Salam ceria Ramadhan buat semua yang beragama Islam sekalian, semua sihat? Diharapkan semuanya sedang sihat dan gigih menjalankan ibadah puasa dengan penuh macho dan taqwa... oh maaflah baru sekarang baru ada kesempatan untuk aku mengucapkan salam Ramadhan buat kalian yang dihormati serta diingati semua, salam Ramadhan al-Mubarak,1435 H.
Okay, entry kali ni berkenaan makanan yang aku jadikan juadah untuk aku bersahur. Tahun ini aku dapat merasakan yang deria rasa aku sudah sedikit sebanyak telah berubah (atau dalam erti kata lain, "buang tebiat"). Kebiasaannya aku ni takut/phobia akan makanan pedas, dan semestinya akan menjauhkan lidah aku dari spesis cili, terutamanya cili padi. Kawan-kawan yang mengenali diri aku ini pasti tahu yang aku ni jenis tak makan pedas, dan banyak kali juga aku pernah diperli mereka...,
"Hahaha, apalah hang nie, orang utara saja tapi takut pedas!! Huahahaa~".
Namun begitu, entah kenapa, pada suatu malam aku seperti tertarik melihat segenggam cili padi hijau yang terdapat di atas meja dapur. Tiba-tiba aku rasa seperti mahu mencabar diri, dan pada waktu itu aku terasa seperti mahu memakan semangkuk meggi ayam bercampur sebiji telur ayam lembik, untuk dijadikan juadah bersahur. Tetiba aku terfikir, "Hmm, apa rasanya kalau aku masukkan sebiji cili hijau kecil ni ke dalam meggi yang sedang menggelegak di atas dapur tu? Adakah aku mampu memakannya?". Maka, demi memuaskan curiosity aku ketika itu, aku pun memasukkan sebiji cili padi hijau ke dalam meggi aku yang sedang menggelegak itu, dan biarkan ia dimasak selama beberapa saat. Bila meggi ayam sudah siap dihidang dalam mangkuk, aku cuba rasa kuahnya sedikit. Oh... ada kelainan yang jelas, dan menarik. Aku terus makan seperti biasa. Aku tengok cili hijau itu, kelihatan seperti tidak merbahaya. Aku menggigitnya separuh, dan kunyah. Hmm, pedas... tapi tidak begitu menyinga, mungkin sebab ianya telah direbus bersama meggi? Agaknya sebab itulah, sebab ianya telah dimasak maka effect singanya jadi kurang jelas.
Untuk juadah sahur bagi hari yang berikutnya, aku buat nasi goreng lembap pula. Dan kali ni aku bercadang mahu memakannya bersama beberapa biji cili hijau mentah, mahu digigit dan dikunyah cili hijau bersama nasi goreng lembap aku tu (like a pro), dan tengok apa yang akan aku alami semasa dan selepas aku makan juadah yang sebegitu rupa.
|
Nasi goreng lembap versi aku, bersama cili padi hijau mentah dan tomato ceri. |
Keputusannya? Hahahah, aku sudah lulus ujian kepedasan cili padi hijau. Tahniah buat diriku ini, barulah aku rasa seperti orang utara "PIOU" (pure)... kah kah kah! Tapi, aku masih memerlukan beberapa gelas air teh-0 ais untuk mengelakkan diri ini dari terlompat-lompat kepedasan seperti seekor kera yang diserang sekumpulan tentera semut api.
~*Sekian, selamat berpuasa*~
Jya matane, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )
P/S: Nantilah aku sambung cerita trip aku merayau di sekitar Tokyo DisneyLand lagi, ne~ ;3