Sunday, July 6, 2014

Ignorance is Bliss?

Salam ceria Ahad buat readers dan followers blog aku yang baik serta budiman sekalian. Kali ni aku nak kongsi satu cerita lawak (pada aku la) dengan anda semua...

Pada suatu hari, aku meng'whatsapp' member lama aku (Ina *bukan nama sebenar*) dengan tujuan untuk memberitahu dia yang aku telah menukar nombor handphone aku. Sesi dialog whatsapp kitorang berlangsung lebih kurang begini:

Aku: Salam Ina, ni aku Plain, coursemate ko dulu. Ni number baru aku, number lama tu aku terminate sebab ada masalah voicemail yang permanent, so number lama aku tu ko delete je la eh...

Ina: W'slm Plaaaain~ Weyh rindu aku kat ko! Haha.. ok kira ko dah tak pakai la number lama tu? Eh, masalah voicemail? Macam mana bleh jadi macam tu?
Aku: Aku terpaksa pi terminate ja number lama aku tu dan beli sim dengan number baru terus. Aku pi Tokyo baru2 ni, so masa aku roaming kat sana, aku kena switch off voicemail untuk avoid bill charge yang menggila kalau2 ada call masuk... bila aku dah balik ni, aku nak switch on balik voicemail, jadi sangkut terus la pulak. Aku dah dail service center punya code dan buat report semua, dorang still tak dapat nak baiki jugak. Calls yang masuk semua automatic kena tendang, nak cancel voicemail pun tak boleh, so, aku beli number baru je la senang, number lama aku tu pun dah berkurun aku pakai.
Ina: Wah, pi Tokyo tak ajak aku, cis. Eh ko pegi dengan sape? Ko pegi dengan pakwe ehhh?~
Aku: Hahah, aku mane de pakwe lorrr... aku gi sendiri2 jer, join group tour...
Ina: Elehhh, berterus terang je la dengan aku Plain, ko gi dengan pakwe kan?? Tu ko tukar number baru tu, sebab nak mengelak pakwe lama dari kaco ko kan??
Aku: Hahahah, pehal la ko nih? Macam tak kenal aku pulak. Aku mane de pakwe, berkapel pun aku tak penah. Kawan2 biasa tu ada la... dan aku bukannyer cun pon, pehal ko susah nak percaye nih? Hahah...
Ina: Ahhh! Aku tak percaye! Tak percaye! Tak cun konon, piiiirah!
Aku: LoL, ermmm sukati ko la nak percaye ape pun, asalkan ko bahagia... ;p
Ina: Ya, aku bahagia dengan apa yang aku percaya. 


*
*
*
*
*
Jackie template source: niketalk, aku cuma edit letak tudung... hahah~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

#1 Ada jugak member aku yang macam nih? Penat-penat aku explain kat dia perkara sebenar, last-last dia memilih untuk tidak mahu percaya pada fakta dan memilih untuk percaya pada auta? Dayyum... boleh tahan perangai mengusik dia nih, LoL, gaya alim tudung labuh tapi serius suka mengusik member tahap gaban, masa study sama-sama dulu pun boleh tahan suka buat kepoh, mulut boleh tahan laser... hahah rindu pulak aku nak sekeh dia sedas...  ;p

#2 Kalau setakat nak mengelak orang kacau aku, takdenye aku sampai rajin nak pi terminate number lama dan beli number baru... gila banyak jugak pihak nak kena inform bila tukar number baru... pihak bank/banks, insurance, colleagues, saudara mara, rakan-rakan, etc... pergh, tak kuasa aku saja-saja nak pi tukar number baru tanpa sebab yang kukuh... hahahah


#3 Apa yang menarik perhatian aku ialah ayat dia, "Ya, aku bahagia dengan apa yang aku percaya". Hahaha, ayat ni very catchy. VERY CATCHY maaa, nanti aku nak buat lagu raplah, guna ayat ni... LoL!


Yow, yow~
Adakah kamu bahagia, dengan apa,
dengan apa yang kamu percaya?
Walaupun ia tidak benar,
walaupun ianya auta?
Kebenaran yang membosankan,
atau juga yang memilukan, tidak perlu
kamu percaya, tidak wajar kamu terima...
Jyeahh~

Hahahah... OKlah, cukuplah aku merapu setakat nih, selamat berpuasa semua... Yow Yow, Jyeah~ XP

Jya matane, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

27 comments:

  1. we all hav friend like this...haha....siap tuduh2 ada makwe lagi...aku ni bukan hensem sgt pun...anyway, salam 8th ramadhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah, ramai jugak spesis yg mcm ni la nampknya?... salam ramadhan mad ;3

      Delete
  2. Lol.. kawan ko ni menghiburkan betul.. puitis pun ada gak sikit2. Hahaha..

    ReplyDelete
  3. ada jg kawan mcm ni...citer Tokyo tak habis lagii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, ok ok next entry ai sambung cerita tokyo disneyland X3

      Delete
  4. Joke-attack tahap otroman nihhh huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekeke~ hiyarkh! *jurus kilat otroman taro*

      Delete
  5. Plain.... o Plainnn.. saje singgah n baca2 perapuan sini - stanzaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah KA ada blog baru... hahah ;3

      Delete
    2. hehe..iklan sket ye kak.. thanks sebab singgah terus.

      Delete
    3. bila masa saya delete dari following...? urghh.. btw, try ni:

      Log in to your Blogger blog, go to Template > Customize > Advanced > Add CSS

      #header-inner img {margin: 0 auto;}

      pastu tekan save...kasi center header. ^.^y

      Khamsi Abdullah

      Delete
    4. huhuhu... ingatkan KA ade majuk ngan sis ke hape, kahkahkah... ;p

      pasal header blog yg nampak mcm tak center tu kan, tau sebabnya kenapa? sebab, header tu sis buat mcm rupa 'penanda buku', so, ruang riben merah yg transparent tu dah dikira sebagai ruang header, so hasilnya, nampaklah mcm tak center... kahkahkah, nantilah sis tukar header baru (kalau rajin + ada mood) ;p

      Delete
    5. haah la..tak pasan y reben tu. Takdek lah majuknye.. itu y pelik tu.. adoi.

      Delete
  6. pergh... siap dpt buat lagu rap tuh. Terhibur seketika :D

    ReplyDelete
  7. kawan tu mesti pompuan kan???pompuan nie kadang2 kalau orang bgtau betul2 dia tak nak caya..kalau kita tipu nanti senang plak dia percaya..hahahaha

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaa, macam ada bnyk pengalaman jer ni? azlan the player... kekeke~ ;p

      Delete
  8. kawan mcm maggi..waktu panas sedap..dah kembang dibuang..
    eh lawa edit gambar..comel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hohoo, perumpamaan yang menarik tu~ XD
      hehe tq~ ;3

      Delete
  9. Aku rasa kan Plain, kalau kau lagukan lagu tu, sure meletop top top masuk juara lagu ooo...
    Hahahaha...

    Tp mmg, kekadang ada je kawan2 yg suka main serkap jarang, main tuduh je apa yg dia rasa nak tuduh...
    asalkan tak bawa kesusahan di kemudian hari sudah... GAH GAH GAH!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakakaka~ X3

      kawan2 yang suka main serkap jarang ni mesti suka tangkap ikan kat sawah pakai serkap... oh, best tu kalau masukkan bait ni dalam lirik lagu rap nanti, LoL! XD

      Delete
  10. wahkahkahkahkah..aritu kan plain,.. ade org kan,.. tanya ko da kawen ke? ok babai

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahkakaa... oh? ada orang gi tanya ko pasal aku ke? hahah, adehhh... dah macam selebriti pulak aku nih hime, ade jugak orang nak sibuk2 hal aku... LoL~

      Delete
  11. hahaha mmg ade jns kwn yg cmni. kita ni punyala bg tau benda betoi,
    tp dia pilih utk nak pecaya teori dia jugak sampai ke sudah ! kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikiki... rasa macam nak baling sarang kerengga jek kat dorang tu kennn~ ;p

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)