiba paginya untuk kitorang (me and my sis) bertolak ke Incheon International Airport dengan menaiki airport shuttle van yang ada disediakan oleh hotel ini. Dan sebelum itu, sementara menunggu shuttle van bersedia untuk bergerak ke airport, tergerak hati aku untuk ke kedai 7-E di seberang jalan sana sekali lagi demi membeli agar-agar buah Tutto Mandarin Orange yang so damn delicious itu lagi sebijik (atau dua, haha) untuk dimakan lagi. Namun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...