Sunday, March 20, 2016

Review buku Nihongo Liza Sensei :)

Salam equinox gaiz! Konbanwa minna-san, kyo wa maji atsui desu ne~ (selamat petang semua, hari ni panas betul kan~) (^~^;)ゞ

Okeh, kali ni aku nak buat satu review yang ringkas berkenaan 2 buah buku bahasa Jepun hasil tulisan Liza sensei yang bagi aku cukup menarik untuk diteliti dan dijadikan rujukan bagi mana-mana orang Malaysia yang berminat untuk mempelajari bahasa Jepun (kaiwa - percakapan/lisan) secara santai. 

Layari blog Liza sensei di bukubahasajepun untuk maklumat lanjut serta pesanan buku.
Back view of Liza sensei's books. Go to bukubahasajepun for more info.





Latest news, buku TAHAP 3 baru saja dikeluarkan oleh Liza sensei, tapi aku belum beli lagi sebab aku nak bagi habis baca buku beliau yang TAHAP 2 dulu. Heheh~ ;3

Sepertimana yang telah ditulis di bahagian belakang buku Tahap 2 beliau, perbezaan buku Tahap 1 dan Tahap 2 adalah seperti berikut:

Tahap 1: Bahasa formal/sopan. Untuk berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali dan golongan yang perlu dihormati. Mengutamakan rasa hormat. Bahasa penulisan. 

Tahap 2: Bahasa pasar/kasual. Untuk berkomunikasi dengan orang yang rapat dan mesra dengan kita, serta golongan yang berstatus lebih rendah dari kita. Mengutamakan rasa mesra. 

Honestly I enjoy reading and casually studying her Nihongo books focusing only on kaiwa (lisan). Apa yang membezakan buku-buku Liza sensei ni dengan buku-buku Nihongo lain yang aku ada ialah, buku-buku Liza sensei ni ditulis dalam bahasa Melayu, dan menggunakan huruf romaji (bukan hiragana/katakana/kanji) sepenuhnya untuk bahasa Jepun, dan ini membuatkan aku rasa seperti menghadiri sebuah kelas bahasa Jepun yang diajar oleh seorang guru Melayu yang sangat mahir dalam Nihongo (which she really is, and she is very knowledgeable, experienced, and qualified in teaching Nihongo to Malaysians). Ini membuatkan buku-buku ini memang ada semua (atau hampir semua) jawapan kepada persoalan-persoalan atau kekeliruan bahasa yang mungkin timbul di dalam fikiran kebanyakan orang Melayu yang sedang belajar Nihongo atau ingin bercakap dalam Nihongo, tetapi tidak/belum tahu membaca atau menulis hiragana/katakana/kanji. I like her approach in explaining language problems and miscommunications that might occur (or have occurred) when a Malay attempts to speak Nihongo with a regular Nihon-jin. 

Preview content Tahap 1 sikit, harap Liza sensei tak marah ehheiii~ :3
 
Preview content Tahap 2 sikit, harap Liza sensei tak tensen. Heeep, puromoto no tameni ne, okoranaide kudasai~ (demi promosi ye, sila jangan marah~) X3







Aku sememangnya dah sedar dari dulu lagi yang sebenarnya bahasa Jepun ni lebih dekat dan banyak persamaannya dengan bahasa Melayu (secara lisan), berbanding bahasa Inggeris. Dari segi dialek atau slanga (slang) bahasa pula, bahasa Jepun sebenarnya lebih dekat dengan bahasa Melayu utara. Orang Perlis dan Kedah sepatutnya boleh lebih cepat tangkap dan faham kalau belajar Nihongo. Hahahaa... maji desu yo (seriously), I'm not joking. Okay, sini aku senaraikan beberapa contoh ayat bahasa pasar yang boleh aku fikirkan sekarang:

Nihongo (informal): Suki ka kirai ka ore shiruka?!
Malay (northern dialect): Suka ka benci ka aku peduli apa?!

Nihongo (informal): Koko doko? Omae no uchi ka?
Malay (northern dialect): Sini mana? Hang punya rumah ka?

Nihongo (informal): Kore dare no kutsu? Anata no kutsu ka?
Malay (northern dialect): Ni siapa punya kasut? Kau punya kasut ka?

Nihongo (informal): Omae daijoubu? Itai ka?
Malay (northern dialect): Hang OK? Sakit ka?

Hahaa... macam "sepesyen" je kan gayanya? Maksud setiap perkataan tu pun sama word-by-word baq hang~ Apa? Tak cukup menarik? Nak contoh-contoh lain yang lagi power dan tepat, boleh pi tanya Liza sensei di BLOG LIZA SENSEI. Nak beli buku-buku Nihongo Liza Sensei ni pun boleh order terus dari beliau, atau pun pi cari sendiri di kedai-kedai buku yang popular. 

Antara buku-buku lain untuk belajar Nihongo yang aku rasa ohsem adalah seperti di dalam gambar berikut. Highly recommended *thumbs up* ;3

My collection of Nihongo books (in English with some romaji and hiragana characters).






Sekian. Nihongo o benkyoshimasho~ (Mari belajar bahasa Jepun~)

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )