Salam hujung minggu buat semua readers dan followers blog aku sekalian, okayhh aku kasi up entry selingan sekejap, a short break from updating about my Tokyo trip... lepas ni aku akan sambung dengan entry aku merayau di sekitar Harajuku, ne~ ;3
Today's lunch, aku bikin Japanese soft omurice (omelet rice)... |
...dan kali ni, resultnya agak memuaskan dari biasa... mehehee~, am finally starting to get the hang of making the ultimate soft runny omurice yang challenging gila tuh, tapi runny omurice aku masih jauh dari menjadi, sebab bila aku belah omelet aku tu, isinya masih tidak runny, cuma sekadar lembut dan lembik... mo sukoshi, mo sukoshiiii, ganbatte yo jibun!~ (sikit lagi, sikit lagiiiii, teruskan usaha wahai diri sendiri!~) X3
Nak tau apa benda yang aku maksudkan ni dengan lebih jelas? Sila tengok video dari youtuber sabaoism1 yang aku tempek di bawah ni, ada seorang Japanese chef (KichiKichi's) yang pro gila tengah bikin runny omurice yang sangat awesome and challenging itu. Korang boleh juga baca entry omurice aku yang lepas...
Watch this on youtube if you can't watch it here ;3
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Okeh, seterusnya aku nak kongsi cerita pasal kekucing kat rumah aku la pulak... ingat lagi Trikorra? Kucing betina tricolor (calico cat) yang datang ke rumah aku pada awal tahun ni dulu? Trikorra ni juga pernah jadi model dan pelakon aku untuk menjayakan sebuah sketsa pendek bergambar yang berjudul Kitty's Dream, Teh Vorld... hah, dah ingat belom? Owh... takmau check link yang aku bagi tu? Oh okaaayh takpa, tadak hal... ;3
Trikorra ni dah beranak masa aku tengah merendek jalan-jalan sambil mengusha sakura kat Tokyo pada hujung bulan Mac yang lepas. Anak-anak dia semuanya ada 4 ekor (3 females, 1 male). Yang warna putih tompok hitam tu je jantan seekor, yang lain semua gurlssss~ ;3
Gambar pertama kittinz Trikorra, taken sometime on mid April... ada klon Trikorra seekor, hehehe~ ;3 |
Om nom nom nom... |
Yang rupa sebijik macam mak dia si Trikorra tu, aku namakannya Neki. Nama Neki tu sempena "maneki neko", iaitu kucing tricolor yang dipercayai membawa tuah... hahah ;3 |
Yang warna putih kelabu tu Jana, dan yang putih hitam tu Mali.... akak-akak aku yang pilih 2 nama tu... haha~ ;3 |
Kittinz ni semua manja betul dengan kami, aku notice yang paling manja dengan aku ialah Neki... mungkin dia tau aku yang bagi nama kat dia, dan dia suka dengan nama tu, mungkin... hahah~ ;3 |
( ̄▽ ̄)ノ"
Okeh, sekian dulu cerita terbaru aku pasal kekucing aku nih... nantikan entry aku yang seterusnya, aku akan update pasal Harajuku, dan kebab ayam halal yang aku beli kat sana, ne~ ;3
Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )